terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, May 25, 2009

mekanis

1
KEMAHIRAN MENULIS SECARA MEKANIS SELEPAS SETAHUN
BERADA DI PRASEKOLAH
OLEH
NORAIN BT MD NOR
NORIZAN BT ESA
SARIMAH BT SAAD
INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM
KAJIAN PEMANTAUAN KHAS BPG 2005
2
PENGHARGAAN
Kami bersyukur ke hadrat Allah (S.W.T) kerana dengan izin Nya dapatlah kami
menyempurnakan kajian ini. Pada kesempatan ini kami ingin merakamkan setinggitinggi
penghargaan dan terima kasih kepada individu dan pihak tertentu kerana
sokongan dan sumbangan ikhlas yang telah mereka hulurkan.
Pertama sekali, ucapan terima kasih kepada Pengarah IPSAH yang telah memberi
kebenaran untuk kami keluar ke sekolah-sekolah dalam proses mengumpul data.
Kedua, kepada Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Encik Jahaya Ahamad yang sentiasa
memberi dorongan dan sokongan kepada kami untuk menjalankan kajian.
Terima kasih teristimewa kepada guru besar, guru-guru dan murid-murid dari keempatempat
buah sekolah yang terpilih untuk kajian ini. Tanpa kerjasama mereka tidak
mungkin kajian ini dapat disiapkan.
Akhir sekali, terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Guru kerana memilih kajian ini
sebagai kajian di bawah pemantauan BPG.
Terima kasih.
3
KEMAHIRAN MENULIS SECARA MEKANIS DI KALANGAN KANAK-KANAK
PRASEKOLAH
Norain Md. Nor, Norizan Esa, Sarimah Saad
Institut Perguruan Sultan Abdul Halim
Abstrak
“Handwriting is a skill that modern technology will not replace … ”(Sassoon, 1989:7).
Menulis merupakan medium penting bukan sahaja kepada kanak-kanak malah kepada
orang dewasa untuk melahirkan pemikiran dan kreativiti mereka. Kanak-kanak
sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi
kerana tulisan adalah satu bentuk komunikasi. Kaedah pengajaran yang tidak betul akan
membantut kebolehan kanak-kanak untuk menulis dan menyediakan ruang kepada
kanak-kanak untuk memperkembangkan tabiat buruk ketika menulis. Pemerhatian ke
atas murid menunjukkan terdapat banyak kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika
menulis secara mekanis. Perkembangan penulisan di kalangan kanak-kanak pada masa
kini sangat membimbangkan kerana selepas satu tahun berada di prasekolah, kanakkanak
tidak dapat menulis dengan betul walaupun Falsafah Pendidikan Negara
menekankan penguasaan tiga M dalam pendidikan prasekolah. Diagnosis kesilapan
pada peringkat awal akan memudahkan pembetulan dan pemulihan dijalankan. Oleh itu,
objektif kajian ini adalah untuk menentukan tahap kemahiran kanak-kanak menulis
selepas satu tahun berada di prasekolah di sekolah kebangsaan, untuk mengenal pasti
jenis kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ketika menulis dan menentukan kesan
kesilapan teknik menulis ke atas tulisan. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan
mengenai kemahiran menulis di kalangan kanak-kanak selepas satu tahun berada di
prasekolah. Sampel kajian terdiri daripada 117 orang murid Tahun Satu dari empat buah
sekolah. Dua daripada sekolah adalah dari kawasan bandar dan dua yang lain dari
kawasan bandar. Kanak -kanak ini dinilai secara individu dengan memerhati
pembentukan huruf secara teliti dan penulisan ayat mudah. Semua kesilapan telah
direkodkan. Secara umum dapatan menunjukkan banyak kesilapan dilakukan oleh
kanak-kanak prasekolah semasa menulis.. Perkara ini sangat membimbangkan kerana
generasi akan datang mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan menulis lagi kerana
tulisan yang dihasilkan sangat buruk dan sukar dibaca. Bahagian Pendidikan Guru
perlu menyediakan modul atau memberi latihan yang secukupnya kepada guru-guru
prasekolah supaya kesilapan tidak berpanjangan.
4
ABSTRACT
“Handwriting is a skill that modern technology will not replace … ”(Sassoon, 1989:7).
Writing is an important medium not only to children but also to adults in their attempt to
express their thoughts and creativity. Children should be exposed to the correct method
of writing from the very early years because writing is a form of communication. The
wrong teaching method will repressed the children’s ability to write and provide
opportunity for children to develop bad writing habits. Observations on pupils show that
there are many mistakes that they make while writing. The development of handwriting
among children today is worrying because after one year in preschool children still
cannot write properly although the National Philosophy of Education emphasizes the
mastery of three Rs in preschool education. Early diagnosis of mistake will fasiliutate
correction and remedial action as such the objective of this study is to identify the level
of handwriting skills of children after one year in Sekolah Kebangsaan preschool, to
identify the types of mistakes that children made while writing and identify the effect of
incorrect writing techniques on their handwriting. This study is a survey about
handwriting skills among children after one year in preschool. The sample consists of
117 Year One pupils from four schools. Two schools are located in the urban area and
the other two from the rural area. The children are evaluated individually by observing
carefully lketter formation and writing of simple sentences. All mistakes were recorded.
Generally the findings show ed that there were many mistakes made by these preschool
children while writing. This result is currently a growing concern because the next
generation may not be able to communicate through writing because the writing that
they produce are illegible. Teacher Education Division should provide modules or
sufficient trainings to the preschool teachers to prevent the continued perpetuation of the
mistakes.
5
HALAMAN JUDUL Muka
Surat
Penghargaan
Abstrak
Abstract
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Singkatan
Lampiran
BIL ISI KANDUNGAN Muka
Surat
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 2
1.2 Latar belakang Kajian
1.3 Penyataan Masalah 2
1.4 Tujuan Kajian 3
1.5 Rasional Kajian 2
1.6 Soalan Kajian 3
6
1.7 Definisi Operasi 3
1.8 Kesignifikan Kajian 3
1.9 Batasan Kajian 3
BAB II SOROTAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 5
2.2 Kerangka Konsep 5
2.3 Tinjauan Am 6
2.4 Tinjauan Relevan dengan soalan kajian 6
2.5 Rumusan 7
BAB III METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 8
3.2 Reka bentuk kajian 8
3.3 Instrumen 9
3.4 Sampel 9
3.5 Prosedur Pengumpulan data 11
7
3.6 Analisis Data 15
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 16
4.2 Paparan data mengikut soalan kajian 16
BAB V PERBINCANGAN
5.1 Bincang permasalah kajian 36
5.2 Implikasi Dapatan 36
5.3 Cadangan tajuk-tajuk kajian masa depan 37
BIL SENARAI JADUAL Muka
Surat
3.1 Cara Memegang pensil 12
3.2
a Titik Permulaan
14
3.2
b
Strok 14
3.2
c
Arah Pergerakan 14
4.1 Taburan Pemilihan Tangan 16
4.2 Tahap Kemahiran Menulis 18
8
4.3 Jumlah Kesilapan Mengikut Jenis Prasekolah 19
4.4 Taburan Kanak-kanak Mengikut Tadika 20
4.5 Analisis Cara Memegang Pensel 22
4.6
Analisis Cara Memegang Pensil Mengikut Jenis Tadika
22
4.7 Rumusan Jenis Kesilapan 34
4.8 Kesilapan untuk Tangan Kiri 34
4.9 Kesan Kesilapan ke atas Kelajuan 35
BIL SENARAI RAJAH Muka
Surat
2.1 Kerangka konsep kajian 5
2.2 Cara Memegang Pen (Ziviani, 1983) 6
3.1 Reka Bentuk Kajian 8
3.2 Contoh tulisan kanak-kanak dealam kajian 10
4.1 Cara memegang pensil 17
9
4.2 Taburan skor kemahiran menulis. 18
4.3 Taburan Cara Memegang Pensel 20
4.4 Cara memegang pensil yang popular 22
4.5 Saiz 24
4.6 Titik Kemasukan 25
4.7 Titik Kemasukan Yang Betul Bagi Menulis Huruf
’ a’
25
4.8 Contoh Tulisan dengan Kesilapan Ruang 26
4.9 Ruang Antara Huruf 26
4.1
0
Ruang Perkataan 26
4.1
1
Contoh Tulisan tanpa Ruang yang jelas 27
4.1
2
Huruf Atas 28
4.1
3
Huruf ” Descending’ 29
4.1
4
Arah Pergerakan 30
4.1
5
Huruf dengan Garis Condong 31
4.1
6
Huruf dengan Garisan Lintang 32
10
4.1
7
Huruf dengan Garisan Menegak 33
4.1
8
Contoh Tulisan yang Mempunyai Kesilapan
BAB 1
PENDAHULUAN
11
1.1 Pendahuluan
“ Handwriting is a skill that modern technology will not replace… ” (Sassoon,
1989:7) Kepentingan menguasai kemahiran menulis telah ditonjolkan oleh Sassoon
(1993) dalam beberapa kajian kerana beliau sangat bimbang guru kurang memberi
perhatian untuk mengajar menulis. Kaedah pengajaran yang tidak betul akan
membantut kebolehan kanak-kanak untuk menulis dan menyediakan ruang kepada
kanak-kanak untuk memperkembangkan tabiat buruk ketika menulis. Kemahiran
menulis kanak-kanak pada masa kini sangat membimbangkan kerana selepas satu
tahun berada di prasekolah, kanak-kanak tidak dapat menulis dengan betul
walaupun Falsafah Pendidikan Negara menekankan penguasaan tiga M dalam
pendidikan prasekolah.
1.2 Latar Belakang Kajian
Sassoon (1989) menegaskan tujuan dan keutamaan mengajar menulis adalah
seperti berikut:
( a ) tulisan mestilah mudah dibaca dengan huruf dibentuk dengan sempurna,
ligatur
diterima dan tulisan seimbang dengan ruang antara perkataan yang
sesuai.
( b ) kepantasan menulis mengikut keperluan.
( c ) kekemasan dan kecantikan tulisan
Menulis merupakan medium penting bukan sahaja kepada kanak-kanak malah kepada
orang dewasa untuk melahirkan pemikiran dan kreativiti mereka. Kanak-kanak
perlu menulis ketika merekod, berkomunikasi, menjelaskan fikiran dan ketika
mempamerkan kreativiti. Murid juga terpaksa menulis jawapan ketika menghadapi
12
peperiksaan umum. Tulisan yang buruk akan mempengaruhi pemeriksa ketika
memeriksa skrip jawapan murid.
1.3 Pernyataan Masalah
Pemerhatian ke atas murid menunjukkan terdapat banyak kesilapan yang dilakukan
oleh murid ketika menulis secara mekanis. Antara kesilapan yang dilakukan
murid ketika menulis ialah cara murid memegang pensil. Cara memegang alat
tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan (Levine, 1987). Tulisan
yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan
seseorang. Murid-murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak menulis
dengan cara yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guru-guru kadang-kadang
kurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk huruf mengikut pergerakan
yang betul . Sassoon (1993) mendapati guru kurang memberi penekanan kepada
pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul,
menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan
menentukan ruang antara huruf dan perkataan.
Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada
peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui
tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian.
Dari pemerhatian penyelidik, tulisan yang dihasilkan oleh murid masa kini
semakin buruk dan tidak menonjolkan kesenian sebenar. Tambahan pula, murid
bukan sahaja menghasilkan tulisan yang buruk malah tulisan yang sukar pula
dibaca.
1.4 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk :
13
( i ) menentukan tahap kemahiran menulis kanak-kanak selepas satu tahun
berada di
prasekolah
( ii ) mengenal pasti jenis kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ketika
menulis
( iii ) menentukan kesan kesilapan teknik menulis ke atas tulisan.
1.5 Rasional Kajian
Kajian ini perlu dijalankan kerana kemahiran menulis dirasakan semakin
diabaikan pada peringkat sekolah. Kemahiran menulis tidak diajar secara
formal di sekolah sehingga tulisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak semakin
tidak cantik dan sukar dibaca. Walaupun Sukatan Prasekolah Kebangsaan
menyatakan murid perlu menguasai kemahiran menulis ayat ringkas dalam
perenggan tetapi kaedah mengajar kemahiran menulis tidak dinyatakan dengan
jelas.
1.6 Soalan Kajian
1. Apakah tahap kemahiran menulis kanak-kanak selepas satu tahun berada di
prasekolah?
2. Apakah jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika menulis?
3. Apakah kesan kesilapan teknik menulis ke atas tulisan?
1.7 Definisi Operasi
Beberapa istilah digunakan yang digunakan dalam kajian ini dijelaskan
maksudnya seperti berikut:
a) Strok bermaksud garisan yang dibuat untuk membentuk huruf
14
Istilah lain diterangkan dalam bab tiga.
1.8 Kesignifikan Kajian
Kemahiran menulis secara mekanis kurang diberi perhatian berbanding kemahiran
membaca dan mengira. Kanak-kanak dibiarkan membentuk huruf mengikut panduan
huruf yang terdapat dalam buku latihan yang disediakan. Aktiviti pra menulis
juga tidak dijalankan secara serius pada peringkat prasekolah.
Guru sepatutnya tidak mengambil mudah mengenai pengajaran kemahiran menulis
kerana tabiat buruk ketika menulis akan dibawa oleh murid sehingga mereka
meningkat dewasa.
Kaedah yang betul perlu dalam mengajar menulis supaya murid boleh mula menulis
huruf pada titik permulaan yang tepat dan terus menulis dengan menggunakan
arah pergerakan yang betul. Hasilnya pembentukan huruf menjadi cantik, kemas
dan menghasilkan tulisan yang mudah dibaca. Diagnosis kesilapan pada peringkat
awal akan memudahkan pembetulan dan pemulihan dijalankan. Kajian ini menjadi
bukti bahawa kesilapan menulis secara mekanis banyak berlaku di kalangan
kanak-kanak.
1.9 Batasan Kajian
Batasan kajian meliputi skop kajian, sampel, kaedah dan dapatan kajian. Skop
kajian meliputi senarai sepuluh jenis kesilapan menulis yang sering dilakukan
oleh kanak-kanak.
15
Dari aspek sampel, penyelidik menetapkan sampel diambil dari empat buah
sekolah sahaja, iaitu dua buah sekolah di bandar dan dua buah sekolah luar
bandar. Sampel dipilih daripada murid Tahun Satu yang telah menghadiri
prasekolah secara formal kerana penyelidik ingin mengesan tahap kemahiran
menulis kanak-kanak semasa di prasekolah. Kaedah pengumpulan data hanya
melalui pemerhatian ke atas kanak-kanak secara individu semasa menulis.
Dapatan kajian hanya boleh dirumuskan untuk empat buah sekolah yang dikaji dan
tidak kepada keseluruhan kanak-kanak prasekolah
16
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kemahiran menulis di kalangan
kanak-kanak prasekolah dan mengenal pasti kesilapan yang dilakukan oleh kanakkanak
ketika kanak-kanak membentuk huruf untuk menulis ayat mudah.
Bab ini terbahagi kepada lima bahagian. Bahagian pertama ialah pendahuluan
dikuti kerangka konsep, tinjauan am, tinjauan relevan dengan soalan kajian dan
seterusnya rumusan pada akhir bab ini.
2.2 Kerangka Konsep
Rajah 2.1 menunjukkan kerangka konsep kajian yang meliputi input, proses dan
output. Penekanan tentang aspek yang akan dinilai dalam kajian ini
ditunjukkan di dalam kerangka konsep. Input merupakan kaedah pengajaran
kemahiran menulis oleh guru. Hasil daripada pengajaran tersebut akan
ditunjukkan oleh kanak-kanak semasa menghasilkan tulisan yang akan dinilai
oleh penyelidik.
17
Rajah 2.1 : Kerangka konsep kajian
2.3 Tinjauan Am
KEMAHIRAN MENULIS
SECARA MEKANIS
nTitik kemasukan
nHuruf atas
nHuruf bawah
nStrok -menegak
nStrok -melintang
nStrok -diagonal
nArah pergerakan
nRuang antara huruf
nRuang antara
perkataan
nSaiz huruf
Cara memegang alat tulis
ASPEK DINILAI
TULISAN
INPUT PROSES OUTPUT
18
Sukatan Pelajaran Pengajian Prasekolah Kursus Diploma Perguruan Malaysia
(KDPM) keluaran Jan 2001 telah memasukkan prinsip awal menulis dalam sukatan
untuk pelatih yang mengikuti kursus KDPM. Prinsip awal menulis merangkumi dua
aspek, iaitu membina kemahiran menulis dan menguasai kemahiran menulis. Aspek
membina kemahiran menulis tidak dihuraikan secara khusus oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum dan juga oleh Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru.
Pembentukan huruf bermula dengan titik kemasukan yang betul. Ini diikuti
dengan arah pergerakan secara menegak, melintang, condong dan arah pusingan
(ikut arah pusingan jam atau lawan pusingan jam). Saiz huruf dan jarak antara
huruf menentukan pembentukan perkataan yang hendak ditulis. Jarak antara
perkataan pula menghasilkan ayat yang bermakna.
2.4 Tinjauan releven dengan soalan kajian
Kajian lalu mengesahkan terdapat hubungan antara cara menulis dan tulisan yang
dihasilkan. Lucas (1980) mendapati terdapat empat kesilapan ketika memegang
alat tulis iaitu posisi lengan, penggunaan ibu jari dan jari ketika menyokong
dan mengerakkan alat tulis. Faktor ini mempengaruhi kualiti menggaris dan
membentuk huruf. Dari pemerhatian, penyelidik mendapati bahawa guru-guru
jarang mengajar murid cara untuk memegang alat tulis. Selain daripada cara
memegang alat tulis, posisi lengan juga tidak pernah diberi perhatian.
Kebanyakan orang mengandaikan bahwa murid belajar sendiri melalui pengalaman.
Kenyataan ini ternyata salah kerana cara memegang alat tulis akan mempengaruhi
tulisan yang dihasilkan. Pembentukan huruf juga memerlukan tunjukcara dan
panduan.
Terdapat pelbagai cara memegang alat tulis yang dicadangkan dalam buku-buku
mengenai menulis. Mengikut Ziviani (1983) cara memegang alat tulis yang betul
adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah dibawah ini. Ibu jari
19
dibengkukkan supaya bahagian atas membentuk sudut tepat dengan bahagian bawah.
Pensel mesti dipegang secara menegak oleh hujung ibu jari dengan kuku hampir
menyentuh pensel dengan seboleh-bolehnya ibu jari diletakkan bawah pensel.
Ziviani (1983) menunjukkan kepantasan menulis mempunyai kaitan dengan cara
memegang pensel.
Rajah 2.2 : Cara Memegang Pen (Ziviani, 1983)
Tseng dan Cermak (1991) menekankan beberapa faktor yang menyebabkan tulisan
sukar dibaca seperti pembentukan huruf yang tidak betul, saiz huruf yang
tidak konsisten dan ruang antara perkataan dan huruf yang tidak konsisten
2.5 Rumusan
Hasil sorotan literatur telah menunjukkan bahawa menulis bukanlah kemahiran
yang mudah kepada kanak-kanak. Jika kaedah mengajar yang betul tidak diamalkan
20
mungkin kanak-kanak akan terus membentuk huruf dengan menggunakan pergerakan
yang salah. Menulis juga akan menjadi aktiviti yang tidak disukai kerana
kanak-kanak tidak dapat mengawal alat tulis dan posisi tangan dan badan tidak
selesa kepada kanak-kanak.
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan metodologi kajian. B ab ini terbahagi kepada lima
bahagian.. Bahagian pertama membincangkan tentang reka bentuk kajian,
istrumen, populasi, prosedur pengumpulan data dan analisis data.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk menilai kemahiran menulis
secara mekanis di kalangan kanak-kanak selepas satu tahun berada di
prasekolah. Kajian dimulakan dengan menilai cara murid menulis secara
individu melalui pemerhatian. Semua aspek penulisan dinilai bermula dari cara
memegang pensil sehingga kepada proses pembentukan huruf, perkataan dan ayat.
ASPEK DINILAI
21
Rajah 3.1 : Reka Bentuk Kajian
Rajah 3.1 menunjukkan reka bentuk kajian ini. Kajian ini memfokus kepada
kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak semasa menulis. Penyelidik
melakukan pemerhatian ke atas kanak-kanak secara individu. Kanak-kanak
dikehendakki menulis huruf-huruf yang telah dipilh. Kanak-kanak juga diminta
menulis ayat mudah dalam perenggan. Semua kesilapan telah dicatat dalam borang
yang disediakan.
3.3 Instrumen
Tidak ada instrumen khusus yang digunakan dalam kajian ini. Satu set panduan
untuk membentuk huruf telah digunakan oleh penyelidik semasa membuat
pemerhatian terhadap kanak-kanak semasa menulis.
3.4 Populasi
MURID
PENYELIDIK
nTitik kemasukan
nHuruf atas
nHuruf bawah
nStrok -menegak
nStrok -melintang
nStrok -condong
nArah pergerakan
nRuang antara huruf
nRuang antara perkataan
nSaiz huruf
PEMERHATIAN
Cara memegang alat tulis
22
Sampel kajian terdiri daripada 117 orang murid Tahun Satu dari empat buah
sekolah. Dua daripada sekolah adalah dari kawasan bandar dan dua buah dari
kawasan luar bandar. Perincian pelbagai teknik yang terlibat untuk mengukur
pelbagai elemen dalam tulisan dibincangkan berikut
3.5 Prosedur Pengumpulan Data
Pengumpulan data dijalankan selama sebulan mulai bulan Mac 2005.
Penyelidik telah membuat pemerhatian secara langsung kepada setiap orang
kanak-kanak yang menjadi sampel untuk kajian ini.
Setiap kanak-kanak diuji secara individu oleh penyelidik selama 10 minit.
Kanak-kanak menulis sambil duduk di atas kerusi. Mereka menggunakan pensel
untuk menulis di atas kertas kosong dan kertas bergaris. Kanak-kanak diminta
menulis beberapa huruf dan kemudiannya menulis satu ayat ringkas. Titik
kemasukan dan arah pergerakan ketika menulis dicatat. Gambar kanak-kanak
menulis dirakam bagi tujuan memudahkan klasifikasi cara memegang pensel
dibuat.
Kriteria Penilaian
Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek kemahiran menulis yang berikut:
cara memegang pensel ketika menulis
Titik kemasukan
Huruf ascending
Huruf desending
Strok -menegak
Strok -melintang
Strok -diagonal
23
Arah pergerakan
Ruang antara huruf
Ruang antara perkataan
Saiz huruf
Klasifikasi Cara Memegang Pensel
Cara memegang pensil mempunyai kesan ke atas kualiti tulisan yang dihasilkan.
Murid yang tidak memegang pensil dengan betul menghasilkan tulisan yang bukan
sahaja buruk malah sukar untuk dibaca. Klasifikasi dibuat berdasarkan dua
aspek :
a) cara pensel dipegang
b) penggunaan tangan kanan atau kiri
Kategori cara memegang pensel telah dipilih oleh penyelidik berdasarkan
kajian yang lalu. Cara memegang pensil mempunyai kesan ke atas kualiti tulisan
yang dihasilkan.
Jadual 3. 1 dibawah menunjukkan pengkategorian yang telah dibuat.
Jadual 3.1: Cara Memegang pensil
24
N
Cara Memegang Penggunaan
Tangan Kanan
89.7% (N,117)
Penggunaan tangan
Kiri
10.3% (N, 117)
2
1.9% (N,105)
8.3% (N, 12)
1
6 1
35
1
23 4
16 1
25
1 1
2 1
0 0
9 7 1
10 Lain-lain 13 1
26
Titik Kemasukan
Jadual 3.2a menunjukkan titik kemasukan. Ini bermaksud titik permulaan
untuk membentuk huruf.
Jadual 3 2a : Titik Permulaan
Huruf
‘ O’
O h X
Strok
Strok merujuk kepada kedudukan garis yang dibentuk pada posisi yang betul.
Contoh
Jadual 3. 2b : Strok
Huruf Ascending (atas)
b, h,
k,
l, t
Descending (bawah)
j g, p,
q, y
Diagonal dari
kiri ke kanan
X, K,w,
27
N, M
Arah Pergerakan
Terdapat dua arah pergerakan yang ketara dalam menulis huruf, iaitu arah
mengikut pusingan jam dan menentang arah pusiangan jam. contoh
Jadual 3.2c : Arah Pergerakan
Arah mengikut pusingan jam O, b, p
Arah menentang pusingan jam a, c, d, e, g
Dua arah S
Ruang
Ruang antara huruf dan ruang antara perkataan juga merupakan kriteria penting
dalam menilai kemahiran menulis. Ruang yang tidak sesuai menghasilkan tulisan
yang buruk dan kadang-kadang tidak memberi makna yang tepat.
Rajah 3.2: Contoh tulisan kanak-kanak dealam kajian
28
Saiz Huruf
Saiz huruf perlu konsisten dan disesuaikan dengan ruang yang disediakan.
Saiz yang terlalu kecil menyukarkan pembaca dan saiz yang terlalu besar
menghasilkan tulisan yang buruk.
3.6 Analisis Data
Data dianalisis menggunakan program SPSS (versi 13.5) Kanak-kanak yang
menulis tanpa kesilapan akan mendapat skor 10 manakala kanak-kanak yang
melakukan semua kesilapan ketika menulis akan mendapat skor “ 0’ . Analisis
korelasi dijalankan untuk tujuan menunjukkan kesan kesilapan dengan kepantasan
menulis.
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan
Data dalam kajian ini dikumpulkan melalui pemerhatian ke atas setiap
responden. Dalam bab ini analisis data dan dapatan kajian akan diterangkan
berdasarkan tiga soalan kajian.
4.2 Paparan data mengikut tajuk soalan kajian/hipotesis kajian
Secara umum 89.7% daripada sampel menggunakan tangan kanan ketika menulis.
Jadual 4.1 menunjukkan taburan cara memegang pensel di kalangan sampel. Cara
yang ketiga paling banyak digunakan oleh sampel ( 30.8% ). Cara keenam paling
kurang digunakan (1.7%)
29
Kanak-kanak yang menggunakan tangan kanan ketika menulis banyak menggunakan
cara yang ketiga (33.3%) manakala yang menggunakan tangan kiri banyak
menggunakan cara keempat (33.3%).
Jadual 4.1 : Taburan Pemilihan Tangan
Cara Memegang Penggunaan Tangan
Kanan
89.7% (N,117)
Penggunaan tangan Kiri
10.3% (N, 117)
1 1.9%
(N,105)
2
8.3%
(N, 12)
1
2 6 1
3
35
1
4
23 4
5 16 1
6 1 1
7 2 1
8 0 0
9 7 1
10 Lain-lain 13 1
Contoh cara memegang pensel yang termasuk dalam kategori ke10 diberikan dalam
Rajah 4.1 berikut:
Rajah 4.1 : Cara memegang pensil
30
Dapatan kajian dibentangkan berdasarkan tiga soalan kajian yang dikemukakan.
1. Tahap kemahiran menulis
Tahap kemahiran menulis ditentukan berdasarkan skor kemahiran menulis. Subjek
diberikan skor 1 sekiranya menguasai satu aspek kemahiran menulis yang
ditetapkan. Subjek mendapat skor 0 sekiranya tidak menguasai aspek tersebut.
Maksimum skor untuk setiap subjek ialah 10.
Sepuluh aspek yang digunakan dalam mengira skor kemahiran menulis adalah
seperti berikut:
nTitik kemasukan
nHuruf ascending
nHuruf desending
nStrok -menegak
nStrok -melintang
nStrok -diagonal
nArah pergerakan
nRuang antara huruf
nRuang antara perkataan
nSaiz huruf
S
Percent
30
20
10
31
Rajah 4.2 : menunjukkan taburan skor kemahiran menulis.
Walaupun ramai mendapat skor yang agak tinggi (skor 6-9 ) namun ada
sekumpulan
(21 %) yang tidak menguasai sebarang aspek kemahiran menulis (skor = 0)
Jadual 4.2 : Tahap Kemahiran Menulis
Kategori
Skor Kemahiran
Menulis
Frekuensi Peratus
Jumlah
Kesilapan
A 10 4 3.4 0
B 6 – 9 81 69.2 1 – 4
C 3 – 5 6 5.2 5 – 7
D 1 – 2 1 0.8 8 – 9
E 0 25 21.4 10
32
Tahap kemahiran menulis dibahagikan kepada empat kategori, iaitu kategori A
untuk subjek yang mendapat skor 10, kategori B untuk skor 6-10, kategori C
untuk skor 3-5 dan kategori D untuk skor 0-2.
Jadual 4.2 menunjukkan hanya 3.4% daripada sampel mendapat skor 10, 69.2%
skor 6-9, 5.2 % skor 3-5 dan 0.8% skor 1-2 dan 21.4% mendapat skor 0.
Kumpulan E terdiri daripada murid-murid yang tidak kenal huruf. Mereka bukan
menulis tetapi hanya melukis bentuk-bentuk huruf
Jadual 4.3 menunjukkan jumlah kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak
mengikut prasekolah. Sebahagian besar daripada murid menulis dengan bilangan
kesilapan yang kecil. Seramai 31 orang kanak-kanak prasekolah kebangsaan (26%)
mendapat skor melebihi 5. Sebanyak 35% daripada kanak-kanak dari lain-lain
prasekolah dan 11% daripada kanak-kanak prasekolah KEMAS mendapat skor
melebihi 5.
Namun demikian, seramai 13 daripada 48 (27%) kanak-kanak parsekolah kebangsaan
melakukan kesemua sepuluh kesilapan dalam teknik menulis yang dikenalpasti.
Seramai 4 daripada 18 (22%) kanak-kanak dari prasekolah KEMAS juga melakukan
kesemua sepuluh kesilapan manakala 8 dari 51 (16%) kanak-kanak dari lain-lain
prasekolah menunjukkan bilangan kesilapan yang sama. Ini bermakna 11% kanakkanak
prasekolah yang menunjukkan kesemua kesilapan dalam teknik menulis
adalah dari prasekolah kebangsaan, 3.4% dari Prasekolah KEMAS dan 6.85% dari
lain-lain prasekolah.
Dari pemerhatian penyelidik, kesemua mereka yang mempamerkan sepuluh kesilapan
dalam teknik menulis adalah kanak-kanak yang tidak tahu membaca dan tidak
mengenal huruf.
33
Jadual 4.3 : Jumlah Kesilapan Mengikut Jenis Prasekolah
prasekolah KEMAS Lain-lain
Count Count Count
.00 13 4 8
1.00 1
3.00 2 1
4.00 1
5.00 1 1
6.00 7 1 9
7.00 5 2 10
8.00 6 5 13
9.00 12 4 7
10.00 1 1 2
Total 48 18 51
2. Jenis kesilapan dalam kemahiran menulis
a. Cara Memegang Pensil
Jadual 4.4 menunjukkan jumlah kanak-kanak mengikut kategori prasekolah.
Jadual 4.4 : Taburan Kanak-kanak Mengikut Prasekolah
34
Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan kanak-kanak dari prasekolah Kebangsaan,
prasekolah Kemas dan lain-lain prasekolah memegang pensil mengikut cara yang
lazim iaitu cara tiga dan empat. Kanak-kanak dari prasekolah Kemas menunjukkan
julat yang kecil untuk cara memegang pensil. Namun demikian julat tersebut
adalah besar bagi kanak-kanak dari prasekolah kebangsaan ( antara 1-7) dan
lain-lain prasekolah ( antara 2-10) Rujuk Rajah 4.3.
Rajah 4. 3 : Taburan Cara Memegang Pensel
Rajah 4.3 : Taburan Cara Memegang Pensil Mengikut Prasekolah
Cases
Valid Missing Total
PRASEKOL
AH
N Percent N Percent N Percent
Prasekol
ah
48 100.0% 0 .0% 48 100.0%
KEMAS PEGANG 18 100.0% 0 .0% 18 100.0%
Lainlain
51 100.0% 0 .0% 51 100.0%
N = 48 18 51
TADIKA
prasekolah KEMAS Lain-lain
PEGANG
12
10
8
6
4
2
0
248149 1012
138901696
prasekola
h
35
Dapatan menunjukkan 31% daripada sampel menggunakan cara memegang pensil yang
ketiga, sementara 23% menggunakan cara keempat dan 15% menggunakan cara
kelima.
Jadual 4.5 : Analisis Cara Memegang Pensel
Cara
Memegang Frequency Peratus
1 3 2.6
2 7 6.0
3 36 30.8
4 27 23.1
5 17 14.5
6 2 1.7
7 3 2.6
9 8 6.8
10 14 12.0
Total 117 100.0
Kanak-kanak dari ketiga-tiga jenis prasekolah cenderung menggunakan cara
memegang pensil yang ketiga, keempat dan kelima (rujuk Jadual 4.5). Rajah 4.4
menunjukkan cara memegang yang popular di kalangan responden.
Cara Ketiga Cara Keempat Cara Kelima
Rajah : 4..4 Cara memegang pensil yang popular
36
Jadual 4.6 : Analisis Cara Memegang Pensil Mengikut Jenis Prasekolah
Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran
memegang pensil, memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak yang
menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor.
Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada alat
tulis (Levine, 1987).
Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan
pensil secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika
menulis menyebabkan cengkaman pensil yang tidak kuat. Mereka sebenarnya
menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis.
Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan
mata pensil menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine (1987,
1994) semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang
kurang cantik. Sebahagian daripada responden didapati mempamerkan cara
memegang yang kurang stabil menyebabkan pensil terlepas ketika sedang menulis.
b. Saiz Huruf
4.2% 5.6%
4.2% 22.2% 2.0%
29.2% 22.2% 35.3%
20.8% 27.8% 23.5%
18.8% 11.1% 11.8%
2.1% 2.0%
2.1% 3.9%
6.3% 11.1% 5.9%
12.5% 15.7%
1
2
3
4
5
6
7
9
10
%
prasekolah
%
KEMAS
%
Lain-lain
37
Rajah 4.5 menunjukkan 70.9% daripada kanak-kanak prasekolah melakukan
kesilapan dalam aspek saiz, hanya 29% menulis dengan saiz yang betul. Saiz
yang betul merujuk kepada pembentukan huruf yang sama besar, menggunakan huruf
besar dan kecil dengan betul dan menulis mengikut garisan dalam buku latihan.
Kesilapan ketara yang dilakukan oleh kanak-kanak prasekolah adalah menulis
perkataan dengan mencampurkan huruf besar dan kecil, menulis dengan saiz
huruf yang tidak konsisten dan menulis melebihi garisan buku latihan. Mereka
juga menulis huruf yang terlalu besar atau terlalu kecil. Huruf juga ditulis
dalam keadaan menaik atau menurun yang memberi kesan kepada perkataan yang
dihasilkan. Perkara ini adalah lazim bagi kanak-kanak (Stout, 1998). Saiz
huruf dalam perkataan menjadi lebih konsisten apabila kanak-kanak bertambah
matang. Tumpuan penulisan pada peringkat adalah pada pembentukan huruf
SAIZ
SAIZ
salah betul
Percent
80
60
40
20
0
70.9
38
Rajah 4.5 : Saiz
c. Titik Kemasukan
Rajah 4.6 menunjukkan 59 peratus daripada kanak-kanak prasekolah melakukan
kesilapan dalam aspek titik kemasukan manakala hanya 41 peratus menulis
dengan titik kemasukan yang betul.
Kesilapan berkaitan titik kemasukan melibatkan banyak huruf dalam abjad,
antaranya ialah huruf ’ a, b, e, o dan s’
Kanak-kanak didapati menulis huruf ’ o’ dengan titik kemasukan yang tidak
betul contohnya mereka mula membentuk huruf ’ o’ dari bawah. Mereka
juga menulis huruf ’ s’ dan ’ e’ bermula dari bawah. Garisan menegak untuk
’ b’ juga dimulakan dari bawah. Huruf ’ a’ dimulakan dengan garis menegak
dan diikuti dengan separa bulatan melawan arah jam. Dapatan menunjukkan
bahawa kanak-kanak prasekolah tidak menguasai aspek titik kemasukan
menyebabkan huruf kelihatan tidak cantik, sukar dibaca dan bentuk huruf
menjadi tidak normal.
29.1
39
Rajah 4. 6 : Titik Kemasukan
Rajah 4. 7: Titik Kemasukan Yang Betul Bagi Menulis Huruf ’ a’ besar dan
kecil.
d. Ruang Huruf
Rajah 4.8 menunjukkan contoh tulisan dengan kesilapan ruang yang dilakukan
oleh responden dalam kajian ini. Rajah 4. 9 menunjukkan 52 peratus daripada
TITIKM
TITIKM
salah betul
Percent
70
60
50
40
30
20
10
0
59
41
40
kanak-kanak prasekolah melakukan kesilapan dalam aspek ruang antara huruf
manakala hanya 48 peratus menulis dengan ruang huruf yang betul. Pemerhatian
penyelidik menunjukkan kanak-kanak tidak dapat menganggarkan ruang yang sesuai
antara huruf. Terdapat kanak-kanak yang menulis huruf terlalu dekat sehingga
bertindih dan tidak dapat dibaca. Manakala ada yang menulis terlalu jauh
menyebabkan makna perkataan tidak jelas.
Rajah 4. 8: Contoh Tulisan dengan Kesilapan Ruang
Rajah 6 : Ruang Huruf
2e. Ruang Perkataan
Rajah 4. 9 : Ruang Antara Huruf
RUANGHUR
RUANGHUR
salah betul
Percent
60
50
40
30
20
10
0
RUANG HURUF
52.1
47.9
41
e. Ruang Antara Perkataan
Rajah 4. 10 menunjukkan 53% daripada kanak-kanak prasekolah menulis dengan
ruang antara perkataan yang betul dan 47% daripada kanak-kanak prasekolah
melakukan kesilapan dalam aspek ruang perkataan. Pemerhatian penyelidik
menunjukkan kanak-kanak tidak dapat menganggarkan ruang yang sesuai antara
perkataan. Kesilapan yang ketara ialah kanak-kanak menulis antara satu
perkataan dalam ayat terlalu rapat dan terlalu jauh. Terdapat kanak-kanak
yang langsung tidak meninggalkan ruang antara perkataan sehingga kelihatan
seperti sebaris huruf tanpa perkataan bermakna (Rajah 4.11).
Rajah 4.10 : Ruang Perkataan
RUANGPER
RUANGPER
salah betul
Percent
60
50
40
30
20
10
0
53
47
42
Rajah 4.11 : Contoh Tulisan tanpa Ruang yang jelas
f. Huruf Ascending
Rajah 4.12 menunjukkan 59 % daripada kanak-kanak prasekolah menulis huruf
ascending dengan betul dan 41% menulis dengan cara yang salah. Huruf b,
d, h adalah huruf ascending
Rajah 8 : Huruf ’ Ascending’
ASCEND
ASCEND
salah betul
Percent
70
60
50
40
30
20
10
0
59
41
43
Rajah 4.12 : Huruf Ascending
g. Huruf Descending
Rajah 4.13 menunjukkan 69.2 % daripada kanak-kanak prasekolah menulis huruf
descending dengan betul dan 30.8% menulis dengan cara yang salah. Huruf
g, j, dan y adalah contoh huruf descending.
Kanak-kanak tidak bagitu pasti tentang huruf-huruf ’ ascending’ dan
’ descending’ . Kanak-kanak cenderung untuk menulis huruf-huruf pada garis
yang sama tanpa menghirau huruf ascending dan descending.
DESCEND
DESCEND
salah betul
Percent
80
60
40
20
0
69.2
30.8
44
Rajah 4.13 : Huruf ” Descending’
h. Arah Pergerakan
Rajah 4. 14 menunjukkan 59.8% kanak-kanak menulis dengan arah yang betul
manakal 40.2 % menulis dengan arah pergerakan yang salah. Kesilapan yang
paling ketara ialah menulis ’ o’ dengan bergerak menentang arah pusingan jam.
Rajah 4.14 : Arah Pergerakan
i. Garis Condong (Diagonal)
Rajah 4.15 menunjukkan 74.4% daripada kanak-kanak prasekolah menulis huruf
diagonal dengan betul dan 25.6 % menulis dengan cara yang salah.
ARAH
ARAH
salah betul
Percent
70
60
50
40
30
20
10
0
40.2
59.8
45
Huruf diagonal seperti huruf x, k w, v ditulis dengan cara yang salah. Huruf
yang ditulis dengan tidak seimbang menjadikan huruf tidak kemas dan cantik.
Pertemuan antara dua garisan condong mesti tidak melebihi 2 mm (Deborah Marr,
Windsor & Sharon Cermak, Marr, Cermak, 2001)
j. Melintang
Rajah 4. 15: Huruf dengan Garis Condong
Rajah 4.16 menunjukkan 75.2 % daripada kanak-kanak prasekolah menulis huruf
melintang dengan betul dan 24.8 % menulis dengan cara yang salah. Huruf
seperti t. H, F, L dan T adalah contoh huruf melintang. Kanak-kanak menulis
huruf-huruf ini tanpa mengikut garis melintang yang bersesuaian dengan huruf.
Garisan melintang untuk ’ t’ dan ’ f’ ditulis tanpa menghirau panjang dan
kedudukan garisan. Garis melintang juga perlu ditulis supaya selari dengan
garisan sempadan bawah. Kanak-kanak prasekolah biasanya dilatih untuk menulis
di atas kertas kosong menyebabkan kanak-kanak sukar untuk membentuk huruf.
DIAGONAL
DIAGONAL
salah betul
Percent
80
60
40
20
0
26
74
46
Rajah 4. 16 : Huruf dengan Garisan
Lintang
k. Menegak
Rajah 4.17 menunjukkan 76.1 daripada kanak-kanak prasekolah menulis huruf
menegak dengan betul dan 23.9 % menulis dengan cara yang salah. Kanakkanak
didapati tidak menulis garisan menegak selari dengan garisan tepi
mungkin kerana kurang kematangan atau kurang bimbingan.
LINTANG
LINTANG
salah betul
Percent
80
60
40
20
0
75
24
TEGAK
TEGAK
salah betul
Percent
80
60
40
20
0
24
76
47
Rajah 4.17 : Huruf dengan Garisan Menegak
Rumusan Keseluruhan
Rajah 4.18 menunjukkan beberapa contoh tulisan kanak-kanak dalam kajian ini.
Hasil tulisan tidak dapat mempamerkan beberapa kesilapan seperti cara
pembentukan huruf namun kesalahan seperti saiz dan ruang dapat dilihat dengan
ketara.
48
Rajah 4.18 : Contoh Tulisan Responden dalam kajian
49
Jadual 4.7: Rumusan Jenis Kesilapan
Jenis kesilapan Betul Salah Ranking
Saiz 29.1 70.9 1
Titk kemasukan 41 59 2
Ruang huruf 47.9 52.1 3
Ruang perkataan 53 47 4
Ascending 59 41 5
Arah 59.8 40.2 6
Descending 69.2 30.8 7
Diagonal 74.4 25.6 8
Melintang 75.2 24.8 9
Menegak 76.1 23.9 10
Jadual 4.7 menunjukkan rumusan jenis kesilapan yang telah disusun secara
menurun. Saiz merupakan kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh kanak-kanak
prasekolah (70.9%) diikuti dengan titik kemasukan (59%) dan ruang antara huruf
(52%). Kesilapan lain yang dilakukan oleh kanak-kanak ialah ruang perkataan
(47%), Ascending (41%) dan arah (40%).
50
Jadual 4.8 : Kesilapan untuk Tangan Kiri
Jenis kesilapan Betul Salah
Saiz 1 11
Titk kemasukan 3 9
Ruang huruf 6 6
Ascending 6 6
Ruang perkataan 7 5
Arah 7 5
Descending 9 3
Diagonal 9 3
Melintang 9 3
Menegak 9 3
Dapatan ini juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan di antara kanak-kanak yang
menggunakan tangan kiri atau tangan kanan ketika menulis (Rujuk Jadual 4.8).
Seramai 11 orang kanak-kanak membuat kesilapan dalam saiz. Kesilapan dalam
saiz huruf tidaklah membimbangkan kerana kajian telah menunjukkan bahawa
keadaan ini boleh diperbaiki apabila kanak-kanak semakin matang dengan
meningkatnya umur kank-kanak (Lamme, L. L., & Farris, P. 1994).
51
Selain daripada kesilapan di atas, kanak-kanak juga cenderung membentuk huruf
yang tidak cukup sifat atau terlebih sifat huruf ’ r’ menjadi ’ n’ atau
’ n’ menjadi ’ h’
3. Kesan Kesilapan Teknik Menulis ke atas Tulisan
Jadual 4.9 menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang melakukan banyak
kesilapan, menulis dengan perlahan dan sangat perlahan. Sebaliknya kanak-kanak
yang menulis dengan teknik yang betul dapat menulis dengan kelajuan yang
sederhana hingga pantas. Analisis korelasi menunjukkan bahawa korelasi ini
adalah signifikan (r = - 0.5). Selain itu, dapatan juga menunjukkan kanakkanak
yang melakukan banyak keilapan menghasilkan tulisan yang buruk dan sukar
dibaca. Levine (1987) menegaskan jika cara kanak-kanak memegang pensil
dengan cengkaman yang kurang kemas menyebabkan pergerakan pensil menjadi
tidak licin.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kinestetik biasanya mencengkam pensil
dengan kuat dengan meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk dan jari hantu
ketika memegang alat tulis. Kanak-kanak begini tidak gemar menulis kerana
aktiviti ini menjadi pengalaman yang menyakitkan mereka. Contoh tulisan
kanak-kanak yang mencengkam dengan kuat (Rajah 4.19)
Rajah 4. 19 : Contoh Tulisan yang Mempunyai Kesilapan
Jadual 4.9 : Kesan Kesilapan ke atas Kelajuan
52
Spearman’ s r = - 0.53, p = 0
BAB 5
PERBINCANGAN
5.1 Bincang permasalahan kajian dengan dapatan data
Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak kesilapan
yang dilakukan oleh kanak-kanak prasekolah semasa menulis bermula dari
memegang alat tulis sehingga kepada menghasilkan perkataan dan ayat. Sepuluh
aspek kesilapan yang dibuat pemerhatian adalah paling asas dalam menulis
secara mekanis Cara memegang alat tulis dipandang remeh oleh kebanyakan guru
sehingga tiada pembetulan dibuat apabila kanak-kanak memegang pensil dengan
S * LAJU Crosstabulation
Count
0 1 9 15 25
0 0 0 1 1
0 1 1 1 3
0 0 0 1 1
0 2 0 0 2
4 4 6 3 17
2 9 5 1 17
2 14 7 1 24
3 14 5 1 23
2 1 1 0 4
13 46 34 24 117
.00
1.00
3.00
4.00
5.00
6.00
7.00
8.00
9.00
10.00
S
Total
pantas sederhana perlahan
sangat
perlahan
LAJU
Total
53
cara yang agak ganjil dan tidak sesuai.. Guru perlu berada dalam posisi yang
sama dengan kanak-kanak ketika mendemonstrasi cara membentuk huruf bukan
seperti yang berlaku sekarang, iaitu guru menulis di papan tulis dan kanakkanak
menulis di buku.
Kebimbangan timbul kerana jika tanda-tanda yang terdapat pada kanak-kanak
diabaikan atau tidak diberi perhatian wajar, kemungkinan masalah akan menjadi
rumit. Tanda-tanda yang berlarutan akan menyebabkan kanak-kanak mungkin
mengidap dysgraphia (severe problem with handwriting/ handwriting illness).
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan
dalam menulis. Kajian lalu menunjukkan terdapat dua faktor utama yang
menyumbang kepada masalah menulis di kalangan kanak-kanak, iaitu faktor
dalaman dan faktor luaran. Contoh faktor luaran ialah prosedur pengajaran
dan bahan yang digunakan untuk menulis (Carlson & Cunningham, 1990). Faktor
dalaman pula lahir dalam diri kanak-kanak sendiri, contoh kemahiran motor
visual dan persepsi visual kanak-kanak, kesedaran kinestetik, keupayaan
merancang pergerakan motor yang baru (Berninger & Rutberg, 1992; Case-Smith &
Pehoski, 1992). Mengikut Stout (1998) perkembangan motor halus berkembang agak
perlahan berbanding motor kasar dan budak lelaki mengalami perkembangan motor
halus yang lebih perlahan daripada budak perempuan. Faktor kognisi seperti
perhatian, tumpuan, memori dan kesediaan juga sering dibincangkan oleh
penulis, boleh mempengaruhi kebolehan menulis ( Moore & Law, 1990)
Kanak-kanak mungkin tidak diberi panduan yang betul atau kurang
bimbingan atau kurang penekanan diberi kepada aspek menulis. Guru kurang
perihatin kepada setiap orang kanak-kanak ketika menulis menyebabkan
kesilapan-kesilapan yang dilakukan berterusan dan menjadi tabiat yang kurang
baik kepada kanak-kanak. Tulisan kanak-kanak lelaki lebih teruk berbanding
kanak-kanak perempuan. Pembentukan huruf yang tidak sempurna menyebabkan
tulisan kanak-kanak bukan sahaja buruk tetapi juga sukar dibaca. Kemahiran
54
menulis secara mekanis memerlukan pendekatan pengajaran yang sistematik kerana
pendekatan pengajaran yang sistematik bukan sahaja memudahkan pengajaran
tetapi juga memudahkan pembelajaran. Kanak-kanak yang diajar menulis dengan
cara yang betul akan merasa selesa dan seronok untuk menulis. Kanak-kanak
tidak sepatutnya dibiarkan mengekalkan tabiat yang tidak baik ketika menulis
sehingga mereka meningkat dewasa. Intervensi pada peringkat awal membantu
mengatasi masalah itu daripada berlarutan
Maklumat daripada kajian boleh memberi input berkesan kepada pendidik dan
Bahagian Pendidikan Guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran menulis
secara berkesan pada peringkat pra sekolah khususnya.
5.2 Implikasi Dapatan
Penguasaan kemahiran menulis tidak sempurna di kalangan kanak-kanak yang
mengikuti prasekolah mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut.
Guru pelatih prasekolah perlu diberi pendedahan untuk mengajar menulis dengan
kaedah yang betul dan sistematik.
Kurikulum prasekolah juga perlu lebih spesifik dan menjurus kepada kemahiran
menulis kerana aspek ini sering diabaikan berbanding kemahiran membaca dan
mengira.
Salah satu komponen dalam program transisi pada Tahun Satu perlu menumpukan
kepada kemahiran menulis secara mekanis supaya murid dapat menguasai
kemahiran ini sebelum pengajaran sepenuhnya dijalankan.
5.3 Cadangan dan Tajuk kajian Masa Depan
Berikut diberikan beberapa cadangan untuk memperluaskan dan memperdalamkan
lagi penyelidikan ini:
55
a. Kajian perlu diperluaskan ke peringkat negeri dan negara dan dijalankan
secara skala besar pada pelbagai peringkat kanak-kanak di sekolah
rendah.
b. Kajian perlu dijalankan kepada kumpulan lain selain daripada kanak-kanak
sekolah rendah.
Bibliografi
Berninger, V., Yates, C., Cartwright, A., Rutberg, J., Remy, E., &
Abbott, R. (1992). Lower-level developmental skills in beginning
writing. Reading and Writing: An Interdisciplinary Journal, 4, 257-280.
Carlson, Kathy, & Cunningham, Jo Lynn. (1990). Effect of pencil diameter
on the graphomotor skill of preschoolers. Early Childhood Research
Quarterly, 5(2), 279-293.
Case-Smith, Jane, & Pehoski, Charlane (Eds.). (1992). Development of
hand skills in the child. Bethesda, MD: American Occupational Therapy
Association.
Deborah Marr, Mary-Margaret Windsor, & Sharon Cermak, Handwriting
Readiness: Locatives and Visuomotor Skills in the Kindergarten. Year
Spring 2001
Volume 3 Number 1
Levine, M.D. (1987). Developmental Variation and Learning Disorders.
Educators Publishing Service, Inc.: Cambridge, Massachusetts.
Levine, M.D. (1994). Educational Care: A System for Understanding and
Helping Children with Learning Problems at Home and in School. Educators
Publishing Service, Inc.: Cambridge, Massachusetts.
Lucas, F (1980) translated in Osley, Scribes and Sources, Godine, Boston
Lamme, L. L., & Farris, P. (1994). Authentic assessment of children's
handwriting.
56
Moore, V, & Law, J.. (1990). Copying ability of preschool children with
delayed language development. Developmental Medicine and Child
Neurology, 32(3), 249-257.
Sassoon, R (1983) The Practical Guide to Children’ s Handwriting,
Thames and Hudson Great Britain
Sassoon, R (1990) Handwriting; The Way to Teach It, Stanley Thornes,
Cheltenham
Kathryn L. Stout. (1998) How to Teach Handwriting
http: // www.designastudy.com/teaching/tips-1198.html
Tseng, Mei Hui, & Cermak, Sharon. (1991). The evaluation of handwriting
in children. Sensory Integration Quarterly, 19(4), 1-6.
Ziviani, J (1983) Qualitative Change in Dynamic Tripod Grip Between
Seven and Fourteen Years Old, Developmental Medicine and Child
Nuerology, 25, 778-782.

1 comment:

gOnnA Be mEE.. said...

salam..ade x ape2 cdgn aktiviti yg boleh dilakukan untuk peringkat mekanis?