terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Sunday, April 25, 2010

LOPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KOTA BHARU
PENGKALAN CHEPA, 16109 KOTA BHARU, KELANTAN
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
2010
PROGRAM SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) SEMESTER 5 – 2010
LOPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
(AJK KE)
NAMA
MOHD NOR IZWAN BIN SULAIMAN
MOHD NAIM BIN RAMLI
AHMAD DAUDIN BIN ISMAIL
ROZA
YUSMIRA

PENSYARAH
EN. WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA




LOPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
Kekuatan A.J.K. seramai 4 orang membuktikan kemantapan keselamatan dan kebersihan terjamin. Sehubangan dengan satu minggu kejohanan berlangsung saya Mohd Nor Izwan selaku ketua A.J.K. Keselamatan dan kebersihan telah membahagikan 4 orang ini kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama bertindak mengatasi masalah keselamatan. Bidang keselamatan mencakupi keselamatan atlit semasa bertanding. Terdapat satu masalah atlit wanita yang mengalami kecederaan yang serius di kakinya, tetapi kami telah menghantar beliau ke Hospital H.U.S.M. dengan menggunakan Toyota Camry En. Aziz. Terima kasih diucapkan kepada En. Aziz yang telah memberikan bantuan kepada A.J.K. kami.
Dari segi aspek kebersihan pula kami telah membuat surat pemohonan kepada pihak pengurusan institut yang mana kami telah meminjam sebanyak 20 tong sampah di sekitar institut untuk digunakan sepanjang kejohanan berlansung. Kami menjadikan tempat-tempat atau lokasi black erea di mana kawasan penjualan dan kawasan penonton dan atlet berehat sebagai kawasan tumpuan tong sampah bagi mengelakkan kejadian limpahan sampah di padang.
Ahli jawatan kuasa yang terlibat telah berkunjung ke PBSM beberapa kali untuk berbincang dengan pegawai disana dan mendapat naklum balas. Kami mendapat sambutan dengan baik dan program kami amat digalakkan oleh pegawai kesihatan.
Pihak P.B.S.M sanggup bekerjasama dengan pihak penganjuran K.O.T. dan menghantar pasukannya sebagai bantuan kepada pihak penganjuran. Kehadiran pihak P.B.S.M. mampu memantapkan lagi hari K.O.T.






LOPORAN SEMASA PROGRAM AMALI KESIHATAN MULUT DAN BENGKEL KESIHATAN
Sepanjang program ini kami menjalankan tugas dengan dengan baik. Tiada masalah diperolehi kerana semua keperluan dan kemudahan kami perolehi. Setiap ahli AJK kami diberi tugas masing masing.
Keselamatan dan Kebersihan menjadi tunjang utama kerja kami. Setiap aktiviti yang berlangsung adalah di bawah kawalan kami setiap masa. Kami menjadikan atlit sebagai pelanggan kami. Kami menempatkan khemah paramedik P.B.S.M di sudut sebelah kiri balapan. Kawasan khemah keselamatan tersebut adalah lebih kurang 30 meter dari kawasan penamat. Khemah ini begitu strategik di mana kebanyakkan atlet akan mengalami kecederaan semasa sampai ke garisan penamat. Contohnya Ila telah mengalami kekejangan di bahagian otot di punggungnya iaitu glutious maksimus, semasa menamatkan acara 1500 meter.


LOPORAN SELEPAS PROGRAM AMALI KESIHATAN MULUT DAN BENGKEL KESIHATAN
Setelah selesai Kejohanan pada jam 1.00 tengahhari kami telah mengemas kawasan khemah Keselamatan dan juga tapak gerai jualan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu kami dalam menjayakan program ini. Terutama mereka yang telah membantu kami mengutip sampah dan memulangkan tong sampah ke tempat asalnya.
Kami juga ada membuat kesimpulan dan rumusan apa yang diperolehi di dalam kuliah mata pelajaran Gerko Selain itu membuat imbasan semula bagi mengingat kembali apa yang telah lakukan.





KEKUATAN DAN KELEMAHAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
Daripada pemerhatian kumpulan kami dari segi keseluruhan Kejohanan ini iaitu dari sebelum, semasa dan selepas program kami dapat merumuskan kepada dua aspek iaitu yang telah menjadi kekuatan kami dan kelamahan kami. Kami menilai dengan mengaitkan teori SWOT iaitu “strength, weakness, opportunity, dan trickness.”
KEKUATAN
Kekuatan kami bermaksud kelebihan kami yang ada ia meliputi:
I. Pengalaman dalam perbuatan buku program.
II. Komitmen dalam ahli jawatan kuasa
III. Mendapat hala tuju daripada pensyarah
IV. Pihak HUSM mudah bekerjasama
V. Penceramah yang berpengetahuan tinggi
VI. Tenaga pegejaran doktor yang pakar
VII. Peyertaan guru pelatih yang baik
VIII. Mendapat hubungan kolaborasi dengan pihak HUSM
IX. Mendapat banyak info yang berguna








KELEMAHAN
Kelemahan kami pula adalah halangan dan ancaman kami hadapi sepanjang kejohanan ini.selain itu masalah yang dihadapi termaksud peribadi dan lain-lain lagi. Ia adalah:
I. Masa tidak mengizinkan kerana terdapat banyak aktiviti selain kejohanan ini
II. Masa kejohanan terlalu pendek kerana banyak lagi perlu dipelajari
III. Kelewatan gerai tutup untuk kami kutip sampah
IV. Kurang pendedahan dalam aktiviti penganjuran seperti ini dan ia menyebabkan beberapa AJK lain mendapat masalah.

No comments: