terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, July 21, 2009

cikgu umi pengurusan bilik darjah pbd

Masalah 1 : Pengurusan rutin bilik darjah dan pengurusan fizikal bilik darjah.Photobucket
Selepas membaca petikan dari artikel yang diberi, saya dapat menyimpulkan bahawa Cikgu Umi tidak melakukan pengurusan rutin bilik darjah dengan sempurna dan pengurusan fizikal yang kurang baik. Ini dapat dibuktikan apabila Cikgu umi masuk ke kelas dan terus sahaja mengajar dengan keadaan yang tergesa-gesa. Keadaan ini boleh menyebabkan mereka bising, membuat kerja sendiri dan mengabaikan pemerhatian mereka di dalam kelas.

Jika saya berada di tempat Cikgu Umi Kalthum, pertama sekali saya akan mengambil kedatangan murid-murid. Sebaik sahaja murid-murid sudah bersedia dan duduk di tempat masing-masing, saya akan mengambil kedatangan mereka samada memanggil nama setiap murid berkenaan ataupun bertanya pada ketua darjah tentang murid yang tidak hadir pada hari tersebut. Dengan ini saya dapat merangka pengajaran terhadap kumpulan yang hendak di bentuk untuk membuat aktiviti berkumpulan. Selepas itu, saya akan memastikan semua murid yang hadir mempunyai kesihatan yang baik agar mereka dapat menerima pembelejaran dengan sempurna. Jika ada pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, saya akan membawa murid tersebut untuk berjumpa dengan guru bertugas pada minggu itu untuk dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Seterusnya dalam pengurusan fizikal bilik darjah, saya akan memastikan keadaan iklim bilik darjah yang kondusif serta selesa agar murid-murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan sepenuh perhatian tanpa sebarang gangguan. Bilik darjah harus mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan keberrsihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan saya. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. . Persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Persediaan yang merangkum pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid. Hal ini boleh mewujudkan suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri. Suasana pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif.
Masalah 2: Pengurusan aktiviti kumpulan.
Melalui artikal yang dikaji, saya dapat membuat kesimpulan bahawa Cikgu Umi Kalthum mempunyai masalah terhadap pengurusan aktiviti kumpulan. Ini dapat dibuktikan apabila Cikgu Umi Kalthum tidak dapat mengawal dan membentuk kumpulan secara terkawal dan sistematik. Cikgu Umi Kalthum adalah membiarkan murid-muridnya membuat bising tanpa membuat apa-apa tindakkan untuk mententeramkan keadaan tersebut.
Jika saya berada di tempat Cikgu Umi Kalthum, pertama sekali saya akan melihat samada pengajaran pada hari itu memerlukan untuk membentuk kumpulan ataupun tidak. Jika ya, saya akan memberi arahan untuk membentuk kumpulan dan tegas agar murid-murid tidak membuat bising. Saya akan berteriak dengan kuat agar murid dapat menumpukan kepada arahan saya dan berasa takut untuk membuat bising. Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri kesesuaian (releven) dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan, organisasi pengajaran dan sokongan-sokongan yang membantu peningkatan aktiviti-aktiviti perkembangan pembelajaran secara lebih aktif dan produktif, teknik-teknik motivasi dan penyelesaian konflik dan pergabungan semua elemen dalam satu sistem bagi menampakkan keberkesanannya. Selepas memberi arahan, saya akan pergi ke setiap kumpulan agar murid-murid saya dapat bergerak ke kumpulan masing-masing dengan betul dan cara yang sistematik. Seterusnya saya akan memastikan bahawa terdapat 5 kumpulan dan 8 orang bagi setiap kumpulan. Pembentukkan kumpulan adalah bergantung pada kreativiti setiap guru. Adalah lebih baik jika setiap kumpulan mempunyai jumlah ahli yang minimum kerana ini akan menjadikan setiap ahli dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya semasa melakukan aktiviti atau ujikaji. Selain itu, pembentukkan kumpulan juga bergantung pada bahan ujikaji yang hendak dibuat agar setiap kumpulan dapat melakukan aktiviti atau ujikaji tersebut. Apabila telah terbentuk 8 kumpulan, saya akan melantik seorang ketua kumpulan dari setiap kumpulan dan ini bermakna saya mempunyai 8 orang ketua kumpulan. Saya akan pergi ke setiap kumpulan bagi menentukan ketua kumpulan tersebut. Dengan menyebut nama murid tersebut, mereka akan lebih rasa dihargai dan lebih berkeyakinan untuk memikul tanggungjawab sebagai ketau kumpulan. Ketua kumpulan ini tidak semestinya tetap dan akan berubah mengikut aktiviti atau ujikaji yang hendak saya jalankan. Jadi semua murid berpeluang akan berpeluang menjadi ketua kumpulan dan secara tidak langsung hal ini dapat meningkatkan sikap kepimpinan terhadap setiap individu dalam menjayakan lagi modal insan mereka. Saya juga akan memastikan jarak antara kumpulan tidak terlalu rapat agar para murid berada dalam keadaan selesa untuk membuat ujikaji pada hari itu. Ini dapat membentuk suasana iklim bilik darjah lebih harmonis dan suasana ini dapat membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.
Masalah 3: Pengurusan gaya kepimpinan dalam kelas.
Setelah menganalisis artikel yang diberi, saya dapat mengkelompokkan pelbagai masalah Cikgu Umi Kalthum. Antaranya adalah masalah pengurusan gaya kepimpinan beliau semasa di dalam kelas. Ini dapat dilihat apabila Cikgu Umi Kalthum tidak peka terhadap keadaan kelas samada murid-murid telah berada dalam kumpulan masing-masing dan bersedia untuk menerima arahan selanjutnya ataupun sebaliknya. Pembentukkan kumpulan oleh murid-murid menjadikan suasana menjadi bising dan arahan yang diberikan oleh Cikgu Umi Kalthum tidak dapat didengar dan difahami oleh murid-muridnya. Selain daripada itu, cikgu Umi hanya memberi arahan kepada murid untuk menjalankan ujikaji tetapi tidak memantau dan membantu murid-murid dalam melakukan ujikaji. Hal ini membuatkan murid-murid yang tidak faham terpinga-pinga untuk melakukan ujikaji tersebut.
Sekiranya saya berada di tempat Cikgu Umi Kalthum, pertama kali saya akan memastikan murid-murid sudah masuk ke dalam kumpulan masing-masing dan bersedia untuk menerima arahan selanjutnya. Setelah memastikan semua kumpulan sudahpun bersedia, barulah saya akan memberi arahan kepada setiap ketua kumpulan agar mengeluarkan sehelai kertas putih untuk menjalankan ujikaji terhadap deria rasa. Saya akan memberi arahan dengan kuat dan jelas dan diulangi sebanyak 2 kali agar semua murid dapat menerima arahan saya dengan mudah. Selain itu, saya juga boleh menyediakan kertas tersebut dan memanggil setiap ketua kumpulan tampil ke hadapan untuk mengambilnya. Inisiatif lain untuk menarik perhatian murid-murid, saya akan menggunakan loceng. Bunyi yang pendek sahaja supaya murid yang sibuk bercakap dan membuat kerja akan berhenti, memberi perhatian dan mendengar apa yang saya akan sampaikan.
Bagi masalah kedua, jika saya menyuruh murid melakukan ujikaji dalam aktiviti akumpulan, saya akan memastikan setiap kumpulan faham dengan apa yang perlu mereka lakukan. Saya akan membiarkan setiap kumpulan membuat ujikaji sendiri selama 10 minit. Selepas itu saya akan pergi kepada setiap kumpulan agar ujikaji mereka berada dalam landasan yang betul bagi mendapatkan hasi ujikaji yang betul. Jika ada yang tersilap, saya akan membantu membaiki kesilapan yang telah mereka lakukan. Menegur kesilapan dengan cara yang baik menjadikan murid-murid rasa mereka lebih dihargai dan lebih bersemangat lagi untuk belajar.
Masalah 4: Pengurusan Bahan pengajaran dan pembelajaran.
Selepas menganalisis dari artikel, saya dapat mengelompokkan masalah pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran atau bahan bantu mengajar daripada Cikgu Umi Kalthum. Ini dapat dibuktikan apabila Cikgu Umi Kalthum terlupa membawa gula sebagai bahan ujikajinya dan terpaksa meninggalkan kelas untuk mengambil gula di bilik guru.
Sekiranya saya sebagai Cikgu Umi Kalthum, saya akan membuat persiapan tentang alat bantu mengajar atau bahan untuk ujikaji dengan rapi sehari sebelum masuk ke kelas agar masalah seperti di atas dapat dielakkan. Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan dalam tugasan. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik darjah, merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai.Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan lebih awal sebelum masuk ke dalam kelas. Selain itu, selain dari bahan ujikaji yang saya sediakan, saya juga boleh menyuruh setiap murid membawa bahan ujikaji sendiri. Contohnya setiap kumpulan mempunyai 8 orang ahli. Saya memerlukan 4 bahan ujikaji untuk deria rasa iaitu serbuk Nescafe, serbuk lada, limau nipis dan gula. Jadi saya akan arahkan dua orang dari setiap kumpulan untuk membawa satu bahan ujikaji. Perkara ini dapat mengelakkan kekurangan bahan untuk ujikaji. Jika seorang tidak membawa bahan tersebut, maka lagi seorang boleh membantu dan jika kedua-dua murid tidak membawanya, maka saya telah mempunyai bahan tambahan yang telah saya sediakan sehari sebelum masuk ke kelas. Saya akan menggunakan modefikasi perlaku-sering (B-mod), di mana saya akan mengaplikasikan sistem “token-economy” kepada setiap murid yang dapat menyediakan bahan untuk ujikaji manakala bagi murid yang gagal membawanya tidak akan mendapat token tersebut. Teknik adalah satu teknik terapi yang sederhana. Murid-murid yang berjaya akan saya beri 1 token. Teknik ini menghentikan perilaku yang tidak diinginindengan cara menghilangkan penguat dan menggantikannya dengan perilaku yang dikehendaki dengan penguatan. Dengan cara ini murid-murid lebih bersemangat untuk menurut arahan kerana dengan mengumpul token-token tersebut, mereka boleh menukar kepada hadiah-hadiah yang saya sediakan berdasarkan jadual token-economy yang telah saya sediakan. untuk memastikan lagi murid-murid agar lebih mematuhi peraturan di dalam bilik darjah, sesiapa yang gagal mengikut arahan akan ditolak 1 token. Jadi murid-murid akan berasa takut untuk melanggar arahan atau peraturan di dalam bilik darjah.
Masalah 5: Pengurusan peraturan bilik darjah dan pengurusan disiplin.
Berdasarkan petikan yang telah saya kaji, saya mendapati bahawa masalah lain yang berlaku terhadap Cikgu UMi Kalthum adalah masalah mengenai pengurusan peraturan bilik darjah dan disiplin murid-murid. Ini dapat dilihat apabila Cikgu umi Kalthum tdak memberi peraturan kepada murid-muridnya semasa ketiadaannya di dalam kelas dan menguruskan murid-murid yang nakal yang menjadikan kelas bising dan tidak terkawal.
Jika saya berada di tempat Cikgu Umi Kalthum, sebelum saya keluar untuk pergi ke bilik guru, saya akan pastikan keadaan kelas adalah dalam keadaan terkawal. Saya akan menyuruh ketua kelas agar menjaga kelas dan mencatatkan nama murid-murid yang membuat bising semasa ketiadaan saya. Saya juga akan member amaran kepada siapa yang membuat bising akan dihukum. Dengan cara ini, murid-murid yang nakal akan berasa takut untuk membuat bising dan melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya. Manakala ketua kumpulan akan saya beri tanggungjawab untuk menjaga bahan ujikaji yang telah diberikan kepada setiap kumpulan. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik. Saya menggunakan pendekatan autoritarian dalam keadaan tersebut. Pendekatan autoritarian bermaksud guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan. Saya harus memastikan bahawa peraturan atau arahan diikuti oleh murid-murid dan semuanya dalam keadaan terkawal. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan. Saya harus memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku saya sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.
Sebelum keluar kelas, saya akan memastikan jumlah gula yang sepatutnya saya ambil agar tidak berlaku kekurangan sekiranya sedikit dan tidak berlaku pembaziran. Saya akan bergerak ke bilik guru dengan cepat agar pembaziran masa tidak akan berlaku. Bagi saya pembaziran masa yang banyak menyebabkan objektif pembelajaran yang telah saya rancang tidak tercapai. Saya harus bijak dalam mengatur masa apabila berlaku kes sebegini. Saya mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat bahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan yang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan kepada saya akan bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan saya terhadap penyampaian pengajaran. Apabila kembali ke kelas, saya akan menerima laporan dari ketua kelas samada terdapat murid yang membuat bising ataupun tidak. Jika tidak saya akan meneruskan pengajaran saya seperti biasa. Tetapi jika ada, saya harus mendisipilinkan murid yang bersikap pengacau dan hendaklah dijadikan perancangan berterusan, kemahiran yang diperlukan ketika menjalankan pertaruran disiplin adalah keupayaan menjalankan tugasan dengan kumpulan profesional yang akan dapat memberikan dan menumpukan perhatian terhadap salahlaku murid tertentu dan pengetahuan membangunkan dan menjalankan pengurusan dan perancangan disiplin. Saya akan menyuruh mereka berdiri selama 2 minit di tempat duduk masing-masing. Jika masalah yang sama berlaku di hari yang lain pada pelajar yang sama, saya akan menambah hukuman tersebut kepada berdiri selama 10 minit.

Masalah 6: Pengurusan pendekatan teknik dan strategi.
Selepas saya menganalisis artikel yang diberi, saya dapat menyatakan bahawa Cikgu Umi Kalthum kurang bijak dalam menguruskan pendekatan teknik dan strategi untuk mengawal murid-muridnya. Ini dapat dibuktikan apabila terdapat murid-murid nakal yang tidak dikawalnya menyebabkan kelas menjadi bising dan hal ini menyebabkan juga emosi Cikgu Umi Kalthum menjadi tidak setabil
Jika saya berada di tempat Cikgu Umi Kalthum, saya akan menggunakan pelbagai pendekatan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran yang disertai dengan semangat, minat, dan komitmen bagi menjayakan visi dan misi yang telah dirancang. Kecekapan yang ditunjukan bagi menghasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan,’ bilik darjah ku, rumah ku’. Kemahiran mengawal kelas apabila saya melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting kerana saya tidak boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan sekiranya muird-murid dalam kelas tidak dapat dikawal dengan baik. Saya mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat bahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan yang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan di dalam kelas akan bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran. Strategi bagi mengawal keadaan ini, saya harus mengenalpasti murid-murid yang menimbulkan punca permasalahan, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’ dengan permasalahan rakan mereka itu, murid yang berkenaan dikenalpastikan pula punca yang menyebabkan ia bertindak sedemikian, cuba membantu menyelesaikan punca permasalahan itu, dan teruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid yang berkenaan sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang tidak disenangi. Saya juga sentiasa mempamerkan pengiktirafan terhadap murid berkenaan ketika berada di luar waktu pengajaran dan pembelajaran, ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pedekatan yang berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi pengajaran. Sekiranya perlu murid berkenaan perlu diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa saya menyayanginya. Apabila berlaku perubahan ke arah kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai mereka yang kadangkala mengambil masa yang agak lama.Photobucket

No comments: