terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Wednesday, September 7, 2011

Subhanallah..

"Bila melakukan dosa, istigfarlah. Istigfar boleh memadamkan amalan tidak baik yg ditulis Malaikat Kiraman Katibin..dilupakan kejahatan yg kita buat. Dan diganti dengan pahala. Siapa yg bertaubat, Allah terima taubat dia..Allah menyayangi kita, walaupun bergelumang dengan dosa, bila kembali kepadaNya, Dia sangat gembira. Seperti gembiranya ibubapa yg anaknya balik setelah lama menghilang. Allah sayang & manjakan manusia, tetapi sayangnya ada manusia menjadi pembantah yang nyata (khosimun mubin)"

Dia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.(An-Nahl:4)

Hanya taubat yg diterima Allah ialah taubat mereka yg membuat kejahatan kerana jahil (tdk tahu) kemudian mereka bertaubat dgn segera, maka Allah menerima taubat mereka itu (An-Nisaa:17)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAAHIIM BAHAYANYA MEMUTUSKAN SILATURRAHIIM ...
Alhamdulillah..semuga saudara kita sekelian menyedari betapa manisnya jika mengeratkan tali silaturahim...saling mnghulur tangan dan meringankan beban jika ada saudara yg mndpt musibah...semuga kita mndpt ampunan ALLAH SWT...

hak muslim terhadap muslim jika dipatuhi pasti hubungan silaturrahim berkekalan dan umat Islam bertambah kukuh...Terima kasih saudara ku .

‎1 tahun lebih jer solat dlm setahun. Itu pun kalu Bacaan Al-Fatihah kita betul. Sabda Rasulullah SAW : 'tidak ada solat yg sah bagi mereka yg tidak membaca al-fatihah'. Rujuk Kitab Sifat Solat Nabi Yang Sahih oleh Allamah Dr Hassan Ali Al-Saqqaf Al-Qurasyi Al-Hasyimi. m/s 117

"Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmatNya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin & sebagainya? Hendaklah kita
faham bahawa nikmat disisi Allah itu terbahagi 2..Pertama, nikmat lahir..kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat & kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan & kesabaran. Dengan ujian kesusahan, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan".

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

" Sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, sebaik-baik bulan ialah bulan Ramadhan dan sebaik-baik amalan solat pada awal waktu." (Ibn Abbas)..Sabda Nabi saw, " Tiadalah seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan Allah akan memeliharanya daripada fitnah kubur." (Riwayat Imam Tirmizi dan Ahmad)..Subhanallah..


‎.."TIADA yang lebih Indah dari CINTA ILAHI dimana ia TIDAK akan pernah LUNTUR dari sudut Hati & Jiwa..Cinta Makhluk hanya seketika & ia sekadar untuk memuaskan kehendak Hati Manusia yang TIDAK pernah CUKUP erti BERSYUKUR dengan NIKMAT Kurniaan-Nya..Tetapkanlah KESETIAANmu & KECINTAANmu dengan Ilahi, nescaya Allah SWT akan MEMBUKAKAN segala Pintu-pintu KEBAIKANmu untuk MENCINTAImu di Landasan KASIH YANG SUCI"..

" Jangan berhenti meyakini yang hidup ini menjadi lebih menyenangkan, baik bagi kehidupan anda sendiri mahupun bagi kehidupan orang lain.Hiduplah dengan mulia ataupun matilah dengan terhormat.Orang yang hidup tanpa tujuan, sama ertinya hidup dengan tujuan yang buruk.Hidup bukanlah kemenangan melainkan perjuangan.

Cinta itu Perhiasan Hati Cinta fitrah buat mereka yg begelar insani Umpama Setitis Embun yg Turun dr Langit Indah Bersih Suci Tiada Debu Kotoran yg meLekat Mana KaLa Embun Turun ke Tanah di tempat yg Tandus Gersang Embun Akn Mrasakn Kegersangn Kehampaan Kekecewaan BiLa Mana Embun Menitis ke Tanah di tempat yg Subur dgn ALamnya yg Indah Embun pun Akan Merasakan Ketenangan Kesejukan dgn BerPautnya KeIndahan .. Allah Ta'ala Maha Agung .. menciptakan keIndahan Alam, Alangkah Indahnya MenCintai Pencipta KeIndahan Yang Amat Menajubkan dan Istemewa sekali Itulah Allah Yang Maha Agung Maha PenCipta Yang Memiliki Alam yang Indah ini ♥ ... ______________________________ ♥♥ Sekuat mana cinta dan kasih kita.. Semoga kita tidak lupa.. Yang mentakdirkan pertemuan hanya ALLAH.. Yang memberi rasa cinta hanya ALLAH.. Yang menjanjikan kebahagiaan hanya ALLAH.. Dan yang memberi izin penyatuan hanya ALLAH.. Semoga dengan itu, tidak akan pernah terdetik di hati kita, Untuk membelakangkan-NYA dalam urusan jodoh dan cinta.. Semoga kita tidak lupa, Kita berhak merencana, tapi ALLAH lebih berhak menentukan yang terBaik buat hambaNYA..♥♥ سبحان الله والحمدلله ولآ إلـه إلاَّ الـلَّـه والله اكبر

‎"Janganlah engkau terbuai berkhayal ..khayal yang menggoda hati..kerana semakin dikenang engkau akan semakin haus padacinta & keindahannya..Cinta adalah warisan Sang Adam sedangkan kecerdikan itu barang dagangan syaitan tempat si cerdik dan bijaksana bersandar pada jiwa dan akalnya. Carilah cinta kerana tautan hati pada Nya"

No comments: