terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Thursday, April 4, 2013

peraturan KOAM 182 by Mohd Nor Izwan B Sulaiman Sk Kuala Atok


PERATURAN  KOAM 182
Pertandingan
1.    Peserta hendaklah melakukan lonjakan sebelah kaki.
2.    Seorang peserta itu gagal sekiranya ;
·        Selepas sesuatu lompatan palang jatuh dari tiangnya akibat aksi peserta itu sendiri semasa melompat atau peserta itu menyentuh bumi termasuk tempat mendarat melebihi satah mencancang dan samada di luar atau diantara tiang dengan mana-mana bahagian tiangnya, sebelum melepasi palang. Walaubagaimanapun sewaktu melompat , jika peserta itu menyentuh tempat mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim tidak akan member kelebihan kepadanya maka atas sebab ini , lompatan tersebut tidaklah dianggap batal
.

Landas lari dan kawasan lonjak
3.    Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali mengikut peraturan  diatas yang jarak minimunnya ialah 20m. jika keadaan mengizinkan jarak minimum ini sepatutnya 25m.
4.    Kecerunan maksimum pada 15m terakhir landasan lari dan kawasan lonjakberbentuk separa  bulatan yang kawasannya terletak ditengah-tengah diantara tiang dan berjejari minimum seperti yang dinyatakan dalam peraturan  182.3 itu tidak melebihi 1: 250. Kawasan mendarat mesti ditempatkan supaya kemaraan atlet kearah kecerunan menurun.
5.    Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah peraturan 182.4 dan manual trek dan padang IAAF.
  
   Alat- alat

6.    Tiang. Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan tegap. Kedua-duanya mestilah mempunyai sangga untuk menopang palang dengan mantap.Tiang metilah cukup tinggi sekurng-kurangnya  melebihi 10cm daripada paras sebenar palang patut dinaikkan. Jarak antara tiang tidak kurang 4m dan tidak lebih 4.04m.
7.    Tiang tersebut tidak boleh dianjak semasa acara berlangsung . melainkan refri merasakan ada landas lari tidak sesuai . jika ini berlaku perubahan boleh dilakukan selepas selesai satu pusingan.
8.    Sangga palang hendaklah berbentuk rata dan empat segi bujur ,4cm x 6cm. semasa lompatan kedudukan sangga hendaklah menghala ke dalam. Hujung palang akan diletakkan diatasnya supaya palang mudah jatuh bila disentuh oleh peserta. Sangga tidak boleh dibalut dengan getah atau dengan sebarang bahan lain yanag akan meningkatkan kesan geseranya dengan palang atau tidak boleh jua dipasang dengan apa jua spring. Sangga hendaklah sama tinggi diatas kawasan lonjak betul-betul dibawah setiap hujung palang.
9.    Hendaklah ada ruang di antara hujung palang dengan banagsekurang-kurangnya satu cm.
Kawasan mendarat 

10. Kawasan mendarat hendaklah berukuran sekurang-kurangnya tidak kurang daripada 5mx 3m. bagi pertandingan mengikut peraturan 1 disarankan bahawa kawasan mendarat tidak kecil dari
6m x 4m x 0.7m.

Peringatan ;     tiang dan kawasan mendarat hendaklah dibuat sedemikian rupa supaya ada ruang di       antaranya skurang-kurangnya 10cm bagi mengelakkan palang jatuh jika keduanya bersentuhan.

No comments: