terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, December 28, 2012

pada 27 disember 2012 papa dan mama ke klinik

pada 27 haribulan disember papa dan mama telah pergi ke klinik Mutiara di Raub. Papa dan mama buat scan di klinik tersebut. Perasaan gembira terbit di hati papa bila doktor mengatakan jantung baby dah nampak, kandungan mama berusia lima minggu. Papa merasakan keseronokkan menjadi bapa. pada masa kini papa kena jaga mama sebaiknya. Mama cepat pening, kalau naik kereta tak boleh laju langsung hanya 60kmj jer boleh. Bayangkan dari Lembah Klau ke Raub dengan kelajuan itu wah susah papa nak tekan minyak. Malam tu papa nak buat daging bakar untuk mama. daging bakar yang papa buat nampaknya gagal kerana kurang kepakaran. dari tempat bakar hadiah papa dan mama dapat terus ke oven yang papa dapat dari kawan2 papa. Tetapi hasilnya gagal juga kerana susah betul nak buat daging bakar neh. Hasilnya bau memang enak tetapi masinnya jangan cakap. Mama makan jugak dan kata sedap walaupun sedikit. Tetapi papa kena tunjuk macho dengan menghabiskan daging yang papa masak tu walaupun masin. tetapi baby bernasib baik sebab auncle wadi cakap dia nak masakkan daging bakar untuk baby pada malam esok. malam esok mama dan papa ke rumah uncle fitri dimana kawan2 papa ada di sana menonton maharaja lawak 2013. Papa mama uncle fitri,wadi,bulat,hafez, sagat semua ada kat rumah tu makan nasik lemak rendang ayam dan daging bakar. Mama gembira dapat makan disitu bersama semua kawan2 papa. Selesai makan malam papa dan mama balik semula ke Lembah Klau mama macam biasa pening naik kereta malam tu mama tidur dalam kereta papa bawak kereta terus ke rumah sewa kita di lembah klau milik mak ngah Ros. Baby jangan nakal2 dalam kandungan mama k. kesian mama asyik pening2 dan tidur jer penat dan pening. Harap apabila baby papa dan mama lahir jangan nakal2 dan jadi anak yang soleh dan solehah k. kesian papa dan mama yang tunggu kehadiran baby. untuk pengetahuan babay papa dah buat tabung untuk babay k hari2 papa menabung duit syiling untuk babay supaya baby lahir nanti papa boleh buat akaun bank untuk baby k. Papa hari2 pegang perut mama dan cakap dengan baby, babay ingat tak? baby jangan nakal2 k.

No comments: