terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Sunday, September 18, 2011

pembahagian file sistem filing mqa

pengukuran dan penyesuaian dalam sukan

Kesantunan Guru.

Kesantunan Guru. Apa itu kesantunan Guru. forum bersama guru pelatih Pj1. 3 ahli panel jemputan khas. tidak ada wujud Malaysia yag maju sejak kita mengharungi Kemerdekaan. Program satu Malaysia, menerapkan isu pendidikan.

cabaran guru dan semasa.

maran dan sebagainya. sama jugak dengan felda. Dtu Najib yang memegang tampuk pemerintahan PM. kita teruskan program yang ke 4 dijalankan oleh meteri kita universiti taraf anatara bangsa, Universiti ditubuhkan di Malaysia seperti Universiti Malaysia Kelantan, Kampus utama di Tangok Kelantan untuk konvekesyen yang pertama, sistem universiti yang pertama, menyediakan peluang dan akses pmbelajaran sepanjag hayat. masyarakat inovatif. inovasi mengadakan program dan murid2 di sekolah, selain itu Sekolah Menengah Teknik di Malasia. murid2 yang tidak meminati bersekolah. program ke 8 memperkukuhkan program kerajaan, menghargai tradisi. perpaduan yang erat kaum dan negara ini.
sistem pendidikan mempunyai banyak bahasa yang berbeza, meningkatkan kualiti sekolah pada masa akan datang. mencadangkan pelasanaan dalam interaksi antara pelajar.. menjalankan aktiviti antara Sk dan Skk. menjadikan IPT sebagai medan ilmu. mengambil pelbagai kaum untuk kurangkan faktor perkauman. guru yang berkualiti. terima kasih kepada ahli panel yang utama. Y.B berhormat Addullah Badawi, memperkukuhkan .

Wednesday, September 14, 2011

minit mesyuarat bina insan guru fasa 5

MINIT MESYUARAT PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5 2010 PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2008 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU KALI YANG KETIGA Tarikh : 21 Januari 2010 (Khamis) Tempat : Padang IPG KKB Masa : 9.00 pagi Kehadiran : Semua guru pelatih PISMP PJ1 dan PISMP PJ2 Bil. Agenda Tindakan 1.0 Ucapan aluan Pengerusi majlis 1.1 Majlis dimulai dengan Ummul Kitab Al-Fatihah 1.2 Pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana dapat menghadirkan diri. 2.0 Pengesahan minit mesyuarat lalu 2.1 Sdr. Buliami mencadangkan agar minit mesyuarat kali kedua disahkan. 2.2 Sdri. Aqidah menyokong cadangan tersebut. 3.0 Pembentangan kewangan oleh Bendahari. 3.1 Kebanyakan guru pelatih telah membayar wang kutipan sebanyak RM5. 3.2 Bendahari meminta semua biro menyertakan resit setiap kali membuat tuntutan. Bendahari. 4.1 Laporan Ketua Biro Pengangkutan 9.1 Norazlan Bin Zainudin memaklumkan bahawa penempahan bas.telah dilakukan. Biro Pengangkutan 5.0 Laporan Biro Hubungan Luar Mohd Nor Ridzwan B. Dollah menyatakan bahawa pihak sekolah telah memberi kebenaran untuk menjalankan aktiviti di sana. Biro Hubungan Luar 6. 0 Ucapan penutup 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. 7.0 Majlis ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Majlis diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ………………………………………… ………………………………………… (AINUL BASIRAH BT. MOKHTAR) (MOHD NOR IZWAN BIN SULAIMAN) Naib Pengerusi, Pengerusi, Program BIG Fasa 5 2010, Program BIG Fasa 5 2010, PISMP PJ Sem 5. PISMP PJ Sem 5.

refleksi bina insan guru kumpulan 24 fasa 4

REFLEKSI KUMPULAN – KUMPULAN 24 PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 4 2009 KG. DALAM RHU, TUMPAT, KELANTAN. Kami para pelajar PISMP PJ1, PJ2, PK1, PK2 dan Matematik berjumlah 99 orang telah menjayakan sebuah Program Bina Insan Guru Siri 4 2009 yang diadakan dari 29 hingga 31 Oktober 2009 bertempat di Kg. Dalam Rhu, Tumpat, Kelantan. Program ini telah juga telah disertai oleh Pegawai BIG iaitu En. Zainol bin Zakaria, dan beberapa orang pensyarah yang juga merupakan tutor bagi Kumpulan Pendidikan Jasmani, Pendidikan Khas dan Matematik Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu iaitu Encik Anuwar bin Hamat, Miss Foo Ai Peng, Puan Nik Noriah bt. Nik Ibrahim, En. Wan Suhaimi b. Wan Setapa dan En. Nik Azhar bin Nik Abdul Rahman . Sebelum dapat menjayakan program ini, pelbagai perkara perlu diambil kira, seperti matlamat yang ingin dicapai, organisasi yang mantap, perancangan yang rapi, dan persiapan yang sempurna. Untuk mencapai semua perkara di atas, kerjasama dan kesepakatan antara semua pihak amatlah perlu. Tanpa mengira perbezaan kelas dan jawatan, semua perlulah bersatu agar program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Jika ada masalah yang timbul, kaedah musyawarah dan rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna. Beberapa mesyuarat telah diadakan untuk mencapai kata sepakat dalam menjalankan program ini. Kami telah belajar mengenai tatasusila bermesyuarat yang betul, bagaimana jika sesorang itu hendak memberi pendapat dan sebagainya. Juga bagaimana untuk mengawal sesebuah mesyuarat itu daripada menjadi tidak terkawal. Malah disiplin masa juga ditekankan kerana semua ahli perlu sampai pada masa yang telah ditetapkan. Di dalam mesyuarat tersebut juga biro-biro diterangkan tentang bidang tugas agar mereka jelas dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Hari keberangkatan ke Kg. Dalam Rhu, Tumpat menunjukkan guru pelatih IPGM Kota Bharu amat menitikberatkan pengurusan masa. Pada jam lapan pagi semua peserta telah berkumpul di Cafeteria IPGM. Guru pelatih telah bersama-sama mengangkat kotak air mineral dari stor asrama ke Cafe IPGM. Sepakat membawa berkat telah terpahat dalam jiwa semua guru pelatih yang mengikuti program ini. Pengumpulan peserta sekali lagi dilakukan untuk kepastian pembahagian kumpulan anak angkat. Taklimat juga sering diberi dari semasa ke semasa sepanjang program berlangsung. Apabila sampai di SK Tumpat, semua peserta telah membina khemah mengikut kumpulan. Selepas mendirikan khemah peserta telah bersama-sama menyusun kerusi di dewan SK. Tumpat. Selepas itu, kami telah bekerjasama untuk memasak bersama-sama dan makan tengah hari. Apa yang menariknya progam BIG kali ini ialah kami telah diberi sebuah keluarga angkat yang kebanyakannya terdiri daripada ibu dan bapa tunggal dan keluarga yang miskin. Kami juga berpeluang untuk bersama dengan keluarga angkat pada hari kedua program. Kami telah bersama dengan keluarga angkat selama sehari suntuk untuk belajar tentang kesusahan dan masalah yang menimpa keluarga angkat kami. Kami telah menemuramah keluarga angkat kami dalam keadaan santai untuk mengetahui lebih mendalam tentang profil keluarga ini. Kami melihat aspek kekuatan yang ada dalam keluarga ini kerana mereka mempunyai kemudahan yang cukup lengkap seperti peti ais, mesin basuh, televisyen, dapur gas, bilik air, tandas, bilik tidur dan sebagainya. Keluarga angkat kami merupakan keluarga yang sederhana. Ayah angkat kami merupakan seorang pesara dan ibu angkat kami berniaga kuih-muih. Ketiga-tiga anak mereka telah mendirikan keluarga dan seorang daripada mereka tinggal di rumah itu. Dua orang cucu ayah angkat kami yang tinggal bersamanya didapati menghadapi kesukaran untuk berinteraksi dengan kami. Mereka sangat pemalu dan amat sukar untuk berbual dengan mereka. Mungkin mereka memerlukan lebih masa untuk membiasakan diri tambahan pula ini kali pertama kami bertemu. Program ini amat bermanfaat kerana kami berpeluang untuk menyelami kesusahan hidup orang lain. Selain itu, kami juga dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain terutamanya dalam kumpulan anak angkat. Mungkin sebelum ini kami hanya bertanya khabar jika bertemu di jalanan namun sekarang hubungan itu lebih erat dan bagaikan adik-beradik. Kami juga belajar tentang kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang mana merupakan kemahiran yang sangat penting buat setiap insan apatah lagi apabila bergelar guru kelak. Program BIG ini juga telah mengajar kami tentang pengurusan masa yang sepatutnya dimiliki oleh kami bakal pendidik. Masa sentiasa berjalan dan tidak akan menunggu kita, malah kita yang sepatutnya mengejar masa. Jadi kami perlu mematuhi jadual tersebut dan memastikan aktiviti dapat dijalankan tepat pada masanya. Kami tidak akan menghadapi masalah sekiranya masing-masing memiliki tahap disiplin yang tinggi. Di sana juga kami dikehendaki memastikan kebersihan dan kekemasan tapak perkhemahan, khususnya di dapur. Program ini banyak memberi faedah kepada kami. Ia dapat memberi pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Kami telah mendapat gambaran bagaimana untuk menganjur sesebuah program yang melibatkan masyarakat setempat. Pengalaman ini dapat dipraktikkan ketika kami menjadi seorang guru kelak dan ditugaskan untuk menjadi guru pembimbing sesuatu kelab dan sebagainya. Ketika di sana, seribu satu faedah telah kami semua perolehi. Antaranya ialah kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, ’Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kesimpulannya, pelbagai perkara yang dilalui sepanjang program ini diharapkan dapat mematangkan kami dalam menempuh alam perguruan kelak. Pelbagai kemahiran baru dapat dicapai antaranya kemahiran membuat keputusan, kemahiran pengurusan masa, malah bakat kepimpinan juga dapat diasah. Perkara sebegini dapat memberi pengalaman yang tiada nilainya malah dapat dijadikan panduan yang amat berguna pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, AINUL BASIRAH BT. MOKHTAR, SYAFIQAH BT. OMAR, MOHD. NASRUL SYAFIQ B. RAZALI, MOHD. AMERUL AFIQ B. MOHD. NOOR, KUMPULAN 24.

refleksi

REFLEKSI Buat pertamanya kami panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya juga kami menyiapkan tugasan Pengurusan Dan Pentadbiran PJ dan Sukan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini kami telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang kami terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, kami tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar. Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut kami mula berbincang untuk membuat kerja kursus ini antara satu sama lain. Melalui aspek pengetahuan, kami telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari maklumat tentang folio ini.Selain dari itu kami juga mencari maklumat di internet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, kami meneruskan langkah dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi kami untuk melakukan tugasan ini. Namun, berkat kerjasama dan ketekunan, kami berjaya juga menyempurnakan tugasan ini. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana dapat kami gunakan ia ketika bergelar guru kelak. Contohnya kami mungkin perlu mengendalikan sekumpulan pelajar yang bertanding di peringkat yang tinggi. Kami sebagai jurulatih perlu membimbing dan memberi pendedahan kepada mereka tentang ubatan dan dadah yang terlarang dalam sukan. Alhamdulillah, sekali lagi kami memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnianya kami berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Tn. Hj. Abdul Aziz bin Jaafar selaku pensyarah kelas kami yang memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para sahabat. Jasa kalian tak dapat kami balas dan amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih.

refleksi program bina insan guru fasa 5

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5 2010  NAMA : MOHD NOR IZWAN BIN SULAIMAN  OPSYEN : PISMP PJ2 SEMESTER 5  NO. K/P : 88-701-02-5314  TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB 2, KOTA BHARU.  TARIKH : 11 FEBRUARI 2010 Semua PISMP Semester 5 diberi projek untuk menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 5 iaitu benchmarking atau penanda aras. Disebabkan terlalu ramai kami telah memilih untuk melakukan program ini dengan kelas PISMP PJ1. Kami telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menguruskan program ini. Saya telah dilantik sebagai Pengerusi dan telah bersama-sama jawatankuasa yang lain dalam merancang program pada kali ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk tutor kumpulan iaitu Miss Foo Ai Peng dan Encik Wan Suhaimi bin Wan Setapa. Selain itu kami juga meminta panduan daripada Pegawai Bina Insan Guru iaitu Encik Zainol Abidin bin Zakaria. Terdapat beberapa masalah yang timbul seperti IPG kekurangan peruntukan, jadi kami telah mengambil keputusan untuk mengutip wang dari guru pelatih. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di Malaysia. Sekolah Kebangsaan Zainab 2 merupakan sekolah yang elit dan berprestij. Apabila sampai di sana saya berasa kagum kerana persekitarannya yang indah dan ceria yang berbeza dengan sekolah lain yang pernah saya kunjungi. Sesuailah dengan anugerah yang baru SK Zainab 2 terima iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi. Malah, sebelum ini SK Zainab adalah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Kami disambut dengan mesra dan meriah setibanya kami di sana. Selepas itu, kami dibawa ke Bilik Mesyuarat yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, Puan Aidah bt. Salleh. Beliau telah menerangkan tentang sejarah, senarai guru besar, kemudahan yang ada di SK Zainab 2, dan pencapaian SK Zainab 2 yang begitu memberangsangkan sekali. Begitu banyak anugerah yang dirangkul membayangkan betapa guru-gurunya bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah. SK Zainab 2 juga bukan sahaja mendapat pengiktirafan dari peringkat negeri, tetapi juga pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kami juga mendapat tahu bahawa Puan Aidah telah menjadi Guru Besar di SK Zainab 2 selama 12 tahun. Ini dapat membayangkan betapa komitednya beliau dengan SK Zainab 2. Antara aktiviti yang dijalankan di SK Zainab 2 ialah tinjauan di sekitar kawasan sekolah. Kami telah dibawa sendiri oleh Puan Aidah untuk mengenali sekolah ini dengan lebih dekat lagi. Kami telah melihat perpustakaan, makmal sains, bilik guru, bilik seni dan tradisional, makmal komputer, bilik darjah, pejabat, dan bilik yang menyimpan pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SK Zainab 2. Kami begitu kagum dan terpesona melihat setiap sudut sekolah ini. Lanskapnya dibahagikan kepada sesebuah panitia dan panitia tersebut akan menghiasnya mengikut kreativiti masing-masing. Ini menjadikan ilmu pengetahuan ada di mana-mana. Bilik darjahnya juga ceria. Bak kata Puan Aidah, seperti kelas kanak-kanak tadika. Namun, ini adalah kunci dalam menarik minat pelajar agar mereka sentiasa berminat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kami juga sempat menemuramah seorang guru Sains yang begitu inovatif. Beliau telah merekacipta sebuah mikroskop yang begitu canggih, mudah digunakan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Kami mendapati murid-murid SK Zainab 2 adalah sangat bersopan-santun dan menghormati orang lain. Ini ialah berkat didikan guru-guru di sekolah ini. Untuk mencapai tahap seperti yang telah dicapai oleh SK Zainab 2 bukanlah mudah. Ia memerlukan sokongan padu dari semua pihak iaitu murid-murid, sekolah, masyarakat dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya begitu kagum dengan guru-guru di sekolah itu yang begitu tekun, rajin, bersemangat waja dan bekerja keras dalam memastikan kejayaan SK Zainab 2. Pengalaman dan ilmu yang saya timba di SK Zainab 2 semasa menjalankan Program BIG akan saya gunakan semasa bergelar guru kelak. Profesion perguruan yang semakin mencabar akan saya harungi demi mendidik anak-anak bangsa. Yang benar, .................................................. (MOHD NOR IZWAN BIN SULAIMAN) PISMP PJ1

program perkhemahan

PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP KE ARAH MELAHIRKAN INSAN YANG BERKETRAMPILAN DAN BERDIKARI ANJURAN: UNIT BERINUFORM SEKOLAH KEBANGSAAN NADAK DENGAN KERJASAMA: JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG TARIKH PELAKSANAAN: 04- 07 MEI 2008 TEMPAT: TAMAN REKREASI TANJUNG PALONG PEKAN PAHANG PENGENALAN Program Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak merupakan aktiviti tahunan bagi badan uniform ini. Adalah menjadi satu perkara wajib bagi setiap badan unit beruniform untuk menganjurkan aktiviti perkhemahan bagi memenuhi beberapa matlamat dan objektif sebagai penerapan awal kepada murid- murid. Di samping itu juga, aktiviti ini adalah unjuran yang diberikan daripada Pengakap Malaysia untuk menjadikan Badan Unit Beruniform Pengakap sebagai badan aktif dan mampu melahirkan modal insan yang BERKETRAMPILAN dan BERDIKARI. PENGANJUR Unit Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Nadak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. MATLAMAT Melahirkan murid sebagai modal insan yang berketrampilan dan berdikari selain dapat mengaplikasi teknik- teknik yang dipelajari secara teori. OBJEKTIF UTAMA  Memenuhi unjuran yang ditetapkan oleh Unit Badan Beruniform Pegakap Malaysia seperti Lampiran 1.  Melahirkan modal insan yang Berketrampilan dan Berdikari.  Melatih murid mengaplikasi teknik- teknik yang dipelajari secara teori di sekolah.  Melahirkan murid- murid yang sihat, cergas dan cerdas.  Melatih murid mempunyai sikap bekerjasama dalam melakukan satu- satu tugas yang diberikan. TEMA PERKHEMAHAN ‘CINTAI ALAM SEKITAR KITA’ TARIKH 04 – 07 Mei 2008 ( 4 hari 3 malam) TEMPAT Taman Rekreasi Tanjung Palong, Pekan Pahang. PERASMIAN Perasmian pembukaan : Tn Haji Seman bin Haji Long. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Nadak. Perasmian penutup : Tn. Haji Mokhtar bin Haji Darus. Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. PESERTA YANG TERLIBAT Semua ahli Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak tahap dua, tahun 4, 5 dan tahun 6 seramai 30 orang. Nama peserta di Lampiran 2. URUSETIA PROGRAM PERKHEMAHAN . En. Nik Daud bin Mat Yunus. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP PENAUNG : Tn. Hj. Mokhtar bin Haji Darus. Pengarah Jabatan Pendidikan Negari Pahang. Tn. Haji Seman bin Haji Long. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nadak. PENASIHAT : Pn. Hajah Fatimah binti Abdul Fattah. Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Kebangsaan Nadak. PENGURUS PROJEK : Tn Hj Yaccob bi Ismail. Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, Sekolah Kebangsaan Nadak. SETIAUSAHA : En Mohd Nor Ridzwan Bin Dollah. Guru Penasihat Pengakap. PEN.SETIAUSAHA : Pn. Hajah Norma binti Senik. Guru Penasihat Pengakap. BENDAHARI : En. Shafarin bin Sazali. EX- OFFICIO : En. Shahidan bin Ismail. Pn. Murni binti Deraman. FASILITATOR : Wakil daripada Taman Rekreasi Tanjung Palong, Pekan, Pahang. PENCERAMAH : En. Wan Ghazali bin Wan Hashim. Unit Pembangunan Insan dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Lampiran 1 UNIT BADAN UNIFORM, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 2-6,BLOK E13, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel: 03-88841000 62604 PUTRAJAYA Fax : 03-88841081 Ruj. kami: KP(BPG)9048/6/20Jld.3(5) Ruj. tuan : Tarikh : 3 Febuari 2008 Kepada, Semua Guru Besar Sekolah Tuan, Melaksanakan Unjuran yang Disediakan Saya diarah merujuk perkara 2 fasal 3 unit Badan Uniform Sektor Pengakap. 2. Dimaklumkan bahawa pihak tuan perlu melaksanakan unjuran yang disediakan oleh Unit Badan Uniform Sektor Pengakap dengan mengadakan program perkhemahan bagi murid yang melibatkan diri dalam Badan Pengakap seperti yang tercatit dalam perkara 2 fasal 3. Menjadi tanggungjawab pihak pentadbiran sekolah memantau perlaksanaan program berikut. Sekian, terima- kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CINTAILAH BAHASA KITA” …………………. ( Dr. KARTINI BINTI ABDUL HAMID) b.p Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia YY/lm?Tukar s.k. Lampiran 2 SENARAI PESERTA Tahun 4 1) Abdul Fattah b. Abdul Khair 2) Ahmad Kamal b. Zainuddin 3) Kamarulzaman b. MD Saril 4) Mohd Alif Syazwan b. Mohd Nawawi 5) Mohd Khairulddin b. Abdan 6) Mohd Yusoff b. Mohamad Rozi 7) Muhamad Azfar b. Marzukhi 8) Muhammad Syafiq Azfa b. Mohd Azli 9) Mohd Sharul Amree b. Mohd Rani 10) Mohd Zamri b. Abd Razak Tahun 5 11) Anis Syuhada bt. Nazari 12) Hefadatul Husna bt. Zakaria 13) Nurhazmalina bt. Abdullah Sani 14) Nurusyamilah bt. Suhaimi 15) Nor Azurein bt. Adnan 16) Suraya bt. Othman 17) A’inul Basirah bt. Mokhtar 18) Azrul Hanis b. Jamaluddin 19) Fauzul Azmi b. A. Ghani 20) Mohd Fazly b. Arifadzilah Tahun 6 21) Mohd Hafiz Hazwan b. Hamzah 22) Mohd Shahidan b. Ismail 23) Mohd Sharimi b. Mohd Shaari 24) Muhammad Fakhrudin b. Che Mat 25) Muhd Izzat b. Shaari 26) Mohd Syafiq b. Che Noh 27) Naim Aisamuddin b. Abd. Razak 28) Norazlin bt. Nor Shah 29) Nurfazrin bt. Sukkri 30) Rahmat Azim b. Saari GURU PENGIRING 1) En. Mohd Nor Ridzwan bin Dollah. 2) En. Shafarin bin Sazali. 3) En. Shahidan bin Ismail. 4) Pn. Hajah Fatimah binti Abdul Fattah. 5) Pn. Hajah Norma binti Senik. 6) Pn. Murni binti Deraman. Lampiran 3 Anggaran Belanjawan Sepanjang Perkhemahan Perkara Jumlah Peralatan RM 300 Makanan dan bahan mentah RM 16 X 30 orang = RM 480 RM 480 x 3 hari = RM 1440 Tambang bas RM 20 X 30 orang =RM 600 Sewa khemah dan tapak RM 20 x 30 orang x 3hari =RM 1800 Aktiviti : Memancing Snorkeling Jungle trekking Orientering Burung Hantu RM 35x 30 orang =RM 1050 Kecemasan RM 200 Hadiah dan Cenderahati RM 250 Jumlah keseluruhan RM 5640 PENDAPATAN  Peruntukan sekolah di bawah badjet IS 4200 = RM 3000  Sumbangan luar = RM 2040  Yuran peserta = RM 600  Nota .: Guru pengiring menggunakan kewangan Aktiviti Luar Guru menggunakan borang ES ALG 04. Lampiran 4 TENTATIF PROGRAM AHAD, 04 MEI 2008 7.00 a.m : Berkumpul di tempat yang ditetapkan. 8.00 a.m : Memeriksa barang untuk dibawa ke Tanjung Palong. 8.30 a.m : Bertolak ke Tanjung Palong. 12.00 p.m : Makan tengahari. 1.00 p.m : Dirikan khemah dan solat zohor. 3.00 p.m : Taklimat. 4.00 p.m : Minum petang dan solat asar. 5.00 p.m : Melakukan aktiviti ’water confident’. 6.45 p.m : Masak untuk makan malam,solat maghrib dan tazkirah serta membuat persediaan untuk aktiviti seterusnya 8.45 p.m : Solat isya’ 9.00 p.m : Taklimat pegawai renjer.(nightwalk/burung hantu). 11.00 p.m : Refleksi aktiviti, supper, taklimat aktiviti untuk keesokan harinya. Sentri. Tidur. ISNIN, 05 MEI 2008 5.00 a.m : Bangun, solat subuh dan masak untuk sarapan pagi 7.00 a.m : Sarapan dan senaman pagi. 8.00 a.m : Jungle trekking. 12.00 p.m : Masak untuk makan tengahari dan solat zohor. 4.00 p.m : Minum petang dan solat asar. 5.00 p.m : Orientering. 6.45 p.m : Masak untuk makan malam,solat maghrib dan tazkirah serta membuat persediaan untuk aktiviti seterusnya. 8.45 p.m : Solat isya’ 9.00 p.m : Memancing. 11.00 p.m : Refleksi aktiviti, supper, taklimat aktiviti untuk keesokan harinya. Sentri, Tidur. SELASA, 06 MEI 2008 5.00 a.m : Bangun, solat subuh dan masak untuk sarapan pagi 7.00 a.m : Sarapan dan senaman pagi. 8.00 a.m : Aktiviti snorkeling. 12.00 p.m : Masak untuk makan tengahari dan solat zohor. 2.30 p.m : Aktiviti orientering. 6.45 p.m : Masak untuk makan malam,solat maghrib dan tazkirah serta membuat persediaan untuk aktiviti seterusnya. 8.45 p.m : Solat isya’ 9.00 p.m : Malam kebudayaan dan barbeque. 12.00 p.m : Refleksi aktiviti, taklimat untuk pulang. Sentri. Tidur JUMAAT , 31 OGOS 2007 6.00 a.m : Bangun, solat subuh dan masak untuk sarapan pagi 7.00 a.m : Sarapan pagi. 8.00 a.m : Kemas barang untuk pulang. 12.00 p.m : Pulang ke SK Nadak. - Bersurai Lampiran 5 SENARAI PERALATAN BIL PERALATAN KUANTITI 1 LIFE JACKET 35 2 TALI NYLON 4 3 PARANG 4 4 KOMPAS 5 5 MASK PENYELAM 20 6 MATA KAIL 100 7 KIT-J 20 8 TALI PANCING 35 9 PEMBERAT 35 10 PERABUT 35 11 FIRST AID KIT 2 12 GAM UHU 3 13 PLASTIK HITAM 5 PAKET 14 BELERANG 3 KG 15 SURAT KHABAR 3 KG 16 SERBUK KAYU 1 KG 17 CEREK 2 18 TIUB GAS 2 19 KEPALA GAS 2 20 TONG GAS 2 21 TRAY 35 22 PERIUK BESAR 2 23 PERIUK KECIL 2 24 MANGKUK 10 25 PINGGAN 10 26 SUDU GARFU 10 27 KUALI BESAR 2 28 SENDUK KUAH 3 29 SUDIP 3 30 SENDUK NASI 3 31 KUALI KECIL 2 32 DAPUR 2 33 PISAU KECIL 5 34 PAPAN MEMOTONG 3 35 PEMBUKA TIN 2 36 JAG AIR 2 37 PEMEGANG MENTOL 12 38 DULANG 2 39 PENYEPIT 5 40 COOLMAN 1 41 TONG AIR BESAR 1 42 BAKUL 5 43 BASTING 2 44 TALI RAFIA 2 45 PENGUSUNG 1 46 MIKROFON 1 47 SPEAKER 2 48 KAIN RENTANG 3 49 PELAKA (WARNA AIR) 5 50 BERUS 3 51 BELON 2 PAKET 52 KHEMAH 10 53 GENERATOR 1 54 PENYAMBUNG SOKET 15 55 SPAN 5 56 SABUN BASUH 2 UNIT 57 MENTOL 12 58 BALDI 2 59 GELAS 10 60 FLY SHEET 2 61 CANGKUL 1 62 WAYAR 1 63 WAX 2 64 EXTENSION PLUG 2 65 KERTAS MAJONG 50 66 BESEN BESAR 2 67 GROUND SHEET B 2 68 GROUND SHEET H 1 69 GROUND SHEET K 3 70 PENAPIS AIR 2 71 PENYEJAT 2 72 PENGASAH PISAU 1 73 GERGAJI 1 74 HAILER 2 75 LAMPU PANJANG 4 76 RICE COOKER 2 77 MARKER PEN 2 KOTAK 78 MINERAL WATER 25 KOTAK 79 PISAU BESAR 4 80 STEEL WOOL 5 81 ARANG 2 GUNI 82 ALAT BBQ 2 PENUTUP Diharapkan program seumpama ini dapat mencapai objektif dan matlamat yang dirancangkan serta akan dapat mewujudkan kerjasama yang erat dan persefahaman yang seiringan antara sesama Ahli Pengakap selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Disediakan oleh: …………………… (MOHD NOR RIDZWAN BIN DOLLAH) Setiausaha, Program Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap. Disemak oleh, …………………….. Tn Hj Yaccob bi Ismail. Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, Sekolah Kebangsaan Nadak. Setiausaha, Program Perkhemahan, Badan Beruniform Pengakap, Sekolah Kebangsaan Nadak. Tarikh : 02 April 2008 Guru Besar, Tn. Hj. Seman bin Haji Long, Sekolah Kebangsaan Nadak, Jalan Sg. Lembing, 26200 Kuantan, Pahang. Tuan, Memohon Kebenaran Untuk Menjalankan Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap Merujuk perkara di atas, saya En. Mohd Nor Ridzwan bin Dollah memohon kebenaran untuk menjalankan Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap sesi 2008. 2. Untuk makluman pihak tuan, program ini diadakan bagi memenuhi unjuran yang diberikan oleh Pengakap Malaysia untuk Ahli Pengakap. 3. Kekuatan peserta seramai 30 orang dan diiringi oleh beberapa orang guru pembimbing . Program ini akan diadakan seperti berikut: Tempat : Taman Rekreasi, Tanjung Palong, Pekan, Pahang. Tarikh : 04- 07 Mei 2008. Hari : Ahad – Rabu. 4. Berserta dengan surat permohonan ini, saya lampirkan bersama kertas kerja Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap , senarai nama peserta dan guru pengiring. 5. Saya berharap agar permohonan ini dapat dipertimbangkan dan segala kerjasama yang dihulurkan di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Yang menjalankan tugas, ------------------------------- ( En. MOHD NOR RIDZWAN BIN DOLLAH) Setiausaha, Program Perkhemahan, Badan Beruniform Pengakap. s.k.: Fail Pengurusan Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak, Jalan Sg. Lembing, 26200 Kuantan, Tel : 09- 5411979 Pahang. Fax : 09- 5411977 Ruj. kami: JPNP(SKN)675/02/15 Jld.2(21) Ruj. tuan : Tarikh : 20 April 2008 Pengerusi, Persatuan Ibu Bapa & Guru. Sekolah Kebangsaan Nadak, Jalan Sg. Lembing, 26200 Kuantan, Pahang. Melalui, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Nadak. Tuan, Mohon Sumbangan bagi Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak Merujuk perkara di atas, Saya En. Mohd Nor Ridzwan bin Dollah selaku guru penasihat kepada unit Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak mohon sumbangan ikhlas pihak tuan bagi program yang akan diadakan ini. 2. Butir – butir program adalah seperti berikut: Tempat : Taman Rekreasi, Tanjung Palong, Pekan, Pahang. Tarikh : 04- 07 Mei 2008. Peserta : 30 orang murid pengakap. 3. Adalah dengan itu, sebarang bentuk sumbangan adalah di alu- alukan bagi menjayakan Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap ini nanti. Segala kerjasama dan sumbangan yang diterima didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima- kasih. “BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA” …………………. ( En. MOHD NOR RIDZWAN BIN DOLLAH) Setiausaha, Program Perkhemahan, Badan Beruniform Pengakap. s.k.: Fail Pengurusan Pengakap Fail Sekolah Sekolah Kebangsaan Nadak, Jalan Sg. Lembing, 26200 Kuantan, Tel: 09- 5411979 Pahang. Fax : 09- 5411977 Ruj. kami: JPNP(SKN)675/02/15 Jld.2(22) Ruj. tuan : Tarikh : 20 April 2008 Pengurus, Maju Holding Enterprise, Jalan Sg. Lembing, 26200 Kuantan, Pahang. Melalui, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Nadak. Tuan, Mohon Sumbangan bagi Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak Merujuk perkara di atas, Saya En. Mohd Nor Ridzwan bin Dollah selaku guru penasihat kepada unit Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak mohon sumbangan ikhlas pihak tuan bagi program yang akan diadakan ini. 2. Butir – butir program adalah seperti berikut: Tempat : Taman Rekreasi, Tanjung Palong, Pekan, Pahang. Tarikh : 04- 07 Mei 2008. Peserta : 30 orang murid pengakap. 3. Adalah dengan itu, sebarang bentuk sumbangan adalah di alu- alukan bagi menjayakan Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap ini nanti. Segala kerjasama dan sumbangan yang diterima didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima- kasih. “BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA” …………………. ( En. MOHD NOR RIDZWAN BIN DOLLAH) Setiausaha, Program Perkhemahan, Badan Beruniform Pengakap. s.k.: Fail Pengurusan Pengakap Fail Sekolah Sekolah Kebangsaan Nadak, Jalan Sg. Lembing, 26200 Kuantan, Tel: 09- 5411979 Pahang. Fax : 09- 5411977 Ruj. kami: JPNP(SKN)675/02/15 Jld.2(23) Ruj. tuan : Tarikh : 20 April 2008 Pengerusi, Kelab Kembara Sinar, Jalan Sg. Lembing, 26200 Kuantan, Pahang. Melalui, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Nadak. Tuan, Mohon Sumbangan bagi Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak Merujuk perkara di atas, Saya En. Mohd Nor Ridzwan bin Dollah selaku guru penasihat kepada unit Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak mohon sumbangan ikhlas pihak tuan bagi program yang akan diadakan ini. 2. Butir – butir program adalah seperti berikut: Tempat : Taman Rekreasi, Tanjung Palong, Pekan, Pahang. Tarikh : 04- 07 Mei 2008. Peserta : 30 orang murid pengakap. 3. Adalah dengan itu, sebarang bentuk sumbangan adalah di alu- alukan bagi menjayakan Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap ini nanti. Segala kerjasama dan sumbangan yang diterima didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima- kasih. “BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA” …………………. ( En. MOHD NOR RIDZWAN BIN DOLLAH) Setiausaha, Program Perkhemahan, Badan Beruniform Pengakap. s.k.: Fail Pengurusan Pengakap Fail Sekolah Sekolah Kebangsaan Nadak, Jalan Sg. Lembing, 26200 Kuantan, Tel: 09- 5411979 Pahang. Fax : 09- 5411977 Ruj. kami: JPNP(SKN)675/02/15 Jld.2(24) Ruj. tuan : Tarikh : 20 April 2008 Ibu Bapa Murid, Sekolah Kebangssan Nadak. Melalui, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Nadak. Tuan, Mohon Sumbangan bagi Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak Merujuk perkara di atas, Saya En. Mohd Nor Ridzwan bin Dollah selaku guru penasihat kepada unit Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak mohon sumbangan ikhlas pihak tuan bagi program yang akan diadakan ini. 2. Butir – butir program adalah seperti berikut: Tempat : Taman Rekreasi, Tanjung Palong, Pekan, Pahang. Tarikh : 04- 07 Mei 2008. Peserta : 30 orang murid pengakap. 3. Adalah dengan itu, sebarang bentuk sumbangan adalah di alu- alukan bagi menjayakan Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap ini nanti. Segala kerjasama dan sumbangan yang diterima didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima- kasih. “BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA” …………………. ( En. MOHD NOR RIDZWAN BIN DOLLAH) Setiausaha, Program Perkhemahan, Badan Beruniform Pengakap. s.k.: Fail Pengurusan Pengakap Fail Sekolah Sekolah Kebangsaan Nadak, Jalan Sg. Lembing, 26200 Kuantan, Tel: 09- 5411979 Pahang. Fax : 09- 5411977 Ruj. kami: JPNP(SKN)675/02/15 Jld.2(25) Ruj. tuan : Tarikh : 20 April 2008 Ibu Bapa Murid, Sekolah Kebangssan Nadak. Tuan, Surat Kebenaran Ibu Bapa Merujuk perkara di atas, Saya ………………………………………. ,( bapa, ibu, penjaga ) membenarkan anak jagaan saya yang bernama …………………………………………… menyertai Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak seperti mana maklumat yang diberikan. 2. Butir – butir program adalah seperti berikut: Tempat : Taman Rekreasi, Tanjung Palong, Pekan, Pahang. Tarikh : 04- 07 Mei 2008. (Ahad- Rabu) 3. Saya sedar akan risiko yang akan dihadapi dan tidak akan mengambil sebarang tindakan undang- undang jika berlaku perkara yang tidak diingini. Saya juga membenarkan rawatan kecemasan diberikan sekiranya diperlukan. Sekian, terima- kasih. …………………. ( En. MOHD NOR RIDZWAN BIN DOLLAH) s.k.: Fail Pengurusan Pengakap Fail Sekolah Sekolah Kebangsaan Nadak, Jalan Sg. Lembing, 26200 Kuantan, Tel: 09- 5411979 Pahang. Fax : 09- 5411977 Ruj. kami: JPNP(SKN)675/02/15 Jld.2(26) Ruj. tuan : Tarikh : 20 April 2008 En. Wan Ghazali bin Wan Hashim. Ketua Unit Pembangunan Insan & Kaunseling. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang 25210 Kuantan, Pahang. Melalui, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Nadak. Tuan, Jemputan Ceramah bagi Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap Merujuk perkara di atas, Saya En. Mohd Nor Ridzwan bin Dollah selaku guru penasihat kepada unit Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak mohon khidmat ceramah kepada program kami. 2. Butir – butir program adalah seperti berikut: Tempat : Taman Rekreasi, Tanjung Palong, Pekan, Pahang. Tarikh : 06 Mei 2008. Masa : 9.00 malam. Peserta : 30 orang murid pengakap. Tema : ‘Cintai Alam Sekitar Kita” 3. Adalah dengan itu, kesudian pihak tuan memenuhi jemputan kami amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima- kasih. “BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA” …………………. ( En. MOHD NOR RIDZWAN BIN DOLLAH) Setiausaha, Program Perkhemahan, Badan Beruniform Pengakap. s.k.: Fail Pengurusan Pengakap Fail Sekolah Fail JPNP Sekolah Kebangsaan Nadak, Jalan Sg. Lembing, 26200 Kuantan, Tel: 09- 5411979 Pahang. Fax : 09- 5411977 Ruj. kami: JPNP(SKN)675/02/15 Jld.2(27) Ruj. tuan : Tarikh : 20 April 2008 Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang 25210 Kuantan, Pahang. Melalui, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Nadak. Tuan, Jemputan Merasmikan Majlis Penutup Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap Merujuk perkara di atas, Saya En. Mohd Nor Ridzwan bin Dollah selaku guru penasihat kepada unit Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak menjemput tuan untuk merasmikan majlis penutup Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap. 2. Butir – butir program adalah seperti berikut: Tempat : Taman Rekreasi, Tanjung Palong, Pekan, Pahang. Tarikh : 07 Mei 2008. Masa : 10.00 pagi. Tema : ‘Cintai Alam Sekitar Kita” 3. Adalah dengan itu, kesudian pihak tuan memenuhi jemputan kami amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima- kasih. “BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA” …………………. ( En. MOHD NOR RIDZWAN BIN DOLLAH) Setiausaha, Program Perkhemahan, Badan Beruniform Pengakap. s.k.: Fail Pengurusan Pengakap Fail Sekolah Fail JPNP Sekolah Kebangsaan Nadak, Jalan Sg. Lembing, 26200 Kuantan, Tel: 09- 5411979 Pahang. Fax : 09- 5411977 Ruj. kami: JPNP(SKN)675/02/15 Jld.2(28) Ruj. tuan : Tarikh : 20 April 2008 Pengurus, Taman Rekreasi Tanjung Palong. 35010 Pekan, Pahang. Melalui, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Nadak. Tuan, Mohon Kebenaran Menggunakan Tapak Perkhemahan Merujuk perkara di atas, Saya En. Mohd Nor Ridzwan bin Dollah selaku guru penasihat kepada unit Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak mohon kebenaran untuk menggunakan tapak perkhemahan Taman Rekreasi Tanjung Palong. 2. Butir – butir program adalah seperti berikut: Tempat : Taman Rekreasi, Tanjung Palong, Pekan, Pahang. Tarikh : 04- 07 Mei 2008. Masa : 4 hari 3 malam. Peserta : 30 orang murid pengakap. Tema : ‘Cintai Alam Sekitar Kita” 3. Adalah dengan itu, pihak kami mengharap pihak tuan dapat menyediakan tapak perkhemahan yang sesuai berdasar butiran diatas. segala kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima- kasih. “BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA” …………………. ( En. MOHD NOR RIDZWAN BIN DOLLAH) Setiausaha, Program Perkhemahan, Badan Beruniform Pengakap. s.k.: Fail Pengurusan Pengakap Fail Sekolah Sekolah Kebangsaan Nadak, Jalan Sg. Lembing, 26200 Kuantan, Tel: 09- 5411979 Pahang. Fax : 09- 5411977 Ruj. kami: JPNP(SKN)675/02/15 Jld.2(29) Ruj. tuan : Tarikh : 20 April 2008 Pengurus, Perkhidmatan Bas Sewa. Lot 03, Jalan Sg. Lembing, 26200 Kuantan Pahang. Melalui, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Nadak. Tuan, Mohon Perkhidmatan Bas Sewa Merujuk perkara di atas, Saya En. Mohd Nor Ridzwan bin Dollah selaku guru penasihat kepada unit Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Nadak mohon perkhidmatan sewa bas bagi kegunaan Program Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap ke Taman Rekreasi Tanjung Palong, Pekan Pahang 2. Butiran lanjut adalah seperti berikut: Tempat : Taman Rekreasi, Tanjung Palong, Pekan, Pahang. Tarikh : 04- 07 Mei 2008. Masa bertolak : 8.30 pagi. Masa pulang : 12.00 tengahari. Peserta : 30 orang murid pengakap bersama 5 guru pengiring. Jenis Bas : Berhawa dingin. 3. Adalah dengan itu, pihak kami mengharap pihak tuan dapat menyediakan bas sewa berhawa dingin seperti butiran diatas. Sekian, terima- kasih. “BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA” …………………. ( En. MOHD NOR RIDZWAN BIN DOLLAH) Setiausaha, Program Perkhemahan, Badan Beruniform Pengakap. s.k.: Fail Pengurusan Pengakap Fail Sekolah

kertas cadangan Bina insan guru fasa 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU CADANGAN KERTAS KERJA BINA INSAN GURU FASA V 2010, LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) ANJURAN: PISMP SEMESTER 5 2010 AMBILAN JANUARI 2008 TARIKH: 11 FEBRUARI 2010 TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB 2, KOTA BHARU, KELANTAN CADANGAN KERTAS KERJA KHIDMAT PENDIDIKAN BINA INSAN GURU FASA V 2010 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU 1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. ` Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “….pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara”. 2.0 MATLAMAT Program Bina Insan Guru ( BIG ) Semester 5 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. 3.0 OBJEKTIF Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) dan bengkel ini, diharapkan guru pelatih akan dapat: 1. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah. 2. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan 3. Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas pendidikan. 4. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 5. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang. 6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian. 4.0 SINOPSIS Program ini mencakupi tiga tugasan iaitu lawatan penanda aras, aktiviti bengkel dan refleksi wajib. Lawatan penanda aras akan diadakan selama tujuh jam dan yang kedua pula ialah aktiviti bengkel yang mengambil masa selama tiga jam. Kedua-duanya akan diadakan di tempat yang sama. Tujuan lawatan penanda aras ini memberi peluang kepada pelajar mengenali budaya sekolah dan pengurusan sekolah yang cemerlang. Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan ciri kepimpinan, pengurusan, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur sekolah dan infostruktur kokurikulum. Objektif utama aktiviti bengkel ialah untuk mendedahkan pelajar kepada maklumat- maklumat berkaitan ciri-ciri guru yang inovatif selaras dengan tajuk yang diberi iaitu “ GURU INOVATIF”. Di akhir aktiviti bengkel ini, akan diadakan sesi refleksi wajib Program BIG dari semester satu hingga enam. 5.0 PENGANJUR - Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu - Jawatankuasa Kerja Bina Insan Guru Fasa V, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan,Pendididikan Jasmani 1& 2, Ambilan Januari 2008 6.0 TEMA : ‘Guru Cemerlang, Negara Gemilang’ 7.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT Tarikh : 11 Februari 2010 Masa : 7.00 pagi hingga 2.00 petang Tempat : Sekolah Kebangsaan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan 8.0 PENSYARAH A. Encik Abdul Khabir Bin Mat Dahang – Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar B. Encik Zainol Abidin Bin Zakaria – Pegawai Bina Insan Guru C. Tuan Haji Salime Bin Abdul Rahman – SUP D. Tutor setiap kumpulan: • En. Wan Suhaimi bin Wan Setapa (Pendidikan Jasmani 1) • En. Khairul Azman Khairuddin (Pendidikan Jasmani 1) • Miss Foo Ai Peng (Pendidikan Jasmani 2) • En. Anuwar b. Hamat (Pendidikan Jasmani 2) 9.0 PESERTA 42 orang guru pelatih dari kumpulan PISMP Pendidikan Jasmani 1& 2. • PISMP Pendidikan Jasmani 1 (21 orang lelaki) • PISMP Pendidikan Jasmani 2 (14 orang lelaki dan 7 orang perempuan) 10 .0 AHLI JAWATANKUASA JAWATANKUASA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V 2010 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU PENGERUSI EN. HASHIM B. DERAMAN Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu NAIB PENGERUSI TN. HJ. YAJID BIN YAAKOB Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu SETIAUSAHA ENCIK ABDUL KHABIR BIN MAT DAHANG Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PEGAWAI BINA INSAN GURU ENCIK ZAINOL ABIDIN BIN ZAKARIA BENDAHARI ENCIK YUSOF BIN MAAROF Pengawai Eksekutif Kanan TUTOR EN. WAN SUHAIMI B. WAN SETAPA EN. KHAIRUL AZMAN B. KHAIRUDDIN MISS FOO AI PENG EN. ANUWAR B. HAMAT AHLI JAWATANKUASA KERJA PENGURUS PROJEK MOHD NOR IZWAN BIN SULAIMAN TIMBALAN PENGURUS PROJEK A'INUL BASIRAH BT. MOKHTAR SETIAUSAHA WAN KHAIRULFAIRUZ BIN WAN KHALID BENDAHARI MOHD ARIF BIN ISMAIL AHLI JAWATANKUASA PENGANGKUTAN NORAZLAN BIN ZAINUDIN PERALATAN MUHD IZZAT BIN SHAARI DOKUMENTASI SITI NORAISHAH BT. YAHYA PERSEGARAN MOHD FADZLY B. ARIFFADZILAH KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN MOHAMAD AZLI B. MOHAMED YUSOF CENDERAHATI DAN HADIAH ABDULLAH B. ILIAS HUBUNGAN LUAR MOHD NOR RIDZWAN B. DOLLAH 11.0 CARTA ALIRAN KERJA 12 .0 TENTATIF PROGRAM TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) Masa Agenda Penceramah 7.00 - 7.30 a.m. - Bertolak dari IPGKKB 7.30 - 8.30 a.m. - Berkumpul di sekolah - Penerangan daripada Guru Besar SK Zainab Pn. Aidah 8.30 - 10.00 a.m. - Melihat P&P Pendidikan Jasmani berlangsung Panitia Pendidikan Jasmani 10.00 – 10.30 a.m. REHAT 10.30 – 11.30 a.m. - Lawatan ke kelas mengikut kumpulan 11.30 – 12.00 p.m. - Melihat pengurusan dan pentadbiran pejabat sekolah 12.00 – 12.30 p.m. - Taklimat pengurusan sekolah 12.30 – 1.00 p.m. - Menemuramah guru-guru sekolah 1.00 – 1.30 p.m. - Majlis Penutup 1.0 – 2.00 p.m. - Perjalanan pulang ke IPGKKB • Lawatan ke kelas dalam 4 kumpulan (10 orang setiap kumpulan) • Perancangan akan dibuat • Perubahan tentatif program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 13 .0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN a. Perbelanjaan daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu PERKARA ANGGARAN SUMBER 1. Alat tulis Seperti dalam senarai Stor IPGKKB 2. Cenderahati 3 Plak Institut Stor IPGKKB 3. Banner 1 helai Stor IPGKKB 4. Air mineral 6 kotak Stor IPGKKB 5. Sijil Penghargaan 3 gulung SUG b. Makanan Makanan; SK Zainab (50 orang) Tutor (2), penceramah (2) dan pentadbir sekolah (3) Sarapan: 7 orang X RM2.50 Makan Tengah hari: 7 orang X RM4.00 PISMP Pendidikan Jasmani1(23orang) Sarapan: 23 orang X RM2.50 Makan Tengah hari: 23 orang X RM4.00 PISMP Pendidikan Jasmani2(20orang) Sarapan: 20 orang X RM2.50 Makan Tengah hari: 20 orang X RM4.00 Jumlah = RM17.50 RM28.00 RM57.50 RM92.00 RM50.00 RM80.00 RM325.00 L.O 14.0 PENUTUP Program Bina Insan Guru Fasa V ini diharapkan dapat memberikan pendedahan awal kepada bakal guru tentang pengurusan sekolah secara formal. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG. Disediakan oleh, ................................... (WAN KHAIRULFAIRUZ BIN WAN KHALID) SETIAUSAHA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5 IPG KAMPUS KOTA BHARU Disemak oleh, .................................. ( ENCIK ZAINOL ABIDIN BIN ZAKARIA ) PEGAWAI BINA INSAN GURU IPG KAMPUS KOTA BHARU Melalui, ....................... (EN.ABDUL KHABIR B. MAT DAHANG) KETUA JABATAN HEP IPG KAMPUS KOTA BHARU Diluluskan oleh, ................................... (EN.HASHIM B.DERAMAN) PENGARAH IPG KAMPUS KOTA BHARU

isu sukn negara

Isu Sukan Negara Sukan merupakan aktiviti yang dapat memberi faedah yang banyak kepada negara. Selain dapat mengajak rakyat lebih aktif untuk bersenam, sukan juga dapat memberi peluang kepada atlet-atlet yang mewakili negara untuk mengharumkan nama negara di mata dunia. Sukan juga dilihat dapat membantu meningkatkan ekonomi negara melalui acara-acara sukan yang dianjurkan di dalam negara. Justeru, sukan wajar dimajukan untuk kepentingan negara. Namun, pelbagai isu telah timbul di dalam bidang sukan seperti isu rasuah, pengambilan dadah oleh atlet dan juga prestasi atlet yang tidak memberangsangkan. Isu rasuah sememangnya telah lama wujud dalam bidang sukan. Ramai pihak berpendapat bahawa rasuah berpunca daripada aktiviti perjudian di mana pengurus, pengadil dan atlet-atlet diberi wang supaya mempengaruhi keputusan perlawanan demi kepentingan mereka yang berjudi. Selain itu, atlet juga dikatakan menerima rasuah kerana isu bayaran gaji yang selalu tertunggak dan gagal dijelaskan majikan. Isu rasuah ini mula hangat diperkatakan pada tahun 1990-an apabila ramai pemain bola sepak Liga Perdana Malaysia mula menerima rasuah. Menurut sesetengah pihak, rasuah dalam sukan bola sepak tanah air telah lama wujud, sebelum tahun 1990-an lagi. Namun, isu ini tidak diperbesarkan dan ramai pihak tidak sedar akan kewujudannya. Hasil daripada kesedaran tentang meluasnya rasuah dalam sukan bola sepak ini, ramai pemain yang terlibat didenda dan digantung daripada beraksi dalam liga ini. Rasuah memberikan impak yang negatif kepada bidang sukan. Antara impak negatif rasuah dalam sukan ialah penurunan prestasi atlet, kehilangan peminat dan penaja serta mencalarkan imej negara. Contoh kesan rasuah kepada bidang sukan dapat dilihat sewaktu tahun 1990-an di mana imej sukan bola sepak di negara ini telah jatuh. Ramai penaja telah menarik diri dan enggan menaja Liga Perdana Malaysia. Peminat juga berasa tertipu dan kecewa dengan sikap pemain yang mengambil rasuah. Hasilnya, kemajuan yang diharapkan dalam sukan bola sepak gagal dicapai. Selain itu, isu yang agak kerap diperkatakan baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa ialah isu penyalahgunaan dadah oleh atlet-atlet. Dadah menguatkan prestasi atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Performance Enhancing Drugs’ digunakan untuk memberi kelebihan kepada atlet ketika bertanding dalam sesuatu acara sukan. Contoh atlet yang didapati bersalah menggunakan dadah baru-baru ini ialah atlet lumba basikal trek kebangsaan, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi. Fauzan disahkan positif oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) kerana menggunakan ‘anabolic steroid’ semasa menyertai kejohanan Mini Olimpik. Pelumba tersebut digantung dua tahun bagi kesalahan yang dilakukan. Penggunaan dadah adalah tidak beretika dan berbahaya dari segi kesihatan. Banyak kajian menunjukkan ramai atlet tidak mempedulikan risiko kesihatan yang akan dihadapi sekiranya mereka mampu mendapatkan kelebihan dengan cara tidak tulen. Oleh yang demikian, isu ini telah menjadi masalah yang serius dalam dunia sukan hari ini. Isu kemerosotan prestasi atlet-atlet kebangsaan juga merupakan satu masalah yang wajar diambil berat. Pencapaian atlet negara dilihat kurang memberangsangkan berbanding zaman dahulu. Atlet-atlet kebangsaan dahulu seperti Tan Aik Huang dalam sukan badminton, Mokhtar Dahari dalam sukan bola sepak dan M Jegathesan dalam bidang olahraga telah dikenali sebagai atlet yang disegani dan berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Kegagalan Malaysia merangkul sebarang pingat pada Sukan Komanwel 2006 di Australia merupakan bukti mutu sukan di negara belum cukup membanggakan. Pelbagai sebab telah dikenalpasti mengapa pencapaian atlet-atlet kebangsaan tidak membanggakan. Pertama, kurang galakan daripada ibu bapa sejak kecil mengakibatkan kekurangan atlet-atlet yang cemerlang. Ibu bapa kurang menggalakkan anak mereka menceburi bidang sukan kerana berpendapat bahawa bidang akademik lebih penting dalam menentukan kejayaan masa hadapan. Selain itu, ramai ibu bapa menganggap bidang sukan tidak dapat memberikan jaminan masa depan yang cerah. Kemudahan sukan yang belum mencukupi juga merupakan antara sebab mengapa atlet kebangsaan gagal beraksi dengan cemerlang. Negara kita masih kekurangan gymnasium dan kompleks sukan bertaraf dunia untuk membolehkan atlet berlatih dengan selesa. Malaysia juga kekurangan jurulatih berkaliber, pakar pemakanan, ahli fisioterapi dan pakar psikologi untuk membantu meningkatkan prestasi atlet. Ramai juga berpendapat cirri-ciri fizikal atlet tempatan merupakan factor atlet negara gagal beraksi dengan cemerlang. Atlet tempatan bersaiz kecil berbanding atlet negara lain. Perbezaan fizikal ini amat dirasakan terutamanya dalam bidang sukan yang mementingkan fizikal seperti bola sepak, bola keranjang dan ragbi. Di sebalik pelbagai isu yang timbul dalam arena sukan negara, masih belum terlewat lagi untuk usaha-usaha memajukan sukan dijalankan. Komitmen haruslah bermula daripada kerajaan dan disokong oleh rakyat supaya isu seperti rasuah, pengambilan dadah oleh atlet dan pencapaian yang tidak memuaskan dapat ditangani. Usaha memartabatkan sukan negara dapat mengembalikan imej negara seperti dalam sukan seperti renang, badminton dan bola sepak. Diharapkan negara dapat melahirkan lebih ramai atlet yang bertaraf antarabangsa seperti Nicole David yang merupakan pemain skuasy nombor 1 dunia dan Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton nombor 1 dunia.

bina insan guru pelepasan kuliah

Jawatankuasa Program Bina Insan Guru Fasa V 2010, PISMP Pendidikan Jasmani Semester 5, Ambilan Januari 2008, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 16109 Pengkalan Chepa, Kelantan. En. Wan Suhaimi b. Wan Setapa, Pensyarah Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 16109 Pengkalan Chepa, Kelantan. 2 FEBRUARI 2010 Melalui dan salinan : En. Zainol Abidin b. Zakaria, Pegawai Bina Insan Guru, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 16109 Pengkalan Chepa, Kelantan. Tuan, Memohon Pelepasan Waktu Kuliah untuk Menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa V 2010 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan, guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ambilan Januari 2008 ingin memohon pelepasan waktu kuliah untuk menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa V yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Zainab 2. 3. Lawatan ini adalah sebahagian daripada komponen Kursus Bina Insan Guru Fasa V iaitu lawatan penanda aras yang merupakan kursus yang wajib dijalankan dalam kursus PISMP Semester 5. Program ini akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut : Tarikh : 11 Februari 2010 (Khamis) Tempat : Sekolah Kebangsaan Zainab 2, Kota Bharu Masa : 7.00 pagi – 2.00 petang Jumlah peserta : 42 orang guru pelatih PISMP PJ1 dan PJ2 4. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi kebenaran kepada kami untuk menghadiri program ini dan penggantian kuliah akan dibuat mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak tuan. 5. Di sini, kami turut melampirkan bersama senarai nama guru pelatih untuk rujukan dan panduan bagi pihak tuan. 6. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian. ”GIGIH, ILTIZAM, CEMERLANG” Saya yang menjalankan tugas, (WAN KHAIRULFAIRUZ BIN WAN KHALID) Setiausaha, Program Bina Insan Guru Fasa V 2010. s.k. : Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKKB Pegawai BIG IPGKKB Fail program

bina insan guru

Jawatankuasa Program Bina Insan Guru Fasa V 2010, PISMP Pendidikan Jasmani Semester 5, Ambilan Januari 2008, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 16109 Pengkalan Chepa, Kelantan. Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 16109 Pengkalan Chepa, Kelantan. 2 FEBRUARI 2010 Melalui dan salinan : En. Zainol Abidin b. Zakaria, Pegawai Bina Insan Guru, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 16109 Pengkalan Chepa, Kelantan. Tuan, Memaklumkan Mengenai Program Bina Insan Guru Fasa V 2010 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan, guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ambilan Januari 2008 akan mengadakan Program Bina Insan Guru Fasa V yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Zainab 2. 3. Lawatan ini adalah sebahagian daripada komponen Kursus Bina Insan Guru Fasa V iaitu lawatan penanda aras yang merupakan kursus yang wajib dijalankan dalam kursus PISMP Semester 5. Program ini akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut : Tarikh : 11 Februari 2010 (Khamis) Tempat : Sekolah Kebangsaan Zainab 2, Kota Bharu Masa : 7.00 pagi – 2.00 petang Jumlah peserta : 42 orang guru pelatih dan dua orang pensyarah pengiring 5. Di sini, kami turut melampirkan bersama senarai nama guru pelatih dan pensyarah pengiring untuk rujukan dan panduan bagi pihak tuan. 6. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian. ”GIGIH, ILTIZAM, CEMERLANG” Saya yang menjalankan tugas, (WAN KHAIRULFAIRUZ BIN WAN KHALID) Setiausaha, Program Bina Insan Guru Fasa V 2010. s.k. : Pegawai BIG IPGKKB Fail program

Tuesday, September 13, 2011

dont look back

You won't release But you relive each moment, Now he's gone, and he's Just gonna keep on going But I'm here and I'm staying, I'm hoping and praying That you leave that world behind, Cuz I want you to be all mine, Don't look back, The past is just a closing door, And you don't need to go there anymore, What we have, Is deep and wide as your brown eyes, And I can see forever in your smile, Don’t look back. We've all been there When heartbreak's got your back against the wall, It's unfair, But love is what we live for And I'm here and I'm praying' You'll see what I'm saying, When you leave that world behind, Cuz I want you to be all mine, Don't look back, The past is just a closing door, And you don't need to go there anymore, What we have, Is deep and wide as your brown eyes, And I can see forever in your smile, Don’t look back. Don't look, Don't look back. ooh yeah This I know for sure, oooh yeah The past is just a closing door, ooooh Don't look back (Come on!) The past is just a closing door, And you don't need to go there anymore, What we have, Is deep and wide as your brown eyes, And I can see forever in your smile, Dont look back.

layan jer la bahasa jiwang ini

Ayat ini semua dalam bahasa inggeris Sejauh mana keberkesanannya saya tidak dapat pasti dan bukan semua ayat yang disenaraikan adalah sesuai untuk setiap individu dan situasi. Apa-apa pon layan ajela….. 1. All I care about is being with you forever. 2. All the gold and diamond in the world are not enough to buy the love I have for you. 3. God created you for just for me. 4. I am addicted to your love. 5. I am crazy about you. 6. I cannot live without you. 7. I cannot stop thinking about you. 8. I did not mean to hurt your feelings. 9. I do not want to wake up from this wonderful dream with you. 10. I feel safe when I am with you. 11. I get lost in ecstasy when you make love to me. 12. I have finally discovered true love – you. 13. I love talking to you. 14. I love the way you make love to me. 15. I miss your hugs and kisses when we are apart. 16. I thank God for the day he brought you into my life. 17. I want to spend forever with you. 18. I will give anything to be with you. 19. I will give you my heart, my body, and my soul. 20. I will go with you to the ends of the world as long as you keep loving me. 21. I will rather be broke than trade your love for a million dollars. 22. I will travel a thousand miles to be with you. 23. I wish God had brought you to me sooner. 24. If anything happens to you, I will go crazy. 25. If I could I would make love to you a thousand times. 26. If I had to live life over again, I would live it with you. 27. If loving you is a sin, then let me be guilty. 28. If our love is blind, then I never want it to see the light of day. 29. Life without you will be like going to sleep and never having sweet dreams. 30. Loving you feels like heaven. 31. Loving you has made life even sweeter. 32. Loving you has made my life so full of joy and happiness. 33. My heart cries when we are apart. 34. You are my love, my heart, and my life. 35. No man has loved me the way you love me. 36. Nothing will ever stop me from loving you. 37. Ooh sweetie, you are so good to me. 38. Your warm hugs and your tender kisses are more precious than gold. 39. Talking to you is like sipping the most delicious wine – I want it to last forever. 40. The times we spend together are like precious gems that money cannot buy. 41. Time stops when you hold me in your arms. 42. When I am with you, my troubles seem to melt away. 43. When I look at you I see a man that I find irresistible. 44. Words are not enough to express how much I love you. 45. You are my prince. 46. You are my soul mate. 47. You are the most important person in my life. 48. You are the music that makes my heart sing. 49. You are the only man I ever want in my life. 50. You are the other half that makes me feel whole. 51. You are the perfect man for me. 52. You are the sweetest man I know. 53. You bring nothing but love, peace, joy, and happiness to my soul. 54. You bring so much joy and happiness to my life. 55. You love me gently. 56. You make me feel like a woman. 57. You make me feel so good I want to kiss you from your head to your toe. 58. You make me want you more each day. 59. You treat me like a princess and I love you with all my heart. 60. Your are the kindest man I know. 61. Your caring words touch the deepest part of me. 62. Your hugs and kisses melt my heart like chocolate ice cream on a warm summer day. 63. Your kisses are like warm chocolate on a cold winter night. 64. Your kisses are so good I feel tingles all over. 65. Your love is like a solid rock that will never break. 66. Your love is so good I can’t get away even if I wanted to. 67. Your love warms my heart like the glow of a candle light in a midsummer night’s dream. 68. Your loving whispers in a moon-lit night are like soothing wine, they put me in the mood. 69. Your smile is so comforting it makes my tears go away. 70. Your gentle touch sends chills up and down my spine.

Monday, September 12, 2011

mengubati sakit hati aku dengan zikir

ingat aku tak sakit hati ke kalau tengok ka senang-senang jer lupakan aku macam tu jer. Kau potong selamber je gambar aku semua itu kau buang aku terus dari hidup kau. aduhhh sakitnya hati aku............. SABDA Rasulullah SAW: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual termasuk akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, perbuatan, perilaku dan sikap seseorang dipengaruhi olehnya. Sifat hati pula terbahagi empat iaitu kebuasan, kebinatangan, kesyaitanan dan ketuhanan. Tiga sifat pertama terbabit pula bukan mudah untuk dibuang, malah akibat daripada itu ramai umat Islam kecundang hingga akhirnya melakukan dosa besar. Manakala sifat terakhir iaitu ketuhanan saja yang akhirnya mampu membawa kita ke jalan benar dan diredai Allah SWT, tetapi bukan mudah melakukannya kerana hanya yang benar-benar mahu berubah mampu melaksanakannya. Secara umumnya, untuk membersihkan hati yang kotor, kita hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT. Hati juga boleh diubati dengan mengamalkan beberapa perkara iaitu membaca al-Quran dan memahami serta mentadabbur maksudnya, meningkatkan amalan solat sunat pada waktu malam dan banyakkan menangis bertaubat kepada Allah SWT, berkawan dengan orang soleh juga alim ulama. Selain itu, amalan lain ialah membiasakan diri dengan berpuasa sunat, kerap berzikir waktu siang atau malam serta sentiasa mengingati mati. Penyakit paling berbahaya bagi hati ialah menyekutukan Allah SWT dengan yang lain, mendustakan kebenaran, hasad dengki terhadap sesama manusia, benci, dendam, bongkak, sombong, angkuh dan pelbagai lagi. Lawan daripada menyucikan atau membersihkan hati ialah mengotorinya. Seseorang yang beriman hendaklah selalu mengutamakan kebersihan luaran juga dalaman diri kerana kekotoran akan membuka segala pintu kejahatan. Contoh bukti kekotoran jiwa ialah perbuatan kaum Thamud yang tidak mengutamakan nilai-nilai budi dan kesopanan, meminum arak, malah melakukan zina secara terang-terangan. Renungi firman Allah SWT dalam Surah al-A’raaf, ayat 179: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat-ayat Allah. “Dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Sunday, September 11, 2011

kehilangan kau

Agak sekian lama kau bertamu dilaman ini, Sejak sekian lama kau jadi penyeri di laman ini, Kehadiran mu buat aku terhibur Kehilangan mu buat aku tercari2 Puas ku belai lelah ku jaga setiap hari aku bermusafir mencari trafik yang cukup agar kau kekal dilaman ini Namun hari ini kau tinggalkan aku aku kembali sepi adakah usahaku tidak dihargai adakah jari jemari ku tidak hebat berbicara soal hati? pergilah kau sayang ku Pergilah.....

cuba tukarkan ibu itu dengan nama perempuan yang tinggalkan kamu

Oh ibu..... Kau disirami bayu pagi Kehilangan terasa kini Dan kesepian Dan aku..... Bagai purnama gerhana Di ibarat lautan kering Tiada tempat Ku layarkan Hasratku ini Masih belum sempat Ku buktikannya Padamu ibu tersayang Ku curahkan rasa hati Ku tatapi Potretmu berulang kali Ku renungkan Kalimah yang diberi Tuhan yang esa Ampuni dosa ibu Tempatkan mereka diantara Kasih kekasihmu ohhh.....ibu Kau kekasih sejati Ku taburkan doa Untukmu ibu Ampunilah dosaku Sejak ku dilahirkan Hingga akhir hayatmu..... Ibu..... (ibu= jadikan nama perempuan yang tinggalkan kita)

menyepurnakan solat taubat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

Ikhlas ingin bertaubat
Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),


Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,


Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,



Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

taubat nasuha kesalahan zina

Suatu ketika Umar bin Khottob pernah berkhutbah dengan membacakan firman-Nya:
Artinya : ”Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya)." (QS. At Tahrim : 8) –lalu Umar mengatakan,”yaitu : orang yang melakukan dosa kemudian tidak mengulanginya lagi.”

Ats Tsaury dari Simak dari an Nu’man dari Umar berkata bahwa taubat nasuha adalah bertaubat dari dosa kemudian tidak kembali melakukannya.”

Dengan demikian jika anda ingin mendapatkan pengampunan dari Allah atas dosa zina yang anda lakukan maka bertaubatlah dengan taubat nasuha, dengan cara :

1. Menyesali perbuatan zina yang telah lalu.

2. Tidak melakukan perbuatan zina lagi sejak sekarang.

3. Bertekad kuat untuk tidak mengulanginya lagi pada masa-masa yang akan datang.
4. Tidak menceritakan aib tersebut kepada orang lain.

5. Hendaklah anda segera menikahi wanita yang telah anda zinahi itu demi menghindari terjadinya perbuatan keji itu lagi.


الزَّانِÙŠ Ù„َا ÙŠَنكِØ­ُ إلَّا زَانِÙŠَØ©ً Ø£َÙˆْ Ù…ُØ´ْرِÙƒَØ©ً ÙˆَالزَّانِÙŠَØ©ُ Ù„َا ÙŠَنكِØ­ُÙ‡َا Ø¥ِÙ„َّا زَانٍ Ø£َÙˆْ Ù…ُØ´ْرِÙƒٌ ÙˆَØ­ُرِّÙ…َ Ø°َÙ„ِÙƒَ عَÙ„َÙ‰ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ


Artinya : “Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin.” (QS. An Nuur : 3)

Hukum Meninggalkan Shalat Jum’at

Begitu juga dengan kebiasaan anda meninggalkan shalat jum’at maka ia adalah perbuatan dosa besar jika anda termasuk kedalam orang-orang yang terkena kewajiban melaksanakan shalat jum’at seperti : mukallaf (baligh dan berakal), merdeka bukan budak, laki-laki, orang yang mukim (menetap) bukan sedang melakukan perjalanan (safar), tidak sedang sakit atau terkena uzur-uzur lainnya yang tidak memungkinkan pergi melaksanakannya serta mendengar suara adzan.

Bahkan seorang yang meninggalkan shalat jum’at sebanyak tiga kali dengan sengaja tanpa ada halangan yang dibenarkan menurut syariat maka ia termasuk kedalam orang-orang yang lalai dan terkunci hatinya.

Sabda Rasulullah saw,”Barangsiapa yang meninggalkan tiga kali shalat jum’at dengan mudahnya (tanpa ada uzur) maka Allah akan kunci hatinya.” (HR. Abu Daud)

Sabdanya saw yang lain,”Sungguh janganlah orang-orang meninggalkan beberapa jum’at atau betul-betul Allah akan mengunci hati mereka kemudian menjadikan mereka termasuk orang-orang yang lalai.” (HR. Muslim)

Karena itu hendaklah anda juga segera bertaubat dengan taubat nasuha—seperti cara-cara diatas—karena anda telah melalaikan sebuah kewajiban yang dibebankan kepada setiap muslim lalu tunaikanlah shalat jum’at sejak sekarang dan janganlah pernah anda meninggalkannya secara sengaja kecuali jika anda mendapatkan uzur yang dibenarkan secara syariat.

Semoga Allah swt senantiasa mengarahkan kita kepada jalan-Nya yang lurus dan diberikan kekuatan untuk tetap berada diatasnya hingga akhir hayat kita. Amin

Wednesday, September 7, 2011

Subhanallah..

"Bila melakukan dosa, istigfarlah. Istigfar boleh memadamkan amalan tidak baik yg ditulis Malaikat Kiraman Katibin..dilupakan kejahatan yg kita buat. Dan diganti dengan pahala. Siapa yg bertaubat, Allah terima taubat dia..Allah menyayangi kita, walaupun bergelumang dengan dosa, bila kembali kepadaNya, Dia sangat gembira. Seperti gembiranya ibubapa yg anaknya balik setelah lama menghilang. Allah sayang & manjakan manusia, tetapi sayangnya ada manusia menjadi pembantah yang nyata (khosimun mubin)"

Dia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.(An-Nahl:4)

Hanya taubat yg diterima Allah ialah taubat mereka yg membuat kejahatan kerana jahil (tdk tahu) kemudian mereka bertaubat dgn segera, maka Allah menerima taubat mereka itu (An-Nisaa:17)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAAHIIM BAHAYANYA MEMUTUSKAN SILATURRAHIIM ...
Alhamdulillah..semuga saudara kita sekelian menyedari betapa manisnya jika mengeratkan tali silaturahim...saling mnghulur tangan dan meringankan beban jika ada saudara yg mndpt musibah...semuga kita mndpt ampunan ALLAH SWT...

hak muslim terhadap muslim jika dipatuhi pasti hubungan silaturrahim berkekalan dan umat Islam bertambah kukuh...Terima kasih saudara ku .

‎1 tahun lebih jer solat dlm setahun. Itu pun kalu Bacaan Al-Fatihah kita betul. Sabda Rasulullah SAW : 'tidak ada solat yg sah bagi mereka yg tidak membaca al-fatihah'. Rujuk Kitab Sifat Solat Nabi Yang Sahih oleh Allamah Dr Hassan Ali Al-Saqqaf Al-Qurasyi Al-Hasyimi. m/s 117

"Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmatNya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin & sebagainya? Hendaklah kita
faham bahawa nikmat disisi Allah itu terbahagi 2..Pertama, nikmat lahir..kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat & kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan & kesabaran. Dengan ujian kesusahan, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan".

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

" Sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, sebaik-baik bulan ialah bulan Ramadhan dan sebaik-baik amalan solat pada awal waktu." (Ibn Abbas)..Sabda Nabi saw, " Tiadalah seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan Allah akan memeliharanya daripada fitnah kubur." (Riwayat Imam Tirmizi dan Ahmad)..Subhanallah..


‎.."TIADA yang lebih Indah dari CINTA ILAHI dimana ia TIDAK akan pernah LUNTUR dari sudut Hati & Jiwa..Cinta Makhluk hanya seketika & ia sekadar untuk memuaskan kehendak Hati Manusia yang TIDAK pernah CUKUP erti BERSYUKUR dengan NIKMAT Kurniaan-Nya..Tetapkanlah KESETIAANmu & KECINTAANmu dengan Ilahi, nescaya Allah SWT akan MEMBUKAKAN segala Pintu-pintu KEBAIKANmu untuk MENCINTAImu di Landasan KASIH YANG SUCI"..

" Jangan berhenti meyakini yang hidup ini menjadi lebih menyenangkan, baik bagi kehidupan anda sendiri mahupun bagi kehidupan orang lain.Hiduplah dengan mulia ataupun matilah dengan terhormat.Orang yang hidup tanpa tujuan, sama ertinya hidup dengan tujuan yang buruk.Hidup bukanlah kemenangan melainkan perjuangan.

Cinta itu Perhiasan Hati Cinta fitrah buat mereka yg begelar insani Umpama Setitis Embun yg Turun dr Langit Indah Bersih Suci Tiada Debu Kotoran yg meLekat Mana KaLa Embun Turun ke Tanah di tempat yg Tandus Gersang Embun Akn Mrasakn Kegersangn Kehampaan Kekecewaan BiLa Mana Embun Menitis ke Tanah di tempat yg Subur dgn ALamnya yg Indah Embun pun Akan Merasakan Ketenangan Kesejukan dgn BerPautnya KeIndahan .. Allah Ta'ala Maha Agung .. menciptakan keIndahan Alam, Alangkah Indahnya MenCintai Pencipta KeIndahan Yang Amat Menajubkan dan Istemewa sekali Itulah Allah Yang Maha Agung Maha PenCipta Yang Memiliki Alam yang Indah ini ♥ ... ______________________________ ♥♥ Sekuat mana cinta dan kasih kita.. Semoga kita tidak lupa.. Yang mentakdirkan pertemuan hanya ALLAH.. Yang memberi rasa cinta hanya ALLAH.. Yang menjanjikan kebahagiaan hanya ALLAH.. Dan yang memberi izin penyatuan hanya ALLAH.. Semoga dengan itu, tidak akan pernah terdetik di hati kita, Untuk membelakangkan-NYA dalam urusan jodoh dan cinta.. Semoga kita tidak lupa, Kita berhak merencana, tapi ALLAH lebih berhak menentukan yang terBaik buat hambaNYA..♥♥ سبحان الله والحمدلله ولآ إلـه إلاَّ الـلَّـه والله اكبر

‎"Janganlah engkau terbuai berkhayal ..khayal yang menggoda hati..kerana semakin dikenang engkau akan semakin haus padacinta & keindahannya..Cinta adalah warisan Sang Adam sedangkan kecerdikan itu barang dagangan syaitan tempat si cerdik dan bijaksana bersandar pada jiwa dan akalnya. Carilah cinta kerana tautan hati pada Nya"

Hubungilah orang yang memutuskan hubungan dengan kamu

‎"Kebahagian itu bukan pada harta yang dikumpul, tetapi orang yang bertaqwa itulah yang bahagia. Dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa pada ALLAH. Ia adalah sebaik-baik simpanan kelak di sisi ALLAH. Setiap sesuatu yang dekat itu pasti akan segera datang, tetapi yang telah berlalu itu sudah pasti menjauh. Janganlah mengabaikan perbuatan baik. Sesunggnya zaman itu terus berputar. Setiap saat pasti ada peristiwa samada di dalam nyata mahu pun di dalam ghaib".

" Pahitnya dosa akan menafikan manisnya ketaatan, indahnya iman dan nikmatnya kebahagiaan.".. " Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu adalah orang yg brtakwa." (Surah Al-Hujurat :13) Subhanallah..

Hubungilah orang yang memutuskan hubungan dengan kamu. Jangan memusuhi orang yang bermusuh dengan kita. Maafkan orang yang menzalimi. Berikan kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu. Sayyidina Umar tidak membalas tikaman orang yang menikamnya, sebaliknya menghalalkan darahnya yang tertumpah walaupun orang yang menikamnya ditangkap..

"Sesiapa yang apabila diuji dia sabar, apabila diberi lalu bersyukur, dianiaya lalu memaafkan, berbuat aniaya (kepada dirinya) lalu beristigfar (bertaubat), mereka adalah orang-orang yang memperoleh keamanan dan petunjuk".
(HR Baihaqi melalui Samurah)

Hiduplah di dunia seperti orang asing atau pengembara. Ambilah secukupnya sebagai bekal menuju kampung halaman kita yaitu Syurga. Carilah rezeki yang halal dan cukup untuk kehidupan keluarga dan gunakan selebihnya untuk beramal di jalan Allah.

Serta merta sahabat tersebut kembali bergabung dengan pasukan perang sambil berkata

Bismillahirrahmanirrahim

Ketika pertempuran –dengan musuh-musuh Allah- tengah berkecamuk, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya pintu-pintu surga itu ada dibawah kilatan pedang (senjata)”.
Tiba-tiba seorang sahabat, yang sedang kepayahan menahan luka peperangan, bertanya kepada Abu Musa Al-Asy’ari: “Wahai Abu Musa, benarkah engkau mendengar Rasulullah berkata seperti itu?”
Abu Musa Menjawab:”Ya”.
Serta merta sahabat tersebut kembali bergabung dengan pasukan perang sambil berkata: “Salaamun ‘alaikum’”.
Kemudian dia mencabut pedang dari sarungnya untuk kemudian melemparkan sarung pedangnya jauh-jauh. Kemudian dia melesat cepat dan gagah berani ketengah pertempuran, membabatkan pedangnya menghantam musuh, hingga berkilatan diterpa sinar matahari. Sampai pada puncaknya ia terbunuh : “syahid”. (HSR Muslim, Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud, Baihaqi dan Hakim)
Sungguh Jihad adalah jalan hidup seorang muslim untuk membuktikan ikrar syahadah-nya hingga mati syahid.
Jihad adalah jalan menuju kemenangan yang dijanjikan.
Jihad adalah perniagaan yang akan menyelamatkan dari azab Allah SWT dan akan mendapat busyrah (kegembiraan), maghfirah (pengampunan), pelipatan pahala dan surga.
Firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? 11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. 12. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar”
(QS Ash-shaf (61) ayat 10-12)

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar”.
(QS At-taubah (9) ayat 111-112).

Allah SWT sangat mencintai orang-orang yang berjihad / berperang dijalan Allah dengan berbaris rapih dalam jama’ah jihad. Firman Allah:
“ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh. “
(QS As-Shaf (61) ayat 4)

Jihad adalah bukti kokoh kuatnya keimanan seseorang. Firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan nyawa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar. “
(QS Al-hujurat (49) ayat 15)

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mati dan ia tidak pernah berjihad dan tidak membulatkan tekad untuk berjihad maka ia mati diatas satu cabang dari kemunafikan” (HSR Muslim)
“Pokok segala perkara adalah Islam, tiangnya adalah shalat, dan puncaknya adalah Jihad” (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Dalam hadits lain dinyatakan bahwa Jihad adalah amal puncak yang tidak tertandingi, walaupun dengan shalat dan haji terus menerus.
Inilah jalan yang menjadi pilihan ummat Islam.
Khalid Bin Walid berkata:
“(Saat) Yang kusukai bukanlah malam; dimana pengantin wanita diantar kerumahku Bukan pula malam; dimana aku diberi kabar gembira dengan kelahiran seorang putera. Semua itu tidaklah kusukai.Selain malam yang dingin (menyiksa) dalam satu perjalanan jihad; dimana aku bersama Muhajjir dan Anshar menyerang musuh musuh alla

carilah Akhiratmu

‎"Semakin dikejar bayang-bayang..semakin ia menjauh melarikan diri..letakan cahaya di hadapanmu..nescaya bayang-bayang akan mengejar setiap langkahmu. cahaya itu ibarat agama..sedangkan bayang-bayang itu adalah perumpaan bagi dunia..letakkanlah kepentigan agama di hadapan..kerana semakin engkau kejar dunia..nescaya semakin banyak yang akan hilang darimu..."

Para sahabat berusaha menyebarkan agama ke seluruh alam atas maksud dakwah Illallah..tanpa mempedulikan kepentingan duniawi..namun Allah swt memulikan meraka hinggakan 2/3 dunia berada di bawah tapak kaki mereka..hatta empayar Rom & Parsi juga jatuh tunduk kpd mereka dengan asbab pengorbanan mereka pada agama..

" Carilah Duniamu seolah2 engkau akan hidup selama2nya & carilah Akhiratmu seolah2 engkau akan mati besok pagi.!" [HR:- Ibnu Asahin] .. سبحان الله والله اكبر

MasyaAllah

1.Jika ia datang kepada kamu & berkata"anak mu mati" katakan kepadanya"Sesungguhnya makhluk hidup dicptakan untuk mati & panggilan dariku (putraku) akan masuk syurga. Dan hal itu membuatkan aku gembira"

2. Jika ia datang kepada kamu & berkata"hartamu musnah" katakan padanya"Segala Zat puji bagi Allah yg Maha Pemurah Lagi memberi & Mengambil & menggurkan atasku kewajipan zakat"

3.Jika datang kepadamu & berkata"Orang-orang menzalimi ke atas kamu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun" Maka katakan kepadanya" siksaan akan menimpa orang2 yang membuat zalim tidak kepada orang2 yg berbuat kebajikan"

4.Jika datang kepadamu & berkata "Betapa banyak kebaikan kamu" maka katakan"kejelekanku jauh lebih banyak daripada kebaikan ku"

5. Dan jika datang berkata "alangkah banyaknya shalatmu" katakan" kelalaianku lebih banyak dari shalatku"

6. JIka datang kepadamu berkata.."betapa banyak kamu sedekahkan" katakan" apa saya terima dari Allah lebih banyak daripada apa yang saya sedekahkan"

7.Jika ia datang berkata berapa byk orang menzalimi kamu?..katakan "orang2 yg kuzalimi lebih banyak"

8. Jika ia berkata "betapa banyak amal mu." katakan "betapa banyaknya aku bermaksiat"

9.Jika ia datang berkata "minumlah minuman keras"..katakan :aku tidak akan mengerjakan maksiat"

10.Dan jika ia datang berkata.."Mengapa kamu tidak mencintai dunia"...katakan "aku tidak mencintainya & telah banyak orang yang tertipu olehnya"

tidak mampu mengawal arah tiupan angin

Kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita. Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita ialah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutama bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah. Yakin kepada kasih sayang, keampunan dan sifat pemurahNya.

Apa jua takdir yang ditimpakanNya keatas kita, adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha Luas, semua yang ditakdirkan keatas hambaNya pasti bermaksud baik. Jadi bersangka baik kepada Allah s.w.t.

Firman Allah dalam Surah Al Baqarah: 216
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih ‘kerja tuhan’ yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita yakni mengawal perlayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari masa ke semasa.

Bagi orang yang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik disebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkanNya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, berkata para muqarrabin tentang hikmah ujian...
"Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan dan Allah melepaskan engkau dari kedua-duanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah".

Ya ALLAH ku serahkan kehidupan ini hanyalah utkMu,permudahkanlah bagiku urusan hidupku juga urusan akhiratku dan aku redha dgn ketentuanMu,tiada daya bagiku melainkan Engkau beri kekuatan padaku Ya Rabb..LAILAHAILALLAH MUHAMADURASULLAH itulah kalimah yg terakhir yg ku pohon dlm hidup ini Ya ALLAH..

Betulkan hunbungan dgn Allah..nescaya Allah akan membereskan hubungan kamu dgn makhluk...Insyaallah

firman Allah : " Katakanlah, sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami.Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal." (at-Taubah 9: 51)..Subhanallah..

berkat hidup

"Keberkatan adalah merasa cukup dengan apa yang dikurniakn Nya, tenang dalam kehidupan,kepuasan pada hati sehingga mententeramkan jiwa dan menenangkan minda. Tanpa keberkatan,maka manusia tidak akan merasa tenteram dan puas. Seperti meminum air laut ketika dahaga, makin diminum akan semakin dahaga jadinya"

Sebagaimana firman Allah swt:
''Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.'' (Al-Baqarah 155-157)

" Ingatlah kepada Allah pada waktu senang dan susah, maka Allah akan memperhatikanmu di waktu susah." (Riwayat Tirmizi, hadis sahih)..Carilah rezeki yg halal di bumi Allah ini..sesungguhnya Allah Maha Pemberi Rezeki...Subhanallah..

baik kamu ingat mati sebelum mati menghampiri mu

السَّــلام عليكم ورحمة الله وبركاته بِـسْــــــــمِ الله الرَّحـْÙ…َـنِ الرَّØ­ِـيْـمِ ~~ MENGINGATI MATI ~~ "Ada tiga perkara yang mengikuti mayat sesudah wafatnya, iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Yang dua kembali dan yang satu tinggal bersamanya. Yang pulang kembali adalah keluarga dan hartanya, sedangkan yang tinggal bersamanya adalah Amalnya." (HR. Bukhari dan Muslim) Hadis diriwayatkan Abu Qatadah b. Rib'iy r.a.:- Bahawa Rasulullah s.a.w. telah dilewati iringan jenazah lalu baginda bersabda;- " Yang beristirehat dan yang ditinggalkan." Para sahabat bertanya;-' Wahai Rasulullah, apakah yang beristirehat & yang ditinggalkan?' Rasulullah s.a.w. bersabda:-" Seorang hamba yang berIman itu beristirehat dari kePayahan DuNia. Sedangkan seorang hamba yang jahat;- manusia, negara, pepohonan dan haiwan semuanya merasa TenTeRam dari keJahatannya." [ Shahih Muslim No 1579 ] " Tiap-tiap yang berNyaWa akan merasai MATI. Kemudian hanyalah kepada Kami,kamu dikembalikan." ( QS:- Al-Ankabut: 57 ) " PerBanyakkan mengInGaTi sesuatu yang dapat mengHapuskan segala keNikMatan HiDup;- iaitu MATI." [ HR:- Tirmidzi,Nasaai' ] ~~ TazkiRah untuk diriku dan anda semua, bahawa kiTa akan Tinggalkan DuNia ini satu masa nanti..Hanya Allah Ta'ala Maha Mengetahui tarikh,masa, di mana, usia berapa kita untuk mengadap Sang Pencipta Alam ini. Sudahkah Kita Bersedia untuk Mati?? Akui Hakikatnya kita akan menemui 'Kekasih Abadi Yang TerAgung'!! 'PERGI TAK KEMBALI LAGI' .. ~~ Sama2 Kita Muhasabah Diri menjadikan Insan Kamil selagi hayat dikandung badan. ~~ TAMBAH ILMU TAMBAH AMAL ~~ .. SELAMAT BERAMAL SOLEH .. KEPADA INSAN2 TERSAYANG YG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH,SAMA2LAH KITA SEDEKAH AL-FATIHAH .. SEMOGA ALLAHYARHAM/MAH DICUCURI RAHMAT-NYA & DITEMPATKAN DI DLM NIKMATU'LLAH JANNATUL FIRDAUS. إن شـآء الله تعالى .. آمين يا الله ربَّ العَالَÙ…ِÙŠْÙ† إنَّالله وإنَّا إليْÙ‡ راجعون وصلَّÙ‰ الله وسلَّÙ… على سيِّدِÙ†َا محمَّدٍÙ†ِ النَّبِÙŠِّ الْØ£ُÙ…ِّÙ‰ِّ وعلى آلهِ وصحْبِÙ‡ِ أجْÙ…َعِÙŠْÙ†َ. والحمد لله ربِّ العالمين تَÙ‚َبَّÙ„َ اللهُ Ù…ِÙ†َّا ÙˆَÙ…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ, تَÙ‚َبَّÙ„ْ ÙŠَاكَرِÙŠْÙ…ُ

dunia oh dunia berhati-hatilah, ini merupakan saham akhirat

"Aku persembahkan tulisan ini, sebagai tanda cinta dari seorang sahabat yang menginginkan kebahagiaanmu...kebahagiaan sejati dan bukan kebahagiaan sementara. Aku persembahkan tulisan ini, untuk mewakili jeritan hati seluruh muslimah di bumi yang tidak ingin kehormatannya jatuh, akibat ulah segelintir calon muslimah yang sedang terlupa, terlena dan haus dengan puja dan puji kaum Adam". Wahai ukhtyku .. Jadikan dirimu mutiara tercantik, perhiasan terindah dalam pandangan hamba-hamba Allah dengan memancarkan keindahan jiwamu, keindahan akhlakmu, keindahan hatimu kerana itu lebih baik daripada membanggakan keindahan fisikmu yang kelak akan pudar di telan waktu dan akan musnah tertimbun tanah. Wahai ukhtyku. Jagalah auratmu..pandanganmu..jadikan hijab sebagai pakaian ketaqawaanmu..bukan sekadar perhiasan indah semata-mata..peliharalah agamamu & jangan jadikan ianya barangan dagangan & mainan diniawi..Kerana dirimu adalah begitu istimewa & sebaik-baik hiasan dunia... Firman Allah: "Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan di dunia hanyalah permainan, kelalaian, perhiasan dan berbangga-bangga di antara kamu dan berlumba-lumba banyak harta dan anak, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan petani-petani, kemudian menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ada ampunan dari Allah dan keridhaan-Nya. Dan tiadalah kehidupan dunia melainkan kesenangan yang menipu".(Al Hadiid:20) "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka."(HR:Al Imam Bazzar)