terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Saturday, April 16, 2011

Kajian Terhadap Stres dikalangan Guru Sekolah Rendah Di Zon Permas Jaya, johor Bahru Dari Aspek Personaliti

Kajian Terhadap Stres dikalangan Guru Sekolah Rendah Di Zon Permas Jaya, johor Bahru Dari Aspek Personaliti

Stres dan personaliti adalah perkara yang lumrah dalam kehidupan kita pada masa kini. Oleh yang demikian, kajian punca dan tahap stres dikalangan guru merupakan satu senario yang agak subjektif. Ianya merupakan satu kajian tinjauan bagi melihat punca, tahap stres dan tahap stres dari aspek personaliti dikalangan guru sekolah rendah di zon Permas Jaya, Johor Bahru. Seramai 118 orang responden telah dipilih secara rawak berstrata (kuota) dalam menjayakan kajian ini. Enam buah sekolah rendah di zon ini telah dijadikan oleh penyelidik sebagai tempat kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik, skala likert 5 mata digunakan bagi tahap stres manakala bagi tahap stres dari aspek personaliti skala berpandukan kepada set ujian Malek Mukamat Said (2004).
Data di analisis menggunakan perisian komputer “Statistical Packages for Social Science” (SPSS 15.0). Hasil dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk diskriptif (frekuensi dan peratusan). Dapatan kajian menunjukkkan bahawa guru sekolah rendah mengalami tahap stres yang rendah dan mereka juga menghadapi tahap stres dari aspek personaliti yang sederhana tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap stres tidak dipengaruhi oleh personaliti responden. Faktor-faktor seperti bebanan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar tidak mempengaruhi tahap stres guru.



APA YANG ANDA FAHAM MENGENAI STRESS?-THE NONSPECIFIC RESPONSE OF THE BODY TO ANY DEMAND MADE UPON IT,ANCAMANCABARANLAIN-LAIN PERUBAHAN YG PERLU ADAPTASI-IMPAK DARI TUNTUTAN KE ATAS SESEORANG, PUNCA --LUARAN –DALAMAN..
PENYEBAB STRESS (STRESSORS/TRIGGERS)a.LuaranPersekitaran fizikal:cahaya,bising,tempat tertutup,otomasi pejabat...Interaksi sosial:tidak berperaturan,kasar...Organisasi:peraturan,sistem, castles within castle, leadership,ketelusan,tarikh tamat,
...Peristiwa penting dalam hidup:kematian,perceraian,kenaikan dan
pangkat...Kesulitan/halangan harian:kesesakan,kerosakan mekanikal..

b.DalamanPilihan Gaya Hidup:
Tidak cukup tidor,jadual kerja ketat,kafin. NegatifSelf-talk:pemikiran pesimis,analisisyangberlebihan. Perangkap minda:harapan yg tidak realistik,mengurus sesuatu secarapersonal,pemikiran yang rigid,perbesarkan situasi

Personaliti: perfectionist, workaholic…Penemuan: …self-created,…we create our own upset.


CARA-CARA PELAJAR MENGAWAL STRESS (TEKANAN) DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

PARA PEMBACA YANG DIHORMATI,

Setiap kali menjelang atau ketika menghadapi musim peperiksaan maka para pelajar tentunya akan menghadapi tekanan atau stress, lebih-lebih lagi bagi peperiksaan yang maha penting seperti SPM dan STPM.

Umumnya tahap tekanan yang dihadapi oleh pelajar berbeza-beza mengikut tahap keprihatian mereka terhadap peperiksaan yang akan mereka duduki disamping tahap persediaan yang telah mereka lakukan.Lazimnya bagi pelajar yang mengambil berat terhadap pelajaran mereka dan menginginkan keputusan cemerlang maka tentunya stress yang mereka hadapi akan lebih dirasai.Demikian juga bagi para pelajar yang telah membuat persediaan mencukupi...mereka akan lebih selesa berbanding pelajar yang kurang bersedia.

Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan oleh pelajar dalam menghadapi atau dalam mengawal tahap stress yang mereka hadapi.Berikut ini diperturunkan beberapa cara atau kaedah yang berkemungkinan boleh diapplikasi oleh para pelajar dalam menghadapi stress peperiksaan demi untuk meminimumkan kesan stress tersebut terhadap mereka...

1. Buatlah persiapan awal dalam menghadapi peperiksaan seperti menghabiskan sukatan pelajaran, mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi.

2. Anda mestilah mampu mengawal mental dan emosi kesan stress tersebut agar tidak menjejaskan fokus pembelajaran anda yang berkemungkinan boleh menyebabkan kesan negatif seperti..blank, lupa, gementar yang keterlaluan dan sebagainya.Jika perlu mintalah nasihat kawan-kawan, guru-guru, kaunselor sekolah dan sebagainya.

3. Sekiranya anda mengalami tahap stress yang teruk seperti menghadapi masalah sukar untuk tidur, tidak berselera untuk makan, fikiran tidak tenteram dan sebaginya akibat terlalu memikirkan masalah pembelajaran dan peperiksaan yang akan anda hadapi maka cepet-cepatlah mengambil tindakan yang sepatutnya sebagaimana yang di nyatakan di atas.

4. Biasanya apabila tamat satu-satu kertas peperiksaan dan kebetulan anda tidak dapat menjawab dengan baik maka...janganlah terlalu memikirkannya agar tidak menjejaskan kertas-kertas peperiksaan berikutnya.

5. Bagi memantapkan aspek kerohanian dan mentaliti anda dalam menghadapi peperiksaan maka ...ada baiknya anda membanyakkan DOA dan SEMBAHYANG anda memohonan ketenangan dan ketajaman pemikiran dalam menghadapi peperiksaan.

6. Walau pun dalam menghadapi stress peperiksaan anda dinasihatkan agar menjaga aspek pemakanan anda kerana kegagalan anda berbuat demikian berkemungkinan akan menambah kesan stress tersebut kepada anda.

7. Anda juga diingatkan agar menjaga kesihatan anda, supaya kesan stress tersebut dapat diminimumkan.

8. Sekiranya anda menghadapi stress yang teruk ketika menduduki peperiksaan, anda bolelah keluar sekejap (jika perlu) untuk mencuci muka, meminum air, dan sebagainya.

No comments: