terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, October 31, 2008

refleksi

REFLEKSI
























REFLEKSI

Melalui kerja khusus ini, kami telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan dan pengetahuan. Dengan kata lain, tugasan ini telah memantapkan pemahaman kami dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini. Kami dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis sekaligus dapat menyelesaikan semua masalah yang wujud dalam kehidupan seharian tanpa melalui banyak masalah. Kami telah membuat dan mencari bahan rujukan di Perpustakaan Institut Perguruan Kota Bharu. Kami juga mencari bahan rujukan di Perpustakaan Negeri Kelantan. Selain itu , kami juga mencari info tentang tugasan yang diterima iaitu keselamatan kelas dan prosedur kecemasan melalui internet. Ini semua telah memudahkan kami untuk menyempurnakan tugasan ini.

Walaupun begitu, kami tidak dapat lari daripada masalah. Kami menghadapi sedikit masalah pada permulaan tugasan ini.Kami agak tidak faham akan cara – cara untuk melakukan tugasan ini. Hal ini telah menyukarkan kami. Syukurlah kami mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan tidak mementingkan diri. Mereka banyak membantu kami dalam proses menyudahkan kerja khusus ini. Kami juga berasa untung kerana pensyarah kami sudi menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana unutuk menyiapkan tugasan ini terutama dalam bahagian binaan teks. Ramai pelajar keliru dengan pembahgian tajuk kerana pada hari pembahagian ramai yang tidak hadir ke kelas. Walaubagaimanapun, setelah mendapat penerangan yang mendalam daripada pensyarah, kami semua dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik dan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Selain ini setiap orang diberi tajuk yang terdapat di dalam proformal dan majoriti setiap kumpulan menggunakan buku panduan renang yang diedarkan setiap orang.


Sedikit masalah lain telah menghantui kami semasa menyiapkan kerja khusus ini. Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat kami tetapi membuatkan kami semakin bersemangat dan bersungguh–sungguh untuk melakukan tugasan ini. Selain daripada masalah ini, kami berasa lega kerana tidak menghadapi masalah–masalah lain yang lebih berat lagi.

Kami berasa amat berpuas hati kerana mampu menyiapkan kerja khusus yang mencabar ini dengan sempurna. Kami berharap akan mendapat tugasan seperti ini lagi di masa akan datang kerana tugasan seperti ini banyak membantu kami untuk meningkatkan lagi kefahaman kami dalam subjek renang. Sesiapa yang tidak menyiapkan tugasan patut berasa rugi kerana tidak mendapat pelbagai faedah untuk diri mereka sendiri. Dengan pengalaman dan ilmu yang diperolehi hasil daripada tugasan ini , kami dan rakan-rakan yang lain kami akan sedaya upaya mengamalkan konsep-konsep kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis apabila menjalankan khidmat sebagai guru yang petah berkata-kata bagaikan pemidato yang tiada tolok bandingnya suatu hari nanti. Insyaallah.
































LAMPIRAN

No comments: