terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, October 12, 2009

kemahiran menulis

KEMAHIRAN MENULIS
Pengenalan

Kemahiran Menulis merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid.
Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat
keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu
dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran
yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan
pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama,
mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan
mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu
proses pengajaran-pembelajaran.
Sehubungan dengan ini, semasa mengikuti program Latihan
Mengajar, guru pelatih dikehendaki merancang pengajaran lebih
awal, selaras dengan Sukatan Pelajaran. Rancangan pengajaran
yang terlibat merangkumi rancangan kerja bagi tempoh latihan
mengajar, rancangan kerja mingguan dan rancangan kerja harian.
Kesemua rancangan pengajaran tersebut hendaklah ditulis dalam
Buku Persediaan Mengajar Fakulti Pendidikan UTM, mengikut
format yang telah ditetapkan. Di samping menulis rancangan
pengajaran, guru pelatih dikehendaki melengkapkan maklumat
mengenai kelas yang diajar (iaitu, nama pelajar), soalan-soalan
penilaian yang dibuat beserta dengan skema pemarkahan
(lampirkan), markah penilaian, senarai nama buku teks dan buku
rujukan yang digunakan, dan sebagainya. [Perhatian: Kegagalan
guru pelatih menulis semua maklumat mengenai pengajarannya,
akan diberi markah sifar (0), semasa penyeliaan].












3.1 Kepentingan Penulisan Rancangan Pengajaran
Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan bagi
setiap orang guru, terutamanya guru pelatih. Melalui (penulisan)
persediaan yang terancang, guru pelatih akan dapat:
i. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar
ke dalam bilik darjah / makmal / bengkel.
ii. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran: Objektif,
pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan / bahan bantu
mengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedah
penyampaian yang berkesan, aktiviti guru-murid, penilaian,
penutup, tugasan pengukuhan, dan sebagainya.
iii. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada
perkara / aspek yang perlu diajar (sebagaimana yang disarankan
dalam Sukatan Pelajaran).
iv. Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu
digunakan untuk mennyampaikan sesuatu isi pelajaran.
v. Merancang serta menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu
murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan
ke arah yang dikehendaki.
vi. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi
yang lebih tersusun dan bersistem.
vii. Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu
yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat
dicapai dengan berkesan.
viii.Membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara
menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran
serta menilai pembelajaran murid.
ix. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di
mana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu dengan
lain, secara jelas.
x. Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik
dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau
fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid semasa
diluar bilik darjah.
xi. Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang
dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan
(refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arah
mengatasi sebarang kelemahan.


3.2 Rancangan Persediaan Mengajar
Terdapat tiga jenis perancangan yang perlu dibuat oleh guru pelatih
semasa mengikuti program latihan mengajar: Rancangan kerja bagi
tempoh latihan mengajar, rancangan kerja mingguan, dan rancangan
pengajaran harian.
3.2.1 Rancangan Pengajaran Bagi Tempoh Latihan Mengajar
Guru pelatih perlu menyediakan rancangan skim kerja untuk 6 (atau
12) minggu pengajaran, dalam tempoh latihan mengajar. Dalam
ruangan rancangan skim kerja, guru pelatih perlu menulis nama
mata pelajaran yang diajar, tajuk besar dan sub tajuk yang akan
dilibatkan dalam tempoh latihan mengajar, dan menganggarkan
bilangan minggu yang diperlukan (dengan menyatakan tarikh) bagi
mengajar setiap tajuk.
Rancangan skim kerja yang dibuat perlu mengambilkira semua cuti
umum, aktiviti atau takwim sekolah, peperiksaan, dan lain-lain
faktor yang terlibat dalam proses pengajaran-pembelajaran.
Lampirkan bersama Sukatan Pelajaran bagi tajuk-tajuk yang terlibat
dalam tempoh Latihan Mengajar tersebut.
3.2.2 Rancangan Kerja Mingguan
Rancangan skim kerja untuk tempoh latihan mengajar perlu
diperincikan untuk pengajaran satu minggu. Semasa membuat
perancangan kerja mingguan, guru pelatih perlu menyatakan segala
peralatan untuk setiap pengajaran. Rancangan kerja mingguan
hendaklah ditulis sebelum bermulanya sesuatu minggu pengajaran.
3.2.3 Rancangan Kerja Harian / Persediaan Mengajar
Berdasarkan rancangan kerja mingguan, guru perlu menyediakan
rancangan kerja harian, yang juga dikenali sebagai Persediaan
Mengajar. Rancangan kerja harian merupakan susunan
perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru,
dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam proses
penyampaian sesuatu unit pelajaran. Ringkasnya, persediaan
mengajar merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan
oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam
penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi
tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti gurumurid
yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang
mudah dicerap.
Persediaan mengajar hendaklah dibuat berdasarkan Sukatan
Pelajaran, dengan cara mengubahsuaikannya kepada unit pengajaran.
Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru pelatih perlu memikirkan
perkara berikut:
• Apakah perkara yang perlu dipelajari murid? (Kemahiran, fakta,
konsep, sikap, nilai, dan sebagainya; di mana melibatkan aspek
kognitif, psikomotor dan afektif).
• Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid?
(Merangkumi objektif pengajaran).
• Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan
yang dirancang?
• Apakah kaedah penyampaian yang paling sesuai digunakan
supaya objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan
berkesan?
• Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru)
dan pembelajaran (murid)?
Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen
utama:
i. Objektif pengajaran (yang perlu dicapai murid);
ii. Isi pelajaran (termasuk konsep, prinsip, fakta dan sebagainya);
dan
iii. Aktiviti guru-murid.
Perkaitan antara: Objektif - Isi Pelajaran - Aktiviti, perlu dinyatakan
dengan jelas. Dalam konteks ini, objektif diibaratkan sebagai suatu
soalan (misalnya, apakah yang perlu dipelajari murid?), di mana
jawapannya akan diberikan oleh isi pelajaran (misalnya, murid perlu
mempelajari ......... ). Manakala, bahagian aktiviti (guru-murid)
mencadangkan bagaimana atau apakah langkah / tindakan (kaedah)
yang perlu diambil (atau digunakan) bagi menjawab persoalan yang
dikemukakan.

Dalam bahagian aktiviti guru-murid, guru perlu menilai pencapaian
objektif pengajaran; sama ada secara tingkahlaku tanpa bahasa
(misalnya, dengan melihat semasa murid melakukan eksperimen)
atau melalui soal-jawab (lisan atau tulisan). Setelah guru yakin
objektif tersebut dapat dicapai atau dikuasai murid, langkah
berikutnya guru memikirkan isi pelajaran yang berkaitan dengan
objektif kedua serta merancang aktiviti yang sesuai. Perlu diingat,
prosedur eksperimen bukan merupakan isi pelajaran. Prosedur
eksperimen hanya akan menjadi isi pelajaran jika objektif yang perlu
dicapai adalah “murid boleh melakukan eksperimen mudah di dalam
makmal untuk menyediakan sampel tulen suatu garam (yang
dinamakan)”.
Mengikut format persediaan mengajar UTM, guru pelatih perlu menulis
dua jenis maklumat: Pertama, maklumat pengenai murid dan perkara
yang akan diajar; dan kedua, maklumat mengenai aktiviti guru-murid
di dalam proses pengajaran-pembelajaran.
Maklumat yang berkaitan dengan murid dan perkara yang akan diajar
termasuk:
• Nama mata pelajaran
• Tingkatan
• Kedatangan
• Tarikh
• Masa: Bermula .......... hingga ...........
• Tajuk (tajuk besar dan sub tajuk), dan
• Tempat.
Meskipun maklumat pertama kurang penting tetapi ia perlu
dinyatakan dalam perse-diaan mengajar sebagai rekod untuk rujukan
pada masa akan datang.
Maklumat kedua yang perlu ditulis dalam persediaan mengajar
merangkumi:
• Objektif,
• Bahan bantu mengajar (BBM),
• Pengetahuan sedia ada,
• Perlaksanaan pengajaran:
+ Pengenalan,
+ Penyampaian:
- Isi pelajaran,
- Kefahaman,
- Kemahiran,
Aktiviti guru / murid, dan
- Catatan.
+ Penutup pengajaran.
• Tugasan,
• • Refleksi kendiri, dan
• • Catatan guru pelatih.
Kesemua elemen persediaan ini mengajar dibincangkan dalam
bahagian berikut.
3.2.3.1 Objektif Pengajaran (Hasil Pembelajaran)
Ojektif pengajaran merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran yang
perlu dicapai atau dikuasai murid selepas sesuatu sesi pengajaranpembelajaran.
Objektif pengajaran merupakan komponen terpenting
bagi sesuatu rancangan pengajaran, di mana merupakan asas
pemilihan bahan dan peralatan pengajaran, pengetahuan asas
berkaitan yang diperlukan (iaitu, pengetahuan sedia ada), isi
pelajaran (pernyataan, fakta, konsep, prinsip, dan sebagainya); di
samping mencadangkan aktiviti guru / murid yang sesuai dalam
proses pengajaran-pembelajaran.
Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada:
i. Hasil yang akan diperolehi murid (iaitu, pemusatan kepada
murid);
ii. Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau diukur,
selepas mengikuti sesuatu sesi pengajaran;
iii. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku;
Di samping itu, objektif pengajaran hendaklah melibatkan:
• Perkara yang masih belum dikuasai oleh murid;
• Masa bilakah objektif tersebut hendak dicapai (misalnya,di akhir
pengajaran);
• Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu;
• Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki,
dinyatakan dengan jelas (misalnya, apakah kemahiran intelektual
yang harus dilaksanakan).
Objektif yang dipilih hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:
• mudah (untuk dicapai murid);
• sesuai (dari segi tahap pencapaian murid dan peruntukan masa);
• realistik (boleh atau mampu untuk dilaksanakan);
• jelas (dari segi maksud, dengan menggunakan laras bahasa
yang betul);
• tepat (berkaitan dengan apa yang dikehendaki); serta
• disusun (mengikut urutan yang betul atau sesuai, daripada yang
mudah kepada yang sukar).
Sebagai panduan, beberapa perkataan eksplisit berikut adalah sesuai
digunakan dalam penulisan objektif (tingakah laku) pengajaran; disusun
mengikut aras taksanomi pembelajaran, dari rendah ke peringkat yang tinggi.
Pengetahuan Menamakan
• Menerangkan
• Mengenal
• Mentakrif / Mendefinisi
• Menjelaskan
• Merakamkan
• Menyenaraikan, dan sebagainya.
• Pemahaman Menterjemahkan
• Menyebut (semula)
• Melukis
• Mentafsir
• Menjelaskan
• Membincangkan
• Menyatakan
• Melaporkan, dan sebagainya.
• Penggunaan Mentafsir
• Menggunakan
• Mendemonstrasi
• Melukis
• Menggambarkan
• Melakar
• Mensenaraikan, dan sebagainya.
• Analisis Membezakan
• Mengira
• Mencerakin
• Menganalisis
• Menguji
• Membandingkan
Menyelesaikan, dan sebagainya.Sintesis Merancang. Membentuk. Mengubah. Menyusun. Membuat laporan. Membentuk, dan sebagainya.


Penilaian Membanding
Memilih. Menganggar. Menilai, dan sebagainya.
Bahan bantu adalah sebarang peralatan yang digunakan untuk
membantu guru menyampaikan isi pelajaran secara berkesan, supaya
mudah difahami atau diikuti murid. Penggunaan bahan bantu dalam
sesuatu pengajaran dapat menarik perhatian murid dan
meningkatkan minat mereka untuk mengikuti pengajaran tersebut.
Penggunaan bahan bantu dalam pengajaran adalah penting bagi
membantu murid:
• Mengikuti pengajaran dengan penuh minat.
• Memfokas pemikiran kepada perkara yang diajar.
• Melihat struktur asas sesuatu konsep dengan jelas.
• Memvisualisekan konsep atau gagasan yang abstrak.
• Menyusun serta menggabungkan segala aspek yang dipelajari
secara global; misalnya, melalui peta konsep, dan sebagainya

Sesuatu bahan bantu yang digunakan guru perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
• Sesuai dengan tajuk.
• Berkait dengan objektif pengajaran.
• Selaras dengan kebolehan murid.
• Menarik.
• Dipelbagaikan, sesuai dengan perbezaan murid.
• Tersusun, kemas dan tepat.
• Mudah (iaitu tidak terlalu rencam atau mengelirukan).
• Tulisan jelas dan saiznya sesuai.

Bahan bantu mengajar

- boleh terdiri daripada benda sebenar (misalnya bunga, daun dan pokok), sebarang peralatan yang dibuat sendiri (misalnya carta, poster, filmstrips dan slide) atau peralatan yang dibeli (misalnya model dan mock-up); yang berkaitan dengan tajuk pengajaran. Bahan bantu yang digunakan hendaklah sesuai dan ringkas dan dapat berfungsi dengan baik.

Ringkasnya, sesuatu “benda” akan menjadi bahan bantu jika guru berjaya
menggunakanya secara berkesan untuk membantu murid mengikuti
pengajaran dengan lebih mudah. Semakin realistik sesuatu alat atau bahan
yang digunakan, semakin mudah murid mengaitkan konsep atau idea baru
dengan konsep atau idea yang sedia terdapat dalam minda mereka.
Segala peralatan asas yang perlu digunakan untuk sesuatu pengajaran
(misalnya papan tulis dan kapur), atau sebarang peralatan yang diguna untuk
melakukan sesuatu eksperimen, adalah merupakan alat perlu – bukannya
bahan bantu. Tanpa peralatan tersebut, pengajaran atau eksperimen tidak
dapat dijalankan Sebaliknya, tanpa bahan bantu, sesuatu pengajaran masih
boleh dijalankan, cuma keberkesanannya mungkin kurang. Kebanyakan
konsep (sains) yang dipelajari di sekolah adalah berbentuk abstrak. Untuk
mengajar konsep yang abstrak, guru perlu memvisualisekan konsep tersebut
dalam pemikiran murid.
Keadaan ini boleh dicapai dengan cara menggunakan benda yang hampir menyamai konsep abstrak tersebut (atau dengan menggunakan analogi). Justeru, untuk meningkatkan pemahaman murid mengenai konsep atom, misalnya, guru perlu menggunakan model berbentuk tiga dimensi (yang menyamai struktur atom). Dalam konteks ini, model atom yang digunakan adalah merupakan bahan bantu; manakala,
struktur atom yang dilukis (sama ada di atas kertas manila atau mahjung yang disalin terus dari buku teks atau rujukan) adalah alat perlu. perlu melukiskan struktur atom tersebut bagi membincangkan apakah yang dimaksudkan dengan atom. Tanpa ‘lukisan’ tersebut, guru tidak akan dapat menghuraikan atom dengan jelas. Sebalik-nya, dengan
menggunakan ‘model’ atom, pemahaman murid menjadi lebih cepat.
Sebagai analogi, bahan bantu boleh diibaratkan mangkin (yang membina jalan pintas) dalam sesuatu tindak balas kimia. Tanpa mangkin, sesuatu tindak balas kimia berlaku dengan lambat; manakala, dengan menggunakan mangkin tertentu, tindak balas tersebut menjadi lebih cepat. Misalnya, proses pembekuan getah
(yang mungkin memerlukan satu hari) akan menjadi lebih cepat
dengan menggunakan ‘cuka getah’ (asid formik).
Begitu juga halnya dengan segala peralatan yang perlu untuk
melakukan sesuatu eksperimen adalah merupakan alat perlu,
bukannya alat / bahan bantu mengajar. Persoalannya: Apa rasional
kerja amali, adakah hanya untuk melatih dan meningkatkan
kemahiran manipulatif murid, sebagaimana dalam pengajaran tradisi?
Adakah kaedah pengajaran yang digunakan itu selaras dengan falsafah
pendidikan (sains) ? Sebagaimana yang dinyatakan dalam Sukatan
Pelajaran Sains, untuk menggalakkan pembentukan pemikiran
analitis, kritis dan kreatif murid, strategi pengajaran-pembelajaran
hendaklah berteraskan kepada pembelajaran menerusi pengalaman
dengan memberi keutamaan kepada pendekatan inkuiri. Justeru,
murid perlu dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaranpembelajaran.
Proses pembelajaran sains menuntut murid memperolehi pengetahuan (dan menguasai kemahiran) melalui aktiviti penyelidikan, secara terancang dan bersistem. Walau bagaimanapun, pengkelasan sama ada sesuatu alat yang digunakan
dalam sesuatu pengajaran sebagai alat perlu atau bahan bantu mengajar, bergantung pada cara penggunaannya. Kapur warna, yang seringkali dikelaskan sebagai bahan bantu, akan berfungsi sebagai alat perlu jika guru menggunakan kapur tersebut hanya untuk menulis (nota) di papan tulis, di sepanjang sesi pengajaran-pembelajaran. Pengetahuan Sedia Ada
Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu sedar dan sensitif
dengan tingkahlaku kemasukan murid. Pengetahuan sedia ada
merupakan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang telah sedia
dikuasai murid yang berkaitan dengan tajuk yang akan diajar.
Perkaitan antara pengetahuan sedia ada dengan tajuk adalah penting
untuk memastikan kesinambungan proses pembelajaran.
Pembelajaran akan menjadi berkesan jika murid berhadapan dengan
tugasan yang telah biasa ditemui; termasuk tujuan, keinginan,
kepercayaan, emosi, dan sebagainya.

No comments: