terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, May 25, 2009

PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA

2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA
2.1 PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA AWALAN
Terdapat dua paradigma utama dalam disiplin linguistik iaitu mentalis dan behaviourist. Dua paradigma ini telah menghasilkan pendekatan pengajaran yang berlainan samada dari segi prinsip mahupun perkaedahan. Golongan behavioris menggunakan pendekatan pengajaran yang berasaskan prinsip pembelajaran sintesis atau membina. Di antara kaedah-kaedah yang menggunakan pendekatan ini ialah kaedah abjad, kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut.
2.2 KAEDAH ABJAD
Kaedah ini merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. Untuk pengenalan abjad guru akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad a sehinggalah z . Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. kemudian latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. Setelah murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. Murid diajar dengan huruf kecil dahulu dan diikuti dengan huruf besar. Kemudian latihan menulis huruf kecil dan huruf besar serta latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar
Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti ayam, adik, api dan awan. Seterusnya murid pula diajar permulaan perkataan dengan huruf konsonan seperti bola, buku, batu dan besi. Ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan.
2.2.1 PENGABUNGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN
Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi bo bu , ca ce ci co cu hingga za ze ze zi zo zu. Kemudian murid diajar membentuk perkataan mudah dan murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata seperti bu bu, ba ba. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah seperti baju, saya, bola.
Kebaikan kaedah ini ialah memberi peneguhan kepada pengenalan abjad. Manakala kelemahannya pula ialah sebenarnya kanak-kanak tidak perlu mengenali semua abjad untuk diajar membaca. Jika mereka telah mengenali vokal dan sebahagian konsonan yang kerap digunakan mereka telah boleh membaca
2.3 KAEDAH FONETIK
Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:-
A = aaaa E = e’h
E = eh I = iiiii O = oooo
U = uuuu

B = beh
C = ceh
D = deh F = feh G = geh H = heh
J = jeh
K = keh L = el M = em N = en P = peh
Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh
Y = yeh
Z = zez

Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti huruf “a” adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran Fonik menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy.
Diantara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah fonik juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan.
Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad, terutamanya di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut , biasanya di tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris langsung. Walaupun menggunakan huruf-huruf roman yang sama, mereka tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa malaysia untuk membaca dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi langsung untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka terpaksa menghafal-hafal perkataan inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah yang mampu dihafal oleh kanak-anak apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula.
Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal symbol iaitu huruf, hanya mereka tidak diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol tersebut. Kanak-kanak memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut. Nama huruf hanya diajar setelah mereka pandai membaca sahaja.

2.4 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya, kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.
Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:-
• ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
• ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
• bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)
Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto
“photographic memory “. Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.

1 comment:

Unknown said...

Mohon share ye...Tqvm