terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Wednesday, September 14, 2011

bina insan guru pelepasan kuliah

Jawatankuasa Program Bina Insan Guru Fasa V 2010, PISMP Pendidikan Jasmani Semester 5, Ambilan Januari 2008, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 16109 Pengkalan Chepa, Kelantan. En. Wan Suhaimi b. Wan Setapa, Pensyarah Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 16109 Pengkalan Chepa, Kelantan. 2 FEBRUARI 2010 Melalui dan salinan : En. Zainol Abidin b. Zakaria, Pegawai Bina Insan Guru, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 16109 Pengkalan Chepa, Kelantan. Tuan, Memohon Pelepasan Waktu Kuliah untuk Menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa V 2010 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan, guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ambilan Januari 2008 ingin memohon pelepasan waktu kuliah untuk menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa V yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Zainab 2. 3. Lawatan ini adalah sebahagian daripada komponen Kursus Bina Insan Guru Fasa V iaitu lawatan penanda aras yang merupakan kursus yang wajib dijalankan dalam kursus PISMP Semester 5. Program ini akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut : Tarikh : 11 Februari 2010 (Khamis) Tempat : Sekolah Kebangsaan Zainab 2, Kota Bharu Masa : 7.00 pagi – 2.00 petang Jumlah peserta : 42 orang guru pelatih PISMP PJ1 dan PJ2 4. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi kebenaran kepada kami untuk menghadiri program ini dan penggantian kuliah akan dibuat mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak tuan. 5. Di sini, kami turut melampirkan bersama senarai nama guru pelatih untuk rujukan dan panduan bagi pihak tuan. 6. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian. ”GIGIH, ILTIZAM, CEMERLANG” Saya yang menjalankan tugas, (WAN KHAIRULFAIRUZ BIN WAN KHALID) Setiausaha, Program Bina Insan Guru Fasa V 2010. s.k. : Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKKB Pegawai BIG IPGKKB Fail program

No comments: