terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Wednesday, June 26, 2013

studio kami pakej menarik untuk amik gambar


lontar peluru











Description: http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d2/Shotput.jpg/350px-Shotput.jpgLONTAR PELURU

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.

SEJARAH
Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.
Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.
Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.

PERATURAN DAN PERTANDINGAN
Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.
Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.
Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.
Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.

Description: C:\Users\TOSHIBA\Downloads\lontar peluru.jpgYanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

kecederaan dalam sukan

Pendidikan Jasmani

Tahun 6

7.45 – 8.45
Tajuk :                                            Kebersihan dan keselamatan
                                                       persekitaran

Masa:                                             1 jam

Standard Pembelajaran:             3.0
a)    Keselamatan
b)    Pengiklanan
c)    Keracunan makanan (food dumping)
d)    Barangan dan peralatan kesihatan

Objektif:                     
·         Membolehkan mereka mempraktikkan dirumah
·         Memastikan pengambilan makanan yang sihat dapat dibuat
·         Pengawalan penyediaan makanan di rumah

Aktiviti
·         Simulasi
·         Potongan akhbar
·         Pembentangan
·         Perbincangan dalam kumpulan
·         Mencari bahan di perpustakaan atau internet

EMK:      semangat berpasukan, bertanggungjawab, tolong menolong,
               kepimpinan

BBB:            Kertas A4, Kertas Mahjong, Maker Pen

Penilaian:  Pemerhatian guru

Refleksi:

Matematik

Tahun 1

8.45 – 9.45
Mata Pelajaran dan Kelas    :     Matematik Tahun Satu

Tema / Tajuk                        :     Nombor Hingga 100
Masa                                    :     60 minit
Standard Pembelajaran       :     1.2  Menama dan menentukan    nilai.            
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Menyatakan
i)     Menamakan nombor hingga 100:
       a) Membilang objek dalam kumpulan.
       b) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.
       d) Menamakan angka.

ii)    Menentukan nilai nombor hingga 100;
       a) Menunjukkan kuantiti bagi nombor yang disebut dengan menggunakan objek 
           sebenar, gambar, garis nombor dan
       e) Membandingkan dua nombor dan menyebut sebarang nombor yang terletak di  antaranya.
 Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·          Menghasilkan idea dari pemerhatian, menilai idea secara kritis,
           fenomena dapatan makna.
KREATIVITI DAN INOVASI:
Membuat simulasi, menghasilkan idea daripada pemerhatian, mebuat perkaitan dan mengubahsuai idea

TMK:
Abakus dan power point

NILAI MURNI DAN SIKAP
KEUSAHAWANAN:
Yakin diri, ketelitian, tidak putus asa. Mengaitkan penambahan dalam aktiviti jual beli barang.
BBB: Buku teks dan Buku aktiviti
Refleksi :
Matematik

Tahun 2

10.35 – 11.35



Mata Pelajaran                                   :       Matematik Tahun Dua
Tajuk                                                   :       Nombor dan Operasi
Masa                                                   :       60 minit
Standard Pembelajaran                    :       6.1 Mengenal Pasti Konsep
                                                                    Perpuluhan
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
a)    Menukar pecahan persepuluh  kepada perpuluhan. B3D4E1
b)    Menyebut perpuluhan sifar perpuluhan satu hingga sifar perpuluhan sembilan dengan betul.
c)    B2D4E1
d)    iii) Menunjukkan nombor perpuluhan
e)        0.1 hingga 0.9 pada garis nombor
f)     iv) Melorek gambarajah mengikut
g)        perpuluhan yang diberi. B3D4E1
KDI:   Membuat simulasi, membuat pemerhatian analisi, idea, kenalpasti, masalah dan menyelesaikannya, praktikkan proses kreatif.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
•          Mengimbas kembali idea,menghubungkait dan menganalisis persamaan dan perbezaan.
TMK:   Penggunaan power point
BBM  Garis nombor dan Lembaran kerja muka surat 246-256
(Rujuk Modul)
NILAI MURNI DAN SIKAP KEUSAHAWANAN: Bekerjasama,teliti,yakin

BBM: guli, kotak pensil, straw, lembaran kerja muka surat  156-189 ( rujuk modul)     

Refleksi :

Matematik

Tahun 3

12.05-1.05
Tajuk                                                   :       Nombor dan Operasi
Masa                                                   :       60 minit
Standard Pembelajaran                    :       6.1 Mengenal Pasti Konsep
                                                                     Perpuluhan
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
a)    Menamakan pecahan perseratus. (B2D4E1)
b)    Menukar pecahan perseratus kepada perpuluhan. (B3D5E1)
c)    Menyebut sifar perpuluhan sifar satu hinggga sifar perpuluhan sembilan sembilan apabila disebut, dan mengikut lorekan pada gambarajah. (B2D4E2)
d)    Melorek gambarajah mengikut perpuluhan yang diberi. (B3D5E2)KDI:   Membuat simulasi, membuat pemerhatian analisi, idea, kenalpasti, masalah dan menyelesaikannya, praktikkan proses kreatif.

EMK:

1.KREATIVITI DAN INOVASI:
Menghasilkan idea melalui pemerhatian, dan menyatakan idea secara lisan.

2.SIKAP KEUSAHAWANAN:
Berani membuat keputusan

NILAI MURNI
Bekerjasama dalam kumpulan

BBB:
Petak Seratus,Kad Nombor, buku teks,gambarajah.

Refleksi :