terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, October 12, 2009

Keinginan untuk bersaing

6. Keinginan untuk bersaing
Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya. Contohnya, cuba untuk menjadi ‘mat rempit kecil’, dengan mengayuh basikal dengan menggunakan satu roda bersama rakan-rakan untuk bersaing menunjukkan kehandalan masing-masing.
Merupakan suatu perkara atau proses yang diperkenalkan pada minit pertama pengajaran yang bertujuan untuk menarik perhatian dan mendorong murid mempengaruhi hasil pembelajaran, set induksi yang menarik dapat menimbulkan minat murid terhadap tajuk yang hendak disampaikan guru, murid memperolehi gambaran awal sebelum dimulakan pengajaran tajuk yang sebenar, mendorong pelajar untuk mengetahui isi pengajaran, dan pemusatan mental murid kepada satu konsep atau pendekatan yang hendak dikemukakan oleh guru.
Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik, seperti tayangan sedutan filem, sebuah nasyid, pantun, puisi, satu persembahan atau lakonan, permainan, soal jawab, mempamerkan suatu bentuk atau objek, suatu penyataan yang kontroversial, klip vedio tentang sesuatu panorama, atau satu peristiwa yang telah berlaku, atau menyediakan satu bahan atau satu persoalan yang mencabar minda murid. Set induksi yang hendak disediakan hendaklah yang dapat dikaitkan dengan hasil pembelajaran, isi pelajaran, yang mendorong minat murid terhadap tajuk yang hendak diajar, dan dimulakan dalam keadaan murid sudah bersedia bagi memulakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, dalam jangka masa antara satu hingga lima minit.

No comments: