terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Wednesday, September 14, 2011

refleksi program bina insan guru fasa 5

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5 2010  NAMA : MOHD NOR IZWAN BIN SULAIMAN  OPSYEN : PISMP PJ2 SEMESTER 5  NO. K/P : 88-701-02-5314  TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB 2, KOTA BHARU.  TARIKH : 11 FEBRUARI 2010 Semua PISMP Semester 5 diberi projek untuk menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 5 iaitu benchmarking atau penanda aras. Disebabkan terlalu ramai kami telah memilih untuk melakukan program ini dengan kelas PISMP PJ1. Kami telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menguruskan program ini. Saya telah dilantik sebagai Pengerusi dan telah bersama-sama jawatankuasa yang lain dalam merancang program pada kali ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk tutor kumpulan iaitu Miss Foo Ai Peng dan Encik Wan Suhaimi bin Wan Setapa. Selain itu kami juga meminta panduan daripada Pegawai Bina Insan Guru iaitu Encik Zainol Abidin bin Zakaria. Terdapat beberapa masalah yang timbul seperti IPG kekurangan peruntukan, jadi kami telah mengambil keputusan untuk mengutip wang dari guru pelatih. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di Malaysia. Sekolah Kebangsaan Zainab 2 merupakan sekolah yang elit dan berprestij. Apabila sampai di sana saya berasa kagum kerana persekitarannya yang indah dan ceria yang berbeza dengan sekolah lain yang pernah saya kunjungi. Sesuailah dengan anugerah yang baru SK Zainab 2 terima iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi. Malah, sebelum ini SK Zainab adalah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Kami disambut dengan mesra dan meriah setibanya kami di sana. Selepas itu, kami dibawa ke Bilik Mesyuarat yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, Puan Aidah bt. Salleh. Beliau telah menerangkan tentang sejarah, senarai guru besar, kemudahan yang ada di SK Zainab 2, dan pencapaian SK Zainab 2 yang begitu memberangsangkan sekali. Begitu banyak anugerah yang dirangkul membayangkan betapa guru-gurunya bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah. SK Zainab 2 juga bukan sahaja mendapat pengiktirafan dari peringkat negeri, tetapi juga pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kami juga mendapat tahu bahawa Puan Aidah telah menjadi Guru Besar di SK Zainab 2 selama 12 tahun. Ini dapat membayangkan betapa komitednya beliau dengan SK Zainab 2. Antara aktiviti yang dijalankan di SK Zainab 2 ialah tinjauan di sekitar kawasan sekolah. Kami telah dibawa sendiri oleh Puan Aidah untuk mengenali sekolah ini dengan lebih dekat lagi. Kami telah melihat perpustakaan, makmal sains, bilik guru, bilik seni dan tradisional, makmal komputer, bilik darjah, pejabat, dan bilik yang menyimpan pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SK Zainab 2. Kami begitu kagum dan terpesona melihat setiap sudut sekolah ini. Lanskapnya dibahagikan kepada sesebuah panitia dan panitia tersebut akan menghiasnya mengikut kreativiti masing-masing. Ini menjadikan ilmu pengetahuan ada di mana-mana. Bilik darjahnya juga ceria. Bak kata Puan Aidah, seperti kelas kanak-kanak tadika. Namun, ini adalah kunci dalam menarik minat pelajar agar mereka sentiasa berminat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kami juga sempat menemuramah seorang guru Sains yang begitu inovatif. Beliau telah merekacipta sebuah mikroskop yang begitu canggih, mudah digunakan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Kami mendapati murid-murid SK Zainab 2 adalah sangat bersopan-santun dan menghormati orang lain. Ini ialah berkat didikan guru-guru di sekolah ini. Untuk mencapai tahap seperti yang telah dicapai oleh SK Zainab 2 bukanlah mudah. Ia memerlukan sokongan padu dari semua pihak iaitu murid-murid, sekolah, masyarakat dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya begitu kagum dengan guru-guru di sekolah itu yang begitu tekun, rajin, bersemangat waja dan bekerja keras dalam memastikan kejayaan SK Zainab 2. Pengalaman dan ilmu yang saya timba di SK Zainab 2 semasa menjalankan Program BIG akan saya gunakan semasa bergelar guru kelak. Profesion perguruan yang semakin mencabar akan saya harungi demi mendidik anak-anak bangsa. Yang benar, .................................................. (MOHD NOR IZWAN BIN SULAIMAN) PISMP PJ1

No comments: