terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Wednesday, September 14, 2011

kertas cadangan Bina insan guru fasa 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU CADANGAN KERTAS KERJA BINA INSAN GURU FASA V 2010, LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) ANJURAN: PISMP SEMESTER 5 2010 AMBILAN JANUARI 2008 TARIKH: 11 FEBRUARI 2010 TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB 2, KOTA BHARU, KELANTAN CADANGAN KERTAS KERJA KHIDMAT PENDIDIKAN BINA INSAN GURU FASA V 2010 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU 1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. ` Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “….pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara”. 2.0 MATLAMAT Program Bina Insan Guru ( BIG ) Semester 5 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. 3.0 OBJEKTIF Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) dan bengkel ini, diharapkan guru pelatih akan dapat: 1. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah. 2. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan 3. Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas pendidikan. 4. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 5. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang. 6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian. 4.0 SINOPSIS Program ini mencakupi tiga tugasan iaitu lawatan penanda aras, aktiviti bengkel dan refleksi wajib. Lawatan penanda aras akan diadakan selama tujuh jam dan yang kedua pula ialah aktiviti bengkel yang mengambil masa selama tiga jam. Kedua-duanya akan diadakan di tempat yang sama. Tujuan lawatan penanda aras ini memberi peluang kepada pelajar mengenali budaya sekolah dan pengurusan sekolah yang cemerlang. Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan ciri kepimpinan, pengurusan, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur sekolah dan infostruktur kokurikulum. Objektif utama aktiviti bengkel ialah untuk mendedahkan pelajar kepada maklumat- maklumat berkaitan ciri-ciri guru yang inovatif selaras dengan tajuk yang diberi iaitu “ GURU INOVATIF”. Di akhir aktiviti bengkel ini, akan diadakan sesi refleksi wajib Program BIG dari semester satu hingga enam. 5.0 PENGANJUR - Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu - Jawatankuasa Kerja Bina Insan Guru Fasa V, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan,Pendididikan Jasmani 1& 2, Ambilan Januari 2008 6.0 TEMA : ‘Guru Cemerlang, Negara Gemilang’ 7.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT Tarikh : 11 Februari 2010 Masa : 7.00 pagi hingga 2.00 petang Tempat : Sekolah Kebangsaan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan 8.0 PENSYARAH A. Encik Abdul Khabir Bin Mat Dahang – Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar B. Encik Zainol Abidin Bin Zakaria – Pegawai Bina Insan Guru C. Tuan Haji Salime Bin Abdul Rahman – SUP D. Tutor setiap kumpulan: • En. Wan Suhaimi bin Wan Setapa (Pendidikan Jasmani 1) • En. Khairul Azman Khairuddin (Pendidikan Jasmani 1) • Miss Foo Ai Peng (Pendidikan Jasmani 2) • En. Anuwar b. Hamat (Pendidikan Jasmani 2) 9.0 PESERTA 42 orang guru pelatih dari kumpulan PISMP Pendidikan Jasmani 1& 2. • PISMP Pendidikan Jasmani 1 (21 orang lelaki) • PISMP Pendidikan Jasmani 2 (14 orang lelaki dan 7 orang perempuan) 10 .0 AHLI JAWATANKUASA JAWATANKUASA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V 2010 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU PENGERUSI EN. HASHIM B. DERAMAN Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu NAIB PENGERUSI TN. HJ. YAJID BIN YAAKOB Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu SETIAUSAHA ENCIK ABDUL KHABIR BIN MAT DAHANG Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PEGAWAI BINA INSAN GURU ENCIK ZAINOL ABIDIN BIN ZAKARIA BENDAHARI ENCIK YUSOF BIN MAAROF Pengawai Eksekutif Kanan TUTOR EN. WAN SUHAIMI B. WAN SETAPA EN. KHAIRUL AZMAN B. KHAIRUDDIN MISS FOO AI PENG EN. ANUWAR B. HAMAT AHLI JAWATANKUASA KERJA PENGURUS PROJEK MOHD NOR IZWAN BIN SULAIMAN TIMBALAN PENGURUS PROJEK A'INUL BASIRAH BT. MOKHTAR SETIAUSAHA WAN KHAIRULFAIRUZ BIN WAN KHALID BENDAHARI MOHD ARIF BIN ISMAIL AHLI JAWATANKUASA PENGANGKUTAN NORAZLAN BIN ZAINUDIN PERALATAN MUHD IZZAT BIN SHAARI DOKUMENTASI SITI NORAISHAH BT. YAHYA PERSEGARAN MOHD FADZLY B. ARIFFADZILAH KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN MOHAMAD AZLI B. MOHAMED YUSOF CENDERAHATI DAN HADIAH ABDULLAH B. ILIAS HUBUNGAN LUAR MOHD NOR RIDZWAN B. DOLLAH 11.0 CARTA ALIRAN KERJA 12 .0 TENTATIF PROGRAM TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) Masa Agenda Penceramah 7.00 - 7.30 a.m. - Bertolak dari IPGKKB 7.30 - 8.30 a.m. - Berkumpul di sekolah - Penerangan daripada Guru Besar SK Zainab Pn. Aidah 8.30 - 10.00 a.m. - Melihat P&P Pendidikan Jasmani berlangsung Panitia Pendidikan Jasmani 10.00 – 10.30 a.m. REHAT 10.30 – 11.30 a.m. - Lawatan ke kelas mengikut kumpulan 11.30 – 12.00 p.m. - Melihat pengurusan dan pentadbiran pejabat sekolah 12.00 – 12.30 p.m. - Taklimat pengurusan sekolah 12.30 – 1.00 p.m. - Menemuramah guru-guru sekolah 1.00 – 1.30 p.m. - Majlis Penutup 1.0 – 2.00 p.m. - Perjalanan pulang ke IPGKKB • Lawatan ke kelas dalam 4 kumpulan (10 orang setiap kumpulan) • Perancangan akan dibuat • Perubahan tentatif program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 13 .0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN a. Perbelanjaan daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu PERKARA ANGGARAN SUMBER 1. Alat tulis Seperti dalam senarai Stor IPGKKB 2. Cenderahati 3 Plak Institut Stor IPGKKB 3. Banner 1 helai Stor IPGKKB 4. Air mineral 6 kotak Stor IPGKKB 5. Sijil Penghargaan 3 gulung SUG b. Makanan Makanan; SK Zainab (50 orang) Tutor (2), penceramah (2) dan pentadbir sekolah (3) Sarapan: 7 orang X RM2.50 Makan Tengah hari: 7 orang X RM4.00 PISMP Pendidikan Jasmani1(23orang) Sarapan: 23 orang X RM2.50 Makan Tengah hari: 23 orang X RM4.00 PISMP Pendidikan Jasmani2(20orang) Sarapan: 20 orang X RM2.50 Makan Tengah hari: 20 orang X RM4.00 Jumlah = RM17.50 RM28.00 RM57.50 RM92.00 RM50.00 RM80.00 RM325.00 L.O 14.0 PENUTUP Program Bina Insan Guru Fasa V ini diharapkan dapat memberikan pendedahan awal kepada bakal guru tentang pengurusan sekolah secara formal. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG. Disediakan oleh, ................................... (WAN KHAIRULFAIRUZ BIN WAN KHALID) SETIAUSAHA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5 IPG KAMPUS KOTA BHARU Disemak oleh, .................................. ( ENCIK ZAINOL ABIDIN BIN ZAKARIA ) PEGAWAI BINA INSAN GURU IPG KAMPUS KOTA BHARU Melalui, ....................... (EN.ABDUL KHABIR B. MAT DAHANG) KETUA JABATAN HEP IPG KAMPUS KOTA BHARU Diluluskan oleh, ................................... (EN.HASHIM B.DERAMAN) PENGARAH IPG KAMPUS KOTA BHARU

No comments: