terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Saturday, April 16, 2011

LATIHAN LARI BERPAGAR

LATIHAN LARI BERPAGAR
Permulaan
Permulaan dilakukan seperti dalam acara lari pecut.
Masa selang (intervals)
Terdapat pelbagai variasi yang boleh dilakukan. Atlet boleh berlari pantas dengan jarak 20 hingga 30 meter. Mereka juga boleh lari berpagar dengan ketinggian sederhana untuk melatih kekuatan dan daya tahan. Dalam masa selang yang lebih pendek atlet boleh berlari lurus atau mengelilingi lengkungan. Mana-mana situasi yang mungkin dihadapi oleh atlet perlu dipraktikkan berulang kali dalam latihan.
Penilaian kemajuan
Perjumpaan, percubaan masa dan asktiviti simulasi boleh melibatkan pelbagai jarak dan keadaan. Untuk atlet larian berpagar, jarak ujian yang paling biasa ialah 55 meter (indoor) manakala semasa percubaan jarak yang biasa ialah 40 meter sehingga jarak penuh (outdoor).
Latihan penamat
Latihan ini menguatkan kemahiran dan ketahanan semasa penamat. Terdapat 10 pagar digunakan. Larian pada 5 pagar yang pertama dilakukan dengan larian yang tenang manakala larian pada 5 pagar yang akhir dilakukan dengan sepenuh tenaga.
Latihan X
Atlet akan berlari merentasi pagar pada ketinggian yang berbeza, contohnya bermula dengan pagar yang rendah, sederhana tinggi kemudian barulah pagar yang tinggi.

No comments: