terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, October 31, 2008

renang pengenalan

1.0 PENGENALAN




Photobucket







1.0 PENGENALAN
Kita di Malaysia berasa amat bertuah kerana negara kita ditimbuni pokok kayu-kayan serta tumbuhan rumpun rumpai yang hijau segar dengan curahan air hujan yang sangat lebat. Juga, di sana sini dalam negara kita terdapat sungai-sungai besar atau kecil dan tasik. Di kawasan pedalaman pula terdapat aliran air terjun dan di kawasan sempadan pula, Malaysia dipagari pantai dan air laut. Kebanyakan bandar dan pekan kita terbina di muara atau di kuala sungai, manakala kebanyakan kampung kita pula terbina di tepi atau di sepanjang sungai. Justeru itu, kesemua rakyat Malaysia seharusnya pandai berenang, tetapi malangnya lebih daripada separuhnya tidak boleh berenang langsung.


Adalah dianggarkan kurang daripada separuh rakyat Malaysia yang dikatakan boleh berenang, tetapi sebilangan besar daripadanya hanya boleh berenang “ala kampung”. Disebabkan teknik renang “ala kampung” ini didapati kurang efektif dan tidak saintifik, maka kebanyakan perenang biasanya mudah dan cepat letih dan lesu sebaik sahaja mereka kurang upaya atau hilang tenaga. Akibatnya ramai perenang akan kecundang dan lemas di dalam air kerana mereka tidak lagi mampu berdaya tahan untuk terus berenang ke darat. Hal demikian ini kerana mereka belajar renang dengan cara tersendiri tanpa bantuan jurulatih yang terlatih dan lagi mahir berenang.






Kini, kebanyakan bandar-bandar besar di Malaysia mempunyai kolam renang awam untuk kegunaan rakyat jelata. Selain itu, kelab-kelab golf dan resort juga mempunyai kolam renang untuk ahli kelab serta keluarganya bermandi manda atau beriadah. Juga terdapat sesetengah sekolah dan institusi pengajian tinggi yang mempunyai kolam renangnya sendiri. Oleh itu, sekali lagi penulis ingin menegaskan bahawa rakyat Malaysia tidak mempunyai alasan lagi tidak boleh berenang. Peluang untuk belajar renang sememangnya terbuka dengan luas dan kita sewajarnya menggunakan peluang ini sepenuhnya bagi menggalakkan semua orang dan golongan sama ada lelaki ataupun perempuan, tua ataupun muda, dan miskin ataupun kaya supaya mereka pandai berenang dengan teknik yang efektif dan saintifik.
dipetik daripada:
http://www.esmartguy.com

No comments: