terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Saturday, August 1, 2009

LOMPAT TINGGI

LOMPAT TINGGI
2008-05-01, 10:25:29 pm
PENGENALAN
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
SEJARAH LOMPAT TINGGI

Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.

Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekersan dan mencipta rekod 6’ 5 5/8’’ (1.97m) pada 1895.
Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini.

Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air memahirinya.

Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini.

Diantara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka gaya guling barat dan gaya kelana sahajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang peserta.


CIRI-CIRI UMUM ACARA LOMPATAN

Adakah kejurulatihan satu seni atau sains?
Kejayaan suatu kejurulatihan adalah gabungan daripada aspek seni dan sains. Tiada atlit yang tidak berpengetahuan tentang faktor sainstifik mengenai pergerakan manusia, yang sekarang dikenali sebagai satu bidang biomekanik. Kita dapat lihat banyak kes mengenai manusia genius dengan pemberian tuhan adalah lebih baik daripada orang yang mengambil bahagian.
Menurut Dick Fosbury , pengasas gaya Fosbury dalam lompat tinggi, latihannya berpusatkan kekuatan latihan yang digunakan, menjadi kawan baik dengan jurulatih dan menanamkan semangat untuk memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia mendapat pingat emas dalam Olimpik.
Setiap lompatan mengandungi fasa penujuan larian, penukaran kelajuan secara mendatar kepada kelajuan menegak dan pendaratan. Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan daripada satu acara ke acara yang lain. Jika sesuatu konsep mekanikal difahami, ia akan mudah digunakan untuk acara yang lain.


FAKTOR MEKANIKAL

1. Kelajuan Lonjakan
• Kelajuan ialah lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan.
• Atlit yang bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi oleh dua daya yang berbeza apabila mlakukan pergerakan daripada berlari sehingga melonjak.
• Salah satu dari daya ini ialah komponen mendatar dan kompenan menegak.
• Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan pinggang selepas lonjakan.
• Objektif umum lompatan yang baik ialah memperlahankan kelajuan mendatar dengan kadar yang paling perlahan.
• Masalah ketika menghasilkan daya menegak ialah kedudukan pinggang perlu berada dibawah persediaan melompat.
• Dalam lompat tinggi, kelajuan semasa berlari sangat penting, tetapi sekiranya lonjakan terlalu cepat, kaki lonjakan tidak terkawal. Hal ini adalah mustahil untuk melakukan lojakan yang sempurna.
• Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan Progress Pecutan secara beransur-ansur.
• Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila atlit mula membuat penukaran daripada mendatar kepada menegak.
• Kebanyakan masalah disebabkan satu atau semua daripada faktor berikut:-
o Kelajuan kaki yang berkurangan ketika langkah kedua yang terakhir sebelum melonjak.
o Berhenti dengan kaki lonjakan.
o Membiarkan kedudukan pinggag terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju.
• Pinggang mestilah direndahkan sedikit dengan membengkokkan bahagian buku lali, lutut dan pinggang.
• Perubahan dari mendatar kepada menegak adalah secara melembutkan pinggang dan tidak mengurangkan kelajuan mendatar.


KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK

Setiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh dikawal. Walau bagaimanapun, terdapat tiga teknik berbeza yang membantu meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang maksimum.
1. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa fasa larian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus di bawah pinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan menyebabkan kedudukan pinggang berada di bawah.
2. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk memendekkan langkah terakhir sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah akan menybabkan pinggang naik atau berada diatas.
3. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting pada ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan kedudukan pinggang yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan tersebut.



SUDUT LONJAKAN

Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Layangan atau parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan. Ketika atlit berada di udara, laluan tidak boleh ditukar. Pelompat itu memulakan lompatan dan mendarat pada sudut yang sama.
Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian. Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa gangguan pergerakan, semakin mendatar sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang rendah sangat penting dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang tinggi ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. Lompat tinggi ialah pengecualian dalam prinsip kelajuan kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk mencipta kompenen menegak atau lompatan yang tinggi dengan menggunakan kaki. Tetapi dalam lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan lebih mendatar daripada yang kita fikirkan. Lompatan terbaik di dunia ialah dalam lingkungan 52° sudut lonjakan.


KESEIMBANGAN DAN PERTUKARAN

Aspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang dan pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. Objektif atlit adalah untuk bergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh semasa layangan untuk mengambil peluang terhadap parabola yang telah disediakan.
Seperti yang telah dinyatakan, parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di udara. Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan. Dalam hukum Newton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan yang sama dan berlawanan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila berlaku perubahan jarak. Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki mempengaruhi kelajuan atau pertukaran di sekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik ialah varasi kepada setiap acara, tetapi jurulatih yang bijak dapat memahami kesan terhadap badan ketika di udara.

RUMUSAN

Kelajuan, ketinggian, sudut dan keseimbangan adalah empat elemen utama untuk semua acara lompatan. Semua kejurulatihan dan kerja teknikal mesti memusatkan keseluruhan asas mekanikal. Kelajuan ketika lonjakan akan memberi kesan kepada arah layangan. Ketinggian pinggang ketika lonjakan penting kerana tarikan graviti keatas atlit ketika dia di udara. Kesimbangan pula mestilah tetap semasa layangan ketika atlit melakukan pergerakan parabola. Setiap pelepasan daripada setiap elemen ini akan menentang kesan perlaksanaan lompatan.
Last edited by rin yu mei on 2008-05-04, 03:19:26 am, edited 1 time in total.

rin yu mei

Posts: 26
Joined: 2008-04-30, 05:29:22 am

Top
FAKTOR MEKANIKAL

Postby rin yu mei on 2008-05-04, 03:15:53 am
LARIAN PENUJUAN

Objektif larian penujuan ialah supaya dapat melatih atlit mencapai kelajuan secara mendatar yang maksimum, menukar kelajuan mendatar kepada kelajuan menegak semasa lonjakan. Larian penujuan juga diajar supaya atlit dapat mempelajari posisi tubuh yang efisien, tegak dan tinggi semasa langkah yang keempat dan kelima terakhir sebelum fasa lonjakan.
Prinsip utama dalam larian penujuan ini adalah :
1. Mencapai kelajuan maksimum yang terkawal semasa melakukan lonjakan.
2. Mengekalkan postur badan yang tegak semasa lonjakan.
3. Berusaha mendapatkan sudut yang rendah dan mendatar semasa lonjakan.


LENGKUNGAN PECUTAN

Penujuan yang dikehendaki mestilah menggunakan konsep “lengkungan pecutan”, konsep yang digunakan oleh ramai jurulatih acara lari pecut. Lengkungan pecutan ialah atlit yang mencuba untuk memecut dalam suatu tempoh masa. Jaraknya mestilah mengikut sesuatu satu set corak sehinggalah pecutan maksimum dicapai. Pada beberapa tahap semasa atlit sedang berusaha keras ini, tubuhnya akan mencapai puncak kelajuan, mengekalkan kelajuan itu untuk tempoh masa yang pendek, dan akhirnya, berikutan keletihan, atlit akan mula memperlahankan larian.
Perwatakan setiap individu atlit akan menentukan tempoh masa dan jarak untuk mencapai pecutan yang maksimum. Lonjakan mestilah dilakukan selaras dengan tempoh masa ini. Inilah tempo yang diingini oleh atlit – suatu pembinaan kelajuan dan frekuensi yang segera di keseluruhan fasa penujuan.
Berapakah jarak yang ideal kepada pelompat untuk berlari dalam fasa penujuan ini? Ini akan ditentukan oleh individu atlit itu sendiri namun akan dikawal oleh faktor ketinggian badan, jarak langkah, dan kebolehan untuk memecut. Umumnya, lebih pantas seseorang atlit itu, lebih lama masa yang diperlukan untuk proses pecutan. Sebaliknya, lebih muda atau perlahan seseorang atlit itu, semakin sedikit masa yang diperlukan untuk melakukan proses pecutan.Seorang atlit yang muda atau perlahan mungkin akan mencapai puncak kelajuan dalam langkah yang lebih sedikit, mungkin dalam 20 hingga 30 meter sahaja. Seorang pelari pecut kelas dunia mungkin memerlukan sehingga 60 meter untuk mencapai kelajuan maksimumnya. Walau bagaimanapun, jurulatih perlulah bekerja dengan setiap atlit agar dapat memahami perbezaan individu itu.


JARAK LARIAN

Formula yang am untuk melakukan larian ditunjukkan dalam jadual di bawah. Jadual itu menggunakan bilangan langkah berbanding jarak yang diukur. Konsep ini boleh digunakan di dalam proses melatih fasa larian penujuan kepada pelompat. Satu kaedah yang efektif untuk mencapai teknik ini ialah dengan memulakan larian lompatan dari 12 jumlah langkah pada awal musim. Untuk mengajarkan konsep tempo, atlit perlu berdiri pada satu titik dengan kaki lonjakan di hadapan. Daripada kedudukan statik, atlit perlu menolak diri dengan sekuat yang mungkin, dan memulakan kiraan setiap kali kaki lonjakan berpijak pada tanah. Kiraan itu hendaklah berbunyi begini, “satu dan dua,tiga dan empat” sehinggalah kiraan enam. Pada tahap ini, atlit akan melonjak sedikit sebagai simulasi kepada lonjakan. Sistem kiraan ini akan membolehkan atlit mendapat gambaran frekuensi langkah yang semakin meningkat semasa melonjak.
Keseluruhan proses ini haruslah dibuat di trek atau rumput dan selalunya jauh daripada papan tandaan lonjak. Ini adalah supaya atlit membiasakan diri dengan tempo dan frekuensi dan bukannya dengan papan anjal.
Semasa atlit belajar untuk memecut dan membuat penukaran daripada mendatar kepada menegak, jarak itu dapat diukur dan diubah kepada papan anjal, tetapi tidak sehingga atlit memperoleh semua komponen yang diperlukan. Apabila atlit berjaya mempelajari larian 12 langkah, secara perlahan-lahan tambahkan lagi 2 langkah. Sentiasa ingat bahawa semakin sedikit langkah, semakin kurang peluang untuk melakukan kesilapan.


POSTUR BADAN SEMASA BERLARI

Adalah penting untuk mengingati bahawa posisi badan yang condong ke depan adalah disebabkan oleh pecutan. Semasa peringkat pertama pecutan, badan atlit akan condong dengan darjah yang besar. Semasa atlit mencapai puncak kelajuan, badannya akan menjadi tegak. Semasa menyahpecutan, badan atlit akan menjadi ke belakang sedikit.
Semasa pinggul pelompat bergerak sepanjang larian, secara semula jadi ia akan menaik sedikit. Untuk melakukan lompatan, satu perubahan akan berlaku di mana kedudukan pinggul akan merendah sedikit sebelum ia menaik semasa atlit melompat. Atlit mestilah melakukan perubahan ini untuk mengekalkan kelajuan. Sasarannya ialah untuk merendahkan badan tanpa memperlahankan kelajuan.
Seperti yang telah diberitahu, setiap langkah semasa berlari perlu bertambah panjang. Semasa langkah bertambah panjang, kedudukan pinggul akan menjadi lebih rendah. Tambahan lagi, disebabkan oleh pembengkokan lutut dan sendi buku lali, pinggul akan menjadi lebih rendah. Ini akan dapat dicapai oleh extension yang tidak sempurna pada langkah ketiga yang terakhir sebelum melonjak. Teknik ini membenarkan langkah yang kedua terakhir dilakukan dengan kedudukan betul-betul di bawah badan dan kaki berada mendatar di atas tanah. Seterusnya, langkah yang terakhir dipendekkan, maka ini akan menyebabkan hip berada pada kedudukan yang tinggi untuk melonjak. Langkah yang terakhir seharusnya mendatar, supaya kaki dapat dilepaskan dengan pantas.


CHECK MARKS

Tidak kira berapa bnyak pun langkah yang diambil semasa larian penujuan, format yang mudah dan konsisten perlulah digunakan. Larian seharusnya mempunyai 3 check mark. Check mark yang paling penting ialah ketika permulaan larian. Untuk pelompat yang baru, seelok-eloknya diajarkan teknik memulakan larian dari keadaan pegun. Kaki lonjakan berada di hadapan. Atlit menolak kuat dengan menggunakan kaki lonjakan yang sentiasa melakukan kontak dengan permukaan tanah. Badan dihayun ke belakang dan atlit akan menggunakan kaki bebasnya untuk menapak dan menolaknya dengan sepenuh tenaga. Pelompat yang lebih mahir pula selalunya memulakan larian dengan langkah yang seakan-akan melompat.

rin yu mei

Posts: 26
Joined: 2008-04-30, 05:29:22 am

Top
LATIHAN PLIOMETRIK

Postby rin yu mei on 2008-05-04, 03:18:24 am
Latihan Pliometrik adalah satu kaedah latihan yang baru diperkenalkan di Amerika Syarikat pada awal 90-an. Berasal daripada perkataan Greek, ‘plio’ membawa maksud ‘lebih’ atau ‘meningkatkan’ dan ‘metrik’ bererti jarak. Fred Wilt menterjemahkan pliometrik sebagai latihan-latihan yang menghasilkan pergerakan otot isometrik yang berlebihan yang menyebabkan refleks regangan dalam otot. Hari ini, pliometrik dirujuk kepada latihan yang menggunakan pergerakan otot-otot untuk bertindak balas ke atas beban dan menghasilkan kuasa atau kekuatan eksplosif. Latihan pliometrik hanya diaplikasikan selepas atlit mencapai tahap kekuatan optimum atau mencukupi bagi mengelakkan kecederaan terutamanya kepada tendon dan ligamen. Latihan dilakukan pada penghujung fasa persediaan khusus sehinggalah ke fasa pra pertandingan.
Otot mempunyai sifat elastik. Semasa otot meregang, otot akan mendapat kekuatan untuk mengecut secara automatik, yang dikenali sebagai refleks myotonik. Geoffrey Dyson (1977), di dalam bukunya Mechanics of Athletics menyebutkan bahawa “ fungsi otot ialah untuk menggunakan ketegangan. Keadaan ini akan dapat menghasilkan hasil yang terbaik apabila diletakkan beban secukupnya dengan tujuan untuk memanjangkannya, berbanding memendekkannya. Semakin cepat ia memendek, semakin sedikit ketegangan yang digunakan, malah semakin cepat ia memanjang, semakin besar ketegangan itu. Dyson menambah lagi bahawa terlalu banyak keregangan akan menyebabkan menyebabkan kesan yang buruk.
Verhoshansky’s (1967) menyokong teori bahawa semakin banyak beban yang digunakan, semakin meningkat prestasi seseorang atlit itu. Hasilnya, ramai jurulatih yang berpendapat bahawa latihan pliometrik adalah satu-satunya cara untuk melatih atlit lompat tinggi. Pada pendapat mereka, jika sesuatu itu dapat membawa faedah, maka kuantiti latihannya haruslah diperbanyakkan. Kerana inilah terjadinya di dalam latihan lompat tinggi atlit dikehendaki melompat platform setinggi 8 hingga 12 kaki. Tidak mustahillah latihan pliometrik telah dikatakan penyebab kepada kecederaan tisu lembut.

Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif dan boleh dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau alatan seperti kotak pelbagai ketinggian dan bola segar.

No comments: