terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Wednesday, August 4, 2010

guru oh guru

  Apalah nasib menjadi guru dewasa kini.  Anak murid semakin berani menentang guru.  Dah tak ada lagi anak murid yang takut akan gurunya.  Tidakkah terancamnyawa seorang guru jika ada diantara anak muridnya yang ingin mencederakannya.  Adakah jalan penyelesaian ke atas masalah seumpama ini.  Dimanakah penyelesaiannya??



  Adakah perlunya seoarang guru mempunyai tali pinggang hitam dalam teakwando, adakah perlu seorang guru mempelajari silat, adakah guru perlu membawa pistol ke sekolah, Apalah nasibmu seorang guru. 16 mei 2010 telah lepas, segala pahiut manis guru se Malaysia dikongsi, tapi apakan daya kita hanya mampu melihat tanpa mampu mengubahnya.

  Adakah kita hanya mampu berdiam diri, adakah kita sebagai rakyat Malaysia mempertahankan anak kita agar anak kita menjadi yang terbaik.  Kita semua mahu anak kita berjaya sampai ke menara gading tetapi kita kerap menyalahkan guru jika guru mengambil tindakan kepada anak kita.

  Pernahkah anda mendengar startegi/ teknik seperti Belajar Cara Belajar, Pembelajaran Akses Kendiri (PAK), TKP (Teori Kecergasan Pelbagai), KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis), KONKSTEKTUAL, KMD (Kajian Masa Depan), KONSTRUKTIVISME, MASTERI. Sebagai seorang guru kita perlu melihat kembali kepada diri kita adakah kita mengenali elemen2 ini. pada bulan ini KSSR juga diperkenalkan (try seacrh kat internet bagi KSSR).
  PAda zaman dulu kita hanya mengajar nak petani, anak pelombong, anak tukang toreh getah dan pada masa kini kita tidak lagi mengajar orang seumpama itu, kemungkinan ibu bapa pelajar kita lebih berjaya dari kita ada yang menjadi usahawan, doktor, arkitek, pilot dan sebagainya, jadi haruslah kita mennguasai pelbagai aspek pendidikan  bagi mengelakkan perkara seumpama ini berlaku dalam hidup kita, sama-samalah kita berusaha membanteras gejala seumpama ini kembali berulang.

No comments: