terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Saturday, April 16, 2011

AHLI PENGAKAP

BORANG BIODATA AHLI PENGAKAP.
Butir-butir Peribadi.
No.Kumpulan: ………………………………………… Sekolah: ………………………………………………...
Nama Penuh (Huruf Besar): ………………………………………………………………………………………..
[Seperti dalam Surat Beranak]
Alamat Rumah: …………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………….
No. Telefon: …………………………………………… E-mel: …………………………………………………..
No. Kad Keahlian: …………………………………….. No.K.P/ Surat Beranak: ………………………………...
Jantina: *Lelaki / Perempuan Tarikh Lahir: …………………………………………...
Keturunan: …………………………………………….. Agama: …………………………………………………
Nama Ibubapa/Penjaga: ……………………………………………………………………………………………
Pangkat dalam Kumpulan: …………………………………………………………………………………………
Butir-butir Ujian Lencana.
Bil. Lencana Tarikh Lulus No.Sijil
1. Lencana Keahlian

Pengakap Kanak-kanak.
Bil. Lencana Tarikh Lulus No.Sijil
1. Lencana Keris Gangsa
2. Lencana Keris Perak
3. Lencana Keris Emas
4. Lencana Wajib *(Ahli Renang / Berbasikal)
Len. Kepandaian:
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Rambu Pengakap Kanak-kanak



Pengakap Muda.
Bil. Lencana Tarikh Lulus No.Sijil
1. Lencana Usaha
2. Lencana Maju
3. Lencana Jaya
Len. Kepandaian:
4. Lencana Ahli Berkhemah
5. Lencana Ahli Pertolongan Cemas
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

Pengakap Remaja.
Bil. Lencana Tarikh Lulus No.Sijil
1. Lencana Jayadiri
2. Lencana Kemahiran
3. Lencana Kegiatan
4. Lencana Ekspedisi
5. Lencana Perkhidmatan
Rambu Pengakap Remaja
6. Ujian Sikap Pengakap Raja
Anugerah Pengakap Raja




Penyertaan dalam Aktiviti Pengakap (Peringkat Daerah/Negari/Negara).
Bil. Jenis Aktiviti Pengakap Tarikh / Tempoh Penganjur
1. Kursus Ketua Sekawan
2. Kursus Ketua Patrol
3. Kursus Pertolongan Cemas
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Jika terdapat banyak aktiviti yang disertai, sila lampirkan satu salinan lagi yang merangkumi butir-butir seperti di atas.
Lain-lain Penyertaan (yang berkaitan dengan Pengakapan).
Bil. Jenis Aktiviti Tarikh / Tempoh Penganjur
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Jika terdapat banyak aktiviti yang disertai, sila lampirkan satu salinan lagi yang merangkumi butir-butir seperti di atas.
Kemahiran/Minat Khas yang dimiliki.
Bil. Kemahiran / Minat Pengiktirafan / No. Sijil
1.
2.
3.
4.
5.
Jika terdapat banyak kemahiran yang dimiliki, sila lampirkan satu salinan lagi yang merangkumi butir-butir seperti di atas.

ISTIADAT MELANTIK PKK

Dialog 1

Akela : “ Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak ? ”

PKK (B) : “ Ya Akela ! ”

Akela : “ Adakah kamu sedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap ? ”

PKK (B) : “ Ya Akela ! ”

[ Akela melafazkan persetiaan diikuti oleh PKK (Baru ) ]

Dialog 2

Akela : “ Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang seorang Pengakap Kanak-Kanak dan seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia ”



ISTIADAT MELANTIK PKK

Dialog 1

Akela : “ Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak ? ”

PKK (B) : “ Ya Akela ! ”

Akela : “ Adakah kamu sedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap ? ”

PKK (B) : “ Ya Akela ! ”

[ Akela melafazkan persetiaan diikuti oleh PKK (Baru ) ]

Dialog 2

Akela : “ Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang seorang Pengakap Kanak-Kanak dan seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia ”

GEJET

Gejet merupakan peralatan yang dibina di sesuatu perkhemahan bagi menggantikan peralatan dan perabot yang terdapat dirumah.

TUJUAN

1. Perabot di kawasan perkhemahan
2. Menjamin kesihatan dan kesegaran
3. Memupuk semangat bertanggung jawab, bekerjasama, bantu-membantu, kerajinan, dan sifat kekitaan di kalangan peserta.
4. Dapat melahirkan idea baru, kreatif dan kitis
5. Menggunakan masa lapang dengan berfaedah
6. Mempraktikkan kemahiran tentang simpulan dan ikatan

KRITERIA GEJET

1. Ringkas dan Praktikal
2. Senang di bina dan tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan
3. Kukuh dan dapat digunakan dengan sepenuhnya
4. Menggunakan bahan semulajadi
5. Menggunakan ikatan dan simuplan yang betul
6. Elakkan dari menggunakan bahan yang buruk
7. Dibina dan diletakkan ditempat sesuai.

KATEGORI GEJET


PINTU GERBANG













PINTU BELAKANG








DAPUR







DAPUR BERTIANG












DAPUR ALTAR






RAK PINGGAN MANGKUK













GEJET PINGGAN MANGKUK










GAJET CAWAN









MEJA MAKAN










PENYIDAI














PENYIDAI












GEJET KASUT












LAIN-LAIN GEJET



















GEJET MAKANAN









LUBANG BASAH


TEMPAT MEMBASUH













GEJET MUDAH












LAIN - LAIN GEJET

















ISTIADAT MELANTIK PKK

1. PEK berada dalam bulatan. Akela berdiri di tengah. Penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang tiang bendera. PEK berdiri dalam keadaan sedia.
2. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.
3. Ketua sekawan berkenaan mebawa ahli baru itu berdiri di hadapan Akela, Ketua Sekawan balik ke tempatnya.
4. Serentak dengan itu Penolong Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian.
5. Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak ?”
6. PKK baru : “ Ya Akela ”
7. Akela : “ Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap”
8. PPK baru : “ Ya Akela “
9. Akela melafazkan persetiaan Pengakap dan diikuti oleh PKK baru itu.
10. Akela berjabat tangan dengan Pengakap Kanak-Kanak yang baru & berkata:
“ Saya percaya kamu akan buat sehabis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-Kanak dan seorang ahli dalam persaudaraan Pengakap Sedunia.”
11. Akela menyemat lencana Keahlian, menyarung skaf dan memakaikan topi kepada pengakap Kanak-Kanak itu.
12. Pengakap Kanak-Kanak memberi tabik hormat kepada Akela. Kemudian PKK berpusing dan memberi hormat kepada PEK. PEK membalas hormat sebagai tanda mengalu-alukan PKK (adik baru ) ke dalam pek.
13. Ketua sekawan berkenaan membawa PKK baru itu dan memperkenalkan kepada sekawan itu.
14. Istiadat ini diakhiri dengan Laung Agung yang dibuat kali pertama disertai PKK tersebut.
15. Sekiranya semua sekawan adalah ahli baru, maka istiadat perlantikan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan dilantik terlebih dahulu dan ahli lain dilantik kemudian.














PERGERAKAN

1. PM dalam kedudukan tapak kuda
2. Pemimpin masuk
3. Penolong Pemimpin membawa Skaf, Lencana Ahli , Topi
4. Pemimpin mengumumkan perlantikan
5. Ketua Patrol membawa AB masuk ke hadapan Pemimpin [ KP berada di sebelah kanan AB ], selangkah di hadapan Pemimpin


DIALOG PERLANTIKAN

[ P = Pemimpin / AB = Ahli Baru / KP = Ketua Patrol ]

P : “ Kamu telah lulus Ujian Lencana Keahlian dan bersedia untuk dilantik sebagai seorang Pengakap. Tahukah kamu Undang-Undang Pengakap dan fahamkah kamu apa ertinya, khasnya mengenai maruah diri ? ”

AB : “ Ya, Tuan ”

P : “ Kamu telah mempelajari Persetiaan Pengakap dan sekarang kamu diminta melafaznya bersama-sama Kumpulan. Bersediakah kamu menerimanya sebagai sesuatu yang akan kamu hayati sepanjang masa ? ”

AB : “ Ya, Tuan ”




P : “ Sedia, ap ” - [ sedia / kalih tongkat ]

AB : [ Membaca Persetiaan Pengakap ]

“ Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-Undang Pengakap ”

P : “ Ap ” – [ turun tangan/ kalih tongkat ]

P : “ Saya percaya atas maruah diri kamu yang akan menjunjung Persetiaan itu. Kamu sekarang seorang ahli kepada Persaudaraan Pengakap yang luas ”

[ Bersalaman dengan AB ]




[ Jika AB bukan dari PKK ]

“ Sebagai tandanya saya sampaikan Lencana Keahlian anda untuk menunjukkan kepada Pengakap-Pengakap dan semua orang yang kamu adalah ahli kepada Persaudaraan Pengakap Sedunia ”

[ Pemimpin sematkan Lencana Keahlian ke saku kiri AB ]

“ Skaf kamu, akhir sekali topi kamu ”


AB : [ Berikan hormat kepada Pemimpin ]








KP : [ Beri arahan kepada AB ]

“ Ke belakang pusing”

P : “ Hormat, hormat ke hadapan hormat ”

[ AB akan beri hormat, kumpulan membalas hormat AB ]

P : “Ke patrol, cepat jalan ! ”

[ AB masuk ke Patrol dan diperkenalkan kepada Kumpulan/Patrol ]


ISTIADAT MELANTIK PM

Bila Istiadat Melantik ?
o Bila ada ahli baru memasuki Pengakap Muda
o Bila bekas PKK masuk menjadi ahli PM

Kedudukan
o Ketua kumpulan mengarahkan kumpulan membentuk ladam kuda
o Penolong Pemimpin memegang lencana keahlian, skaf dan topi
o Pemimpin melangkah ke hadapan dan mengumumkan Istiadat Melantik PM
o Ketua Patrol membawa adik PM selangkah ke hadapan Pemimpin

P : “ Kamu telah lulus ujian lencana keahlian dan bersedia dilantik sebagai seorang pengakap. Tahukah kamu undang-undang pengakap dan fahamkah kamu apa ertinya, khasnya mengenai maruah diri ? ”
Adik PM : “ Ya, tuan ”
P : “ Kamu telah mempelajari Persetiaan Pengakap dan sekarang kamu diminta melafazkannya bersama-sama kumpulan. Bersediakah kamu menerimanya sebagai sesuatu yang akan kamu hayati sepanjang masa ”
Adik PM : “ Ya , tuan ”
P : “ Ap ”
P dan Adik PM : “ Bahawa dengan sesungguhnya …”
P : “ Ap ”

Pemimpin berjabat tangan dengan adik PM

P : “ Sekarang kamu adalah seorang pengakap dalam persaudaraan pengakap sedunia "

Pemimpin menyematkan lencana keahlian ke saku kiri, menyarung skaf, menyarung topi
Adik PM memberi tabik hormat kepada pemimpin

Ketua Patrol : “ Ke belakang pusing”

[kedua-dua pusing ke belakang ]

P : “ Hormat, hormat ke hadapan … hormat ”

Tabik hormat dan seluruh ahli kumpulan membalasnya
P : “ Ke Patrol … cepat jalan ! ”

Ketua Patrol dan adik PM berjalan balik ke patrol
Ketua Patrol memperkenalkan Adik PM kepada ahli patrolnya

P atau Ketua : “ Kumpulan … tiga sorakan ( tahniah/selamat ) datang kepada… Kumpulan
ISTIADAT MENINGKAT NAIK PKK ke PM

• PKK memulakan dengan Istiadat Laung Agung
• Arahan : “ Kumpulan … Sedia ” oleh Pemimpin Kumpulan PKK
• Pemimpin bersalaman dengan PEK
• Pesanan dari AKELA ( Pemimpin PKK )
• AKELA memimpin PEK melintasi tali pemisah
• PKK memberi hormat kepada Pemimpin Pengakap dan bersalaman
• PPM serah PKK kepada Ketua Patrol
• Ketua Patrol perkenalkan ahli baru kepada Kumpulan
• Semua Ahli PM memberi Yell “ Selamat Datang
• Bersurai


Kedudukan Istiadat Meningkat Naik PKK ke PM





ISTIADAT MENINGKAT NAIK PM ke PR


• Pengakap berhimpun dalam tapak kuda berlapis iaitu PM dan PR saling menghadap satu sama lain
• Calon PR mara ke hadapan Pemimpin PM (PPM) dan membawanya ke hadapan Pemimpin PR (PPR)
• PPM: “ Saya membawa (……) yang telah menjadi ahli kumpulan kami selama …. tahun . Sudikah saudara menerimanya ke dalam Unit Pengakap Remaja ”
• PPR : “ Sukacita saya menerima (….) Sebagai ahli Unit Pengakap Remaja. (……) sekarang kamu telah berumur 15 tahun. Sudikah kamu menjadi ahli Unit Pengakap Remaja?”
• Calon PR : “ Ya, Tuan ”
• PPR : “ Ya, Tuan ”
• Pemimpin Kumpulan :
“ Sebagai ahli kumpulan kita, pada hari ini kamu telah melangkah setapak lagi. Saya telah memerhatikan kemajuan kamu selama ini. Saya berbangga melihat kamu terus berjaya pada masa hadapan dalam latihan Pengakap Remaja kamu ”
• PPR : “ Bagi pihak semua Pengakap Remaja, saya mengalu-alukan kamu ke Unit kami ”
• PPR berjabat tangan dengan PR yang baru

Kedudukan Istiadat Meningkat Naik PM ke PR


ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP

1. Objektif
 Menandakan permulaan dan penamatan sesuatu aktiviti atau perjumpaan.
 Cara memberi hormat kepada tetamu.
 Memberi pengiktirafan kepada pengakap dan pemimpin pengakap.
 Memberi motivasi kepada pengakap dan pemimpin pengakap supaya terus berusaha.
 Menjadi kenangan dan ingatan yang mendalam dan berkesan di hati pengakap kerana telah diterima sebagai anggota.
 Melahirkan semangat kerjasama, kekitaan, dan bertanggungjawab di kalangan anggota pengakap.
 Melatih pengakap dengan disiplin dan peraturan yang khusus dalam setiap istiadat yang dilaksanakan.




2. Jenis-jenis Istiadat

 Istiadat laung agung (khusus untuk Pengakap Kanak-kanak);
 Istiadat bendera (Pengakap Muda dan Pengakap Remaja);
 Istiadat melantik;
 Istiadat meningkat naik;
 Istiadat menyampaikan lencana;
 Istiadat pemeriksaan pagi (khusus waktu perkhemahan);
 Istiadat penganugerahan manik kayu (bagi Pemimpin Pengakap)











2.1 Istiadat Laung Agung
Pengakap Kanak-kanak mempunyai pasukan yang dipanggil sekawan yang terdiri daripada 6 orang setiap pasukan. Segala istiadat dan gerakerja hendaklah secara berpasukan:
 Akela berteriak “PEK” kepada PKK, PKK diam dan berdiri tegak
 Akela berteriak “PEK ! PEK ! PEK ! ! ! ! ! !” - PKK menyahut panggilan Akela sambil berlari menelilingi Akela dan menyebut “P….E….K ! ! ! !”
 Akela memberi perintah membuat bulatan. PKK lantas memegang tangan sekawan sambil membuat bulatan. Bila bulatan sudah siap, PKK akan menjatuhkan tangan
 Akela mendepa tangan, PKK angkat tumit, Akela merapatkan tangan ke peha, PKK akan mencangkung dengan kedua belah tangan mencecah tanah di luar peha dan berkata “A..KE..LA !! KITA BUAT HABIS BAIK”, PKK bangun serentak, berdiri tegak dan bersedia.
 Ketua sekawan bertugas akan mencabar dengan hormat sambil berkata dengan intonasi mencabar “KAMU BUAT HABIS BAIK”.
 PKK akan memberi hormat kepada Akela sambil menjawab cabaran “KAMI BUAT HABIS BAIK”.
 Akela membalas hormat, PKK tidak menjatuh tangan sehingga Akela menjatuhkan tangannya.
Laung Agung adalah menjadi tradisi dalam istiadat PKK. Laung Agung yang dibuat oleh PKK adalah untuk menunjukkan yang mereka telah membuat sehabis baik. Istiadat ini mesti dijalankan setiap kali perjumpaan diadakan, iaitu pada permulaan dan akhir perjumpaan. Selepas Laung Agung bendera dikibarkan/diturunkan dan diikuti dengan doa.


2.2 Istiadat Bendera

 Istiadat mengibarkan/menaikkan bendera
 Bendera telah diap dilipat dan diikat pada tiang bendera.
 Anggota berbaris dalam keadaan “SEDIA” di hadapan tiang bendera dalam bentuk ladam kuda atau berjajar.
 Ketua patrol bertugas keluar dari barisan, bergerak ke tiang bendera lalu berdiri satu langkah di hadapan tiang bendera untuk mengibarkan bendera sebaik sahaja pemimpin menyebut “BENDERA”.
 Ketua patrol kemudian menarik/menyentap tali bendera dengan tangan kanan, bergerak satu langkah ke belakang dan memberi tabik hormat kepada bendera, diikuti oleh semua anggota pangakap yang lain.
 Semua pengakap menjatuhkan tangan apabila ketua patrol bertugas menjatuhkan tangan.
 Lagu Negaraku dinyanyikan sebaik sahaja pemimpin menyebut “NEGARAKU”.
 Pembaca doa keluar selangkah ke hadapan untuk membaca doa sebaik sahaja pemimpin menyebut “DOA”.
 Anggota pengakap yang beragama Islam mengangkat kedua-dua belah tangan ke paras bahu secara serentak untuk mengamimkan doa apabila pembaca doa menyebut “AP”. Pengakap yang bukan beragama Islam pula berdiri tegak, tundukkan kepala dan berdoa mengikut agama masing-masing.
 Tangan diturunkan secara serentak apabila pembaca doa selesai membaca doa dan menyebut “AP”.
 Pengakap kemudian berada dalam keadaan senang diri apabila pemimpin menyebut “SENANG DIRI”, diikuti dengan beberapa pengumuman oleh pemimpin .

 Istiadat menurunkan bendera
 Bendera telah diap dilipat dan diikat pada tiang bendera.
 Anggota berbaris dalam keadaan “SEDIA” di hadapan tiang bendera dalam bentuk ladam kuda atau berjajar.
 Ketua patrol bertugas keluar dari barisan, bergerak ke tiang bendera lalu berdiri satu langkah di hadapan tiang bendera untuk mengibarkan bendera sebaik sahaja pemimpin menyebut “BENDERA”.
 Ketua patrol kemudian menarik/menyentap tali bendera dengan tangan kanan, bergerak satu langkah ke belakang dan memberi tabik hormat kepada bendera, diikuti oleh semua anggota pangakap yang lain.
 Semua pengakap menjatuhkan tangan apabila ketua patrol bertugas menjatuhkan tangan.
 Lagu Negaraku dinyanyikan sebaik sahaja pemimpin menyebut “NEGARAKU”.
 Pembaca doa keluar selangkah ke hadapan untuk membaca doa sebaik sahaja pemimpin menyebut “DOA”.
 Anggota pengakap yang beragama Islam mengangkat kedua-dua belah tangan ke paras bahu secara serentak untuk mengamimkan doa apabila pembaca doa menyebut “AP”. Pengakap yang bukan beragama Islam pula berdiri tegak, tundukkan kepala dan berdoa mengikut agama masing-masing.
 Tangan diturunkan secara serentak apabila pembaca doa selesai membaca doa dan menyebut “AP”.
 Pengakap kemudian berada dalam keadaan senang diri apabila pemimpin menyebut “SENANG DIRI”, diikuti dengan beberapa pengumuman oleh pemimpin .













 Perkhemahan Tetap
 Aktiviti perkhemahan yang dijalankan dan didirikan secara tetap di sesuatu kawasan perkhemahan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan tanpa perlu berpindah ke tempat lain, sama ada berpindah kawasan, daerah atau pun negeri.

 Perkhemahan Bergerak
 Aktiviti perkhemahan yang berpindah-randah dari satu kawasan, daerah atau negeri ke satu kawasan, daerah atau negeri yang lain.
 Perkhemahan jenis ini lebih menyeronokkan kerana para peserta tidak akan berasa jemu berkhemah hanya di satu kawasan sahaja.
 Walau bagaimanapun, perkhemahan jenis bergerak kurang popular kerana masalah penyelenggaraan, kos, dan masa yang agak rumit.
 Biasanya perkhemahan bergerak memerlukan kenderaan untuk kemudahan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.





 Perkhemahan Ringkas
 Perkhemahan yang hanya disertai oleh tiga atau empat orang anggota sahaja.
 Tapak perkhemahan biasanya di sekitar tempat tinggal mereka dan dilakukan pada hujung minggu selama satu atau dua malam sahaja.
 Contoh - perkhemahan pada peringkat Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Satu.







 Perkhemahan Kumpulan
 Perkhemahan yang disertai oleh semua anggota dalam sesebuah kumpulan atau patrol sebagai pengukuhan kepada perkhemahan ringkas.
 Biasanya perkhemahan jenis ini dijalankan selama dua atau tiga malam.
 Tapak perkhemahan boleh di sekitar tempat tinggal atau dalam kawasan sekolah/maktab atau di kawasan luar.
 Contoh - perkhemahan pada peringkat Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Dua.






 Perkhemahan Besar-besaran
 Perkhemahan pengakap yang dianjurkan di peringkat zon atau daerah, negeri, negara, malah di peringkat dunia..
 Biasanya menggabungkan beberapa kumpulan pengakap dari tempat-tempat lain dan melibatkan beratus-ratus orang peserta.
 Perkhemahan jenis ini biasanya mengambil masa selama lima hingga tujuh hari.
 Tapak perkhemahan - di kawasan luar maktab.
 Contoh - perkhemahan pada peringkat Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat IVA yang menggabungkan beberapa buah kumpulan pengakap maktab-maktab perguruan dari zon yang sama atau gabungan zon-zon tertentu yang dianjurkan oleh Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Contoh-contoh lain - jambori yang diadakan setiap empat tahun sekali di Malaysia. Jambori turut dihadiri oleh kumpulan-kumpulan pengakap dari negara-negara jiran, di samping negeri-negeri di Malaysia.


4. Prosedur Perkhemahan

 Bagi memudahkan prosedur perkhemahan ini dilaksanakan, konsep 4W1H mungkin boleh dijadikan ukuran atau benchmarking, iaitu :


Who : Siapa
(Siapakah yang akan mengendalikan perkhemahan ini? Siapakah para pesertanya?)
Where : Di mana
(Di manakah perkhemahan ini akan diadakan?)
Why : Kenapa
(Kenapakah perkhemahan ini perlu dilaksanakan?)
When : Bila
(Bilakah perkhemahan ini akan dilaksanakan?)
How : Bagaimana
(Bagaimanakah perkhemahan ini akan dilaksanakan? Berapa lamakah perkhemahan ini akan dijalankan?)




5. Penganjur Aktiviti Perkhemahan

 Pembentukan sebuah Jawatankuasa Kursus Kepemimpinan atau Jawatankuasa Perkhemahan, iaitu Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa Kerja.
 Tugasan dan tanggungjawab JK ini adalah untuk :
 mengenal pasti dan mengesahkan bilangan peserta yang hadir;
 mengenal pasti tempat kursus atau tapak perkhemahan serta kemudahan-kemudahan asas yang ada;
 mengenal pasti dan mencadangkan nama-nama jurulatih dan pembimbing;
 membuat permohonan menjalankan kursus kepada PPM dengan menggunakan borang MK - 10 / 12 / 13A melalui Pesuruhjaya Negeri Majlis Pengakap KLM, Bahagian Pendidikan Guru atau Pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri yang lain (mengikut negeri masing-masing);
 menghantar surat jemputan kepada semua jurulatih dan pembimbing;
 menyediakan kertas cadangan/kertas kerja/proposal kursus;
 menyediakan atur cara dan program kursus serta buku program kursus;
 memohon kebenaran daripada pihak ibu bapa atau penjaga (jika berkaitan);

5. Penganjur Aktiviti Perkhemahan (sambungan)

 memohon kebenaran menjalankan kursus/aktiviti perkhemahan daripada pihak kem atau tuan punya tapak serta mendapatkan pengesahan mengenai kebenaran tersebut;
 memohon kebenaran menjalankan aktiviti perkhemahan daripada pihak berkuasa tempatan, balai-balai polis, dan Pejabat-pejabat Kesihatan tersebut;
 mengutip wang pendaftaran kursus daripada peserta dan wang perbelanjaan kursus daripada jurulatih dan pembimbing;
 menyediakan segala peralatan dan bahan untuk kursus, termasuk buluh, kayu pancang, kayu api, alat tulis, alat pandang dengar dan sebagainya;
 mengenal pasti kenderaan waktu kecemasan dan kenderaan ke pasar;
 mengenal pasti kedai atau tempat untuk mendapatkan bahan makanan basah dan kering serta keperluan-keperluan lain.





 Jawatankuasa tertinggi terdiri daripada :

i. Penaung:
biasanya dipegang oleh guru besar atau pengetua sekolah atau maktab perguruan, adakala oleh orang-orang kenamaan di kawasan berkenaan;
ii. Penasihat:
biasanya dipegang oleh penolong kanan atau timbalan pengetua sekolah atau maktab perguruan yang menganjurkan aktiviti berkenaan;
iii. Pengerusi:
biasanya dipegang oleh seorang Pemimpin Pergerakan Pengakap (sekolah) atau Pesuruhjaya Kumpulan Latihan Malaysia (maktab perguruan);
iv. Timbalan Pengerusi:
biasanya dipegang oleh seorang Penolong Pemimpin Pergerakan Pengakap atau Penolong Pesuruhjaya Kumpulan Latihan Malaysia;
v. Setiausaha:
biasanya dipegang oleh seorang Penolong Pemimpin Pergerakan Pengakap atau Penolong Pesuruhjaya Kumpulan Latihan Malaysia;
vi. Penolong Setiausaha :
biasanya dipegang oleh seorang anggota pergerakan pengakap yang menyertai aktiviti berkenaan;
vii. Bendahari :
biasanya dipegang oleh seorang Penolong Pemimpin Pergerakan Pengakap atau Penolong Pesuruhjaya Kumpulan Latihan Malaysia.

 Jawatankuasa Kerja terdiri daripada :

i. Jk (Quartermaster) Peralatan;
ii. Jk Makanan;
iii. Jk Keselamatan dan Kebajikan;
iv. Jk Pengangkutan;
v. Jk Aktiviti dan Riadah;
vi Jk Persiapan (Majlis Pembukaan dan Penutupan);
vii. Jk Kebersihan;
viii. Jk Malam Pengakap; dan
ix. Jk Tugas-tugas Khas.














6. Tapak Perkhemahan

 Kriteria pemilihan tapak perkhemahan ialah :
 keluasan kawasan - menepati bilangan peserta perkhemahan serta mampu menampung aktiviti perkhemahan;
 kawasan yang menarik dan mempunyai nilai-nilai tertentu, umpamanya pemandangan indah, nilai sejarah;
 kawasan yang bebas daripada bencana alam seperti laluan angin kencang dan tanah runtuh;
 kawasan yang tidak mempunyai pokok tua, pokok mati atau dahan yang mudah serkah atau patah;
 kawasan yang bebas daripada banjir atau ditenggelami air apabila hujan;
 kawasan yang bebas daripada binatang liar atau orang-orang jahat yang mungkin boleh mengancam keselamatan jiwa dan harta benda;
 kawasan yang bebas daripada batu-batu tajam, sarang semut, tunggul kayu, dan semak-samun;
 berdekatan dengan sumber air yang bersih;
 mudah berhubung dengan pihak luar sekiranya berlaku sebarang kecemasan;
 mudah membuat kawalan.

7. Memohon Kebenaran

 Prosedur memohon kebenaran penting demi menjaga keselamatan diri dan anggota kumpulan yang menyertai aktiviti perkhemahan.
 Tujuan kebenaran - untuk memberi tahu pihak-pihak yang berkaitan tentang aktiviti perkhemahan yang akan dijalankan serta hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti berkenaan, termasuklah tempat perkhemahan, para peserta, pihak penganjur, atur cara dan program perkhemahan, peralatan yang dibawa, dan sebagainya.
 Kebenaran pertama - ketua organisasi atau institusi berkenaan. Misalnya, guru besar atau pengetua. Sesalinan kertas kerja berkaitan aktiviti berkenaan hendaklah dilampirkan bersama-sama surat berkenaan sebagai sumber rujukan.
 Kebenaran kedua - memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga murid atau pelajar (jika berkaitan ).
 Kebenaran ketiga - pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan, misalnya Majlis Daerah, Pejabat Penghulu atau Penggawa, Ketua-Ketua Kampung atau Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung.





8. Kertas Kerja

 Kertas kerja merupakan proposal atau kertas cadangan yang disediakan oleh pihak penganjur untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
 Tujuan – sebagai bahan rujukan kepada pihak pentadbir yang akan mempertimbangkan permohonan tersebut berdasarkan kepada kertas kerja berkenaan.
 Untuk menghasilkan sebuah kertas kerja yang menarik dan bermutu, perkara-perkara berikut perlu dicatatkan di dalam kertas kerja berkenaan :
 Nama Projek/Kursus
 Penganjur
 Tarikh/Tempoh/Masa
 Tempat/Lokasi
 Penyertaan (peserta, pembimbing/jurulatih, dan urus setia)
 Rasional
 Latar Belakang Projek/Kursus
 Objektif
 Perancangan
 Pelaksanaan (termasuk atur cara dan program aktiviti)
 Struktur dan Nama Jawatankuasa Pengelola
 Kewangan (Perbelanjaan dan Sumber Kewangan)
 Penutupan
 Lampiran-lampiran.

9. Peralatan Perkhemahan
 Peralatan perkhemahan perlu disediakan sebelum aktiviti perkhemahan dijalankan.
 Bilangan peralatan perkhemahan yang perlu dibawa amat bergantung kepada kumpulan peserta serta tempoh masa perkhemahan dijalankan.
 Sediakan senarai semakan bagi memastikan agar tiada barangan atau peralatan perkhemahan, baik peralatan individu, urus setia, kumpulan, atau peralatan memasak tertinggal, sama ada semasa pergi berkhemah atau meninggalkan tapak perkhemahan.
 Senarai peralatan sebaik-baiknya dicatatkan juga di dalam kertas kerja aktiviti perkhemahan agar mudah dirujuk oleh semua peserta.
 Di samping itu, QM Peralatan perlu juga mengisi Borang Pinjaman Peralatan bagi menjamin keselamatan dan keadaan semua peralatan berkenaan terjaga.
 Peralatan perkhemahan boleh dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu :

i. peralatan individu;
ii. peralatan urus setia;
iii. peralatan kumpulan; dan
iv. peralatan memasak

ISTIADAT PAGI
KURSUS KEJURULATIHAN JURULATIH KEBANGSAAN

1. Objektif
1.1 Menandakan permulaan sesuatu aktiviti atau perjumpaan.
1.2 Cara memberi hormat kepada jurulatih.
1.3 Memberi pengiktirafan kepada peserta kursus dan jurulatih.
1.4 Memberi motivasi kepada peserta kursus dan jurulatih supaya terus berusaha.
1.5 Menjadi kenangan dan ingatan yang mendalam dan berkesan di hati peserta kursus kerana telah telah terlibat secara langsung dalam Istiadat Pagi.
1.6 Melahirkan semangat kerjasama, kekitaan, dan bertanggungjawab di kalangan peserta kursus.
1.7 Melatih peserta kursus dengan disiplin dan peraturan yang khusus dalam setiap istiadat yang dilaksanakan.





2. Prosedur Istiadat Pagi.

Bagi memudahkan prosedur Istiadat Pagi ini dilaksanakan:
Aktiviti Istiadat pagi dijalankan pada setiap pagi secara tetap di sesuatu kawasan lapang sepanjang Kursus Kejurulatihan Jurulatih Kebangsaan dijalankan.

2.1 Istiadat pagi dijalankan
Hari pertama : Laung Agong.
Hari ke-dua : Laung Agong.
Hari ke-tiga : Laung Agong.
Hari ke-empat : Pengakap Muda.
Hari ke-lima : Pengakap Muda.
Hari ke-enam : Pengakap Muda.
Hari ke-tujuh : Laung Agong dan Pengakap Muda.


2.2 Istiadat Bendera/mengibarkan bendera

2.2.1 Bendera telah dilipat dan diikat pada puncak tiang bendera
sebelum jam 0730.

2.2.2 Peserta berbaris dalam keadaan “SEDIA” di hadapan tiang bendera dalam bentuk ladam kuda untuk Istiadat Pengakap Muda.

2.2.3 Jurulatih bertugas melapur kepada Ketua Kursus “ mohon jalankan Istiadat tuan !!!!”

2.2.4 Ketua patrol bertugas keluar dari barisan, bergerak ke tiang bendera lalu berdiri satu langkah di hadapan tiang bendera untuk mengibarkan bendera sebaik sahaja jurulatih bertugas menyebut “BENDERA”, serentak dengan itu peserta lain mengadap bendera.

2.2.5 Ketua patrol kemudian menarik/menyentap tali bendera dengan tangan kanan, bergerak satu langkah ke belakang dan memberi tabik hormat kepada bendera, diikuti oleh semua peserta yang lain.

2.2.6 Semua peserta menjatuhkan tangan apabila ketua patrol bertugas menjatuhkan tangan.

2.2.7 Ketua patrol balik ke dalam barisan mengadap bendera, peserta lain mengadap bendera.

2.2.8 Lagu Negaraku dinyanyikan sebaik sahaja jurulatih bertugas menyebut “NEGARAKU”.

2.2.9 Ketua patrol akan bergerak/pusing kedalam (sebagai penanda) dan peserta lain akan ikut pusing ke dalam.

2.2.10 Pembaca doa keluar selangkah ke hadapan untuk membaca doa sebaik sahaja jurulatih bertugas menyebut “DOA”.

2.2.11 Anggota pengakap yang beragama Islam mengangkat kedua-dua belah tangan ke paras bahu secara serentak untuk mengamimkan doa apabila pembaca doa menyebut “AP”. Peserta yang bukan beragama Islam pula berdiri tegak, tundukkan kepala dan berdoa mengikut agama masing-masing.

2.2.12 Tangan diturunkan secara serentak apabila pembaca doa selesai membaca doa dan menyebut “AP”.

2.2.13 Peserta kemudian berada dalam keadaan senang diri apabila jurulatih bertugas menyebut “SENANG DIRI”, diikuti dengan beberapa pengumuman oleh ketua kursus/pemimpin .



2.3 Istiadat Laung Agung

2.3.1 Bendera telah dilipat dan diikat pada puncak tiang bendera
sebelum jam 0730.

2.3.2 Peserta berbaris dalam keadaan “SEDIA” di hadapan tiang
bendera dalam bentuk bulatan untuk Istiadat Laung Agung.

2.3.3 Jurulatih bertugas melapur kepada Ketua Kursus “ Mohon jalankan Istiadat tuan !!!!”

2.3.4 Jurulatih bertugas berteriak “PEK” kepada Peserta, Peserta diam dan berdiri tegak, petugas berada di tengah bulatan.

2.3.8 Jurulatih bertugas berteriak “PEK ! PEK ! PEK ! ! ! ! ! !”
- Peserta menyahut panggilan jurulatih bertugas sambil
berlari mengelilingi jurulatih bertugas dan menyebut
“P….E….K ! ! ! !”

2.3.9 Jurulatih bertugas memberi perintah membuat bulatan.
Peserta lantas memegang tangan kawan sambil
membuat bulatan. Bila bulatan sudah siap, Peserta akan
menjatuhkan tangan. Jurulatih bertugas mendepa
tangan, peserta angkat tumit, jurulatih bertugas
merapatkan tangan ke peha, peserta akan mencangkung
dengan kedua belah tangan mencecah tanah di luar peha
dan berkata “A..KE..LA !! KITA BUAT HABIS BAIK”,
peserta bangun serentak, berdiri tegak dan bersedia.

2.3.10 Ketua kumpulan bertugas akan mencabar dengan hormat
sambil berkata dengan intonasi mencabar “KAMU BUAT
HABIS BAIK”.

2.3.11 Ketua kumpulan dan peserta yang lain akan memberi
hormat kepada jurulatih bertugas sambil menjawab
cabaran “KAMI BUAT HABIS BAIK”..

2.3.12 Jurulatih bertugas membalas hormat, Ketua kumpulan dan
semua peserta tidak menjatuh tangan sehingga jurulatih
bertugas menjatuhkan tangannya.


2.4 Istiadat Brake Camp.
2.4.1 Bendera telah berkibar dipuncak tiang bendera.

2.4.2 Dilakukan sebaik sahaja selesai sesi/tamat sesi.

2.4.3 Peserta berbaris dalam keadaan “SEDIA” di hadapan tiang
bendera dalam bentuk ladam kuda.

2.4.4 Jurulatih bertugas melapur kepada Ketua Kursus “ Mohon
jalankan Istiadat Break Camp Tuan !!!!”
2.4.5 Jurulatih bertugas bergerak ke sebelah kiri tiang bendera.
2.4.6 Enam ketua kumpulan keluar dari barisan, bergerak ke tiang bendera lalu berdiri satu langkah di hadapan tiang bendera untuk menurunkan bendera bendera sebaik sahaja pemimpin menyebut “BENDERA”, (Bendera Malaysia, bendera Pengakap dan bendera Negeri).
2.4.7 Ketua kumpulan enam orang akan keluar untuk menurunkan bendera, keluar serentak dan berdiri selangkan depan tiang bendera, membuka ikatan dan menurunkan bendera, pembantu berdiri dibelakang, setelah bendera dibuka ikatan, dua orang melipat satu bendera, serentak menyebut “ap” tiga orang masuk baris dan tiga orang yang memegang bendera maju kepada Ketua kursus dan menyerahkan bendera tersebut.
2.4.8 Jurulatih bertugas memberi arahan “Doa”..
2.4.9 Pembaca doa keluar selangkah ke hadapan untuk membaca doa sebaik sahaja pemimpin menyebut “DOA”.
2.4.10 Peserta yang beragama Islam mengangkat kedua-dua belah tangan ke paras bahu secara serentak untuk mengamimkan doa apabila pembaca doa menyebut “AP”. Peserta yang bukan beragama Islam pula berdiri tegak, tundukkan kepala dan berdoa mengikut agama masing-masing.
2.4.11 Tangan diturunkan secara serentak apabila pembaca doa selesai membaca doa dan menyebut “AP”.
2.4.12 Jurulatih bertugas melapur kepada Ketua Kursus “ Istiadat Break Camp selesai tuan , mohon jalankan tugas lain, tuan !!!!”
2.4.13 Jurulatih bertugas bergerak ke sebelah kiri tiang bendera.
2.4.14 Peserta berada dalam keadaan senang diri apabila pemimpin menyebut “SENANG DIRI”, ketua kursus dan jurulatih bersalaman dengan para peserta dalam bulatan, diikuti dengan tiga buah lagu, Gelang sipaku gelang, bertemu dan berpisah dan Sayonara.





ISYARAT PENGAKAP


• Menandakan suatu isyarat Pengakap dalam unit anda sebagai seorang Pengakap di seluruh dunia
• Suatu Pengakap dalam berkomunikasi pada masa dahulu hingga kini
• Satu cara untuk ahli mengenali antara satu sama lain dalam suatu aktiviti yang tersendiri




Cara Menunjukkan Isyarat Pengakap


• Menekan jari kelingking dengan ibu jari tangan kanan
• Kemudian angkat tangan kanan rapat ke badan
• Tapak tangan menghadap ke hadapan dengan tiga jari ditengah lurus ke atas





Makna Isyarat Pengakap

• Tiga jari lurus ke atas memberi makna tiga bahagian

• Persetiaan Pengakap iaitu:
I. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
II. menolong orang pada setiap masa, dan
III. menurut undang-undang Pengakap.

• Ibu jari menekan jari kelingking, merupakan semua Pengakap bersatu dalam ikatan persehabatan dan sebagai ingatan yang kuat mesti menolong yang lemah.

Kegunaan Isyarat Pengakap

• Apabila melafaz Persetiaan Pengakap
• Pada masa istiadat melantik
• Apabila Persetiaan diperbaharui
• Apabila tidak berpakaian seragam Pengakap
• Menganti hormat Pengakap jika tidak bertopi
• Isyarat Pengakap juga digunakan sebagai isyarat berdiri tegak (isyarat senyap) apabila digunakan oleh Pemimpin dewasa. Apabila seorang Pemimpin menjalankan satu aktiviti, mengangkat tangannya ianya bererti isyarat Pengakap, semua Pengakap membuat isyarat yang sama dan berkumpul dengan senyap serta berdiri tegak.


ISYARAT PENGAKAP

• Menandakan suatu isyarat Pengakap dalam unit anda sebagai seorang Pengakap di seluruh dunia
• Suatu Pengakap dalam berkomunikasi pada masa dahulu hingga kini
• Satu cara untuk ahli mengenali antara satu sama lain dalam suatu aktiviti yang tersendiri
• Di mana dan bila memberi Hormat Pengakap.
• Pada masa berpakaian seragam penuh. Ianya bererti tanda penghormatan, berbudi bahasa dan persahabatan.
• Bila dan di mana membuat tanda hormat?
• Semasa lagu Kebangsaan dinyanyikan/dimainkan.
• Apabila Bendera kebangsaan dinaikan.
• Sebagai Salam
• Apabila melihat sesiapa yang memakai lencana Pengakap atau berpakaian seragam samada anda mengenalinya atau tidak, sentiasa cuba menjadi orang pertama memberi Hormat Pengakap.

Cara Menunjukkan Isyarat Pengakap

• Menekan jari kelingking dengan ibu jari tangan kanan
• Kemudian angkat tangan kanan rapat ke badan
• Tapak tangan menghadap ke hadapan dengan tiga jari ditengah lurus ke atas

Makna Isyarat Pengakap

• Tiga jari lurus ke atas memberi makna tiga bahagian Persetiaan Pengakap iaitu:
I. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
II. menolong orang pada setiap masa, dan
III. menurut undang-undang Pengakap.
• Ibu jari menekan jari kelingking, merupakan semua Pengakap bersatu dalam ikatan persehabatan dan sebagai ingatan yang kuat mesti menolong yang lemah.

Kegunaan Isyarat Pengakap

• Apabila melafaz Persetiaan Pengakap
• Pada masa istiadat melantik
• Apabila Persetiaan diperbaharui
• Apabila tidak berpakaian seragam Pengakap
• Menganti hormat Pengakap jika tidak bertopi
• Isyarat berdiri tegak (Isyarat Senyap)
Apabila seorang Pemimpin menjalankan satu aktiviti mengankat tanganya ianya bererti isyarat Pengakap, semua pengakap membuat isyarat yang sama dan berkumpul dengan senyap serta berdiri tegak.
KAD UJIAN



No JENIS UJIAN T. TANGAN
1 Cara memasang,mengibar, menurun dan melipat bendera
2 Kawad
3 Ikatan - buku sila, bunga geti, tindih kasih
4 Menyanyi
5 Peti pertolongan cemas
6 Lakonan bisu
7 Peraturan Sembahyang
8 Menyalakan api
9 Mencuci dan membalut luka
10 Skipping
11 Satu jenis permainan
12 Permainan Kim
13 Mencari benda - ciri-ciri
14 Perkhidmatan awam - cara guna telefon
15 Isyarat wisel

No comments: