terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, October 31, 2008

keselamatan renang

2.0 KESELAMATAN KELAS DAN PROSEDUR KECEMASAN


Photobucket

2.0 KESELAMATAN KELAS DAN PROSEDUR KECEMASAN
2.1 KESELAMATAN KELAS
Keselamatan pelajar dalam kelas hendahlah diutamakan oleh guru setiap masa. Dalam proses mengajar pelajar sama ada dibyar atau sukarela guru adalah sentiasa bertanggungjawab keatas keselamatan dalam kumpulan. Mereka dikatakan seperti “inlokoparentis” (sebagai penjaga atau ibu bapa).
Disesetengah lokasi berenang, sokongan keselamatan tambahan mungkin disediakan, seperti atenden kolam renang yang berkelayakan atau pengawal keselamatan. Tanpa bantuan sokongan, tanggungjawab kepada keselamatan dalam kumpulan akan jatuh kepada guru-guru renang. Oleh sebab itu, asasnya guru perlu membangunkan pelan kecemasan dan perlu betul-betul mahir dalam prosedur keselamatan, menyelamat dan mengikuti prosedur- prosedur tersebut. Majariti kompleks kolam renang yang dibina, menyedikan prosedur kecemasan. Guru yang menggunakan kola mini mestilah membiasakan diri mereka dengan prosedur kecemasan yang ditetapkan dikolam renang itu.
Antara keselamatan yang diringkaskan perlu dituruti adalah:
• Berhati – hatilah akan ketrampilan berenang anda di lingkungan kolam setiap waktu.
• Meskipun anda berenang di kolam pribadi atau umum, ingatlah untuk berhati – hati .
• Perenang – perenang yang baru harus di jaga oleh orang dewasa yang mempunyai penggunanan alat keselamatan dan prosedur darurat. Ingatlah bahwa nyawa manusia itu berharga.
• Tidak boleh berenang setelah makan.
• Pemanasan badan sebelum anda berenang untuk mencegah kekejangan.
• Mengetahui ketrampilan berenang, dan mengetahui apa yang pantas anda lakukan dan tidak pantas anda lakukan, jangan ambil resiko di sekitar tempat latihan untuk menghindari kecelakaan.
• Belajar untuk mengapung dan santai di dalam air.
• Jika anda baru saja belajar berenang, sebaiknya belajar di tempat yang cetek.
• Jangan pernah berenang sendiri walaupun anda seorang perenang yang baik. Lebih baik berenang dengan seorang pengawal kolam sedang bertugas.
• Jika anda sedang bertugas mengawasi anak – anak yang berenang, jangan sekali – kali melepaskan pandangan anda dari kolam. Mereka dapat tenggalam dengan cepat.
• Orang yang kurang mahir berenang, tidak boleh bermain rakit atau bermain ski air tanpa baju pelampung yang sempurna.
• Jika anda mendapatkan kekejangan di lengan tangan, betis dan telapak kaki ketika berenang, segera berhenti dan meregangkan otot diluar kolam.
• Jika kamu merasakan kekejangan ketika berenang, segera berubah arah tujuan untuk ketepi.
• Jangan berenang pada malam hari di laut, sungai, danau, kali atau kolam yang kurang pencahayaan.
• Meminta bantuan manakala jika mendapatkan kesulitan dengan berteriak dan melambaikan tanganmu.
• Jangan berenang dibawah dengan membawa papan selancar atau papan penyelam karena dapat melukai perenang lainnya jika bertaburan.
• Jangan berlari ditepi kolam, kamu akan tergelincir dan mendapatkan luka atau jatuh.
• Jangan melompat ke kolam tanpa memperhatikan apakah ada orang lain dibawah.
• Jangan berenang pada saat gelap kecuali jika ada pencahayaan yang cukup baik.
• Pastikan kolam tempat latihan anda tersedia alat pengapungan dan peralatan penolong.
• Hindari anak – anak bermain dengan pesta pora dikolam yang dalam tanpa diawasi.
• Angkatlah anak – anak kecil keluar dari kolam jika ada telepon berbunyi atau jika kamu harus melaksanakan beberapa tugas ringkas.
• Jika ada seorang anak yang hilang carilah dikolam pertama kali untuk menyelamatkannya.
dipetik daripada:
laman web rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia http://www.jpsm.gov.com.my
http://www.akademi-renang.com
Bernard Edmonds (2001). Teaching Swimming And Water Safety. States of Amarica: Human Kinatics (m/s18)

Photobucket




2.1.1 PEMBANGUNAN DAN PELAN KECEMASAN
Satu daripada tugasan pertama dalam membangunkan prosedur kecemasan adalah penubuhan senarai semak persekitaran akuatik. Pembangunan senarai semak akan menunjukkan alat-alat kemudahan yang perlu untuk memastikan kelicinan dan pergerakan berkesan terhadap pelan kecemasan. Guru-gur renang perllulah teliti terhadap prosedur kecemasan dan mengekalkan senarai semak yang dikemaskini, maklumat asas, di mana sepatutnya dipaparkan secara tetap dalam kawasan aktiviti renang.
dipetik daripada:
Bernard Edmonds (2001). Teaching Swimming And Water Safety. States of Amarica: Human Kinatics (m/s19)















2.1.2 SENARAI SEMAK KECEMASAN
1) Terletak berhampiran telefon - mestilah sentiasa aktif atau boleh di gunakan.
2) Nombor telefon dan tempat mestilah berhampiran ambulans.
3) Tempat dan nombor telefon mestilah berhampiran pembantu perubatan]
4) Tempat untuk peralatan pertolongan cemas
- Mesti senang untuk diperolehi
- Sentiasa dalam keadaan terbuka
- Selalu di simpan
5) Nama untuk kakitangan pertolongan cemas mestilah setempat.
6) Gunakan petunjuk kecemasan.
- Loceng
- Wisel
- Siren
7) Ucapan prosedur keselamatan mestilah dilakukan
- Reaksi kecemasan
- Mengikuti prosedur
dipetik daripada:
Bernard Edmonds (2001). Teaching Swimming And Water Safety. States of Amarica: Human Kinatics (m/s21)









*contoh borang senarai semak renang





















dipetik daripada:
Bernard Edmonds (2001). Teaching Swimming And Water Safety. States of Amarica: Human Kinatics (m/s20)
2.2 PROSEDUR KECEMASAN
2.2.1 TINDAKAN YANG DIAMBIL KETIKA BERLAKU KECEMASAN























2.2.2 BANTUAN KECEMASAN
2.2.2.1 Pemulihan Pernafasan Jantung (CPR)
Anda perlu bertindak segera untuk menolong seseorang yang kelihatannya telah terhenti pernafasannya atau nadinya tidak lagi berdenyut. Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti:
A.Baringkan mangsa secara terlentang






1. Tentukan keadaan mangsa
– Gerakkantubuhnya perlahan-lahan dan tanyakan keadaannya.
• Dapatkan bantuan dengan menjerit untuk pertolongan dan hubungi 995 bagi ambulan.
• Baringkan mangsa secara terlentang di atas permukaan yang rata dan keras dan pada masa yang sama gerakkan kepala dan badannya serentak.
2. Buka mulutnya dengan mendongakkan kepala dan mengangkat dagu ke atas.
3. Dongakkan kepala untuk membukalaluan udara. Keluarkan benda-benda di dalam mulut dan kerongkong jika ada.


B. Periksa sama ada mangsa bernafas







4. Letakkan muka anda dekat mulut mangsa dan perhatikan dadanya; lihat, dengar dan rasa selama 10 saat kalau-kalau ada tanda pernafasan.
5. Sekiranya tiada tanda pernafasan,lakukan cara pemulihan pernafasan dari mulut-ke-mulut.
• Pastikan laluan udara terbuka. Picit hidungnya dan hembuskan nafas dua kali ke dalam paru-parunya. Dada mangsa harus naik dengan setiap hembusan nafas.








C. Lakukan cara pemulihan pernafasan dari mulut-ke-mulut






6. Selanjutnya, periksa denyutan nadinya di bahagian karatid (kawasan leher) selama 10 saat.
• Jika ada denyutan, lakukan hembusan nafas mulut-ke-mulut pada kadar 12 kali se minit sehingga pernafasan mangsa pulih.
• Jika tiada denyutan nadi, mulakan Pemulihan Pernafasan Jantung dengan segera dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut (langkah #7 ke #10).















7. Sekiranya tiada denyutan nadi, lakukan tekanan dada dari luar seperti berikut:
• Tekan dengan telapak tangan anda di bahagian bawah tulang dada, elakkan jari daripada menekan tulang rusuk. Letakkan tangan yang satu lagi di atas tangan ini.
• Luruskan tangan anda dan tekan ke bawah se dalam 4 hingga 5 sentimeter dan kemudian lepaskan. Lakukan 15 tekanan dalam masa 10 saat. Usah angkat tangan anda dari dada si mangsa sepanjang anda melakukan ini.
8. Dongakkan kepala untuk membuka laluan udara. Picit hidung mangsa dan berikan 2 hembusan nafas mulut-ke-mulut.
9. Teruskan dengan melakukan 15 tekanan diikuti dengan 2 hembusan nafas penuh,dan periksa jika ada denyutan nadi selepas minit pertama dan selepas 5 minit kemudian.



Hentikan tekanan dengan segera apabila nadinya mula berdenyut dan periksa jika mangsa mula bernafas







10. Sejurus nadinya pulih, hentikantekanan dengan segera dan periksa jika mangsa mula bernafas. Sekiranya masih tiada pernafasan, ikuti dengan pemulihan pernafasan mulut-ke-mulut sehingga pernafasannya pulih kembali.

dipetik daripada:
Projek Pembangunan Masyarakat. Pasukan Pertahanan Awan Singapura (JPA3). Buku Panduan Kecemasan Edisi 2005.











2.2.3 TINDAKAN SELEPAS KECEMASAN
Guru-guru hendaklah tahu dengan tindakan yang diperlukan oleh pengelola kelas mereka atau majika dengan segera sekiranya berlaku satu kemalangan. Ini boleh melibatkan penyediaan maklumat kepada orang-orang tertentu atau kumpulan-kumpulan:


• pengurus kolam renang
• majlis tempatan
• pengetua sekolah
• pejabat negeri atau daerah
• jabatan pendidikan
Dalam semua kes, laporan lengkap sesuatu kemalangan hendaklah dilengkapkan dan ditandatangani oleh saksi yang jujur (bagi mereka yang terlibat secara langsung). Maklumat tentang masa dan tindakan-tindakan yang diambil adalah sangat penting. Ingat! Tindakan yang diambil mengambil masa bertahun-tahun untuk dibawa ke mahkamah. Ianya akan menjadi sangat susah kepada guru-guru untuk mengingat kembali apa yang berlaku apa yang berlaku pada tahun-tahun terdahulu.

No comments: