terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, May 25, 2009

AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN PERKEMBANGAN

INSTITUT PERGURUAN RAJANG
BINTANGOR, SARAWAK


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006
TEMA
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


TAJUK KAJIAN
AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN PERKEMBANGAN
BAHASA DI KALANGAN GURU-GURU
PERMULAAN PRA-SEKOLAH




OLEH

JAWATANKUASA PENYELIDIKAN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
INSTITUT PERGURUAN RAJANG
BINTANGOR, SARAWAK.



09 – 11 OKTOBER 2006



AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN PERKEMBANGAN
BAHASA DI KALANGAN GURU-GURU PERMULAAN
PRA-SEKOLAH


Disediakan oleh :
Jawatankuasa Penyelidikan
Jabatan Ilmu Pendidikan,
Maktab Perguruan Rajang
Bintangor, Sarawak.


Abstrak
















BAB 1

PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Menurut David Crystal dalam bukunya A Dictionary Of Linguistics and Phonetics (1986) bahawa kajian tentang ilmu bahasa dibuat secara saintifik, emperikal dan objektif. Penganalisisan terhadap sesuatu bahasa itu adalah berasaskan teori-teori bahasa dengan teknik-teknik yang diperaku oleh pakar bahasa, malah kajian tentang sesuatu bahasa itu adalah berasaskan kewujudan sebenar sesuatu bahasa tersebut.
Amalan pedagogi pengajaran bahasa telah menarik perhatian ramai pengkaji bahasa untuk memecahkan beberapa persoalan tentang keberkesanan pengajaran perkembangan bahasa dan komunikasi di kalangan kanak-kanak prasekolah. Pelbagai teori telah dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik dan psikologi berhubung pengajaran bahasa di kalangan kanak-kanak.

1.1 Latar Belakang Kajian
Matlamat Dasar Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan, berwawasan dan terlatih dalam pelbagai bidang. Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen perubahan dan pemasyarakatan ke arah menjadikan masyarakat Malaysia berilmu pengetahuan dan berpandangan jauh.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal satu kurikulum kebangsaan prasekolah yang menitikberatkan enam komponen asas yang meliputi komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif, komponen pendidikan kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosioemosi, komponen perkembangan fizikal dan komponen kreativiti dan estetika. Dalam melaksanakan program prasekolah, guru dan pelaksana tadika seharusnya mengetahui dan memahami perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur ini. Ini bertujuan supaya mereka boleh mengubahsuai kurikulum mengikut kesesuaian peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat murid. Dengan perkataan lainnya kemahiran guru dalam mengurus pedagogi pengajaran di pusat prasekolah dianggap sebagai satu yang amat vital.

Untuk keberkesanan pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak, guru prasekolah perlu meneliti kurikulum kebangsaan prasekolah secara menyeluruh dan kemudian menstrukturkannya semula mengikut:-
a) titik permulaan pembelajaran kanak-kanak mengikut perkara yang mereka tahu dan boleh buat;
b) bahan / kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap serta keperluan kanak-kanak; dan
c) merancang (pedagogi) aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan dalam bilik darjah.

Perkara-perkara tersebut di atas adalah selaras dengan matlamat pendidikan prasekolah:
“Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah”
( Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah, 1993 )

Adalah sangat malang, sekiranya guru-guru prasekolah yang diharapkan untuk mendidik dan memperkembangkan potensi kanak-kanak, tidak mampu serta kurang berkemahiran untuk melaksana, memikul dan menyempurnakan tugas tersebut. Jika keadaan ini berlaku, siapakah yang patut dipersalahkan? Oleh itu, diharapkan agar dapatan kajian ini dapat menyumbang ke arah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.

1.2 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji beberapa perkara berhubung amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak. Masalah yang akan dikaji ialah melihat tahap amalan pedagogi pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah dari aspek kemahiran menulis dan kemahiran membaca.

1.3 Pernyataan Masalah
Pengetahuan tentang amalan pedagogi pengajaran komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun amat kritikal bagi ibu bapa, guru dan semua lapisan masyarakat. Ini akan dapat membantu menghuraikan masalah berhubung tingkah laku kanak-kanak yang berada dalam transisi kemahiran menulis dan membaca. Ramai dalam kalangan ibu bapa dan guru prasekolah kebangsaan berasa bimbang apabila mendapati anak-anak mereka yang sudah melebihi umur 5 tahun tetapi belum boleh menulis dan membaca dengan baik berbanding kanak-kanak prasekolah swasta.

Dari sudut yang lainnya pula terdapat ibu bapa menjadi rungsing dan cemas apabila mendapati kanak-kanak yang telah mencapai usia 5 tahun tetapi tidak boleh menulis dan membaca dengan sempurna. Lebih mencemaskan lagi ialah apabila kanak-kanak tersebut telah mencapai umur 6 tahun tetapi belum menguasai kemahiran menulis huruf (abjad) dan menyebutnya (membaca) dengan sempurna.

Sepatutnya ibu bapa dan guru prasekolah tidak harus bimbang dan cemas kerana dari segi fisikologi kanak-kanak pada peringkat umur tersebut tidak boleh menulis dan membaca dengan sempurna. Pada peringkat perkembangan yang sedang dialami oleh kanak-kanak tersebut , kordinasi motor mereka belum lagi mantap untuk menulis dengan baik. Peranan orang dewasa ialah memberi motivasi dan peneguhan kepada sebarang perlakuan bahasa yang baik dilakukan oleh kanak-kanak tersebut (Vygotsky, 1978).

Berdasarkan kebimbangan yang dialami oleh ibu bapa dan guru prasekolah tersebut maka pengkaji beranggapan terdapat dua masalah dalam amalan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah. Sebagai kesimpulannya, masalah-masalah tersebut dapat dirumuskan seperti berikut :-
i. Guru-guru permulaan kurang mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi.
ii. Guru-guru permulaan kurang mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi.

Dengan ini, penyelidik melihat dua masalah yang dialami oleh guru-guru permulaan prasekolah sebagai satu permasalahan dalam amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa di pusat-pusat prasekolah yang perlu diselidiki.
(a) Soalan-soalan kajian
Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaan di Pusat-pusat Prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak. Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:-
i. Sejauhmanakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?
ii. Sejauhmanakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?

1.4 Kesignifikan Kajian
Dari segi kesignifikannya kajian ini diharapkan :
i. dapat meningkatkan kesedaran dan amalan belajar melalui bermain dalam kalangan guru-guru permulaan berhubung pengajaran di bilik darjah;
ii. akan memberikan maklumat kepada Kementerian Pelajaran tentang tahap amalan guru-guru permulaan terhadap pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi;
iii. memberikankan maklumat kepada Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran merangka satu pelan bertindak untuk memastikan amalan pedagogi belajar melalui bermain diamalkan dalam pengajaran perkembangan bahasa; dan
iv. hasil kajian ini juga membantu BPG KPM dalam mendapatkan maklumat ke arah membuat satu perancangan yang berstruktur ke arah mempertingkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa berasaskan pendekatan belajar melalui bermain di kalangan guru-guru prasekolah.

1.5 Definisi operasi
1.5.1 Amalan
Satu perbuatan yang biasa dilakukan secara berulang-ulang atau satu kebiasaan.
1.5.2 Pedagogi
Merujuk kepada pendekatan-pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru permulaan prasekolah dalam slot komponen perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Pendekatan yang difokuskan ialah pendekatan belajar melalui bermain.
1.5.3 Pendekatan Belajar melalui bermain
Satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid-murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, mengembirakan dan bermakna. Ia meliputi main sosioemosi (main pondok, afektif), main kognitif (main bongkah / binaan, manipulatif, bahan maujud), main bebas (psikomotor, permainan luar), dan main sosiodrama (main peranan / simulasi / hasil ciptaan).
1.5.4 Pengajaran
Merujuk kepada tingkah laku guru mengajar murid-murid prasekolah.
1.5.5 Perkembangan Bahasa
Merujuk kepada komponen Bahasa dan Komunikasi seperti yang terkandung dalam Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah yang meliputi lisan, menulis dan membaca.
1.6.6 Kemahiran Menulis
Merujuk kepada kemahiran mekanis menghasilkan contengan, lakaran dan tulisan yang kemas melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti mengecat menggunakan berus cat, menconteng, membuat corak, menekap dan membentuk huruf.
1.7.7 Kemahiran Membaca
Merujuk kebolehan mengecam bunyi huruf-huruf, menyebut, membaca perkataan dan rangkaikata yang bermakna.
1.7.8 Guru-guru Permulaan
Guru-guru yang berkhidmat dalam tempoh masa antara 1 tahun hingga 3 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Sibu.
1.8 Batasan kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan kekerapan amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaan di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Daerah Sibu, Sarawak sahaja. Selain itu kejituan dapatan kajian bergantung kepada kejujuran tindak balas respondan kepada soal selidik yang diberikan. Oleh itu dapatan kajian ini hanya boleh digunapakai oleh semua institusi yang berkenaan di lokasi lain yang mempunyai situasi, latar belakang dan tahap penyebatian amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa yang sama seperti dalam daerah kajian ini.

Batasan kajian ini boleh dirumuskan sebagai berikut :
1.8.1 amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa (perkembangan bahasa dan komunikasi)
1.8.2 dalam kalangan guru-guru permulaan
1.8.3 di sekolah-sekolah rendah kebangsaan Daerah Sibu,

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan
Bab ini cuba menganalisis masalah kajian secara terperinci dan kemudiannya menyatakan kerangka teoritis yang dijadikan panduan bagi mengkaji masalah perkembangan dan pengajaran dan pembelajaran bahasa kanak-kanak prasekolah.

2.1 Pandangan umum tentang kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-kanak
Dewasa ini banyak kajian membuktikan bagaimana kemahiran menulis dan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun dapat dikembangan secara semulajadi oleh kanak-kanak, bagaimana mereka memberi makna kepada dunia mereka melalui penerokaan yang menyeronokkan, dan bagaimana mereka mengggarap maklumat dan membentuk satu peraturan mudah untuk membantu diri mereka sendiri menggunakannya (Beaty,J.J., 1998;293). Kajian-kajian tersebut telah mengubah pandangan kita selamanya tentang cara kanak-kanak mencapai perkembangan mereka dan bagaimana cara terbaik bagi kita membantu pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Walau bagaimanapun masalah ini amat membimbangkan dan mencabar peranan guru prasekolah kerana mereka keliru dengan tanggapan, harapan dan keperluan seperti mana yang terungkap dalam kurikulum prasekolah kebangsaan. Melalui bacaan literatur yang berkaitan dengan perkembangan dan pembelajaran bahasa kanak-kanak prasekolah dari aspek kemahiran menulis, guru prasekolah telah disogokkan dengan dapatan mengatakan kanak-kanak membentuk cara mereka sendiri untuk bercakap dan juga menulis serta membaca (Beaty, J.J.,1998; 293). Dalam satu kajian yang dibuat oleh Temple et.al (1993;2), beliau mengatakan bahawa kanak-kanak belajar menulis melalui pengalaman dan penemuan kendiri. Dengan pandangan tersebut kita kini semacam dihimpit dengan dilema apakah perbuatan mengajar kanak-kanak menulis secara konvensional sudah tidak relevan lagi.

2.2 Pandangan Ahli Psikolinguistik Berhubung Kemahiran Menulis dan Membaca di Kalangan Kanak- Kanak
Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan keupayaan membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-kanak sememangnya telah mula belajar menulis sejak dari peringkat awal perkembangan mereka. Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh diperhatikan melalui tingkah laku mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara mereka bermain dan contengan yang mereka lakukan membentukkan makna yang tertentu (Vygotsky, 1978). Menurut aliran ini bahawa apabila seseorang individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk mempelajari dunia di persekitarannya melalui pancainderanya. Pengetahuannya tentang dunia di sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar bagi dirinya untuk pemerolehan bahasa dan bacaannya. Dengan penemuan ini, jelaslah bahawa pengajaran bahasa yang agak formal sudah boleh dimulakan pada waktu kanak-kanak mula pandai bercakap iaitu pada umur antara dua atau tiga tahun (Kamaruddin Husin et.al, 1986,2).

Saracho (1990) mendapati bahawa terdapat beberapa peringkat tulisan kanak-kanak:-
a) Contengan tanpa tujuan (aimless scribbling),
b) Pergerakan secara horizontal (horizontal movement),
c) Simbol unit secara terpisah-pisah (Separated symbol unit),
d) Kesalahan tulisan huruf-huruf (Incorrect written letters), dan
e) Mengeja perkataan pertama dengan tepat (correct spelling of first name).

Memang tidak dapat dinafikan bahawa percubaan pembelajaran bahasa dari aspek menulis dan membaca yang pertama dilakukan oleh kanak-kanak adalah dalam bentuk contengan, corengan dan kemudiannya bentuk-bentuk lakaran dan bentuk-bentuk yang dapat dikenal pasti. Dari satu aspek yang lainnya pula, perkembangan dan pembelajaran bahasa kanak-kanak juga dikatakan mempunyai perkaitan yang rapat dengan aspek perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Ada di kalangan bijak pandai mengatakan bahawa mengajar kanak-kanak menulis dan membaca sepatutnya dilakukan sewaktu kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan. Apakah pandangan tersebut masih relevan? Jawapan kepada anggapan tersebut adalah jauh berbeza pada hari ini dengan pengalaman dalam lingkungan lima belas atau dua puluh tahun yang lampau.

Kemahiran pratulis di kalangan kanak-kanak prasekolah bermula dengan perkembangan kemahiran motor halus. Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan. Menurut Allyn dan Bacon (1997) kemahiran menulis kanak-kanak prasekolah adalah meliputi kebolehan kanak-kanak menggunakan alat-alat tulis seperti pen, pensil, krayon, marker dan berus cat untuk membuat sebarang bentuk contengan (scribble). Contengan yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah sebarang bentuk lakaran yang berulang dan sebarang perubahan-perubahan pada contengan secara mendatar, dan contengan yang bercampur dengan bentuk-bentuk huruf. Contengan yang dilakukan oleh kanak-kanak juga meliputi percubaan kanak-kanak menggunakan lakaran gambar untuk membuat ilustrasi cerita. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah boleh menulis nama sendiri, mencipta huruf-huruf yang mewakili makna tertentu atau mencipta huruf secara rawak (composed of letters), mencipta ejaan perkataan (invented spelling), dan menulis perkataan yang bermakna (distinguishable words).
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran membaca bukanlah merupakan satu perkara yang mudah dipupuk dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 6 tahun. Ini kerana kemahiran tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat khususnya dalam konteks pengalaman bahasa secara total. Terdapat banyak faktor perkembangan tertentu yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara lain faktor-faktor yang mempengaruhinya ialah faktor fizikal, faktor persepsi, faktor kognitif, faktor bahasa, faktor afektif dan faktor persekitaran atau pengalaman seseorang individu .

Menurut Pumfrey (1977) membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik tetapi sebagai satu proses pemikiran yang membina. Berdasarkan pandangan Pumfrey tersebut maka kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah haruslah dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat dan memahami kehendak situasi.

Ferreiro dan Teberosky dalan buku mereka Literacy Before Schooling (1982) menyebut
In children’s own first spontaneously produced graphic representations, drawing and writing are undifferentiated. Gradually some lines acquire forms like drawings, while others evolve towards imitation of the most salient characteristics of written language. (ms. 52)
Ketika kanak-kanak mencipta satu penemuan baru tentang menulis melalui penerokaan kendiri dan penglibatan mereka dengan buku-buku bergambar, mereka sebenarnya telah membina pandangan kendiri tentang tulisan. Menurut Tempel et.al (1993), pembelajaran menulis di kalangan kanak-kanak adalah satu tindakan mereka melalui penemuan-penemuan kendiri. Pandangan tersebut diperkukuhkan lagi oleh Schrader et.al (1987) dengan mengatakan bahawa kanak-kanak membina sendiri peraturan dan sistem pemerolehan bahasa mereka sama ada bahasa lisan dan bahasa tulisan melalui pengaruh persekitaran mereka. Daripada pandangan-pandangan tersebut mungkinkah kita boleh menegaskan di sini bahawa kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri untuk bercakap, menulis dan juga membaca.

Dengan yang demikian kemahiran-kemahiran menulis, membaca, berfikir, emosi, sosial dan motor diperoleh oleh kanak-kanak pada fasa perkembangan mereka melalui permainan penerokaan dan eksperimen mereka ke atas bahan-bahan di persekitaran (Beaty,J.J., 1998, 294). Pandangan tersebut bukanlah sesuatu yang hakiki dan meliputi untuk semua lapisan kana-kanak. Ini kerana perkembangan menulis dan membaca dalam kalangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Kanak-kanak memerlukan alat untuk menulis, bahan-bahan di persekitaran yang boleh digunakan mereka untuk menulis, dan dorongan kepada mereka untuk melakukan percubaan menulis adalah penting. Kanak-kanak perlu melakukan latihan-latihan pratulis dan dan prabaca seperti mana mereka melakukan latihan-latihan untuk berlari dan bercakap dengan bantuan orang dewasa.

Tanpa alat-alat untuk menulis sedia ada di rumah, kanak-kanak prasekolah tidak mendapat peluang menikmati menggunakannya tetapi hanya melakukan latihan tersebut melalui menulis di udara dan di atas debu pasir. Tanpa buku untuk diperhatian, kanak-kanak prasekolah mempunyai kurang daya dorongan untuk membaca. Peranan ibu bapa dan guru prasekolah dengan menunjukkan satu model minat membaca buku dan tingkah laku menulis menyebabkan kanak-kanak merasakan mereka juga ingin melakukan aktiviti bacaan dan tulisan.

Berdasarkan pandangan tersebut di atas maka bukanlah bermakna guru terpaksa duduk sepanjang hari dan mengajar kanak-kanak prasekolah membaca dan menulis dengan menggunakan kaedah konvensyenal. Menurut Schrader dan Hoffman (1987,3) kanak-kanak akan menjadi bosan dan tertekan sekira guru mengajar kanak-kanak menulis dan membaca. Keadaan tersebut berlaku kerana cara tersebut telah menyebabkan kana-kanak merasakan mereka kurang mendapat peluang untuk menggunakan pengetahuan sedia ada yang telah terbentuk (self-constructed knowledge) dengan cara yang bermakna (meaningful ways).

2.3 Cara-cara dan Aktiviti-aktiviti Yang Menggalakkan Kemahiran Pratulisan dan Prabacaan di Kalangan Kanak-kanak

Menurut Golden (1984; 4) kanak-kanak pada seawal umur tiga tahun boleh mengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan contengan untuk lakaran. Pandangan beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak telah terdedah dengan pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya. Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan boleh bermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun.

Di pusat prasekolah kanak-kanak diberi penekankan dengan kemahiran menulis secara mekanis dengan tujuan kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas. Pada peringkat awal pembelajaran menulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan Aktiviti-aktiviti seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman asas. Melalui aktiviti tersebut ia dapat membantu kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran menulis yang selanjutnya seperti menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.

Menurut Ann Miles Gordon et.al (1995), kebolehan kanak-kanak untuk menulis dan membaca bukanlah ditentukan oleh faktor tahap umur. Kesediaan kanak-kanak untuk menulis dan membaca (graphic language) mestilah disuburkan oleh orang dewasa. Kecekapan bahasa kanak-kanak merupakan penentu ulung kesediaan membaca di kalangan kanak-kanak. Peranan guru adalah untuk mengenal pasti faktor kesediaan tersebut melalui sejauhmana kanak-kanak memahami struktur ayat dan penggunaan perbendaharaan kata dalam interaksi seharian mereka.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa apabila wujudnya jalinan antara bahasa yang diungkap (baca) dengan perkataan yang ditulis. Ini adalah sejajar dengan pandangan sarjana
”..... that sounds are how language is put together”
(Nurss, 1980)

Berdasarkan saranan tersebut guru boleh merancang aktiviti bahasa yang mengaitkan perkara yang disebut (baca) dengan perkara yang ditulis (Gordon, 1995; 317).

Terdapat beberapa cara atau aktiviti yang dikenal pasti oleh ahli linguistik untuk memupuk minat kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah (Beaty, J.J., 1998).




Antara cara-cara tersebut adalah :-
2.3.1 Menyediakan Sudut Tulisan
Apabila matlamat guru prasekolah untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka sendiri kemahiran menulis, kita seharusnya menyediakan satu suasana untuk memungkinkan perkara tersebut berlaku. Bagi kanak-kanak sudut bacaan mempunya kesan menarik sama dengan sudut main blok. Alat-alat tulisan seperti meja, kertas, sampul suarat, kad, pelekat, pita, pembaris, getah pemadam, pad stamp, klip kertas dan sebagainya disediakan di sudut ini memang mempunyai daya tarikan pada diri kanak-kanak. Selain dari itu papan tulis kecil atau stand-up chalk board dibekalkan untuk menggalakkan aktiviti menconteng dan menulis menggunakan kapur. Minat dan keinginan mereka untuk meniru tingkah laku menulis oleh orang dewasa dapat di penuhi dengan melakukan cakaran, contengan dan lakaran tertentu di sudut ini.
2.3.2 Melengkapi Bilik Prasekolah Dengan Persekitaran Tulisan
Guru prasekolah bolehlah melengkapkan bilik prasekolahnya dengan bahan-bahan yang menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-bahan yang perlu disediakan dalam bilik prasekolah adalah seperti buku-buku, majalah-majalah, katalog, poster, tanda nama jalan, isyarat-isyarat jalanraya, iklan-iklan, logo-logo restoran seperti KFC dan sebagainya. Penyediaan persekitaran yang dilengkapi dengan bahan-bahan tulisan (print) meningkatkan lagi kesedaran (awareness) mereka tentang tulisan dan bacaan.

2.3.3 Menyediakan Sudut Bacaan
Pusat prasekolah perlu dilengkapi dengan sudut bacaan. Bahan-bahan seperti buku-buku bergambar,buku-buku abjad, poster, majalah dan buku besar ditempatkan di sudut ini.
2.3.4 Menggunakan Tray Pasir / Garam Untuk Menulis Dengan Jari
Guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir / garam, kanak-kanak boleh berlatih menulis menggunakan hujung jari di atas pasir atau garam. Cara ini mudah bagi kanak-kanak untuk memadam dan menulis semula bentuk-bentuk yang diminatinya. Kanak-kanak hanya perlu mengoyang (shake) tray jika ingin memadam untuk menulis semula huruf dan sebaginya.
2.3.5 Menggalakkan Kanak-Kanak Menulis Pesanan
Kanak-kanak pada peringkat memaknakan contengan dalam penerokaan tulisan mereka boleh menulis pesan dalam aktiviti menulis olok-olok (mock writing) kepada rakan atau ibu bapa mereka. Galakkan kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok (mock letter writing) kepada ibu bapa mereka. Ketika kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok, guru akan menulis sebenar mesej surat tersebut dalam mock letter writing tersebut. Apabila ibu bapa mereka bertindak balas terhadap surat tersebut kanak-kanak akan merasakan bahawa tulisan mereka dapat dibaca oleh ibu bapa. Dari detik inilah akan timbul motivasi mereka untuk terus belajar menulis huruf-huruf yang sebenarnya.
2.3.6 Pengesahan Setelah Mendapat Giliran
Kanak-kanak digalakkan menggunakan sebarang bentuk tulisan olok-olok (mock writing) dalam buku catatan khas yang ditempatkan disetiap sudut pembelajaran sebagai menunjukkan atau membukti bahawa mereka telah melaksanakan sesuatu aktiviti. Sebatang pensil atau pen diikat pada buku tersebut supaya kanak-kanak tidak perlu mengambil masa untuk mendapatkan pensil / pen bagi tujuan tersebut.
2.3.7 Mengenali Nama Dengan Abjad
Kanak-kanak lazimnya belajar dalam cara yang bermakna, menyeronokkan dan berkait rapat dengan dirinya. Guru prasekolah atau orang dewasa boleh membantu kanak-kanak mengenal abjad pertama tentang namanya secara yang menyeronokkan. Misalnya guru boleh membuat rantai leher yang diperbuat dari benang dan kad abjad pertama namanya digantungkan padanya. Kanak-kanak kemudiannya diminta mencari rakan-rakannya yang mempunyai abjad nama yang sama dengannya.
2.3.8 Kad-kad Abjad
Galakkan kanak-kanak bermain dengan kad abjad yang mempunyai gambar selari dengannya. Cara begini dapat membantu kanak-kanak melihat perkaitan abjad dengan persekitran yang selari dengannya.
2.3.9 Membaca Buku Abjad
Membaca buku abjad adalaah berkesan apabila dibaca oleh guru kepada seorang atau dua orang kanak-kanak dalam sesuatu masa. Kanak-kanak perlu duduk bersebelahan dengan guru ketika pembacaan sedang dilakukan oleh guru agar mereka berpeluang untuk mengenal pasti objek yang sedang disebut dan bentuk huruf yang berkenaan.
2.3.10 Peti Surat Peribadi
Kanak-kanak digalakkan membuat peti surat peribadi dengan menggunakan kotak-kotak buangan yang sesuai. Kanak-kanak akan menandakan kotak peti surat peribadi tersebut dengan nama mereka masing-masing. Guru akan membuat pesanan ringkas setiap hari kepada murid-murid tertentu dan guru akan memberi galakkan kepada mereka untuk membalas pesanan tersebut.
2.3.11 Permainan Abjad Komputar
Dewasa ini setiap pusat prasekolah ada dibekalkan dengan kemudahan komputer. Kanak-kanak amat meminati komputer. Guru boleh menggunakan komputer sebagai media yang menggalakkan mereka untuk minat menulis dan membaca. Program abjad komputer adalah amat baik untuk satu pengenalan kepada kanak-kanak untuk mengenali abjad di papan kekunci komputer.

2.3.12 Buku Besar / Big Books
Walaupun harga sebuah buku besar jauh lebih mahal berbanding dengan buku biasa, buku besar mempunyai peranan penting dalam meningkatkan minat murid untuk membaca. Buku besar ini digunakan oleh guru untuk membaca cerita atau ayat mudah kepada kanak-kanak secara kumpulan. Kanak-kanak berpeluang melihat tulisan huruf dan gambar yang terdapat pada buku tersebut dengan jelas.
2.3.13 Meletakkan Buku-Buku Di setiap Sudut Pembelajaran
Buku-buku bergambar sesuai ditempatkan pada setiap sudut pembelajaran.Contohnya di sudut blok diletakkan buku Building a Bridge , sudut permainan dramatik diletakkan buku If I Ran The Family, sudut Sains diletakkan buku Planting a Rainbow, sudut matematik / manipulatif diletakkan buku Moving from One to Ten, dan sudut motor kasar diletakkan buku No Jumping on the Bed dan sebagainya.
2.3.14 Hidangan Sup Abjad
Permainan hidangan sup abjad membantu kanak-kanak untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang terdapat dalam hidangan tersebut. Kanak-kanak boleh membanding dan membuat perbezaan kandungan hidangan sup abjadnya dengan rakan-rakannya.
2.3.15 Menyediakan Mesin Taip Manual
Guru prasekolah boleh menggunakan mesin taip manual untuk meningkatkan minat kanak-kanak mengenali abjad dan membaca abjad. Kanak-kanak seronok bermain dengan hurut-huruf dan perkataan-perkataan yang dapat mereka taipkan dengan mesin taip manual. Kanak-kanak digalakkan menerokai dan mempelajari secara sendiri bagaimana mereka menggunakan mesin taip seperti menyiasat sendiri di manakah papan kekunci untuk menaip huruf yang dikehendaki.

3.0 Rumusan.
Walaupun kanak-kanak membentuk kemahiran pratulisan dan prabacaan pada kadar masa yang sama seperti mereka menguasai kemahiran lisan, kita sedar bahawa guru prasekolah semacam tidak memberi tekanan kepada aspek perkembangan semulajadi mereka dalam aspek tersebut. Oleh yang demikian mungkin terdapat kanak-kanak yang dapat membuat tulisan olok-olok (mock writing) tetapi tidak pernah melakukannya di prasekolah. Mungkin juga terdapat dalam kalangan kanak-kanak yang telah menyedari tentang kewujudaan huruf-huruf (print) dan cuba untuk membacanya tetapi telah diabaikan oleh guru-guru prasekolah dan orang dewasa.

(i) BAB III

(ii) METODOLOGI

3.0 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan menghuraikan kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini. Antara kaedah tersebut ialah proses pengumpulan data, pemilihan sample, tempat kajian, kajian rintis, alat pengukuran kajian dan kedah penganalisisan data. Kajian ini secara umumnya adalah jenis kuantitatif dalam bentuk deskriptif yang mengukur keberkesanan amalan penggunaan pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema dalam pengajaran oleh guru tersebut.

3.1 Reka Bentuk Kajian
Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan dan juga pemerhatian yang akan dijalankan melalui set senarai semak untuk mengumpul dapatan dari maklumat guru-guru permulaan yang baru berkhidmat sebagai guru pra-sekolah di sekolah-sekolah yang terlibat. Maklumat-maklumat tersebut terdiri daripada kekerapan amalan pedagogi pengajaran dalam slot perkembangan bahasa dalam pengajaran harian, perancangan pengajaran, perlakuan-perlakuan pengajaran dan pemaparan imej dan personaliti guru terlibat.
(iii) 3.2 Prosedur Pengumpulan Data
(iv) 3.2.1 Penentuan Subjek kajian
Populasi dan responden kajian ini adalah meliputi semua guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak yang telah berkhidmat dalam tempoh masa 1 hingga 3 tahun. Terdapat seramai 15 orang guru permulaan prasekolah di sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Sibu, Sarawak. Oleh kerana jumlah populasi di daerah tersebut adalah kecil, maka semua populasi tersebut telah diambil sebagai sample kajian untuk mendapatkan data.
(v) 3.2.2. Taburan Responden Mengikut Sekolah Dan Daerah
Seramai 15 orang guru-guru permulaan akan terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Bilangan ini merupakan 100 % daripada keseluruhan populasi. Mereka terdiri daripada guru-guru prasekolah di sekolah kebangsaan yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Gabungan Sibu.
(vii) 3.2.3 Metod Yang Digunakan
Untuk memperoleh data bagi menjawab semua soalah kajian, penyelidik menggunakan 2 kaedah iaitu pertama kaedah tinjauan dan kedua ialah kaedah kedua ialah amalan pemerhatian.

Untuk kaedah tinjauan, penyelidik akan mengedarkan satu set borang soal selidik yang menggunakan Sekala Likert 5 mata. Ia bertujuan untuk membuat tinjauan terhadap aspek perancangan dan pelaksanaan amalan pedagogi pengajaran guru permulaan. Soal selidik yang dihantar kepada subjek kajian mengandungi tiga bahagian iaitu:-
f) Bahagian A : demografi responden ;
g) Bahagian B: Aspek perancangan pengajaran guru yang berkaitan dengan amalan pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema
h) Bahagian C: Aspek pelaksanaan pengajaran guru yang berkaitan dengan amalan pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema.

Penggunaan soalselidik sebagai alat pengukuran yang sesuai adalah kerana mengikut Rubin dan Babie (1993), bagi mengukur responden yang besar atau keseluruhan daripada populasi yang dipilih, penggunaan soalselidik adalah lebih tepat dari segi kebolehpercayaan. Soalselidik juga memudahkan responden memberikan reaksi sebenar terhadap apa juga pertanyaan yang dikemukakan. Ia memberikan masa kepada responden untuk berfikir sebelum menjawabnya. Di samping itu, soalselidik juga dapat ditujukan kepada banyak responden pada masa yang sama di samping membolehkan keseragaman dalam situasi pengukuran kerana setiap responden memberi tindakbalas kepada soalan yang sama. Secara kesimpulannya, data yang diperolehi nanti akan lebih tekal semasa dianalisis dan ditafsir.

Kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung pengajaran guru permulaan prasekolah dalam bilik darjah. Satu senarai semak pengajaran slot pengajaran Bahasa dan Komunikasi akan digunakan untuk mendapat data yang berkaitan dengan amalan pedagogi pengajaran guru dalam bilik darjah selain dari data-data yang diperoleh melalui soal selidik yang diberikan kepada subjek kajian. Set senarai semak ini akan dibina berpandukan kajian-kajian terdahulu dan ditambah dengan aspek-aspek baru yang difikirkan perlu.

Senarai semak pengajaran di bilik darjah ini meliputi dua bahagian iaitu:-
a) perancangan pengajaran slot Bahasa dan Komunikasi oleh guru permulaan; dan
b) amalan pelaksanaan pedagogi pengajaran slot Bahasa dan Komunikasi oleh guru permulaan.

3.3 Pentadbiran Alat Kajian
3.3.1 Untuk melicinkan perjalanan kajian ini, penyelidik akan berjumpa terus subjek kajian yang dipilih dan menerangkan tujuan kajian tersebut dibuat. Perjumpaan secara langsung dengan semua subjek kajian akan dapat mengurangkan rasa syak wasangka dan tahap kebimbangan tinggi di kalangan subjek.
3.3.2 Penyelidik juga akan mengamalkan satu prosedur untuk memasuki kawasan kajian. Oleh kerana subjek kajian adalah di kalangan guru-guru permulaan prasekolah, maka penyelidik akan membuat satu temu janji untuk membuat satu sesi pertemuan untuk mengedar borang-borang soal selidik dan untuk menentukan tarikh-tarikh untuk sesi pemerhatian.
3.3.3 Set soal selidik yang telah tekal kebolehpercayaannya, akan diedarkan kepada semua responden dan dipungut sendiri oleh penyelidik pada hari berkenaan atau beberapa hari selepas itu.
3.3.4 Senarai semak pula akan ditadbir sendiri oleh penyelidikan melalui sesi pemerhatian terhadap pelaksanaan pengajaran guru mengikut slot-slot pilihan dalam pengajaran-pembelajaran guru-murid.

3.4 Kajian Rintis
Kajian rintis telah dijalankan oleh penyelidik ke atas 28 orang guru permulaan di sekolah pilihan yang bukan termasuk dalam sample kajian. Sample untuk tujuan kajian rintis ini mempunyai persamaan dari segi sifat dan cirri daripada sample sebenar. Penyelidik menggunakan 28 sampel dalam kajian rintis kerana Sarrilla (1998) pernah menggunakannya terhadap 20 sampel sahaja.

Kajian rintis dibuat adalah untuk menguji tahap kebolehpercayaan / realibiliti instrument bagi menentukan tahap ketekalan dalaman melalui nilai pekali cronbach alpha. Hasil kajian rintis tersebut dinyatakan seperti jadual 1 berikut:

Jadual 1: Keputusan Kajian Rintis
No. Item Item Variable
Nilai Alpha (α) Pilot Test
Jumlah

1-6
Demografi var 1 – var 6 - α.9101
B1 – B10
Bahagian B: Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
var1 – var 10 α .8992
C1 – C8
Bahagian C; Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
var 1 – var 8 α .7926

Berdasarkan Jadual 1 di atas, dari kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik menunjukkan indeks nilai kebolehpercayaan berada pada cronbach α . 7926(stability coefficients) dan α .8992 (sufficient realibility) dan ditafsirkan sebagai acceptable standardised test for internal consistency (Walter R. Borg & Meredith Maien Gall, 1979. Dari satu aspek yang lainnya pula nilai pekali cronbach keseluruhan item berada pada nilai α . 91 yang ditafsirkan sebagai very good realibility ( Vierra, A., & Pollock, J., 1992).

3.5 Prosedur Pemerosesan Dan Analisis Data
(vi) Untuk pepemprosesan data yang diperolehi, bentuk statistik yang akan digunakan ialah statistik Deskriptif. Data yang dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan perisian `Statistical For The Sosial Science ( SPSS ) version 10.0 .





BAB IV
DAPATAN / ANALISIS DAN PERBINCANGAN
AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN SLOT PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN GURU-GURU PERMULAAN PRASEKOLAH.

4.0 Pendahuluan
Bab ini bertujuan untuk menentukan amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak . Tumpuan khusus dalam bab ini adalah untuk menjawab soalan-soalan kajian dalam Bab I.

Hasil kajian akan dinyatakan dalam beberapa iaitu fasal 4.1, fasal 4.2, dan fasal 4.3. Dalam fasal 4.1 perkara yang akan dihuraikan ialah analisis kajian berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran guru-guru permulaan prasekolah dalam slot perkembangan bahasa dan komunikasi. Selian dari itu dalam fasal 4.1 juga akan dihuraikan ialah analisis kajian berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran guru-guru permulaan prasekolah dalam slot perkembangan bahasa dan komunikasi. Fasal 4.2 adalah berhubung perbincangan hasil kajian dan fasal 4.3 ialah mengenai rumusan dapatan kajian.

4.1 Hasil Kajian
Hasil kajian tentang amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi bagi guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak akan dibincangkan dalam fasal-fasal yang berkenaan. Fasal 4.1.1 akan membincangkan analisis kajian berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi. Fasal 4.1.2 akan membincangkan analisi kajian berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi oleh guru-guru permulaan prasekolah.

4.1.1 Analisis pengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam merancang pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi

Berdasarkan data yang dikutip, terdapat seramai 28 orang respondan telah menyatakan pandangan mereka melalui soal selidik yang dihantar secara langsung kepada mereka. Respondad tersebut adalah terdiri daripada 28 orang guru-guru permulaan di pusat prasekolah di Daerah (Bahagian )Sibu. Jadual 1 berikut menunjukkan latar belakang respondan.

Jadual 2: Latar belakang Respondan Mengikut Jantina, Pengalaman Mengajar, Kelulusan Akademik, Pengkhususan Di Maktab / Universiti dan Mata Pelajaran Yang Diajar Sekarang.

Pembolehubah

Kekerapan
Jantina Lelaki 4 (14.3%)
Perempuan 24 (85.7%)
Pengalaman Mengajar Tahun Pertama 6 (21.4%
Tahun Kedua 9 (32.1%
Tahun Ketiga 13 (46.4%)
Kelulusan Akademik SPM 17 (60.7%)
STPM 10 (35.7%)
Diploma 0 (0.0%)
Ijazah 1 (3.6%)
Pengkhususan Di Maktab / Universiti Pengajian Prasekolah 26 (92.9%)
Pengajian Melayu 0 (0.0%)
Pengajian Inggeris 0 (0.0%)
Am 2 (7.1)
Mata Pelajaran Yang Diajar Sekarang Prasekolah 28 (100.0%)
Jadual 3: Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Perancangan Pengajaran Slot Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi.

Item
(N=28) STS TS S SS Min Sisihan Piawai
Sentiasa merancang kategori belajar melalui bermain yang sesuai dalam pendakatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 0
(0.0%) 2
(7.1%) 17
(60.7%) 9
(32.1%) 3.250 .5853
Sentiasa mencatatkan kategori main yang perlu/hendak digunapakai dalam perancangan pendekatan pengajaran. 0
(0.0%) 4
(14.3) 21
(75.0%) 3
(10.7) 2.964 .5079
Sentiasa merancang aktiviti bermain yang bersesuaian dengan perkembangan murid-murid 0
(0.0%) 0
(0.0%) 19
(67.9%) 9
(32.1%) 3.321 .4756
Sentiasa merancang penggunaan bahan sumber yang bersesuaian dengan kategori main yang hendak gunapakai dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas. 0
(0.0%) 3
(10.7%) 13
(46.4%) 12
(42.9%) 3.321 .6696
Sentiasa merancangan beberapa soalan bertujuan menyuburkan perkembangan bahasa muird-murid melalui aktiviti bermain. 0
(0.0%) 1
(3.6%) 17
(60.7%) 10
(35.7%) 3.321 .5480
Sentiasa merancang supaya unsur kesepaduan pendekatan main sambil belajar dan pendekatan bertema dan bersepadu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 0
(0.0%) 1
(3.6%) 18
(64.3%) 9
(32.1%) 3.285 .5345
Sentiasa merancang untuk menerapkan nilai-nilai kemahiran dan pengetahuan yang diserapkan melalui pendekatan belajar melalui bermain. 0
(0.0%) 0
(0.0%) 17
(60.7%) 11
(39.3%) 3.392 .4973
Sentiasa merancang untuk menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam P & P melalui pendekatan belajar melalui bermain. 0
(0.0%) 2
(7.1%) 14
(50.0%) 12
(42.9%) 3.357 .6215
Sentiasa memilih stretegi bermain yang bersesuaian untuk menyebatikan nilai-nilai murni. 0
(0.0%) 0
(0.0%) 17
(60.7%) 11
(39.3%) 3.392 .4973
Sentiasa merancang supaya kategori main yang dipilih bersesuaian dengan objektif pelajaran hendak yang dicapai. 0
(0.0%) 2
(7.1%) 14
(50.0%) 12
(42.9%) 3.357 .6215

Purata
0% 5.35% 59.66% 35.0% 3.296
(Realibility : α .8992)

Dari Jadual 3 di atas, secara keseluruhannya 59.66% dan 35.0% guru-guru permulaan memberi pandangan bahawa mereka mengambil kira pendekatan belajar melalui bermain apabila merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru permulaan juga memberi pandangan bahawa aspek menerapkan nilai-nilai kemahiran dan pengetahuan yang diserapkan melalui pendekatan belajar melalui bermain (60.7% dan 39.3%) dan memilih strategi bermain yang bersesuaian untuk menyebatikan nilai-nilai murni (60.7% dan 39.3%) adalah sepenuhnya dibuat dalam menyediakan perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kelas prasekolah. Selain dari itu guru-guru permulaan prsekolah juga bersetuju bahawa mereka senitasa merancang aktiviti bermain yang bersesuaian dengan perkembangan murid.

Walau bagaimanapun, dari Jadual 3 tersebut adalah didapati bahawa aspek mencatat kategori main yang perlu / hendak digunapakai dalam perancangan pendekatan pengajaran mendapat skor kurang setuju yang paling tinggi. 14.3% guru-guru permulaan prasekolah tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ini menunjukkan bahawa guru-guru permulaan hanya merancang aktiviti bermain tanpa mengkategorikan jenis main yang hendak digunakan dalam pendekatan yang dikenal pasti. Begitu jugalah terdapat 10.7% guru-guru permulaan kurang bersetuju sentiasa merancang penggunaan bahan sumber yang bersesuaian dengan kategori main yang hendak digunapakai dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kelas prasekolah. Data ini menunjukkan bahawa guru-guru permulaan ada merancang bahan sumber untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tetapi mereka tidak menitikberatkan kelasifikasi bahan tersebut dengan kategori main yang hendak digunapaka oleh mereka.

4.1.2: Analisis mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain pelaksanaan pengajaran dalam slot perkembangan bahasa dan komunikasi.

Analisis berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi dapat diperoleh dari Jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Pelaksanaan Pengajaran Slot Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi

Item
(N=28) STS TS S SS Min Sisihan Piawai
Sentiasa menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam permulaan pengajaran 0
(0.0%) 3
(10.7%) 20
(71.4%) 5
(17.9%) 3.071 .5394
Sentiasa menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam perkembangan pelajaran. 0
(0.0%) 2
(7.1%) 17
(60.7%) 9
(32.1%) 3.250 .5853
Menggunakan unsur belajar melalui bermain dalam penutup pengajaran 0
(0.0%) 5
(17.9%) 19
(67.9%) 4
(14.3%) 2.964 .5762
Selalu menyebatikan nilai-nilai murni melalui pendekatan belajar melalui bermain. 0
(0.0%) 0
(0.0%) 12
(42.9%) 16
(57.1%) 3.571 .5040
Mengamalkan belajar melalui bermain dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran perkembangan bahasa. 1
(3.6%) 4
(14.3%) 14
(50.0%) 9
(32.1%) 3.107 .7860
Selalu memberi keutamaan latihan kemahiran motor halus melalui main air dan pasir bagi membolehkan murid menulis dengan baik. 3
(10.7%) 10
(35.7%) 10
(35.7%) 5
(17.9%) 2.607 .9165


Selalu menggunakan situasi bermain yang bermakna dan menyeronokkan . 0
(0.0%) 2
(7.1%) 18
(64.3%) 8
(28.6%) 3.214 .5681
Selalu menekankan pengamalan pembelajaran yang bermakna di kalangan murid, seperti permainan bahasa, nyanyian, lakonan, main peranan, bercerita dan lawatan. 0
(0.0%) 3
(10.7%) 15
(53.6%) 10
(35.7%) 3.250 .6455

Purata

0.0%
12.93%
55.81%
29.46%
3.129
(Realibility : α .7926)


Secara keseluruhannya, 55.81% dan 29.46% guru-guru permulaan memberi pandangan bahawa mereka menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru permulaan juga memberi pandangan bahawa mereka selalu menyebatikan nilai-nilai murni melalui pendekatan belajar melalui bermain (42.29% dan 57.1%).

Walau bagaimanapun, dari Jadual 3 tersebut adalah didapati bahawa guru-guru permulaan kurang bersetuju bahawa mereka selalu memberi keutamaan latihan kemahiran motor halus melalui bermain air dan pasir bagi membolehkan murid menulis dengan baik (10.7% sangat tidak bersetuju dan 35.7% tidak bersetuju). Ini menunjukkan bahawa penggunaan sudut main pasir dan main air kurang dimanfaatkan oleh guru-guru permulaan untuk menyubur perkembangan fizikal (motor halus) bagi membolehkan murid-murid prasekolah menulis dengan baik.



4.2 Perbincangan Hasil /Analisis Kajian
Hasil kajian tentang amalan pedagogi pengajaran dan pembelajaran guru-guru permulaan prasekolah seperti yang dinyatakan dalam fasal 4.1.1, dan fasal 4.1.2, akan dibincangkan dalam bahagian ini dalam fasal-fasal berikut:-

4.2.1 Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Perancangan Pengajaran Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dan hasil kajian ini telah mendapati bahawa hampir semua semua guru permulaan (71.4% dan 17.9%) sentiasa menyediaan rancangan kategori bermain yang sesuai dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Daripada 28 orang respondan hanya 3 orang respondan (10.7%) yang tidak bersetuju mengatakan bahawa mereka menyediakan rancangan kategori bermain yang sesuai dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini mengukuhkan lagi pandangan Spodek & Saracho (1988) bahawa guru perlu membuat perancangan yang rapi sebelum memulakan pengajarannya di bilik darjah. Perancangan yang teliti adalah satu rancangan yang mengambilkira antara kategori main yang bersifat kependidikan (educational play) dan kategori main yang bukan bersifat kependidikan (noneducational play).


Bukti-bukti daripada kajian ini juga memberi satu gambaran kepada kita bahawa guru-guru permulaan prasekolah sentiasa merancang aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (67.9% dan 32.1%). Menurut Doris Bergen (1988, 169-180) sesuatu aktiviti yang dirancang oleh guru adalah perlu menitik beratkan kesesuaian antara kategori dan jenis main dengan aspek pembelajaran atau perkembangan kanak-kanak.

Dariapada soal selidik kajian ini ia juga jelas menunjukkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah sentiasa merancang penggunaan bahan sumber yang bersesuaian dengan kategori main yang hendak diguna pakai dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (46.4 % dan 42.9%). Maklum balas ini mengukuhkan lagi pandangan yang dibuat oleh Margaret Lay-Dopyera dan John Dopyera (1993) bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah menuntut guru merancang sumber yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak.

Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa guru-guru permulaan sentiasa merancang soalan-soalan bertujuan menyuburkan perkembangan bahasa murid-murid melalui aktiviti bermain. 60.7% dan 35.7% respondan memberi pandangan bahawa mereka merancang soalan-soalan yang berkaitan dalam persediaan mengajar mereka. Kajian Margaret Lay-Dopyera dan John Dopyera (1993) ke atas pengajaran guru yang bernama Kate membuktikan bahawa guru tersebut menggunakan persediaan mengajar dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Guru yang dikaji (Kate) oleh Margaret Lay-Dopyera dan John Dopyera melakukan soalan dan penyoalan dalam bilik darjah berlandaskan soalan-soalan yang telah dirancangkannya. Dengan adanya satu rancangan soalan-soalan bertujuan untuk menyuburkan perkembangan bahasa kanak-kanak, seseorang guru berupaya untuk membawa murid-muridnya melepasi tahap perkembangan proximal(Vygotsky, 1988).

Berdasarkan soal selidik dari respondan, adalah didapati bahawa guru-guru permulaaan sentiasa merancang untuk memasukkan unsur-unsur kesepaduan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (64.3% dan 32.1%). Data ini menjelaskan bahawa amalan pedekatan bersepadu dalam kalangan guru-guru permulaan di Daerah Sibu amat menggalakkan. Dapatan kajian yang dibuat oleh Shatz dan Gelman (1977, 189-198) ke atas murid-murid prasekolah menunjukkan bahawa unsur kesepaduan kemahiran dalam perkembangan bahasa perlu dirancang sama ada kemahiran mendengar dan kemahiran bercakap atau kemahiran menulis dan kemahiran membaca. Sehubungan dengan itu Morrison (1995, 367), menyarankan unsur kesepaduan dalam pelaksanaan kurikulum adalah bertujuan untuk membantu murid-murid membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari mereka di bilik darjah.


Dari soal selidik adalah didapti bahawa guru-guru permulaan prasekolah sentiasa merancang untuk menerapkan nilai-nilai kemahiran dan pengetahuan yang diserapkan melalui belajar melalui bermain. Dapatan dari soal selidik ini selaras dengan satu kajian yang dibuat oleh Warren-Leubecker dan Bohannon (1989) berhubung nilai dalam berkomunikasi. Nilai dalam komunikasi perlu dibimbing (rancang) untuk membantu kanak-kanak menyedari tentang perbezaan nilai dalam komunikasi. Terdapatnya perbezaan nilai semasa berkomunikasi dengan rakan sebaya dan dengan orang lebih dewasa. Pernyataan yang diperoleh dari soal selidik ini mengukuhkan amalan pedagogi pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan dalam kandungan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.

Unsur kemahiran berfikir adalah satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran di pusat prasekolah. Data yang diperoleh dari soal selidik menunjukkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah sentiasa merancang unsur penyebatian kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (50.0% dan 42.1%). Hanya 2 (7.1%) dari 28 orang respondan menyatakan mereka kurang bersetuju ada merancang penyebatikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Seifert dan Hoffnung (1991), perkembangan kognitif kanak-kanak amat mempengaruhi pemikiran kanak-kanak, perasaan dan juga tingkah laku mereka. Memandangkan bacaan adalah satu tingkah laku berfikir dan memahami, dan belajar membaca adalah satu proses konstrukif dalam penyelesaian masalah, Mason (1986, 48-66), mencadangkan mengajar bacaan hendaklah dirancang dan difokuskan kepada cara kanak-kanak berfikir. Hal yang sama pernah diingatkan oleh Marrison (1995, 357) agar guru-guru pendidikan prasekolah perlu memasukkan kemahiran berfikir melalui soalan dan penyoalan dalam bilik darjah. Dengan adanya membuat rancangan secara sistematik ini kanak-kanak dapat dibantu untuk membuat perkaitan antara makna dan fungsi dengan baik.
Dari data soal selidik adalah didapati bahawa 60.7% dan 39.3% guru-guru permulaan prasekolah sentiasa memilih strategi yang sesuai untuk menyebatikan nilai-nilai murni. 50.0% dan 42.9% respondan memberi pandangan bahawa mereka sentiasa merancang kategori main yang dipilih sesuai dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai. Data ini memberi makluman bahawa guru-guru permulaan prasekolah masih mengamalkan nsur-unsur yang ditekankan semasa dalam latihan di maktab perguruan.

Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik secara langsung ke atas persediaan mengajar guru semasa kunjungan untuk mentadbir soal selidik di sekolah-sekolah yang terbabit. Satu senarai semak pemerhatian digunakan oleh penyelidik untuk mendapat maklumat yang berkaitan. Dapatan pemerhatian dirumuskan oleh penyelidik seperti dalam Jadual 6 .
Jadual 6: Rumusan Senarai Semak Pemerhatian Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Dari Aspek Tulisan


Kategori Main
Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Min
Main Sosioemosi / Main Pondok dll Menulis Huruf Objek Menulis Nama Objek 2.20
16
(57.1% 4
(14.3%)
Main Kognitif / Manipulatif dll Membentu Huruf Dari Bongkah Membentuk Huruf Dari Doh 1.75
1
(3.6%) 3
(10.7%)
Main Sosiodrama / Main Peranan dll Tulis Huruf Kpd Ibu / Bapa 4.0
1
(3.6%)
Permainan Luar / Bebas dll Menconteng Atas Pasir Menulis Dalam Air 2.0
2
(7.1%) 1
(3.6%)

Berdasar Jadual 6 di atas, guru-guru permulaan lebih gemar memilih kategori Main Sosioemosi / Main Pondok / Afektif lebih kerap (57.1% dan 14.3%) untuk mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam menyediakan rancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Dari pemerhatian ini juga dapat dirumuskan bahawa guru-guru permulaan kurang menggunakan kategori Main Sosiodrama / Main Peranan dalam merancangan pengajaran mereka.

Walau bagaimanapun dapatan dari pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik secara langsung ini menunjukkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain ketika merancang pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam bilik darjah.
4.2.2 Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Pelaksanaan Pengajaran Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi

Berdasar Jadual 4, secara keseluruhannya respondan bersetuju memberi pandangan bahawa mereka mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran perkembangan Bahasa dan Komunikasi (55.81% bersetuju dan 29.46% sangat bersetuju). Skor yang paling tinggi dari segi pandangan mengenai pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain ialah penyebatian nilai murni melalui pendekatan belajar melalui bermain. Semua respondan memberi pandangan bahawa mereka menerapan nilai murni melalui aktiviti belajar melalui bermain. 42.9% respondan bersetuju dan 57.1% respondan sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut.

64.3% dan 28.6% respondan menyatakan bahawa mereka selalu menggunakan situasi bermain yang bermakna dan menyeronokkan dalam pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Bermain yang bermakna dan menyeronokkan dalam pelaksanaan pengajaran di bilik darjah adalah yang merujuk kepada educational play (Spodek & Saracho, 1988, 9-22). Permainan yang bersifat kependidikan dalam konteks pengajaran bagi murid-murid prasekolah memerlukan satu perancangan strategi yang sesuai dan rapi.

Dari aspek menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam perkembangan pelajaran 60.7% dan 32.1% respondan memberi pandangan bahawa mereka melaksanakannya dalam amalan pengajaran di bilik darjah. Jenis main yang digunapakai dalam pelaksanaan amalan pengajaran dan pembelajaran adalah yang meliputi permainan yang dirancang dengan teliti dan memasukkan beberapa unsur berkaitan dengan peraturan-peraturan dalam pelaksanaanya. Murid-murid hendaklah diajar tentang strategi permainan terlebih dahulu bagi memungkinkan pelaksanaannya berjalan dengan baik. Kajian Hawkin (1965) mendapati permainan dramatik adalah amat berguna dalam perkembangan sosial dan sekali gus membantu pembelajaran bahasa dalam kalangan murid-murid prasekolah.

53.6% dan 35.7% respondan memberi pandangan bahawa mereka selalu menekankan pengamalan pembelajaran yang bermakna di kalangan murid, seperti permainan bahasa, nyanyian, lakonan, main peranan, bercerita dan lawatan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengamal pusat prasekolah menerima secara positif bahawa pendekatan belajar melalui bermain adalah suatu pendekatan teras. Aktiviti menulis dan membaca di pusat prasekolah dapat dicapai dengan berkesan apabila murid-murid menerokanya sendiri melalui penerokaan yang menyeronokkan (main) dengan bahan-bahan dipersekitarannya mereka (Janice J.Beaty, 1998,294). Dapatan ini juga sejajar dengan dapatan kajian-kajian yang dibuat oleh Gentile & Hoot, 1983; Pellegrini, 1980; Wofgang & Sanders, 1981 yang mengatakan bahawa permainan dramatik adalah aktiviti simbolik yang menyeronokkan seperti dalam tulisan dan bacaan yang ada unsur-unsur yang bersifat simbolik.

71.4% dan 17.9% respondan memberi pandangan bahawa mereka sentiasa menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam permulaan pengajaran. Pandangan yang diberikan oleh respondan seperti ini memperlihatkan kepekaan mereka tentang peri pentingnya permulaan pengajaran yang menyeronokkan. Menurut J. Piaget bahawa murid-murid prasekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun masih berada dalam peringkat perkembangan praoperasi konkrit. Unsur bermain sebagai pencetus berfikir adalah sesuai dan berkesan.

67.9% dan 14.3% respondan memberi pandangan mereka sentiasa menggunakan unsur belajar melalui bermain dalam penutup pengajaran. Dari data yang dikutip ia jelas menunjukkan bahawa guru-guru permulaan bersetuju bahawa penutup bagi setiap aktiviti di bilik kelas prasekolah akan lebih menarik dengan adanya penutup yang menyeronokkan. Penggunaann teknik nyanyian dan pergerakan kreatif selalunya mengakhiri sesuatu sesi slot pengajaran di bilik prasekolah. Dapatan dari data ini ada kaitannya dengan kajian yang dibuat oleh M.Greenberg (1979, 110-111) ke atas Jimmy, seorang murid prasekolah. Kajiannya memperlihatkan bahawa nyanyian yang dipilih oleh guru perlulah mengambil kira nyanyian yang pernah dalam pengalaman murid. Nyanyian-nyanyian yang di luar pengalaman murid atau di luar konteks budaya murid akan menyebabkan ia tidak diminati oleh mereka.

50.0% dan 32.1% respondan memberi pandangan mereka mengamalkan belajar melalui bermain dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi. 35.7% dan 17.9% respondan memberi pandangan bahawa mereka selalu memberi keutamaan latihan kemahiran motor halus melalui main air dan pasir bagi membolehkan murid menulis dengan baik. Latihan motor halus dengan menggunakan unsur bermain air memang dianggap sesuai dijalankan oleh guru-guru dalam bilik darjah. Dapatan dari maklum balas soal selidik mendapati hanya sebilangan kecil sahaja guru-guru permulaan menggunakan unsur main air dalam membantu perkembangan bahasa murid-murid walaupun permainan air adalah merupakan salah satu permainan manipulatif dan juga boleh diklasifikasikan sebagai main bebas membantu perkembangan motor dan perkembangan afektif bagi murid-murid prasekolah. Menurut Dorothy Cohen (1972) dengan menyediakan permainan air dan pasir, murid-murid prasekolah dapat berpeluang untuk meneroka dan membentuk makna mereka sendiri.

Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik secara langsung ke atas persediaan mengajar guru semasa kunjungan untuk mentadbir soal selidik di sekolah-sekolah yang terbabit. Satu senarai semak pemerhatian digunakan oleh penyelidik untuk mendapat maklumat yang berkaitan. Dapatan pemerhatian dirumuskan oleh penyelidik seperti dalam Jadual 7 .

Jadual 7: Rumusan Senarai Semak Pemerhatian Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Dari Aspek Tulisan


Kategori Main
Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Min
Main Sosioemosi / Main Pondok dll Menulis Huruf Objek Menulis Nama Objek 2.20
16
(57.1% 4
(14.3%)
Main Kognitif / Manipulatif dll Membentu Huruf Dari Bongkah Membentuk Huruf Dari Doh 1.75
1
(3.6%) 3
(10.7%)
Main Sosiodrama / Main Peranan dll Tulis Huruf Kpd Ibu / Bapa 4.0
1
(3.6%)
Permainan Luar / Bebas dll Menconteng Atas Pasir Baca dan Tulis Dalam Air 2.0
2
(7.1%) 1
(3.6%)

Berdasar Jadual 7 di atas, guru-guru permulaan lebih memilih kategori Main Sosioemosi / Main Pondok / Afektif lebih kerap (57.1% dan 14.3%) untuk dilaksanakan dalam pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Menurut Beaty, J.J ( 1998,268), bahawa kanak-kanak pada peringkat prasekolah apabila disediakan dengan persekitaran yang kondusif contohnya melalui suasana yang menyeronokkan, akan memberi galakkan kepada mereka untuk meneroka dan menulis huruf secara bebas. Cara yang dilakukan oleh guru-guru permulaan ini adalah sejajar dengan pandangan Goodman (1986)
......if both teacher and children attempt to understand written language. In this way, the children will greater reading power.

Selain dari itu pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik juga menunjukkan bahawa kategori Main Sosiodrama / Main Peranan kurang dilaksanakan oleh guru-guru permula dalam pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi.

Walau bagaimanapun secara keseluruhannya hasil dari pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik semasa pelaksanaan pengajaran dilakukan oleh guru, ia dapat mengukuhkan dapatan kajian ini bahawa guru-guru permulaan prasekolah mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam aktiviti pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi.


Berdasarkan analisis data dari soal selidik dan senarai semak pemerhatian yang dijalankan oleh penyelidik, maka bolehlah disimpulkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Rumusan ini adalah bersandar kepada maklumat yang diberikan oleh guru-guru permulaan melalui soal selidik (Jadual 3, dan Jadual 4) serta pemerhatian secara langsung pengajaran guru dalam bilik darjah oleh kumpulan penyelidik (Jadual 6 dan Jadual 7).

4.2.3 Kekangan dalam kajian
Secara amnya penyelidik menghadapi beberapa kekangan untuk menganalisiskan data dalam bentuk kuantitatif secara deskriptif. Masalah menyebatikan prinsip triangulation dalam kajian deskriptif mengalami satu kesukaran. Penyelidik sedar tentang keperluan membuat triangulation dalam kajian bercorak deskriptif. Namun unsur yang dikaji ialah amalan pedagogi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah. Perkara utama yang menjadi kekangan penyelidik ialah apabila penyelidik tiada keupayaan melaksanakan triangulation melalui sesi temu bual untuk mengesahkan antara data yang ditulis sendiri oleh respondan dan perkara yang diperhatikan oleh penyelidik. Faktor kesuntukan masa dan kewangan yang ketat menyebabkan penyelidik mengambil keputusan untuk mengabaikan sesi temu bual dengan respondan.
Perkara yang kedua menjadi kekangan penyelidik ialah dari segi masa kajian ini dibuat. Kajian ini hanya melalui masa yang agak pendek yakni hanya dalam tempoh dua bulan sahaja. Kekangan masa yang dialami oleh penyelidik adalah ekoran dari kebenaran bertulis daripada pihak-pihak yang berwajib agak lewat diterima.

Kekangan yang ketiga ialah kajian ini tidak melihat pemerolehan sintaksis dan semantik dari faktor sosio - psikologi. Pengkaji memang sedar bahawa faktor sosio-psikologi mempunyai kaitan yang amat erat dalam mempengaruhi pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Faktor -faktor budaya, politik, dan ekonomi dalam persekitaran individu itu memang mempunyai pengaruh ke atas perkembangan bahasa. Bukti-bukti daripada kajian yang dibuat oleh Basil Bernstein (1962) dan Frank Riessman (1962) yang mendapati bahawa faktor persekitaran seperti budaya, politik dan ekonomi mempengaruhi pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak golongan pertengahan dan golongan buruh di England dan kanak-kanak di kawasan setinggan atau ghetto di Amerika Syarikat. Kajian-kajian lain seperti yang dibuat oleh Well ( 1981 ; 1985), Snow (1972), Newport dan Gleitman (1979) dan Ringler (1978) telah membuktikan bahawa proses pembelajaran bahasa adalah akibat daripada interaksi orang dewasa dengan kanak-kanak.




BAB V
RUMUSAN
5.0. Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan pandangan keseluruhan tentang rumusan kajian yang dijalankan dan kesimpulan yang dapat dibuat daripada dapatan kajian. Rumusan tentang tujuan, soalan kajian, sampel, prosedur dan instrumen kajian akan dibincangkan dalam fasal 5.1. Fasal 5.2 adalah yang berkaitan dengan kesimpulan dapatan kajian mana kala fasal 5.3 akan membicarakan implikasi dapatan kajian ini.

5.1 Rumusan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah dari aspek kemahiran menulis dan membaca. Secara spesifiknya tumpuan kajian ialah kepada pendekatan pengajaran belajar melalui bermain di kelas prasekolah. Di samping itu kajian ini juga ingin melihat amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan.

Selain daripada tujuan utama di atas kajian ini juga bertujuan untuk meninjau amalan pedagogi pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi di pusat prasekolah dalam kalangan guru-guru permulaan.
. Soalan-soalan kajian ini adalah seperti berikut:-
1. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran perkembangan bahasa dan komunikasi?, dan;

2. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran perkembangan bahasa dan komunikasi?

Sample kajian ini meliputi 28 orang guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak. Jumlah sample tersebut mewakili lebih dari 70% (tujuh puluh peratus) dari 40 buah pusat prasekolah di sekolah kebangsaan di Daerah Sibu.

Prosedur pengumpulan data yang dijalankan oleh penyelidik meliputi aspek-aspek penentuan subjek, taburan respondan, metod pengumpulan data dan pentadbiran kajian. Secara keseluruhannya penentuan subjek kajian adalah secara rawak dengan mengambil kira kemudahcapaian respondan. Sekolah-sekolah yang sukar dihubungi dengan jalan raya dikecualikan. Oleh yang demikian tiada data yang mewakili maklumat amalan pedagogi pengajaran di pusat prasekolah di kawasan pesisiran pantai dan kawasan pedalaman di Daerah Sibu.

Taburan respondan dilakukan secara rawak. Seramai 28 orang guru permulaan prasekolah digunakan sebagai sample. Ia meliputi 70% dari populasi guru prasekolah di Daerah Sibu. Jumlah ini dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana hampir semua guru prasekolah diambil sebagai sample.

Dengan menggunakan metod tinjauan dan pemerhatian, pengkaji dapat membuat triangulation. Data yang diperoleh dari tinjuan melalui soal selidik kemudiannya dibuat tringulation melalui pemerhatian secara langsung oleh penyelidik di sekolah-sekolah yang berkenaan. Dengan cara ini segala maklumat dari tinjauan akan dapat disemak kebolehpercayaanya melalui data-data yang dikutip melalui pemerhatian. Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan dengan cara yang sedia ada. Penyelidikan bersifat desriptif akan lebih tinggi kebolehpercayaannya apabila triangulation secara temu bual dapat dilakukan oleh penyelidik. Triangulation melalui temubual tidak dapat dijalankan oleh penyelidik akibat faktor masa dan kewangan.

Dari aspek pentadbiran alat kajian terdapat beberapa kekuatan yang dilakukan oleh penyelidik. Data tinjauan dijalankan semasa lawatan ke sekolah. Setelah data dilengkap isi oleh respondan penyelidik mengutip semua soal selidik pada ketika itu. Pada ketika yang sama penyelidik terus membuat pemerhatian ke atas rancangan mengajar dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru. Data-data yang diperoleh adalah secara langsung oleh penyelidik sendiri.

5.2 Kesimpulan Kajian
Pada keseluruhannya kajian ini telah memberi jawapan kepada dua perkara pokok dalam amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi di bilik darjah prasekolah dari aspek kemahiran membaca dan kemahiran menulis iaitu;

1. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?

2. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?

Tegasnya daripada bukti-bukti yang terdapat dalam penyelidikan ini menunjukkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu mahir mengaplikasikan perancangan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi. 59.66% dan 35.0% respondan memberi pandangan mereka bahawa mereka mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Dapatan ini diperkukuhkan lagi melalui rumusan data pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik iaitu 57.1% dan 14.3% respondan merancang memilih kategori Main Sosioemosi / Main Pondok, 3.6% dan 10.7% memilih kategori Main Kognitif / Manipulatif, 7.1% dan 3.6% memilih kategori Permainan Luar / Bebas dan 3.6% memilih kategori Main Sosiodrama / Main Peranan.

Guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu adalah juga mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Iaitu 58.81% dan 29.46% respondan bersetuju memberi pandangan bahawa mereka mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Dapatan ini diperkukuhkan lagi melalui rumusan data pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik. Dapatan ini diperkukuhkan lagi melalui rumusan data pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik. Terdapat 57.1% dan 14.3% respondan telah melaksanakan aktiviti kategori Main Sosioemosi / Main Pondok, 3.6% dan 10.7% memilih aktiviti kategori Main Kognitif / Manipulatif, 7.1% dan 3.6% memilih aktiviti kategori Permainan Luar / Bebas dan 3.6% memilih aktiviti kategori Main Sosiodrama / Main Peranan dalam pengajaran dan pembelajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi.


5.4 Implikasi Dapatan
Dapatan-dapatan kajian yang disimpulkan di atas mempunyai beberapa implikasi terhadap pendidikan bahasa, khususnya terhadap teori pembelajaran bahasa dan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak di peringkat prasekolah.

Pertama, dapatan-dapatan kajian ini memberi natijah bahawa perancangan program atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah vital dalam menentukan keberkesanan pembelajaran bahasa. Menurut Cazden (1972) dan Krashen (1981) bahawa proses pembelajaran bahasa kedua sewajarnya mesti selari dengan proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak.

Kedua, dapatan-dapatan kajian ini mengukuhkan lagi pandangan Morrison (1995) bahawa penyediaan program atau aktiviti yang berkualiti di pusat prasekolah memerlukan suatu perancangan yang teliti. Walau bagaimanapun, dapatan dari kajian ini juga memberi gambaran kepada kita bahawa guru prasekolah perlulah mempunyai orientasi linguistik dan psikologi untuk membantu mereka menghadapi kanak-kanak yang baru melangkah ke alam persekolahan di peringkat prasekolah.

Dapatan kajian ini juga menyokong bentuk Sukatan Prasekolah Kebangsaan bagi Pendidikan Prasekolah Kebangsaan sekarang (Kementerian Pelajaran Malaysia,1993) kerana sukatan ini selari dengan teori bahasa dan psikologi mutakhir. Tegasnya, sukatan pelajaran ini mempunyai unsur pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi yang berasaskan pendekatan belajar melalui bermain adalah sesuai dengan perkembangan kanak-kanak peringkat praoperasi.

Hakikat ini menggambarkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah perlulah mempunyai orientasi linguistik dan psikologi tertentu yang dapat membantu mereka mentafsir sukatan pelajaran serta memilih strategi, membina dan menyusun bahan pengajaran secara berkesan. Di samping itu pembelajaran bahasa di kelas prasekolah merupakan lanjutan dari pemerolehan bahasa di rumah (Lindfors, 1980) iaitu melalui penerokaan.(exploratory play).

Hakikat yang ternyata di atas mempunyai implikasi tertentu terhadap pengajaran bahasa di bilik kelas prasekolah. Ia membayangkan bahawa angkubah guru sebagai “model bahasa” dan pengajar bahasa mempunyai hubungan yang rapat. Dari sudut yang lainnya bahawa amalan pendekatan, prosedur dan teknik mengajar serta bahan pengajaran yang digunakan oleh guru juga mempunyai hubungan dengan keberkesanan pembelajaran bahasa di bilik kelas prasekolah.


5.5 Cadangan Untuk Penyelidikan Lain Pada Masa Akan Datang.
Penyelidik memang menyedari tentang beberapa batasan penyelidikan ini. Pertama penyelidikan ini dijalankan terhadap kanak-kanak peringkat prasekolah di pusat prasekolah Daerah dan respondannya adalah terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai sosioekonomi yang pelbagai. Kanak-kanak prasekolah di luar bandar dan dalam bandar , dan kanak-kanak pada peringkat umur yang sama dan umur yang berbeza-beza. Ketiga adalah pemerhatian pengajaran slot bahasa dan komunikasi terhadap kanak-kanak prasekolah dibuat dalam satu tempoh masa yang amat singkat. Memandangkan pemilihan sampel dibuat oleh pengkaji dengan mengambil kira jangka masa untuk pemerhatian agak singkat berbanding beberapa kajian yang pernah dibuat oleh Brown (1973) dan Wells (1981) yang memakan masa selama satu tahun, maka sudah pastilah kajian ini hanya mampu membuktikan beberapa ciri umum amalan peadagogi pengajaran bahasa dan komunikasi dari bacaan dan tulisan. Penyelidikan jangka panjang mungkin lebih memberi input yang lebih banyak . Banyak unsur lain yang akan dicungkilkan untuk menjadi renungan kita bersama.
Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan ini amat menggalakkan dan perlu diperkemaskan lagi kaedah kajian atau penyelidiakan yang sedia ada ini agar dapat pola-pola pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Penyelidikan ini yang dijalankan secara deskriptif mungkin akan diperkemasakan menjadi kajian yang bercorak kuantitatif yang lebih mantap.
Dengan pembatasan dan implikasi kajian ini maka pastilah ia dapat dijadikan sebagai landasan baru untuk kajian-kajian bahasa kanak-kanak yang selanjutnya, khususnya tentang perkara-perkara seperti berikut:-
5.5.1 Penyelidikan jangka panjang (longitudinal) terhadap amalan pedagogi pengajaran bahasa dan komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan di sekolah-sekolah bandar atau luar bandar.
5.5.2 Penyelidikan terhadap faktor-faktor sosio-psikologi dalam pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak prasekolah.




Bibliografi

Bergen, D. (1988). Using a schema for play and learning. In D. Bergen (Ed.), Play as a medium for learning and development. Portmouth, NH: Heinemann.

Bernstein, B. (1962). “Social Class, Linguistics Codesw and Grammatical Elements”. Language and Speech, 5, hlm 221-240.

Cazden, C. (1972). Child Language and Education. New York: Holt, Rinehart dan Winston.

Cohen,D.H. (1972). The Learning Child. New York: Pantheon.

Ferreiro, E., & Teberosky, a. (1982). Literacy before schooling. Portsmouth, NH: Heinemann.

Janice, J. Beaty, (1998). Observing Development of the Young Child.New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Gentile, L.M., & Hoot, J.L. (1983). Kindergarten play: The foundation of reading. Reading Teacher, 36, 436-439.

Goodman, Y, (1986). Children coming to know literacy. In W.H.Teale & E. Sulzby (Eds.), Emergent literacy: Writing and reading. Norwood, NJ: Ablex

Gordon, A.M., & Browne, K.W. (1995). Beginning and Beyond: Foundation in Early Childhood Education: Delmar Publishers Inc.

Greenberg, M. (1979), Young Children need music. Englewood Cliff, NJ: Prentice Hall.

Hawkins, D. (1965). Messing about in science. Science and Children, 2(5).

Kamaruddin Hussin, (1986). Kaedah Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa. Subang Jaya, Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Krashen, S.D. (1981). Second Language Acquisition and Secong Language Learning in the Classroom. Oxford: Pergamon Press.

Lay-Dopyera, M. & Dopyera, J. (1993). Becoming a Teacher of Young Children. USA: McGraw-Hill, inc.

Linfors, J.W. (1980). Children’s Language and Learning. Englewood Cliffs: Prentice Hall, Inc.

Mason, J. (1986). Kindergaten reading: A proposal for a problem-solving approach. In Spodek (Ed.), Today’s kindergarten: Exploring the knowledge base, expanding the curriculum. New York: Teachers College Press.

Morrison, G.S. (1995). Early Childhood Education Today. Englewood Cliffs, New Jersy: Prentice Hall.

Newport, E.L., Gleitmann, H dan Gleitman, L.R. (1979). ”Mother, I’d rather Do It Myself: Some Effects and Non-Effects of Maternal Speech Acts”. Dalam P. Fletcher dan M. Garman, Language Acquisition-Studies in First Language Development. Cambridge: Cambridge University Press.

Nurss, J.R. “Research in Review: Linguistic Awareness and Learning to Read.” Young Children,March 1980.

Pellegrini, A.D. (1980). The relationship between kindergarten’s play and achievement in pre-reading, language and writing. Psychology in the schools, 17, 530-535.

Ringler, N. (1978). “A Longitudinal Study of Mother’s Language”. Dalam N. Waterson dan C. Snow (Eds). The Development of Communication. Chichester: John Wiley and Sons.

Shazts, M. dan Gelman, R. (1977). ”Beyond Syntax: The Influence of Coversational Constrains on Speech Modification”. Dalam Talking to Children: Language Input & Acquisition, ed.C.E. Snow dan C.A Ferguson. Cambridge: Cambridge University Press.


Saracho, O.N. (1990). Developmental sequences in three-year-old children’s writing. Eraly Child Development and Care.

Schrader, C.T., & Hoffman, S. (1987). Encouraging children’s early writing efforts. Day Care and Early Education.

Seifert, K.L, & Hoffnung, R.J. (1991). Child and adolescent development. (2nd ed). Boston: Houghton Mifflin.

Snow, C. (1972). “Mother’s Speech to Children Learning Language”. Journal Child Developent. 43 (1972) hlm. 549-65.

Spodek, B., & Saracho, O.N. (1988). The Challenge of education play. In D.Bergen (Ed.), Play as a medium for learning and development. Portsmouth, NH: Heinemann.

Temple, C.A., Nathan, R.G., & Burris, N.A. (1993). The beginnings of writing. Boston: Allyn and Bacon.

Vierra, A. & Pollock,J. (1992). Readingf Education Research. Scottsdale: Gorsuch Sewishirch.

Vygotsky, L. (1978). Mind and society. Cambridge: Havard University Press.

Walter, R. Borg & Meredith Damien Gall. (1979), Educational Research : An Introduction. 3rd Edition, New York, London: Longman.

Wells, G. (1985). Language and Development in the Pre-School Years. Cambridge: Cambridge University Press.

______ . 1981Learning through interaction: A Study of Language Development. Cambridge: Cambridge University Press.

Wolfgang, C.H., & Sanders, T.S. (1981. Defending young children’s play as the ladder to literacy. Theory into Practice, 20, 116-120.

1 comment:

syahrulnizam said...

Belajar Bahasa dengan Komputer:

http://www.syahrulnizam.com/2009/06/belajar-bahasa-dengan-komputer.html