terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Saturday, October 27, 2012

kedekut undang 7 keburukkan

Kedekut undang 7 keburukan KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta milikinya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan. Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam. Firma Allah yang bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.”Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta. Ia boleh menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengerjakan ibadat, sebaliknya memalingkan muka hati kepada dunia semata-mata. Firman Allah, maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)Jadi, bagi menyucikan sebahagian harta, setiap orang perlu manfaatkan harta itu dengan membelanjakannya ke jalan yang boleh memberi manfaat. Kita juga disaran berusaha memperbaiki kelemahan dan ‘meloloskan’ diri daripada kemiskinan kerana kemelaratan itu hanya akan menjauhkan diri kita daripada Tuhan.Tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jadi kita perlu sematkan dalam diri untuk bersedekah, Insya-Allah harta yang dikeluarkan akan diganti berlipat ganda.Jangan hanya sebab harta benda kita bermusuh sesama sendiri. Berdasarkan konsep rezeki yang diterangkan, Allah memberi jalan seluas-luasnya bagi setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk.Justeru, selagi berpeluang bernafas, manfaatlah harta untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain kerana rezeki yang kita miliki kadangkala ada hak kepada orang lain.Selain itu, menunaikan hajat orang lain juga boleh meluaskan jajaran rezekIbnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan boleh menggelapkan rupa, hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”Amalan bersedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki kita seluas-luasnya.Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam, maksudnya: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.Saidina Abu Bakar berkata, maksudnya: Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan iaitu:Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan tenggelam dalam tanah.Selepas meninggal, hartanya akan diwarisi mereka yang mempergunakan di jalan maksiat dan kemungkaran. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakit itu.Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya.Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, akibatnya hartanya musnah.Allah meninggikan syahwat bakhilnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan

sifat bakhil

Salam teman-teman,Sifat bakhil atau kedekut adalah dicela(mazmumah) oleh syarak. Ianya adalah sifat yang membawa kepada kebinasaan di akhirat. Lihat firman Allah,وَلا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمْ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْسَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi.  surah Aali-Imran ayat 180Firman Allah lagi,وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ 
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.  ( al-Hasyr : 9 )Sabda Nabi saw, إِيَّاكُم وَالشُّحُّ فإنه أَهلَكَ مَن كَانَ قَبلَكُم حَمَلَهُم على أن يَسفِكُوا دِمَاءَهُموَيَستَحِلُّوا مَحَارِمَهُم،” Awaslah kamu sekalian daripada sifat bakhil. Sesungguhnya umat terdahulu binasa kerana bersifat bakhil, sehingga mereka suka menumpahkan darah sesama mereka DAN menghalalkan apa yang diharamkan atas mereka”.SabdaNya lagi, إِنَّ اللَهَ يُبْغِضُ البَخِيلَ في حياتِهِ، السَّخِيَّ عِندَ مَوتِه  Maksudnya, ‘ Sesungguhnya Allah benci orang yang bakhil ketika hidupnya, yang dermawan di waktu matinya (dekat ajal)”.Sayyiduna Ali bin Abu Talib berkata,” Akan tiba nanti suatu masa yang sangat genting, orang-orang yang mempunyai harta akan mencengkam harta kekayaannya, tidak suka membahagi-bahagikan kepada orang yang memerlukannya, dan tidak ada pula orang yang mahu mengingatkannya”.

sifat kedekut

image search dari en.google.Doa suami kedekut serba ringkas..1.Bacakan selalu surah Al Kausar.2.Bacakan juga zikir pelembut hati ini agar hati suami tu lembut sikit nak beri nafkah: “Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir”3.Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas ubun-ubun suami. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Selain itu hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami..4.Selain daripada itu amalkan doa ini: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi nabi daud a.s”. **Tahukah Anda apabila seorang suami enggan membayar nafkah untuk penggunaan keluarga, dia sudah dikira mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ketua keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami yang mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” (Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 1442)Info: dipetik dari Tanyalah Ustaz..P/S: Hurmm zaman sekarang kalau suami kedekut sangat, silap2 nanti sendiri yang susah, itu yang nanti kita dengar, ramai isteri 'cari makan luar'..Nauzubillah

kajian tindakan mengenai pendidikan jasmani

Apap itu pendidin jasmani. Adakah pendidikan jasmani hanya perkataan main sahaja bagi pelajar sekolah rendah. Manakala sekolah menengah pendidikan jasmani hanya perkataan duduk di dalam perpustakaan.