terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Wednesday, September 14, 2011

refleksi

REFLEKSI Buat pertamanya kami panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya juga kami menyiapkan tugasan Pengurusan Dan Pentadbiran PJ dan Sukan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini kami telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang kami terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, kami tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar. Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut kami mula berbincang untuk membuat kerja kursus ini antara satu sama lain. Melalui aspek pengetahuan, kami telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari maklumat tentang folio ini.Selain dari itu kami juga mencari maklumat di internet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, kami meneruskan langkah dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi kami untuk melakukan tugasan ini. Namun, berkat kerjasama dan ketekunan, kami berjaya juga menyempurnakan tugasan ini. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana dapat kami gunakan ia ketika bergelar guru kelak. Contohnya kami mungkin perlu mengendalikan sekumpulan pelajar yang bertanding di peringkat yang tinggi. Kami sebagai jurulatih perlu membimbing dan memberi pendedahan kepada mereka tentang ubatan dan dadah yang terlarang dalam sukan. Alhamdulillah, sekali lagi kami memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnianya kami berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Tn. Hj. Abdul Aziz bin Jaafar selaku pensyarah kelas kami yang memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para sahabat. Jasa kalian tak dapat kami balas dan amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih.

No comments: