terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Saturday, April 16, 2011

JADUAL UNTUK ACARA REJAM LEMBING

JADUAL UNTUK ACARA REJAM LEMBING
‘CHECK MARK’ PENDEK
Untuk berlatih mendapatkan ‘check mark’ yang pendek, atlet akan berada dua langkah di belakang ‘check mark’ yang pertama. ‘Check mark’ yang pertama akan dipijak dengan kaki kiri (untuk atlet yang bertangan kanan), kemudiannya meneruskan enam langkah untuk memijak T dengan kaki kiri. Titik T ialah permulaan enam langkah penujuan, termasuk ‘cross-step’.
‘CHECK MARK’ PANJANG
‘Check mark’ panjang ialah untuk tujuan pertandingan. Jika atlet dapat mengawal balingan dan dapat melakukannya dengan laju dan masih dapat melakukan balingan yang efektif, semakin jauh rejaman itu akan pergi. Teknik ini agak sukar diperolehi dan atlet perlu memulakan latihan pada awal tahun dan berlatih dengan kerap. Peraturan tidak membenarkan larian penujuan melebihi 120 kaki. Atlet yang elit selalunya menggunakan 90 kaki hingga 120 kaki maksima.
Atlet akan berdiri di penghujung laluan penujuan, kemudiannya berjalan 4 langkah hingga sampai ke S, mula berlari hingga sampai ke ‘check mark’ yang pertama. Seorang pemerhati akan menanda langkah yang terakhir sementara atlet mengulangi empat langkah itu sekali lagi. Purata untuk bahagian ini ialah 20 kaki. Purata untuk tiga rejaman percubaan ialah ‘check mark’ yang pertama.
Prosedur yang sama dilakukan adalah untuk memberi jarak dari ‘check mark’ yang pertama ke T, dengan tiga percubaan dilakukan dan jarak dikira purata. Walau bagaimanapun, atlet akan berlari melalui laluan penujuan daripada permulaan, S, melalui Check 1 dan 10 langkah ke T . bahagian penujuan ini biasanya adalah di antara 55 ke 65 kaki.
Perkiraan akhir menambah 5 langkah yang terakhir, termasuk ikut lajak. Daripada titik permulaan, atlet akan mengambil 4 langkah menuju Check 1; 10 langkah menuju T dan 5 langkah terakhir, termasuk rejaman dan ikut lajak. Larian ini biasanya dilakukan sebanyak 3 kali.
Ini ialah latihan memanaskan badan yang rutin. Dengan berdiri, atlet akan merejam lembing dari jarak 10 hingga 30 kaki. Ini jga dapat membaiki prosedur teknikal atlet.
RUTIN
Ini ialah sambungan daripada aktiviti memanaskan badan, namun ia juga boleh menjadi latihan tenikal.
3 LANGKAH DAN REJAM 45 KE 90 KAKI
Lembing dipegang dalam posisi merejam. Atlet akan mengambil 2 langkah penujuan, dan mengambil langkah 3, 4, dan 5 dan merejam lembing dengan kaki kiri di langkah 4. 3 rejaman yang mudah dilakukan dengan penujuan ini, dengan atlet hanya mencuba merejam dalam jarak di antara 45 hingga 90 kaki. Rejaman ini dilakukan untuk memperbaiki teknik penujuan, bukannya untuk mendapatkan jarak yang jauh.
5 LANGKAH DAN REJAM 90 HINGGA 150 KAKI
Atlet akan mengambil 2 langkah penujuan ke ‘check mark’ akhir, dan melaksanakan 5 langkah penujuan yang akhir dan melakukan 3 rejaman yang mudah. Larian penujuan perlulah mempunyai irama dan pastikan ‘check mark’ kena pada kaki kiri (untuk yang bertangan kanan) dan melalui 5 langkah yang akhir.
POSISI KAKI; KAKI DOMINAN DI BAWAH
PAGE 194
JADUAL UNTUK ACARA LOMPAT BERGALAH
‘CHECK MARK’ PENDEK
Larian penujuan yang pendek dapat digunakan ketika pertandingan yang dilangsungkan pada hari yang cuacanya buruk seperti hujan atau angin yang kuat. Laluan penujuan diperlukan dengan jarak 50 hingga 70 kaki, untuk sampai ke titik lonjakan, yang terletak 9 kaki atau lebih dari tempat pendaratan. Penujuan ini melibatkan 6 hingga 10 langkah, dengan 2 langkah ke satu ‘check mark’. Dengan penujuan yang pendek, pegangan dilakukan dengan rendah pada galah.
Atlet akan berdiri dengan kedudukan yang condong ke hadapan. Atlet akan memberi tumpuan terhadap galahnya, kemudiannya dengan penujuan dengan langkah berjalan menuju ke ‘check mark’

No comments: