terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, November 5, 2012

kes bunuh dan rogol di bentong. apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang seperti anjing dan babi

Bentong turut terima tempias WARTAWAN SINAR HARIAN 2 September 2012 BENTONG – Kedudukan daerah ini yang begitu hampir dengan Kuala Lumpur dapat memacu lebih banyak pembangunan untuk dinikmati penduduk setempat. Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, antara projek pembangunan sedang dilaksanakan ialah Central Spain Road (CSR) yang menghubungkan Gua Musang ke Simpang Pelangai melalui beberapa kawasan di dalam daerah ini. Menurutnya, projek itu dijangka mampu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi penduduk setempat kerana Bentong menjadi laluan penting untuk ke Pantai Timur. “Selari dengan perkembangan itu, kemudahan infrastruktur di daerah ini juga ditambah baik dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, kemudahan hospital. “Hospital Bentong yang kini sedang dinaikkan taraf dijangka dapat memberikan perkhidmatan lebih baik kepada penduduk setempat dan berhampiran,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Penduduk di Kampung Baru, dekat sini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Datuk Dr Ng Keong Chye serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru, Esa Abu Bakar. Tiong Lai berkata, dalam masa sama, terdapat perancangan untuk melaksanakan projek pembangunan hospital pakar berhampiran Kampung Chinta Manis, dekat sini. Menurutnya, ia bakal menjadi hospital tumpuan untuk memudahkan penduduk mendapatkan khidmat pakar dalam pelbagai bidang perubatan. “Perancangan rapi sudah tersedia untuk memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan khusus untuk dimanfaatkan penduduk setempat. “Justeru, sokongan dan komitmen penduduk amat diharapkan untuk turut terbabit dalam arus pembangunan dengan mengambil peluang memajukan diri terutama dalam bidang perniagaan atau perusahaan produk tempatan,” katanya.

No comments: