terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Sunday, April 25, 2010

REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
• Nama : Mohd Nor Izwan bin Sulaiman
• Kumpulan : PISMP PJ1
Pada 28 Februari 2010 hingga 4 Mac 2010, kami guru-guru pelatih PISMP Semester 5 yang terdiri daripada kelas PJ1, PJ2, PK1, PK2 dan Matematik telah berjaya menganjurkan sebuah Kejohanan Olahraga Tahunan bertempat di Padang IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan. Kejohanan ini perlu kami uruskan untuk memenuhi silibus iaitu bagi mata pelajaran Gerko iaitu Olahraga.
Sebelum menjayakannya, terdapat pelbagai perkara yang perlu dirancang dengan teliti. Bak kata pepatah Inggeris, “If you fail to plan, you are planning to fail”. Selepas pensyarah memberi taklimat, kami telah melantik sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada kelima-lima kelas. Kami telah mendapatkan bimbingan dan panduan daripada para pensyarah yang ternyata sudah berpengalaman dalam menganjrkan temasya seperti ini. Kami telah mengadakan beberapa mesyuarat dalam memastikan kelancaran kejohanan ini.
Apabila tiba hari Kejohanan Olahraga Tahunan itu, kami telah berganding bahu untuk memastikan ianya dilaksanakan dengan baik. Semua pihak bekerjasama dan tiada individu yang mencuri tulang. Saya merupakan Pengerusi Biro Keselamatan dan Kebersihan telah bekerjasama dengan anak buah saya telah memastikan aspek keselamatan dalam penganjuran kejohanan ini dipatuhi. Saya telah menggunakan sebuah basikal untuk memudahkan saya bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan pantas. Terdapat beberapa pelajar yang mengalami kecederaan namun tidaklah serius. Saya telah bersiap-sedia dan memastikan kandungan dalam kotak kecemasan mencukupi agar masalah kecederaan kecil dapat diatasi.
Pada pukul 1 petang semua acara telah tamat dan kami sekali lagi telah bergotong-royong untuk membersihkan padang. Saya dan pelajar lain telah berganding bahu untuk memastikan keadaan padang cantik dan bersih seperti biasa. Kami semua berpuas hati dengan penganjuran yang telah dijalankan. Malah para pensyarah juga telah mengucapkan tahniah. Benarlah kata pepatah, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Saya telah mendapat pelbagai manfaat dan pengalaman dari penganjuran ini.

No comments: