terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
Monday, April 15, 2013
janji
Janji is promise when we speak in english, some people like to promise but never do what was they promise to other. Some people dicided to pretend one more else. People not not everybody people was do that to them. People like to forgive others and between people is their life and promise to Allah, what want to be after they not do the important thing when they lost,
bahasa arab mohd nor izwan
BAHAGIAN A: AL-QURAN
Suaikan ayat
dan “hukum tajwid” yang berikut :
1.
أَنْ أَرَادَ
|
2.يَبْطِشُ
|
3.
عَدُوّ لَّهُمَا
|
4.
أن تَقْتُلَنِى
|
5.نَفْسابالأَمْسِ
|
6.
رَجُل مِّنْ
|
7.
خآىفًا
|
8.
الظَّلِمينَ
|
9.
قَوْم يَعْدِلُونَ
|
1.لَهَا
رَوَسِيَ
|
Idgham Bilaghunnah
|
Izhar Halki
|
Idgham Maalghunnah
|
Mad Asli
|
Qalqalah
|
Idgham Maalghunnah
|
Mad Asli
|
Iqlab
|
Ikhfa’ Hakiki
|
Mad Wajib Muttasil
|
BAHAGIAN B: ULUM
SYARIAH
AKIDAH
Isikan tempat
kosong dengan jawapan yang betul.
mengatur
|
kekal
|
udara
|
hidup
|
wajib
|
11. " حياة " bermaksud Allah bersifat
________________.
12. Allah s.w.t ______________ kejadian siang dan malam.
13. Kita _____________ beriman dengan sifat Allah " حياة ".
14. Sifat " حياة " Allah adalah _____________ abadi tanpa mula dan akhir.
15. Allah s.w.t tidak
memerlukan ____________ untuk hidup.
Nyatakan
samaada “BETUL” atau “SALAH” bagi pernyataan di bawah:
16. "الصبور " bermaksud Allah Maha Berpengetahuan. ( )
17. "الصبور "
ialah salah satu nama Allah. ( )
18. Allah tidak akan memberikan kemaafan kepada hambanya yang
bertaubat. ( )
19. Allah memberi nikmat kepada semua
hambanya. ( )
20. Allah maha sabar, penyantun dan tidak terburu-buru. ( )
IBADAH
Nomborkan
mengikut urutan yang betul. )soalan
21- 25)
حَيَّ
عَلَى الصَّلاَةِ
|
|
اَللَّهُ
أَكْبرْ اَللَّهُ أَكْبرْ
|
|
أَشْهَدُ
أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله
|
|
أَشْهَدُ
أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله
|
|
حَيَّ
عَلَى الْفَلاَح
|
Nyatakan hukum
solat berikut samaada :
FARDHU AIN
|
FARDHU KIFAYAH
|
SUNAT MUAKKAD
|
SUNAT
|
26.
Solat fardhu berjemaah di sesuatu tempat. __________________
27.
Solat jumaat secara berjemaah. ______________________
28.
Solat fardhu setiap orang islam mukallaf. ____________________
29.
Solat sunat hajat._____________________
30.
Solat berjemaah solat aidilfitri / aidiladha._______________________
SIRAH
Suaikan dengan
jawapan yang betul.
Tidak mensyirikkan Allah
|
31
Berjihad
menegakkan islam
|
Perjanjian
Aqabah
1
|
32.
Tidak menderhaka
kepada Rasulullah s.a.w
|
33.
Mentaati perintah
Allah dan Rasul
|
Perjanjian
Aqabah
2
|
34.
Tidak berzina
|
35.
AKHLAK DAN ADAB ISLAMIAH
Gariskan
jawapan yang betul.
36. Jiran
ialah orang yang tinggal (berjauhan / berdekatan ) dengan rumah
kita.
37. Menziarahi jiran bermaksud melawat mereka untuk ( memutuskan /
mengeratkan ) silaturahim.
38. Apabila
menziarahi jiran hendaklah memilih ( masa / tempat ) yang sesuai.
39. Apabila
berada di rumah jiran hendaklah ( mengawal / menutup ) pandangan mata.
40. Jiran
yang baik sentiasa ( mencemuh / perihatin ) dengan masyarakat sekeliling.
BAHAGIAN C : JAWI
Susun
perkataan jadi ayat lengkap.
41. سمفورنا
– تونايكن – صلاة – ليم – وقتو – دغن –
_______________________________________
42.داده
– جاءوهيله – درفد – نجيس – ديري –
______________________________________
43.
عورت – فاكايله – باجو – منوتوف – يغ – دان – برسيه –
______________________________________
44.
توغ – بواغكنله – سمفه – سمفه – كدالم –
______________________________________
45.
ماكانن – كدالم – سيمفن – ايت – الماري –
_____________________________________
Jawikan perkataan berikut :
46. Memukul - ______________________
47.
Mengenangkan - ____________________
48. Memerlukan
- _______________________
49. Menutup -
_________________________
50. Menunaikan
- _______________________
-
– SEMOGA BERJAYA
bagaimana kita mengubah hidup kita
Bagaimana mampu kita mengubah dori kita? Adakah kita mengubah diri kita dengan mengubah kerajaan kita? Atau kita mengubah diri kita dengan membuang tabiat buruk diri kita atau, alamak saya kena gerak ke kampung dengan mak saya jadi saya sambung karya saya ini selepas ini k
kebahgiaan,
Bagaimana mencari kebahagiaan, untuk diri anda? Bagaimana kamu membahagiakan diri kamu. Berbagai cara boleh dilakukan untuk memastikan kita bahgia, setiap masalah yang berlaku dalam diri tentu ada jalan penyelesaiannya. Pertama sekali kita cuba berhentikan diri kita dari menyalahi orang lain. Kedua kita cuba menyedari kekurangan diri kita, ketiga kita sentiasa perbaiki keadaan kita. Ketiga jangan mencari orang ketiga dan menuduh orang ketiga sebagai punca berlaku semua apa yang telah berlaku. Keempat berusahlah kamu mengubah hidup kamu sendiri tanpa mengharapkan ihsan orang lain. Cuba bergerak
Dengan cara kamu atas pemikiran kamu yang betul. Pemikiran kita terbahagi kepada dalam kawalan dan luar kawalan, jadi anda seharusnya menggunakan peluang yg ada ini dengan baik untuk mengubah, keburukkan yang telah anda lakuka. Sentiasa bersaing untuk menonjolkan diri anda adalah baik. Tetapi jika terlalu menonjol sangat kelak akan membawa padah, kalau boleh biarlah sikit2 jer kita cuba gerakkan diri kita, jangan kita gerakkan sepenuhnya. Kita boleh sementara diri kita masih berdaya, masih mempunyai tulang empat kerat yang boleh bergerak memperbaiki keadaan diri.
Dengan cara kamu atas pemikiran kamu yang betul. Pemikiran kita terbahagi kepada dalam kawalan dan luar kawalan, jadi anda seharusnya menggunakan peluang yg ada ini dengan baik untuk mengubah, keburukkan yang telah anda lakuka. Sentiasa bersaing untuk menonjolkan diri anda adalah baik. Tetapi jika terlalu menonjol sangat kelak akan membawa padah, kalau boleh biarlah sikit2 jer kita cuba gerakkan diri kita, jangan kita gerakkan sepenuhnya. Kita boleh sementara diri kita masih berdaya, masih mempunyai tulang empat kerat yang boleh bergerak memperbaiki keadaan diri.
jangan kita mudah mengalah
Jangan berputus asa... kita kena sentiasa berterus-terang menjalankan tugas seharian kita, lakukan dengan keikhslasan maka kamu akan sentiasa berasa tenang dan gembira melakukan tugas seharian kamu. Saya sentiasa amalkan perkataan saya boleh untuk menguatkan semangat saya, Bagaimana dengan anda? ... perlulah buat anda mencari magic word ini untuk memudahkan anda menjalankan tugas seharian anda.
Tuesday, April 9, 2013
kecederaan asas dalam sukan oleh mohd nor izwan sulaiman Sk Kuala Atok
Konsep asas
kecederaan dalam sukan dan prinsip asas pertolongan cemas
Definisi
Pertolongan Cemas
Pertolongan
cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa
atau pesakit.Konsep Pertolongan Cemas
Pertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.
Tujuan Pertolongan Cemas
1.Selamatkan
nyawaMemberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.
2.Mengelakkan dari bertambah buruk
Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
3. Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit
DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN
•Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera
• Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.
Sikap Yang Perlu Ada Pada
Pemberi Pertolongan Cemas
BERPENGETAHUAN
TENANG BERKEYAKINAN LEMAH LEMBUT
TAJAM PENGAMATAN BERTANGGUNGJAWAB
PANTAS BERTINDAK AMANAH
Prinsip pengurusan situasi kecemasan
Prinsip-prinsip
pertolongan cemas: - Menyelamatakan nyawa
- Mengurangkan kesakitan
- Mengelakkan daripada keadaan
bertambah teruk
- Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am
Pertolongan cemas:
- Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
- Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya
pernafasan pesakit itu
- Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar
melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. - Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta
merta pertolongan cemas:
- Menentukan pernafasan mangsa
berkeadaan baik.
- Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
- Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
- Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna
Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang
berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
pengambilan kadar
denyutan nadi
BILANGAN NADI SESEORANG
PERINGKAT
|
BILANGAN SEMINIT
|
Dewasa
Kanak-kanak
Bayi
|
70-80 kali
90-100 kali
100-140 kali
|
Sukan, perubatan
sukan dan jurulatih sukan
Konsep sukan dan
perubatan sukan
Konsep Sukan
1.
Aktiviti fizikal
yang dilakukan untuk pelbagai tujuan - pertandingan keseronokan, pembangunan,
kemahiran, kecemerlangan.
2.
Contoh - berenang
secara bersaing di hadapan penonton dianggap sukan, tetapi berenang
bersendirian di kolam atau laut dianggap aktiviti rekreasi.
3.
Sukan menuntut
pengorbanan - masa, wang dan keinginan - sama ada sebagai peserta atau
penonton.
4.
Sukan
- aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk media massa atau elektronik dan sumber pendapatan.
5.
Sukan mengandungi;
( i ) latihan kemahiran berguna secara rekreasi, ( ii ) peraturan tertentu
dalam mengejar kecemerlangan.
6.
Kecemerlangan -
kemampuan mengatasi tanda ukur (benchmark) terdahulu, catatan
masa, rekod dunia dan sebagainya.
"Sukan adalah segala kegiatan yang melibatkan
ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan,
pertandingan atau menyihatkan tubuh badan."
- Kamus Dewan Edisi ke-5 -
Perbezaan Antara Sukan, Permainan dan Latihan
1.
Sukan melibatkan
peserta berkemahiran (atlet atau individu berpengetahuan).
2.
Permainan tidak
mempunyai tujuan jelas tetapi boleh berubah kepada sukan seperti permainan
kanak-kanak.
3.
Latihan ialah
aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu
sukan.
Perubatan Sukan
1.
Perubatan
salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan
rasa sihat (wellness).
2.
Perubatan
sukan - bidang yang dapat membantu atlet pulih dari kecederaan yang dialami
sewaktu terlibat dalam aktiviti sukan, selain membincangkan hal-hal mencegah
kecederaan semasa bersukan.
1.
Kepentingan Terapi
dalam Sukan
Terapi kecederaan terbahagi kepada 2 :
Terapi kecederaan terbahagi kepada 2 :
Fisioterapi -
hidroterapi, elektroterapi, terapi haba
Urutan sukan
Peranan dan
Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas Sukan
1.
Kenalpasti punca kemalangan
atau kecederaan.
2.
Lakukan pertolongan
dengan tertib, pantas, tenang dan senyap - elakkan terlalu banyak bercakap
perkara yang tidak patut dengan mangsa.
3.
Pulihkan
pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa terhenti.
4.
Memberi
perangsang kepada mangsa.
5.
Pindahkan mangsa ke
tempat yang selamat.
6.
Segera hubungi
pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika kecederaan serius.
7.
Menjaga etika dan
adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan.
8.
Menilai
keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi memastikan keadaan mangsa akan
datang.
Pencegahan
Kecederaan dalam Sukan dan Langkah-langkahnya
Definisi
Pencegahan kecederaan di dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.
Prinsip Pencegahan
Kecederaan
Prinsip pencegahan yang perlu diberi keutamaan ialah
1)Prinsip latihan
·
Penambahan beban
senaman secara beransur-ansur
·
Tempoh latihan -
Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan
menjadi terlalu letih. Tempoh
masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
·
Intensiti
·
Motivasi
·
Pengkhususan
- Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan
objektif
·
Relaksasi
- Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan
·
Rutin
2)
Memanaskan badan Tujuan - sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta
kemahiran , melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan
reaksi atau reflek atlet-atlet.
3) Ansur maju latihan
Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju :
3) Ansur maju latihan
Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju :
- memulihkan
kecederaan
- meningkatkan
perkembangan
- meningkatkan
keyakinan diri
4)
Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan - Meninggikan suhu badan dengan berlari
perlahan-lahan atau jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih
permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.
5)
Keselamatan kemudahan dan peralatan
Berlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang,padang dan dewan.
Berlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang,
6)Peralatanperlindungan
Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripda peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.
Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan di
dalam kitaran kecederaan
·
Menguasai teknik
yang betul - Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan
kerana mereka dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi
pemain menguasai teknik permainan yang betul.
·
Menguasai
komponen-komponen kecergasan spesifik - Pemain harus menguasai teknik
kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih
pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan
semata-mata. Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini
kerana :
(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.
(b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.
(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh
(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.
(b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.
(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh
·
Menggunakan
kemudahan dan pakaian yang sesuai - Jersi, seluar pendek dan kasut yang
digunakan harus sesuai dengan permainan. Elakkan
menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada
anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan
untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh.
·
Peraturan dan
penguatkuasaan undang-undang - Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan
menjadi lebih seronok. Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar
kecederaan dapat dielakkan. Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan
tegas. Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis aktiviti yang
dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang terlalu
keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana fokus utama
pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka akan mengalami
kecederaan ketika pertandingan.
·
Pengurusan Emosi
Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit.
Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.
Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.
Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit.
Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.
Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.
Pendekatan rawatan
kecederaan
·
Kepentingan
pendekatan yang sistematik
o
Mengelakkan
kecederaan daripada bertambah teruk.
o
Mengurangkan
kesakitan.
o
Mengenalpasti
bahagian anggota badan yang cedera.
Langkah-langkah Penyelesaian Masalah Kecederaan
Bertindak berdasar DRABC [Danger
Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
·
D =
Danger (Bahaya) = Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya
·
R =
Respond (Tindak balas/Reaksi) = Pastikan mangsa bertindakbalas dengan
memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa. Jika sedar
: Tanya mangsa keadaannya. Pastikan kecederaan atau
kesan lain. Berikan rawatan yang sewajarnya. Dapatkan bantuan jika perlu.
Jika tidak sedar: Pastikan saluran pernafasan terbuka
dan tiada halangan. Periksa samada mangsa bernafas
atau tidak. Periksa pengaliran darah dengan
merasa denyutan nadi di leher (karotid). Tahap kesedaran mangsa
boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:
o
1) A - Alert (sedar sepenuhnya)
o
2) V - Verbal (respon terhadap suara)
o
3) P – Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan)
o
4) U – Unconcious (tiada apa-apa respon)
·
A = Airway
(Saluran pernafasan) = Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau
tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa
·
B = Breathing
(Pernafasan) = Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External
Air Resuscitation
·
C =
Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah)= Pastikan nadi mangsa
berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher , jika tidak lakukan CPR
[Cardio Pulmponary Resuscitation].
·
Menilai kecederaan – TOTAPS
T - Talking (
bercakap )
O - Observe
(memerhati)
T - Touch (
sentuhan)
A - Active (
aktif)
P - Passive
(Pasif)
S - Skill
(kemahiran )
Langkah-langkah
T.O.T.A.P.S
T-Talking (bercakap
)
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera
§ Apa yang berlaku?
§ Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?
§ Apa yang kamu rasa?
§ Bahagian mana yang cedera?
§ Adakah bahagian lain yang cedera?
§ Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?
O-
Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap dengan atlet
§ Adakah atlet/mangsa tertekan ?
§ Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan
scara biasa?
§ Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?
§ Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain
§ Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?
T-
Touch ( sentuhan )
Lakukan sentuhan bermula kawasan
yang tidak cedera
dan secara perlahan begerak ke
kawasan yang cedera.
§ Adakah terdapat kelembutan?
§ Adakah terdapat kecacatan?
§ Adalah kawasan cedera panas?
Berhenti
disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi
fraktur
dan dislokasi.
A- Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang
cedera, bila terasa
sakit berhenti.
§ Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang
tidak cedera terlebih dahulu.
§ Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada
julat pergerakan yang penuh atau terhad?
§ Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut?
Bilakah kesakitan tersebut dirasai?
P-
Passif (pasif)
Berhati-hati gerakkan bahagian
yang tercedera pada julat
pergerakkan yang normal. Berhenti
jika kesakitan berlaku.
§ Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada
julat pergerakan yang penuh?
§ Bilakah kesakitan berlaku?
§ Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan
yang tercedera.
Berhenti disini bila atlet/mangsa mengadu kesakitan
atau
hilang/bertambah julat pergerakan
S- Skill (kemahiran)
Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat
pergerakan yang normal tanpa kesakitan,
suruh
atlet/mangsa berdiri dan lakukan
pergerakan yang
perlahan.
§ Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti
§ Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh
teruskan latihan atau permainan
PEMBEBATAN
Tujuan pembebatan
a)
Menahan pendarahan
b)
Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah
kepada kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan.
c)
Mencegah jangkitan di tempat luka.
Melakukan pembebatan
perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk
pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan
mudah menyerap.
Pembebat Semasa Kecemasan
a)
Sapu tangan yang bersih.
b)
Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.
Semasa melakukan
pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau menempoh kain yang
digunakan untuk melapik tempat luka. Ini
bertujuan meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.
Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai
jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa
kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut
yang digunakan ialah:-
a)
Pembalut tiga segi (triangular bandage).
b)
Pembalut lebar (broad bandage).
c)
Pembalut panjang (narrow bandage).
d)
Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembalut
a)
Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
b)
Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c)
Mengampu bahagian yang cedera.
d)
Membantu menghentikan pendarahan.
e)
Mengurangkan bengkak.
Kain Anduh Tiga segi
Kain anduh tiga segi merupakan
kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan
untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang
baik berukuran 1 meter x 1.4 meter.
Antara kegunaan kain
anduh ialah:-
a)
Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b)
Menghenti atau menahan pendarahan.
c)
Menetapkan bahagian yang cedera.
d)
Dapat digunakan sebagai pengipas.
e)
Menutup tempat yang luka atau cedera.
f)
Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.
Anduh (sling)
Jenis-jenis Anduh
a)
Anduh besar (large arm sling)
-
mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
-
mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b)
Anduh tiga segi/Anduh St. John’s (triangular sling)
-
menahan pendarahan anggota atas.
-
Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
-
Mengampu anggota atas yang cedera.
c)
Anduh kecil (small arm sling)
-
mengampu kecederaan di bahagian bahu.
-
Mengampu tulang klavikal yang cedera.
-
Mengampu anggota atas yang cedera.
d)
Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
-
mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah
tulang klavikal.
SISTEM PERNAFASAN
Definisi; satu sistem di mana Oksigen disedut masuk ke
dalam tubuh dan diedarkan keseluruh tubuh badan dan proses metabolisme yang
berlaku di dalam sel mengeluarkan karbon dioksida dari tubuh.
·
Bahagian yang
terlibat dalam pernafasan;
o
Salur udara
o
Paru-paru
o
Otot-otot
pernafasan
Saluran udara
o
Rongga hidung
o
Naso faring
o
Larinks
o
Trakea
o
Bronkus
o
Bronkiol
·
Saluran pernafasan
berfungsi
o
menapis, memanas
serta melembapkan udara masuk.
o
Mengawal kemasukan
dan pengeluaran isi padu udara
Paru-paru
- Gugusan alveoli
- Salur kapilari
Otot-otot pernafasan
- Otot-otot interkosta
- Diafragma
BILANGAN PERNAFASAN SESEORANG
PERINGKAT
|
BILANGAN SEMINIT
|
Dewasa
Kanak-kanak 6-10 thn
Bayi
|
15-20 kali
22-25 kali
35-40 kali
|
Resusitasi ?
RESUSITASI
UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR) adalah kaedah di mana penyelamat memberi
nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan
untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa
telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Istilah yang
biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'. Terdapat tiga teknik yang
digunakan di dalam EAR ini:
MULUT-KE-MULUT
Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut
Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut
MULUT-KE-HIDUNG
Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar.
Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar.
MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT
(EAR)
- Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada
kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung
kanak-kanak tersebut.
EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. - Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya
pernafasan
- Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir
lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah penafasan tertentu seperti
asma atau emfisema (perlu rawatan segera)
- Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan
kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh
penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua
pernafasan yang berkesan.
Tanda-tanda untuk EAR
- Sianosis -
kepucatan
- Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah
kurang dari 4-5 kali dalam seminit
Prosedur EAR
- Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.
- Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang
kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu)
- Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal
sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh
mungkin
- Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung
mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada
mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik
kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru.
- Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan
mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti
yang dilakukan kepada orang dewasa.
- Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang
sama. Lakukannya
sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat.
- Terus
lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit)
sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan
telah tiba.
- Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan
mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR)
- Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang
dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan
resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara.
- Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan
atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi
kecederaan pada leher.
- Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika
pernafasan dan nadi masih tidak ada.
- Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan
resusitasi dijalankan, anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan
kepala, badan dan ibu jari kaki berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan
dan jangan lepaskan sokongan pada kepala.
EAR
perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga
penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi
semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu
melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Apakah CPR?
- Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang
tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas
- Merupakan kombinasi terknik
pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada
- Berperanan untuk membantu
jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan
- Dua sebab utama CPR dilakukan:
*terhenti pernafasan
*tiada
nadi
- Kaedah:
- Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan
iaitu ABC sebelum melakukan CPR
A –
Airway (saluran pernafasan)
B – Breathing (pernafasan)
C –
Circulation (peredaran darah)
Definisi :
Kombinasi teknik pernafasan bantuan dan tekanan dada
( Pemulihan pernafasan peparu jantung )
Tujuan : Memastikan jantung dan paru-paru dapat berfungsi semula untuk mengepam darah
disamping membekalkan oksigen ke seluruh
tubuh.
PERNAFASAN MULUT KE MULUT
1-Dgn keadaan mangsa baring melentang anda
hendaklah terlebih dahulu membuang bendasing dalam mulut.
2-Buka
saluran udara dgn mencondongkan kepala ke belakang dan dagu diangkat ke atas.
3-Tutup
lubang hidung mangsa dgn memicitnya menggunakan ibu jari dari jari telunjuk
anda.Tarik nafas sepenuhnya dan letakkan bibir anda di sekeliling mulut mangsa.
4-Tiup
ke dalam mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak.
5-Alihkan bibir anda dan biarkan dada mangsa turun
perlahan-lahan. Berikan
pernafasan berturut-turut
TEKANAN DADA
1-Keadaan mangsa baring terlentang di
permukaan rata.Berlutut di sisinya dan cari tulang selangka terakhir dgn
menggunakan jari telunjuk dan jari tengah anda. Sorotkan jari anda ke atas
sehingga kepada titik tengah pertemuan sempadan tulang selangka dan tulang
dada.
2- Letakkan bahagian belakang tapak
tangan keatas tulang dada, sorot kebawah sehingga ia sampai ke jari telunjuk
anda. Lakukan tekanan pada titik ini.
3-
Tindihkan tapak tangan anda dan selang-selikan jari-jari anda.
4-
Secara berbongkok dan dengan keadaan lengan yang lurus tekan secara tegak
keatas dada mangsa. Tekan lebih kurang 4-5 cm. Kemudian
lepaskan tekanan tanpa mengangkat tangan anda.
5- Ulangi tekanan sehingga 80 tekanan/minit tercapai
Permasalahan pernafasan
Penyakit
Asma
o menyerang saluran pernafasan pada paru -paru
yang mana wujudnya radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan
hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang
itu boleh mengalami kesesakan nafas.
o penyakit asma sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti
pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan
jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga.
o penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan
saluran pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis.
tanda dan gejalanya , antaranya :
§ Pernafasan berbunyi terutama diwaktu
mengeluarkan nafas.
§ Sesak
nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.
§ Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau
cuaca sejuk.
§ Penghidap mengadu merasakan dada menjadi
sempit.
§ Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan
penghidap tidak dapat berbicara karena kepayahan dalam mengatur pernafasan.
§ Pada usia kanak-kanak, seperti rasa gatal
dirongga dada atau leher.
Rawatan Kecemasan
- Tenangkan
pesakit dan bantu dia duduk.
- Letakkan dia
pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta
boleh bertongkat.
- Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang
mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi
kelegaan kepadanya.
- Seandainya simptom serangan asma seperti rasa
gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah
segera dapatkan bantuan perubatan.
·
Masalah jantung
Kecederaan kulit
·
Jenis kecederaan
Kecederaaan
ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit. Kecederaan
luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :
·
Luka : kulit
terkoyak disebabkan terkena benda
tajam atau keras. Koyakan yang berlaku
menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah
terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius.
·
Melepuh : Berlaku
disebabkan geseran di antara
bahagian badan dengan permukaan yang lain .
Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan
mengelembung.
·
Melecet :
Berlaku apabila bahagian badan bergeser
dengan permukaan lain. Lapisan epidermis
terkoyak tetapi
bahagian atau tisu di bawah kulit
tidak cedera.
Rawatan Am
Terbakar dan Melecur
a)
Pindahkan
mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
b)
Alirkan
air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk
atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.
c)
Tenangkan
mangsa.
d)
Longgarkan
pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin,
subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan
sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.
e)
Sekiranya
pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.
f)
Jangan
tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang
melekat.
g)
Cuci
tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.
h)
Jangan
sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i)
Jangan
pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
j)
Jika
pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang banyak bagi menggantikan
kehilangan cecair yang hilang.
k)
Dapatkan
rawatan perubatan segera.
Terbakar
oleh Asid atau Alkali
a)
Tanggalkan
pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera.
b)
Alirkan
atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak.
c)
Jika
terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid.
d)
Sekiranya
terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan
gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh
menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.
e)
Setelah
dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih.
f)
Dapatkan
rawatan perubatan.
Rawatan
Terbakar Pakaian
a)
Selimutkan
mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya api dapat dipadamkan.
b)
Arah
mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian.
c)
Curahkan
air ke arah mangsa boleh memadamkan api.
d)
Elak
dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu
dilakukan.
e)
Cuci
tempat terbakar dengan cermat.
f)
Tutup
tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.
·
Rawatan kecederaan kulit
·
Pencegahan jangkitan
Pendarahan terbuka
·
Definisi pendarahan terbuka
o
Terkeluar darah
daripada sistem pendaahan atau sistem edaran tercedera
·
Pendarahan
berlaku melalui:
o
Pendarahan Arteri
Darah keluar berwarna
merah cerah/ terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut mengikut
denyutan jantung.
o
Pendarahan Vena
Darahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi
oksigen dan mengalir keluar perlahan-lahan.
o
Pendarahan Kapilari
Darahnya keluar
secara meleleh.
Prinsip mengawal
pendarahan terbuka
o Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan
edaran udara yang sempurna.
o
Bersihkan
luka dari kotoran.
o
Tekan di tempat
luka supaya darah tidak mengalir keluar (tiada benda asing) – jika ada – buat
balutan cincin.
§ Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2
cara iaitu:
a)
Hentikan pendarahan
secara langsung
¨
mengenakan tekanan
pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.
b)
Secara tidak
langsung
-
Tahan darah secara tidak langsung – tempat tekan nadi.
¨
-menggunakan
penjerut – catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama
seminit.
o
Tinggikan anggota
yang luka untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
o
Periksa
nadi/pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan.
o Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan
yang sesuai.
o Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit
tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan.
o
Jika
ada tanda-tanda renjatan, beri bantuan kecemasan untuk renjatan.
o
Rehatkan mangsa dan
hantar ke hospital dengan kadar segera.
·
Dapatkan rawatan
perubatan secepat mungkin.
Terdedah kepada
haba yang melampau
STRESS HABA
Bagaimana stres haba terjadi?
Apabila suhu atmosfera menjadi seimbang
dengan suhu badan, maka badan tidak berupaya utk menghilangkan haba menerusi
radiasi. Jika terdapat humiditi yang tinggi peluh tidak dapat meluap dgn
sempurna. Aktiviti riadah yang aktif, haba yang berlebihan akan dijanakan oleh
kegiatan otot. Kelesuan haba atau keadaan yang lebih bahaya ialah strok haba
akan menyerang.
Gejala dan tanda :
-Heat exhaustion
(Kehilangan air berlebihan)
*Gejala : Cirit birit dan muntah.
*Tanda :
1. Pening
kepala, pitam dan kebingungan.
2. Hilang
selera makan dan loya.
3. Berpeluh,
kulit yang berlengas dan pucat.
4. Kekejangan
pd kaki dan tangan atau perut.
5. Pernafasan
dan denyutan nadi yang cepat dan lemah
-Heat Stroke (Strok haba)
*Gejala : Menyerang secara tiba-tiba dan menyebabkan
mangsa
tidak sedarkan
diri dalam beberapa minit.
* Tanda :
-1. Pening
kepala, pitam dan tidak selesa.
-2. Lesu dan
kebingungan.
-3. Kulit
kering, merah dan panas.
-4. Darjah
gerakbalas menurun dengan pantas.
-5. Denyutan
nadi yaqng penuih dan melantun.
-6. Suhu badan
lebih 40 darjah Celcius.
-Heat Cramp (Kejang haba)
*Gejala :
Ketidakseimbangan air dan elektrolit
iaitu Natrium dan Klorida dalam badan. Sering berlaku di gastrocnemius dan
abdomen. Berlaku akibat kehilangan air dan elektrolit melalui perpeluhan.
*Tanda :
-1. Otot menjadi
keras
-2. Pergerakan
tidak normal
Langkah-langkah mengelakkan stres haba
- Menyesuaikan diri
dengan keadaan, cuaca dan suhu yang panas sekurang-kurangnya seminggu
sebelum hari pertandingan.
- Minum air sebelum,
semasa dan selepas sesuatu sesi latihan atau pertandingan.
- Pakaian diperbuat
daripada 100% kapas adalah yang paling sesuai dalam cuaca yang
panas.Pemakaian topi digalakkan bagi mengelakkan kehilangan 40% haba
dibahagian kepala.
- Elak daripada berlatih dalam cuaca panas.
Pengsan
Definisi Pengsan ( Syncope ) :
-
Kehilangan daya
kesedaran yg disebabkan oleh penyusutan sementara pengaliran darah ke otak
Tanda2:
-
Mangsa
rebah
-
Denyutan
nadi perlahan
-
Warna
kulit pucat
Punca2:
-
Kecederaan
di kepala
-
Stroke / pitam /
serangan sakit jantung/renjatan
-
Darah beroksigen yg
rendah ( hipoksia )
-
Keracunan yang
dibekalkan ke otak termasuk alkohol dan dadah
-
Sawan
dan suhu badan tidak normal
RAWATAN PENGSAN
-
Buka
salur udara dengan mengangkat dagu dan sendengkan bahagian kepala
-
Periksa pernafasan dan denyutan nadi
-
Jika mangsa muntah, letakkan mangsa
dalam kedudukan pemulihan
-
Periksa mangsa dengan pantas dan
sistematik untuk kenalpasti pendarahan luar atau keretakan tulang. ( sekiranya
terdapat pendarahan luar / keretakan
tulang-hentikan pendarahan
-
Minta maklumat drp orang ramai yg
menyaksikan kemalangan
-
Jika
mangsa tidak memperolehi daya kesedaran dalam tempoh 3 minit, dial 999. Jika
mangsa memperolehi daya kesedaran dlm tempoh 3 minit, nasihatkan mangsa
berjumpa doktor
Mengangkat dan
membawa pesakit
Pertimbangan sebelum mengangkat
pesakit semasa kecemasan.
·
Kebakaran
atau bahaya kebakaran
·
Bahan
letupan atau bahan-bahan berbahaya
·
Ketidakupayaan
untuk melindungi pesakit dari bahaya
·
Ketidakupayaanuntuk mengakses pesakit lain yang memerlukan penjag
·
Situasi
lain yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kecederaan
·
Tidak menyediakan penjagaan menyelamatkan nyawa disebabkan oleh lokasipesakit atau kedudukan
Prinsip mengangkat pesakit
1. Pertimbangkan
berat pesakit bersama-sama dengan berat usungan atau peralatan lain yang sedang
dijalankan dan menentukan sama ada bantuan tambahan diperlukan.
2. Mengetahui keupayaan fizikal dan batasan anda. Tahu keupayaan gabungan anda dengan pasangan anda. Jika benar-benar perlu, anda boleh meminta penonton untuk membantu. Anda atau pasangan anda mesti yang bertanggungjawab dan memberi perintah, tidak pengamat.
3. Angkat tanpa memulas. Elakkan sebarang gerakan berayun apabila mengangkat
4. Kedudukan kaki lebar bahu anda selain dengan satu kaki sedikit di hadapan yang lain.
5. Berkomunikasi dengan jelas dan kerap dengan pasangan anda. beritahu pesakit apa yang anda akan lakukan terlebih dahulu.
2. Mengetahui keupayaan fizikal dan batasan anda. Tahu keupayaan gabungan anda dengan pasangan anda. Jika benar-benar perlu, anda boleh meminta penonton untuk membantu. Anda atau pasangan anda mesti yang bertanggungjawab dan memberi perintah, tidak pengamat.
3. Angkat tanpa memulas. Elakkan sebarang gerakan berayun apabila mengangkat
4. Kedudukan kaki lebar bahu anda selain dengan satu kaki sedikit di hadapan yang lain.
5. Berkomunikasi dengan jelas dan kerap dengan pasangan anda. beritahu pesakit apa yang anda akan lakukan terlebih dahulu.
PEMINDAHAN PESAKIT
Pemindahan pesakit boleh dilakukan dengan berbagai cara.
Antaranya ialah:
a)
seorang
pembantu (single helper)
b)
dua
orang pembantu (double helpers)
c)
menggunakan
penggusung (stretcher)
a) Seorang pembantu (Single Helper)
Kaedah seorang pembantu boleh dilakukan dengan
berbagai-bagai cara.
Antaranya ialah:
·
Kaedah dukungan (Cradle
Lift)
-kaedah ini sesuai digunakan untuk mengusung pesakit yang
ringan terutama kanak-kanak dan bayi.
·
Bergandingan dengan pesakit (Human Crutch)
-Usungan ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang boleh
berjalan atau mengalami kecederaan sebelah anggota bawah. Mangsa berjalan
beriringan dengan pembantunya.
Mendukung di belakang atau
encang (Pick a back)
-Mangsa memanjat sambil memeluk belakang
pembantunya.Tangan pembantu mengampu kedua belah anggota bawah mangsa. Mangsa berada di dalam keadaan
sedar.
·
Dukung di bahu atau usungan bomba ( Firearm Lift)
-Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan kepala mangsa condong
ke bawah manakala badannya berada di atas bahu pembantunya.
·
Usungan merangkak
-Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau sedar di
tempat yang sempit. Mangsa menyangkut kedua belah tangan di leher pembantunya.
Pembantu akan merangkak sambil mengheret mangsa.
·
Usungan menarik
-Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa. Tumpangkan
tangan mangsa di bahagian ketiak. Tarik mangsa secara berundur ke belakang.
·
Menarik menggunakan blanket
-Letakkan mangsa di atas blanket. Pegang kedua belah bucu
di bahagian kepala mangsa. Tarik blanket secara berundur ke balakang.
a)
Kaedah dua pembantu
·
Duduk di atas dua tangan (two hand seat)
-Mangsa memegang bahu kiri dan kanan pembantunya sambil
duduk di atas tangan pembantunya. Kedua-dua pembantu menggunakan sebelah lengan
masing-masing sebagi tempat duduk mangsa. Manakala tangan yang lagi sebelah
mengampu belakang mangsa.
·
Mengusung berekoran atau berbuntut.
-Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah ketiak mangsa dari arah belakang mangsa.
Manakala seorang lagi berdiri di celah kangkang dengan muka mengadap ke
belakang mangsa sambil memeluk kedua-dua bahagian lutut mangsa.
·
Duduk di atas tiga tangan (three hand seat)
-Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat duduk
mangsa. Sementara sebelah tangan lagi mengampu belakang mangsa.
·
Duduk di atas empat tangan (four hand seat)
-Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai tempat
duduk mangsa. Mangsa akan memeluk bahu pembantu-pembantunya.
·
Mengangkat menggunakan kerusi
-Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala
pembantu-pembantu mengangkat kaki kerusi. Cara ini boleh dilakukan dengan dua
cara iaitu secara usungan beriringan atau secara berekoran.
b) Usungan menggunakan penggusung (
Stretcher)
·
Pengusung gantian ( improvise
stretcher)
I.
menggunakan
kain blanket atau selimut tebal dan diangkat di keempat-empat bucunya.
II.
Menggunakan
empat atau lima kain anduh yang diikat di dua batang kayu.
III.
Menggunakan
dua buah guni yang ditebuk buntutnya. Kemudian dimasukkan dua batang kayu dalam
guni itu.
IV.
Menggunakan
dua kain sarung yang dimasukkan dua batang kayu di dalamnya.
V.
Menggunakan
tiga atau empat kain baju kemeja. Masukkan dua batang kayu di dalam baju-baju
tersebut dan kemudian dibutangkan kancingnya.
·
Jenis stetcher
o
Wheel stretcher
o
Portable
o
Scoop
o
Flexible
o
Basket
o
Flexible
o
Stair chair
o
Long backboard
o
Short board
Prinsip
menguruskan kecederaan patah
Definisi:
Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagiantulang,
sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atausebagainya.
Punca-punca patah
Boleh terjadi secara langsung atau tidak
langsunga)
·
Secara
Langsung
Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kenatembakan, pukulan, tendangan atau
kemalangan.
·
Secara
Tidak Langsung
Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan.Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan
otot yangsecara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.
Jenis-jenis
patah
- Patah tebu/tertutup (simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka
di bahagian patah. b)
- Patah riok (Compound fracture)
Terdapat luka di tempat
patah di mana hujung tulang yang patah
tertonjol keluar di bahagian luar kulit.
- Patah
melarat (Complicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapatkecederaan.d)
- Patah
Remok (Comminuted fracture)
Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.
- Patah
Terenyok (Impacted fracture)
Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunyaterbenam
ke dalam tulang yang patah itu.
- Patah
Rebung (Green Stick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanyaterjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.
- Pecah
Remok (Depressed fracture)
Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpitorgan lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenammenghimpit
otak
Rawatan awal
- Beritahu mangsa supaya jangan bergerak.
- Jika terdapat luka, kawal pendarahan. Tekan luka dengan pembebat yang
bersih.
- Bagi kaki yang
patah, balut pada bahagian lutut dan buku lali.
- Bagi lengan,
gunakan sling.
- Dail 999 untuk dapatkan perkhidmatan ambulan.
- Periksa peredaran
darah pada tangan atau kaki setiap 10 minit.
Tanda-tanda patah
o Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau
otot.
o Mangsa mendengar bunyi atau merasa
tulang patah.
o Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
o Bunyi atau terasa geselan hujung tulang
yang tak normal.
o Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada
tulang,sendi atau otot.
o Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi
tidak normal.
Prinsip mengurus kecederaan patah
o Prinsip rawatan
untuk kecederaan patah adalah seperti berikut :
o Memberi rawatan segera sekiranya berlaku
keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang
banyak.
o Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya
terancam. Lakukan rawatan ditempat kejadian.
o
Kurangkan
kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan
cuba
meluruskan bahagian yang cedera.
o
Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan
sentuh. Tutup dengan kain yang bersih.
o Haling / ampu pergerakan anggota
yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat.
o Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang
boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang
terlalu ketat.
Kecederaan tisu
lembut
Definisi :
Kecederaan yang
dialami oleh tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf,
otot, tendon, ligamen, kelenjar, dan lapisan yang melindungi organ2 tubuh. Kecederaan ini berpunca drpd rentapan pd
sendi yg menyebabkan tisu2 disekeliling terkoyak.
PUNCA2
KECEDERAAN
- Ketegangan
otot otot separuh koyak
- Koyakan otot koyakan
sepenuhnya pd otot
- Calar2 pd bahagian
dalam otot
Klasifikasi
kecederaan sukan
Kategori mengikut tempoh masa wujud
o
Acute(baru)-kecederaan
berlaku secara tiba-tiba atau baru berlaku
o
Chronic(lama)-kecederaan
yang lama(masih sakit lagi
Kategori
mengikut struktur badan
-
Tisu
lembut : otot, ligament,tendon,saraf,salur darah
-
Tisu
keras : tulang
Kecederaan luaran
Kecederaan pada permukaan kulit & tisu di bawah kulit
-
Luka- kulit
terkoyak oleh benda tajam dan berdarah
-
Melecet-
tergeris, epidermis dan terluka
-
Melepuh-
kulit menggelembung dan ada air
Kecederaan dalaman
Kecederaan yang mekibatkan tisu-tisu badan
-
ligamen
-
tendon
-
otot
-
tulang
Faktor HARM
Kecederaan jenis
tisu lembut, elakkan dari factor berikut
-
Heat-tambah
pendarahan
-
Alcohol-tambah bengkak
-
Running-terlalu awal
kecederaan terlalu teruk
-
Massage-dalam 8-78 jam
pertam menambahkan pendarahan atau bengkak
(a)Kecederaan Tisu Lembut Tenat
Rawan terkoyak - Berlaku apabila tulang di sendi terpulas dan tertekan. -
Biasanya berlaku di lutut. Tergeliat - Berlaku apabila otot atau tendon
dipendekkan atau diregangkan dengan kuat.
(b) Kecederaan Tisu Lembut Kronik
Tergeliat kronik otot - Berlaku apabila otot dikerjakan berlebihan dan
diregang berlebihan. - Wujud hasil dari beberapa minggu atau bulan. -
Disebabkan oleh banyak punca keadaan.
·
Tendinitis - Berlaku apabila tendon diregangkan berlebihan atau
digunakan berlebihan. - Kecederaan ini biasanya berlaku pada tendontendon
patela ( lutut ), achilles ( tumit ) bila melakukan aktiviti berlari dan
melompat yang berlebihan. - Kecederaan biceps dan ratator cuff ( bahu ) pula
adalah individu membuat aktiviti bilangan bahu yang lemah dan tidak fleksibel.
·
Bursitis - Rongga sendi yang kecil, penuh cecair, terletak antara
tulang, otot, tendon dan tisutisu lain. - Berlaku bila bahagian tertentu
diasak. - Selalunya berlaku di siku dan lutut
·
Kontusi (contusion )
o Disebabkan pukulan terus dan menyebabkan cederapada saluran
darah atau saluran halus putus - lebam dan pendarahan dalaman.
o Bengkak& pergerakan terbatas.
o Otot Terkoyak
(muscle strain) disebabkan olehpengecutan otot secara tiba -tiba atau
disebabkanketidakupayaan otot menanggung bebankerja berlebihan.
o Ianya melibatkan kemungkinan otot atau
tendon tercedera dan mengsa merasaikesakitan
di bahagian tercedera.
·
Kekejangan otot ( muscle cramp)
o Kontraksibuat sementara dan mengalami
muscle spasm menjadikan otot
rasa keras dan mangsa kesakitan.
o berpunca dari atlit kurang cergas ( dari aspek
daya tahan otot ), kekurangan elektrolit (garam mineral) atau
dihidrasi dalam badan (kehilangan air).
·
Dislokasi
( dislocation )
o
berlaku bila tulang sendi terkeluar dari
asalnya kejadian di mana pergerakan yang diluar dari julat asal.
o Menyebabkan ligamen dan tisu
teregang, terkoyak atauterkeluardari tempat asal.
Tanda-tanda : a)Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian. b)Bengkak
dan lebam bahagian sendi.c)Tidak dapat mengerakkan anggota yang tercedera.d)Terdapat perubahan
bentuk pada sendi yang tercedera.e)Terdapat tanda-tanda am renjatan
·
Terseliuh
o berlaku bila ligamen sendi terkoyak @ teregang secara tiba- tiba
menyebabkan sendi tidak stabil.
o Tanda : bentuk ganjil & cacat, bengkak
dan lebam.
o
Tergeliat
(Sprain)
Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligament pada bahagian
persendian akibat dari pergerakan yang melampaui batas.
Tanda-tanda dan Gejala tergeliat
a)Sakit
bahagian yang tercedera.
b)Bengkak
dan lebam pada bahagian persendian.c)Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera
tetapi masihdapat mengerakkan anggota tersebut.
Prinsip mengurus kecederaan tisu
lembut
·
Rawatan R.I.C.E. -
R ( Rest ) : Merehatkan bahagian yang cedera. Pelajar / atlit terlibat tidak
dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.
·
R.I.C.E - I ( Ice )
: Menggunakan ais pada bahagian yang cedera. Ais boleh diaplikasikan secara
langsung atau tidak langsung. Jika langsung, ketulan ais perlu digerakkan dalam
pergerakan bulatan. Aplikasi ais selama 5-10 minit dan ulang setiap 3 jam atau
4 kali sehari, jika boleh berbuat demikian.
·
R.I.C.E - I ( Ice )
: Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam pertama untuk mengelakkan bengkak
kerana pengumpulan cecair di tempat yang cedera. Penggunaan ais ini boleh
diteruskan sehingga 48 jam atau lebih. Walau bagaimanapun, penggunaan ais ini
akan menyebabkan bahagian terlibat berasa kebas.
·
R.I.C.E - C (
Compression ) : Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera dengan dua cara.
Pertama, cara tidak langsung dengan pembalut bahagian cedera, menggunakan
bandage atau pita pelekat kain. Kedua, cara langsung, iaitu dengan tekanan
tangan. Perhatian perlu diberi supaya ikatan tidak terlalu ketat sehingga
mengganggu pengaliran darah.
·
R.I.C.E - E (
Elevation ) : Menaikkan bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi dari paras
jantung. Ini boleh dilakukan dengan mengangkatkan kaki yang cedera ke atas
bangku sambil berbaring. Nota :
Dalam masa 72 jam pertama sebarang urut pada bahagian
yang cedera tidak dibenarkan. - Selepas 72 jam, mula dengan pergerakan perlahan
diikuti dengan berlari perlahan. Sekiranya tidak rasa sakit di bahagian yang
cedera, murid dianggap telah pulih.
RAWATAN KECEDERAAN
DR. ABC Sekiranya si mangsa tidak sedar diri, maka
periksa samada : ~ Saluran pernafasan tersekat atau tidak ( Airway ) ~ Kadar
pernafasan normal ( Breathing ) ~ Pengaliran darah berjalan ( Circulation )
·
DR. ABC - D (
Danger) : Pastikan bahawa mangsa telah bebas daripada bahaya disekitarnya.
Contohnya, jika mangsa itu tersepit, maka benda yang menyebabkannya tersepit
telah disingkirkan
·
DR. ABC - R (
Response ) :Pembantu mula memerhatikan gerak balas mangsa untuk memastikan
keadaan sebenar mangsa. Mangsa sepatutnya bergerak balas terhadap cahaya
terang, suara panggilan, sebarang bunyi di sekitarnya, sentuhan, bau dan rasa.
Jika tiada gerak balas berlaku, mangsa itu berada dalam keadaan tidak sedarkan
diri atau dalam keadaan terkejut.
·
DR. ABC - A (
Airway) : Pastikan terdapat bukaan yang cukup untuk laluan udara. Pastikan
saluran udara tidak tersumbat untuk membolehkan mangsa bernafas dengan baik.
·
DR. ABC - B (
Breathing) : Pastikan mangsa masih bernafas atau tidak. Ini boleh dilakukan
dengan meletakkan jari di hadapan hidungnya untuk mengesan hembusan udara atau
melihat sama ada mulutnya dibuka untuk bernafas. Jika mangsa tidak bernafas,
bantuan pemulihan pernafasan handaklah diberikan dengan segera.
·
DR. ABC - C (
Circulation ) :Pastikan peredaran darah mangsa masih baik. Ini dapat dilakukan
dengan mengira nadi mangsa itu. Kehadiran nadi menunjukkan bahawa jantung
mangsa itu masih berdenyut. Nadi yang rendah menunjukkan denyutan jantungnya
lemah. Jika terdapat punca kehilangan darah, contohnya luka, pendaharan itu
mesti dikurangkan dengan membalut luka tersebut.
Kecederaan bahagian tangan, badan,
kaki, kepala dan mata
·
Kecederaan
·
Cara mengurus
kecederaan
Kemudahan dan
peralatan pertolongan cemas dan rawatan kecederaan
·
Fungsi bilik
rawatan sukan
o
Tempat memberi
rawatan
o
o
o
o
·
Saiz, lokasi,
struktur dan pengelolaan dalaman bilik rawatan
·
Peralatan yang
perlu ada di dalam bilik rawatan
·
Penyimpanan rekod
KOTAK PERTOLONGAN
CEMAS ( FIRST AID KID )
Keperluan-keperluan
sesebuah kotak pertolongan cemas adalah seperti berikut :
1. Kotak yang bertutup untuk mengisi
peralatan.
2.
Kain anduh tiga
segi
3.
Kain kasa sucihama
4.
Kapas
5.
Kain pembalut
gulung
6.
Kain pembalut
gulung elastik ( crepe bandage )
7.
Plaster
8.
Ubat gosok atau
minyak gosok
9.
Ubat luka ( lotion flavine, gentian violet atau burnol
)
10.
Ubat cuci luka ( cetavlon atau dettol )
11.
Garam cium ( smelling salt )
12.
Penyepit ( forcep )
13.
Buku catitan
14.
Pin
15.
Pen/pensel
Kotak
pertolongan cemas hendaklah selalu diperiksa supaya ianya bersih, alatannya
mencukupi dan kotak itu di tutup dengan baik bagi mengelakkan dimasuki oleh
serangga atau binatang. Selain itu, kotak pertolongan cemas perlu bertanda
dengan tanda bulan sabit merah atau palang merah. Ia perlu diletak di tempat
yang selamat dan mudah dilihat dan agak tinggi supaya tidak mudah diambil oleh
kanak-kanak. Ubat berbentuk cecair perlu ditutup rapat supaya tidak mudah
tumpah atau bocor dan ditanda dengan perkataan racun bagi bahan-bahan beracun.
Subscribe to:
Posts (Atom)