terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Saturday, April 16, 2011

PENGAKAP KANAK-KANAK (AKTIVITI DAN ISTIADAT PENGAKAP)

PENGAKAP KANAK-KANAK
• Umur : 8 – 12 tahun
• Sistem Sekawan
• “ Buat Habis Baik ”



AKTIVITI DAN ISTIADAT PENGAKAP

1. Tujuan
1.1 Bagaimana sedia rancangan
1.2 Kegunaan rancangan
1.3 Perkara yang perlu dalam rancangan
1.4 Tanggungjawab dan tugas-tugas pemimpin
1.5 Rancangan dua hala antara majlis pemimpin dengan majlis ketua patrol

2. Cara menyediakan rancangan
2.1 merupakan nadi kegiatan latihan/aktiviti kumpulan

2.2 hendaklah berfungsi, menarik, mengembirakan - punyai unsur-unsur semangat berpengakap, sesuaikan dengan peringkat umur ahli

2.3 beri peluang untuk ahli menambah ilmu Pengakap (masukkan perkara baru)


3. Isi Rancangan

3.1 dirancang dengan rapi - faedah kepada ahli, yang ingin maju/tingkat prestasi - ambil ujian lencana kemajuan dan kepandaian. Selitkan juga dengan aktiviti luar spt. Mengembara, perkhemahan dll. Aktiviti yang dirancang oleh Daerah dan Negeri juga perlu dimasukkan.

3.2 Pemimpin unit harus menggunakan imajinasi dan aktiviti yang berlainan

3.3 Dibuat dengan teliti dan disusun dalam dua peringkat:

(a) Aktiviti luar kumpulan -
di luar kawasan perjumpaan mingguan, seperti perkhemahan, berkayak, berperahu,
mengembara, berenang, penyelamat, mendaki gunung,dll.

(b) Latihan aktiviti dalam kumpulan -spt. Membaca kompas, membuat model, per. Cemas, pertukangan tangan, melukis dll.




4. Hubungan Program Dengan Rancangan
4.1 Rancangan padat - aktif dan prograsif. Guna alatan moden,
spt. dapur gas/pam, kompas dll.
4.2 Pembelajaran di laut
4.3 (pelayaran) & di udara (penerbangan) -menarik minat ahli, yang Maju diberi galakan – buat kajian bidang yg. diminatinya.

5. Keberkesanan program untuk pemimpin
5.1 Direkod untuk guna masa depan.
5.2 Bantuan penolong pemimpin unit perlu untuk melaksanakan program
5.3 Perbincangan perlu dengan majlis ketua patrol - dapatkan pandangan dan sumbangan
5.4 Pertolongan dari pakar – dapat idea juga digalak

6. Alat Bantaun Mengajar
6.1 sediakan pelbagai alat
- pita rakaman, slid, tape - dapat kesan lebih baik - alat demonstrasi spt. peti ubat, model untuk bantuan pernafasan

6.2 alat yang lebih kompleks - menerangkan pionering perlu disediakan untuk menarik minat

7. Tujuan/maksud program
7.1 rancang program amat perlu - kesan program lepas & akan datang, dijalankan / sebaliknya, sesuai/menarik/
menjemukan.

7.2 Seimbangkan program latihan
 Akt. kump.latihan luar
 Akt. luar & pengembaraan
 Akt. utk. K. Patrol & pengakap lama
 Peluang untuk kemajuan individu
 Melibatkan perhubungan luar.

7.3 cungkil kebolehan dan kebijaksanaan pemimpin kumpulan-akt. yg. praktikal, menarik dan mengembirakan.

7.4 melahirkan benih yang baik dari rancangan yang baik -tambah bil. ahli pengakap remaja/raja - matlamat memajukan pergerakan Pengakap.

7.5 melaksanakan perinsip berpengakap - mengenalpasti setiap individu yang cergas dalam pergerakan , disamping melaksanakan rancangan secara usahasama antara pemimpin dan ahlinya.


Contoh Program Perjumpaan
Lencana Keahlian - Pengakap Kanak-kanak

Tarikh:………………………Masa : 60 minit
Bil Masa Isi Rancangan Alatan
1 1130 Istiadat Permulaan Perjumpaan Pek
 Laung Agung
 Kibar bendera
 Lagu Negaraku
 Doa
 Pemeriksaan pakaian seragam serta kebersihan diri PKK Tiang Bendera,Bendera Malaysiadan Ben. Negeri
2 1140 Permainan
 Lari berhalang Bola, gelong rotan, tali
3 1150 Sesi - Lencana Keahlian
- L. Agung bendera
4 1205 Tunjukcara
- melipat bendera,naik dan kibar bendera, turun bendera dan melipat semula Bendera
5 1225 Istiadat Penutup Perjumpaan
 Laung Agung
 Pemeriksaan
Akhir
 Pesanan akhir untuk latihan minggu hadapannya
 Turun bendera
 Doa
6 1230 Bersurai


…………………….…. ………….….. ……………….
Pemimpin Bertugas Kuasa Penganjur


Penolong Pemimpin PKK…………………..




Contoh Program Perjumpaan
Lencana Keahlian - Pengakap Muda

Tarikh:………………………Masa : 60 minit
Bil Masa Isi Rancangan Alatan
1 1130 Istiadat Permulaan Perjumpaan Terup
 Berkumpul di hadapan tiap bendera berkeadaan tapak kuda/barisan mengikut patrol
 Kibar bendera
 Hormatkan bendera
 Lagu Negaraku/Negeri
 Doa
 Pemeriksaan Pakaian Seragam
 Pengumuman Tiang Bendera,Bendera Malaysiadan Ben. Negeri
2 1140 Contoh Permainan
 Lari beganti-ganti Bola
3 1150 Sesi Lencana
Keahlian
- Persetiaan Pengakap dan maknanya dengan ringkas
- Tunjukcara
- Mengulangi Persetiaan pengakap
4 1205 Tunjukcara
- melipat bendera,naik dan kibar bendera dan menghormatkan bendera Bendera
5 1225 Istiadat Penutup Perjumpaan
 Berkumpul - tapak kuda/barisan mengikut patrol
 Pemeriksaan Akhir
 Pesanan untuk latihan minggu hadapannya
 Turun bendera
 Doa
6 1230 Bersurai


…………………… ………….….. ……………….
Pemimpin Bertugas Kuasa Penganjur
/Pem. Kumpulan

Penolong Pemimpin PM……………………





ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP

1. Tujuan:
1.1 Pergerakan Pengakap mempunyai istiadat-istiadat yang sentiasa diamalkan

1.2 Fahami dan bina perasaan cintakan Negara -Nyanyi lagu Negaraku/Negeri -kibar bendera - hormat bendera

1.3 Bentuk/melatih disiplin /sikap positif dan peraturan-peraturan yang baik

1.4 Mengiangati semula asas atau asal usul berpengakap

1.5 Suburkan semangat Persaudaraan dan perpaduan

1.6 Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan

1.7 Melatihkan diri taatkan Tuhan

1.8 Penghargaan kepada pemimpin


2. JENIS-JENIS ISTIADAT DALAM PENGAKAP

2.1 Istiadat Mengibarkan Bendera

2.2 Istiadat Menurunkan Bendera

2.3 Istiadat Laung Agung

2.4 Istiadat menyampaikan Lencana Kepandaian

2.5 Istiadat Melantik

2.6 Istiadat Meningkat Naik


3. Istiadat Mengibarkan Bendera

3.1 Kedudukan
3.1.1 Peserta - Dalam Bulatan

3.1.2 Jurulatih - Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta, Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua

3.1.3 Bendera - Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang

3.2 Perjalanan Upacara

3.2.1 Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih

3.2.2 Petugas berdiri di tengah-tengah

3.2.3 Bila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia”, bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara :-



Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara

Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ke tempat asal)

Petugas : (Beri arahan) Bendera

Petugas : (Bergerak mengadap bendera)
Pengibar bendera terus tarik tali bendera
Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik, Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera

Petugas : “Negara ku” - semua menyayi

Petugas : (perintah) “Doa” - isyarat “Ap”
Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia
Petugas : “Persetiaan” - isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan

Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepada tuan” - pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah “Baris senang diri”


Jurulatih bertugas : mulakan tugas

Petuagas : “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar baris”



4. Istiadat Menurunkan Bendera

4.1 Kedudukan

4.1.1 Peserta : Dalam bulatan

4.1.2 Jurulatih : Sedia di belakang tiang bendera mengadap peserta

4.1.3 Perjalanan Upacara

Petugas : (Beri arahan) “PEK ! Sedia”

Petugas : (Beri arahan) “Bendera” semua mengadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera

Petugas : (Beri arahan) “Serahkan bendera kepada ketua” PKK bergerak (arahan) “Ap” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak mengadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke sekawan
Petugas : (beri arahan) “Doa” - “Ap” - angkat tangan. Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “Ap” - turun tangan
Petugas :
(beri arahan) “PEK ! Bersurai”


5. Istiadat Laung Agung
Pengakap Kanak-kanak mempunyai pasukan yang dipanggil sekawan yang terdiri daripada 6 orang setiap pasukan. Segala istiadat dan gerakerja hendaklah secara berpasukan:
 Akela berteriak “PEK” kepada PKK, PKK diam dan berdiri tegak

 Akela berteriak “PEK ! PEK ! PEK ! ! ! ! ! !” - PKK menyahut panggilan Akela sambil berlari menelilingi Akela dan menyebut “P….E….K ! ! ! !”

 Akela memberi perintah membuat bulatan. PKK lantas memegang tangan sekawan sambil membuat bulatan. Bila bulatan sudah siap, PKK akan menjatuhkan tangan
 Akela mendepa tangan, PKK angkat tumit, Akela merapatkan tangan ke peha, PKK akan mencangkung dengan kedua belah tangan mencecah tanah di luar peha dan berkata “A..KE..LA !! KITA BUAT HABIS BAIK”, PKK bangun serentak, berdiri tegak dan bersedia.

 Ketua sekawan bertugas akan mencabar dengan hormat sambil berkata dengan intonasi mencabar “KAMU BUAT HABIS BAIK”.


 PKK akan memberi hormat kepada Akela sambil menjawab cabaran “KAMI BUAT HABIS BAIK”.

 Akela membalas hormat, PKK tidak menjatuh tangan sehingga Akela menjatuhkan tangannya.


Laung Agung adalah menjadi tradisi dalam istiadat PKK. Laung Agung yang dibuat oleh PKK adalah untuk menunjukkan yang mereka telah membuat sehabis baik. Istiadat ini mesti dijalankan setiap kali perjumpaan diadakan, iaitu pada permulaan dan akhir perjumpaan. Selepas Laung Agung bendera dikibarkan/diturunkan dan diikuti dengan doa.


ISTIADAT PENGAKAP (PM/PR/PK)

Pengakap mempunyai pasukan yang dipanggil Patrol terdiri daripada 8 orang ahli. Segala istiadat dan aktiviti hendaklah dijalankan secara berpasukan.

Pemimpin memanggil dengan menggunakan wisel. Semua Pengakap akan berkumpul dalam formasi tapak kuda mengikut Patrol masing-masing. Ketua Patrol berdiri di sebelah kanan sekali, diikuti oleh ahli-ahlinya dan diakhir barisan ialah Penolong Ketua Patrol.


ISTIADAT MELANTIK

1. PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolong-penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia.

6. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan

3. Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela . Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya.

4. Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian

5. Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak”
PKK baru : “Ya, Akela”
Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap”
PKK baru : “Ya, Akela”

6. Akela melafazkan Persetiaan Pengakap diikuti oleh PKK baru
7. Akela berjabat tangan dengan PKK baru &
berkata :”Saya percaya
kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap kanak-kanak dan seorang ahli dalan Persaudaraan Pengakap Sedunia”

8. Akela menyematkan lencana keahlian, menyarungkan skaf dan memakaikan topi kepada PKK

9. PKK tabik hormat kepada Akela. PKK berpusing dan hormat kepada PEK. PEK membalas hormat sebagai tanda mengalu-alukan PKK (adik baru) ke dalam PEK

10. Ketua sekawan membawa PKK baru & perkenalkan kepada sekawan

11. Istiadat ini diakhiri dengan Laung Agung yang dibuat kali pertama disertai PKK tersebut

12. Sekiranya semua sekawan adalah ahli baru, maka istiadat perlantikan diadakan dalam dua peringkat. Ketua sekawan dilantik terlebih dahulu dan ahli lain dilantik kemudian

Peringatan : Ibu bapa PKK baru boleh dijemput untuk menyaksikan istiadat ini.

ISTIADAT MENINGKAT NAIK(PKK KE PM)
Satu istiadat yang sangat mustahak, menjadi kenangan, satu peristiwa yang gembira bagi PKK meningkat naik ke Kumpulan PM, PM ke PR. Istiadat ini penting bagi Akela/Pemimpin dan Penolong yang telah melatih PKK itu

Kedudukan : Pek dan Troop berdiri dalam bentuk tapak kuda berhadapan antara satu dengan lain

Prosedur:-
1. Sebaik sahaja Laung Agung selesai dijalankan, Akela mara ke garisan pemisah

2. Pemimpin Kumpulan memberi arahan - “Kumpulan Sedia” dan terangkan tujuan istiadat

3. PKK meningkat naik, bergerak satu langkah ke hadapan -kanan pusing - berslam dengan Pek - terus maju ke Akela di garisan pemisah(tali)

4. Akela - Pesanan terakhir kepada PKK

5. PKK memberi hormat, salam dengan Akela -Akela dengan menggunakan tangan kiri memimpin PKK melangkah tali pemisah

6. PKK memberi hormat kepada pemimpin Pengakap Muda dan bersalam

7. Pemimpin menyerah PKK kepada Ketua Patrol

8. Ketua Patrol membawa PKK ke patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli kumpulan

9. Selesai semua sekali -Troop memberi sorakan “SELAMAT DATANG”

10. Laung Agung bagi PEK yang tinggal

ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA KEMAJUAN (PKK)

Lencana disediakan di dalam dulang dan di bawa oleh Penolong Pemimpin.

1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu

2. Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera

3. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan)

4. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima

5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat

6. Akela menyematkan lencana
6.1 Lencana Kemajuan di kiri lengan baju
6.2 Lencana Kepandaian di kanan lengan baju

7. Akela bersalam dan ucapan “Syabas”.

8. PKK tabik hormat

9. Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana

10. PKK balik ke sekawan masing-masing

ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA KEMAJUAN/
KEPANDAIAN(PM/PR/PK)

Istiadat bagi PM,PR dan PK adalah serupa dengan PKK tetapi Troop berkumpul dalam bentuk tapak kuda . Pemimpin berdiri di sebelah kanan sekali dan diikuti oleh penolong-penolong pemimpin.

Nota:
Lencana mesti disampaikan oleh pihak Pengakap (Pemimpin/Pesuruhjaya dan bukan daripada orang yang bukan uniform).

No comments: