terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, April 15, 2013

janji

Janji is promise when we speak in english, some people like to promise but never do what was they promise to other. Some people dicided to pretend one more else.  People not not everybody people was do that to them. People like to forgive others and between people is their life and promise to Allah, what want to be after they not do the important thing when they lost,

bahasa arab mohd nor izwan



BAHAGIAN A: AL-QURAN

Suaikan ayat dan “hukum tajwid” yang berikut :

1. أَنْ أَرَادَ
2.يَبْطِشُ
3. عَدُوّ لَّهُمَا
4. أن تَقْتُلَنِى
5.نَفْسابالأَمْسِ
6. رَجُل مِّنْ
7. خآىفًا
8. الظَّلِمينَ
9. قَوْم يَعْدِلُونَ
1.لَهَا رَوَسِيَ
Idgham Bilaghunnah
Izhar Halki
Idgham Maalghunnah
Mad Asli
Qalqalah
Idgham Maalghunnah
Mad Asli
Iqlab
Ikhfa’ Hakiki
Mad Wajib Muttasil















BAHAGIAN B: ULUM SYARIAH
AKIDAH
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

mengatur

kekal

udara

hidup

wajib
 


11. " حياة " bermaksud Allah bersifat  ________________.
12. Allah s.w.t  ______________ kejadian siang dan malam.
13. Kita  _____________ beriman dengan sifat Allah " حياة ".
14. Sifat " حياة " Allah adalah _____________ abadi tanpa mula dan akhir.
15. Allah s.w.t tidak memerlukan  ____________ untuk hidup.

Nyatakan samaada “BETUL” atau “SALAH” bagi pernyataan di bawah:
16. "الصبور "  bermaksud Allah Maha Berpengetahuan. (                        )
17. "الصبور "  ialah salah satu nama Allah. (                         )
18. Allah tidak akan memberikan kemaafan kepada hambanya yang bertaubat. (                       )
19. Allah memberi nikmat kepada semua hambanya. (                         )
20. Allah maha sabar, penyantun dan tidak terburu-buru. (                         )





IBADAH
Nomborkan mengikut urutan yang betul. )soalan 21- 25)



حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ



اَللَّهُ أَكْبرْ  اَللَّهُ أَكْبرْ



أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله



أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله



حَيَّ عَلَى الْفَلاَح

Nyatakan hukum solat  berikut samaada :

FARDHU AIN

FARDHU KIFAYAH

SUNAT MUAKKAD

SUNAT
 


26. Solat fardhu berjemaah di sesuatu tempat. __________________
27. Solat jumaat secara berjemaah. ______________________
28. Solat fardhu setiap orang islam mukallaf. ____________________
29. Solat sunat hajat._____________________
30. Solat berjemaah solat aidilfitri / aidiladha._______________________


SIRAH
Suaikan dengan jawapan yang betul.

Tidak mensyirikkan Allah
 

31

Berjihad menegakkan islam

Perjanjian Aqabah
1
 

32.

Tidak menderhaka kepada Rasulullah s.a.w
 

33.


Mentaati perintah Allah dan Rasul

Perjanjian Aqabah
2
 

34.

Tidak berzina
 

35.


AKHLAK DAN ADAB ISLAMIAH
Gariskan jawapan yang betul.
36. Jiran ialah orang yang tinggal (berjauhan / berdekatan )  dengan rumah  kita.
37. Menziarahi  jiran bermaksud  melawat mereka untuk ( memutuskan / mengeratkan ) silaturahim.
38. Apabila menziarahi jiran hendaklah memilih ( masa / tempat ) yang sesuai.
39. Apabila berada di rumah jiran hendaklah ( mengawal / menutup ) pandangan mata.
40. Jiran yang baik sentiasa ( mencemuh / perihatin ) dengan  masyarakat sekeliling.


BAHAGIAN C : JAWI
Susun perkataan jadi ayat lengkap.
41.  سمفورنا – تونايكن – صلاة – ليم – وقتو – دغن –
_______________________________________
42.داده – جاءوهيله – درفد – نجيس – ديري –
______________________________________
43. عورت – فاكايله – باجو – منوتوف – يغ – دان – برسيه –
______________________________________
44. توغ – بواغكنله – سمفه – سمفه – كدالم –
______________________________________
45. ماكانن – كدالم – سيمفن – ايت – الماري –
_____________________________________
                                                                                                   Jawikan perkataan berikut :

46. Memukul  - ______________________
47. Mengenangkan - ____________________
48. Memerlukan - _______________________
49. Menutup - _________________________
50. Menunaikan - _______________________


-          –  SEMOGA BERJAYA

bagaimana kita mengubah hidup kita

Bagaimana mampu kita mengubah dori kita? Adakah kita mengubah diri kita dengan mengubah kerajaan kita? Atau kita mengubah diri kita dengan membuang tabiat buruk diri kita atau, alamak saya kena gerak ke kampung dengan mak saya jadi saya sambung karya saya ini selepas ini k

kebahgiaan,

Bagaimana mencari kebahagiaan, untuk diri anda? Bagaimana kamu membahagiakan diri kamu. Berbagai cara boleh dilakukan untuk memastikan kita bahgia, setiap masalah yang berlaku dalam diri tentu ada jalan penyelesaiannya. Pertama sekali kita cuba berhentikan diri kita dari menyalahi orang lain. Kedua kita cuba menyedari kekurangan diri kita, ketiga kita sentiasa perbaiki keadaan kita. Ketiga jangan mencari orang ketiga dan menuduh orang ketiga sebagai punca berlaku semua apa yang telah berlaku. Keempat berusahlah kamu mengubah hidup kamu sendiri tanpa mengharapkan ihsan orang lain. Cuba bergerak
Dengan cara kamu atas pemikiran kamu yang betul. Pemikiran kita terbahagi kepada dalam kawalan dan luar kawalan, jadi anda seharusnya menggunakan peluang yg ada ini dengan baik untuk mengubah, keburukkan yang telah anda lakuka. Sentiasa bersaing untuk menonjolkan diri anda adalah baik. Tetapi jika terlalu menonjol sangat kelak akan membawa padah, kalau boleh biarlah sikit2 jer kita cuba gerakkan diri kita, jangan kita gerakkan sepenuhnya. Kita boleh sementara diri kita masih berdaya, masih mempunyai tulang empat kerat yang boleh bergerak memperbaiki keadaan diri.

jangan kita mudah mengalah

Jangan berputus asa...  kita kena sentiasa berterus-terang menjalankan tugas seharian kita, lakukan dengan keikhslasan maka kamu akan sentiasa berasa tenang dan gembira melakukan tugas seharian kamu. Saya sentiasa amalkan perkataan saya boleh untuk menguatkan semangat saya, Bagaimana dengan anda? ... perlulah buat anda mencari magic word ini untuk memudahkan anda menjalankan tugas seharian anda.

Tuesday, April 9, 2013

kecederaan asas dalam sukan oleh mohd nor izwan sulaiman Sk Kuala Atok


Konsep asas kecederaan dalam sukan dan prinsip asas pertolongan cemas

Definisi Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit.
Konsep Pertolongan Cemas
Pertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Tujuan Pertolongan Cemas

1.Selamatkan nyawa
  Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.
2.Mengelakkan dari bertambah buruk
  Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
3.  Mengurangkan kesakitan
  Memberi keselesaan, keyakinan  dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit
  DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN
•Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera
 Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.

Sikap Yang Perlu Ada Pada Pemberi Pertolongan Cemas

BERPENGETAHUAN        TENANG          
BERKEYAKINAN               LEMAH LEMBUT
TAJAM PENGAMATAN     BERTANGGUNGJAWAB
PANTAS BERTINDAK       AMANAH
Prinsip pengurusan situasi kecemasan
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
  1. Menyelamatakan nyawa
  2. Mengurangkan kesakitan
  3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
  4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
  1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
  2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
  3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
    sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
    memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
  4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
  1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
  2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
  3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
  4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna
Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
Bertindak dengan cepat dan tenang.  Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
pengambilan kadar denyutan nadi


BILANGAN NADI SESEORANG

PERINGKAT
BILANGAN SEMINIT
Dewasa

Kanak-kanak

Bayi
70-80 kali

90-100 kali

100-140 kali


Sukan, perubatan sukan dan jurulatih sukan

Konsep sukan dan perubatan sukan

Konsep Sukan
1.                   Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan - pertandingan keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan.
2.                   Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton dianggap sukan, tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dianggap aktiviti rekreasi.
3.                   Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan - sama ada sebagai peserta atau penonton.
4.                   Sukan - aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk media massa atau elektronik dan sumber pendapatan.
5.                   Sukan mengandungi; ( i ) latihan kemahiran berguna secara rekreasi, ( ii ) peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
6.                   Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda ukur (benchmark) terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan sebagainya.

"Sukan adalah segala kegiatan yang melibatkan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan, pertandingan atau menyihatkan tubuh badan."
- Kamus Dewan Edisi ke-5 -

Perbezaan Antara Sukan, Permainan dan Latihan
1.                   Sukan melibatkan peserta berkemahiran (atlet atau individu berpengetahuan).
2.                   Permainan tidak mempunyai tujuan jelas tetapi boleh berubah kepada sukan seperti permainan kanak-kanak.
3.                   Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu sukan.

Perubatan Sukan
1.                   Perubatan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness).
2.                   Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu atlet pulih dari kecederaan yang dialami sewaktu terlibat dalam aktiviti sukan, selain membincangkan hal-hal mencegah kecederaan semasa bersukan.
1.                  

6 Langkah dalam Kitaran Kecederaan


Kepentingan Terapi dalam Sukan

Terapi kecederaan terbahagi kepada 2 :
Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba
Urutan sukan

Peranan dan Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas Sukan

1.                   Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.
2.                   Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan senyap - elakkan terlalu banyak bercakap perkara yang tidak patut dengan mangsa.
3.                   Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa terhenti.
4.                   Memberi perangsang kepada mangsa.
5.                   Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.
6.                   Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika kecederaan serius.
7.                   Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan.
8.                   Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi memastikan keadaan mangsa akan datang.

Pencegahan Kecederaan dalam Sukan dan Langkah-langkahnya
Definisi

Pencegahan kecederaan di dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.

Prinsip Pencegahan Kecederaan

Prinsip pencegahan yang perlu diberi keutamaan ialah

1)Prinsip latihan 

·         Penambahan beban senaman secara beransur-ansur
·         Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
·         Intensiti
·         Motivasi
·         Pengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif
·         Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan
·         Rutin

2) Memanaskan badan Tujuan - sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran , melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.

3) Ansur maju latihan
Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju : 

  • memulihkan kecederaan
  • meningkatkan perkembangan
  • meningkatkan keyakinan diri

4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan - Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.


5) Keselamatan kemudahan dan peralatan
Berlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang, padang dan dewan.

6)Peralatanperlindungan
Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripda peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.

Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan di dalam kitaran kecederaan

·         Menguasai teknik yang betul - Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang betul.

·         Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik - Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana : 
(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi. 
(b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.
(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh


·         Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai - Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permainan. Elakkan menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh. 

·         Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang - Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih seronok. Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka akan mengalami kecederaan ketika pertandingan.

·         Pengurusan Emosi 
Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit.
Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.
Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.

Pendekatan rawatan kecederaan

·         Kepentingan pendekatan yang sistematik
o    Mengelakkan kecederaan daripada bertambah teruk.
o    Mengurangkan kesakitan.
o    Mengenalpasti bahagian anggota badan yang cedera.

Langkah-langkah Penyelesaian Masalah Kecederaan

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
·         D  =  Danger  (Bahaya) = Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya

·         R  =  Respond  (Tindak balas/Reaksi) = Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa. Jika sedar :   Tanya mangsa keadaannya.  Pastikan kecederaan atau kesan lain.  Berikan rawatan yang sewajarnya. Dapatkan bantuan jika perlu. Jika tidak sedar: Pastikan saluran pernafasan terbuka       dan tiada halangan. Periksa samada mangsa bernafas       atau tidak. Periksa pengaliran darah dengan    merasa denyutan nadi di leher (karotid). Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:

o    1) A - Alert  (sedar sepenuhnya)

o    2) V - Verbal (respon terhadap suara)

o    3) P – Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan)

o    4) U – Unconcious (tiada apa-apa respon)

·         A  =  Airway  (Saluran pernafasan) = Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa
·         B  =  Breathing  (Pernafasan) = Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation
·         C  =  Circulation  (Peredaran/Pengaliran   Darah)= Pastikan nadi mangsa berfungsi  - semak di nadi karotid atau di leher , jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].






·         Menilai kecederaan – TOTAPS


T                        - Talking ( bercakap )
O                        - Observe (memerhati)
T                        - Touch ( sentuhan)
A                        - Active ( aktif)
P                         - Passive (Pasif)
S                         - Skill (kemahiran )

Langkah-langkah T.O.T.A.P.S

T-Talking (bercakap )
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera
§  Apa yang berlaku?
§  Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?
§  Apa yang kamu rasa?
§  Bahagian mana yang cedera?
§  Adakah bahagian lain yang cedera?
§  Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?
      
            O- Observe (memerhati)
         Memerhati ketika bercakap dengan atlet
§  Adakah atlet/mangsa tertekan ?
§  Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa?
§  Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?
§  Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain
§  Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?
                                              
            T- Touch ( sentuhan )
              Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera                  
              dan secara perlahan begerak ke kawasan yang cedera.

§  Adakah terdapat kelembutan?
§  Adakah terdapat kecacatan?
§  Adalah kawasan cedera panas?

         Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi  
         fraktur dan dislokasi.
          
             A- Active (aktif)
         Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa
         sakit berhenti.           

§  Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera terlebih dahulu.
§  Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh atau terhad?
§  Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan tersebut dirasai?
            P- Passif (pasif)
               Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat
           pergerakkan yang normal. Berhenti jika kesakitan berlaku.

§  Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh?
§  Bilakah kesakitan berlaku?

§  Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang tercedera.

             Berhenti disini bila atlet/mangsa mengadu kesakitan    
             atau hilang/bertambah julat pergerakan

             S- Skill (kemahiran)

             Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat
             pergerakan yang normal tanpa kesakitan, suruh
             atlet/mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang
             perlahan.

§  Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti
§  Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan latihan atau permainan
PEMBEBATAN

Tujuan pembebatan
a)         Menahan pendarahan
b)         Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan.
c)          Mencegah jangkitan di tempat luka.

Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci hama.  Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap.

Pembebat Semasa Kecemasan
a)         Sapu tangan yang bersih.
b)         Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.

Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka.  Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.

Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa kemalangan.  Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:-
a)         Pembalut tiga segi (triangular bandage).
b)         Pembalut lebar (broad bandage).
c)          Pembalut panjang (narrow bandage).
d)         Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembalut
a)         Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
b)         Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c)          Mengampu bahagian yang cedera.
d)         Membantu menghentikan pendarahan.
e)          Mengurangkan bengkak.

Kain Anduh Tiga segi
Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.  Kain anduh yang baik berukuran 1 meter x 1.4 meter. 
Antara kegunaan kain anduh ialah:-
a)         Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b)         Menghenti atau menahan pendarahan.
c)          Menetapkan bahagian yang cedera.
d)         Dapat digunakan sebagai pengipas.
e)          Menutup tempat yang luka atau cedera.
f)          Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.

Anduh (sling)
Jenis-jenis Anduh
a)       Anduh besar (large arm sling)
-          mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
-          mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b)       Anduh tiga segi/Anduh St. John’s (triangular sling)
-          menahan pendarahan anggota atas.
-          Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
-          Mengampu anggota atas yang cedera.
c)       Anduh kecil (small arm sling)
-          mengampu kecederaan di bahagian bahu.
-          Mengampu tulang klavikal yang cedera.
-          Mengampu anggota atas yang cedera.
d)       Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
-          mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.


SISTEM PERNAFASAN

Definisi; satu sistem di mana Oksigen disedut masuk ke dalam tubuh dan diedarkan keseluruh tubuh badan dan proses metabolisme yang berlaku di dalam sel mengeluarkan karbon dioksida dari tubuh.

·         Bahagian yang terlibat dalam pernafasan;
o    Salur udara
o    Paru-paru
o    Otot-otot pernafasan

Saluran udara
o    Rongga hidung
o    Naso faring
o    Larinks
o    Trakea
o    Bronkus
o    Bronkiol
·         Saluran pernafasan berfungsi
o    menapis, memanas serta melembapkan udara masuk.
o    Mengawal kemasukan dan pengeluaran isi padu udara

Paru-paru
    • Gugusan alveoli
    • Salur kapilari

Otot-otot pernafasan
    • Otot-otot interkosta
    • Diafragma









BILANGAN PERNAFASAN SESEORANG

PERINGKAT
BILANGAN SEMINIT
Dewasa

Kanak-kanak 6-10 thn

Bayi
15-20 kali

22-25 kali

35-40 kali

Resusitasi ?
RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR) adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'. Terdapat tiga teknik yang digunakan di dalam EAR ini: 
MULUT-KE-MULUT
Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut
MULUT-KE-HIDUNG
Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar. 
MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT (EAR)
  • Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.

    EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya.
  • Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan
    • Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah penafasan tertentu seperti asma atau emfisema (perlu rawatan segera)
    • Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang berkesan.
Tanda-tanda untuk EAR
  • Sianosis - kepucatan
  • Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam seminit
Prosedur EAR
  • Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.
  • Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu)
  • Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin
  • Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru.
  • Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang dewasa. 
  • Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat.
  • Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba.
  • Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR)
  • Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara.
  • Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan pada leher. 
  • Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika pernafasan dan nadi masih tidak ada.
  • Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi dijalankan, anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala.
EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

 
Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Apakah CPR?
  • Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas
  • Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada
  • Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan
  • Dua sebab utama CPR dilakukan:
    *terhenti pernafasan
    *tiada nadi
  • Kaedah:
  • Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan CPR
A – Airway (saluran pernafasan)
 B – Breathing (pernafasan)
C – Circulation (peredaran darah)
Definisi :
Kombinasi teknik pernafasan bantuan dan tekanan dada
( Pemulihan pernafasan peparu jantung )
Tujuan : Memastikan jantung dan paru-paru   dapat berfungsi semula untuk mengepam darah disamping membekalkan oksigen ke seluruh  tubuh.

PERNAFASAN MULUT KE MULUT
*       1-Dgn  keadaan mangsa baring melentang anda hendaklah terlebih dahulu membuang bendasing dalam mulut.
*       2-Buka saluran udara dgn mencondongkan kepala ke belakang dan dagu diangkat ke atas.
*       3-Tutup lubang hidung mangsa dgn memicitnya menggunakan ibu jari dari jari telunjuk anda.Tarik nafas sepenuhnya dan letakkan bibir anda di sekeliling mulut mangsa.
*       4-Tiup ke dalam mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak.
5-Alihkan bibir anda dan biarkan dada mangsa turun perlahan-lahan. Berikan pernafasan berturut-turut

TEKANAN DADA
*       1-Keadaan mangsa baring terlentang di permukaan rata.Berlutut di sisinya dan cari tulang selangka terakhir dgn menggunakan jari telunjuk dan jari tengah anda. Sorotkan jari anda ke atas sehingga kepada titik tengah pertemuan sempadan tulang selangka dan tulang dada.
*       2- Letakkan bahagian belakang tapak tangan keatas tulang dada, sorot kebawah sehingga ia sampai ke jari telunjuk anda. Lakukan tekanan pada titik ini.
*       3- Tindihkan tapak tangan anda dan selang-selikan jari-jari anda.
*       4- Secara berbongkok dan dengan keadaan lengan yang lurus tekan secara tegak keatas dada mangsa. Tekan lebih kurang 4-5 cm. Kemudian lepaskan tekanan tanpa mengangkat tangan anda.
5- Ulangi tekanan sehingga 80 tekanan/minit tercapai

Permasalahan pernafasan

Penyakit Asma 
o    menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas. 
o    penyakit asma  sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga.
o    penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan saluran pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis.

tanda dan gejalanya , antaranya :
§  Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas.
§  Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.
§  Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.
§  Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.
§  Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara karena kepayahan dalam mengatur pernafasan.
§  Pada usia kanak-kanak, seperti rasa gatal dirongga dada atau leher.

Rawatan Kecemasan
  • Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk.
  • Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh bertongkat.
  • Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya.
  • Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan.


·         Masalah jantung


Kecederaan kulit

·         Jenis kecederaan

Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :

·         Luka       :           kulit terkoyak disebabkan terkena benda
                                                tajam atau keras. Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius.


·         Melepuh       :     Berlaku disebabkan geseran di antara
bahagian badan dengan permukaan yang lain . 
Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan    
mengelembung.

·         Melecet       :     Berlaku apabila bahagian badan bergeser 
                                                 dengan permukaan lain. Lapisan epidermis
terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit  
  tidak cedera.

Rawatan Am Terbakar dan Melecur

a)       Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
b)       Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.
c)       Tenangkan mangsa.
d)       Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.
e)       Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.
f)        Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat.
g)       Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.
h)       Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i)         Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
j)        Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang.
k)       Dapatkan rawatan perubatan segera.

Terbakar oleh Asid atau Alkali

a)       Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera.
b)       Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak.
c)       Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid.
d)       Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.
e)       Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih.
f)        Dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan Terbakar Pakaian

a)       Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya  api dapat dipadamkan.
b)       Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian.
c)       Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.
d)       Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu dilakukan.
e)       Cuci tempat terbakar dengan cermat.
f)        Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.


·         Rawatan kecederaan kulit
·         Pencegahan jangkitan

Pendarahan terbuka

·         Definisi pendarahan terbuka
o    Terkeluar darah daripada sistem pendaahan atau sistem edaran tercedera
·         Pendarahan berlaku melalui:

o    Pendarahan Arteri
Darah keluar berwarna merah cerah/ terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut mengikut denyutan jantung.

o    Pendarahan Vena
Darahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar perlahan-lahan.

o    Pendarahan Kapilari
Darahnya keluar secara meleleh.

Prinsip mengawal pendarahan terbuka
o    Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna.
o    Bersihkan luka dari kotoran.
o    Tekan di tempat luka supaya darah tidak mengalir keluar (tiada benda asing) – jika ada – buat balutan cincin.
§  Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
a)       Hentikan pendarahan secara langsung
¨       mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.
b)       Secara tidak langsung
                                                - Tahan darah secara tidak langsung – tempat tekan nadi.
¨       -menggunakan penjerut – catitan masa direkodkan.  Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit.
o    Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
o    Periksa nadi/pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan.
o    Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai.
o    Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan.
o    Jika ada tanda-tanda renjatan, beri bantuan kecemasan untuk renjatan.
o    Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera.
·         Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

Terdedah kepada haba yang melampau

STRESS HABA
*       Bagaimana stres haba terjadi?
   Apabila suhu atmosfera menjadi seimbang dengan suhu badan, maka badan tidak berupaya utk menghilangkan haba menerusi radiasi. Jika terdapat humiditi yang tinggi peluh tidak dapat meluap dgn sempurna. Aktiviti riadah yang aktif, haba yang berlebihan akan dijanakan oleh kegiatan otot. Kelesuan haba atau keadaan yang lebih bahaya ialah strok haba akan menyerang.


Gejala dan tanda :

-Heat exhaustion (Kehilangan air berlebihan)
*Gejala : Cirit birit dan muntah.
*Tanda :
    1. Pening kepala, pitam dan kebingungan.
    2. Hilang selera makan dan loya.
    3. Berpeluh, kulit yang berlengas dan pucat.
    4. Kekejangan pd kaki dan tangan atau perut.
    5. Pernafasan dan denyutan nadi yang cepat dan lemah

  -Heat Stroke (Strok haba)
*Gejala : Menyerang secara tiba-tiba dan menyebabkan mangsa
   tidak sedarkan diri dalam beberapa minit.
 * Tanda :
   -1. Pening kepala, pitam dan tidak selesa.
   -2. Lesu dan kebingungan.
   -3. Kulit kering, merah dan panas.
   -4. Darjah gerakbalas menurun dengan pantas.
   -5. Denyutan nadi yaqng penuih dan melantun.
   -6. Suhu badan lebih 40 darjah Celcius.

-Heat Cramp (Kejang haba)
   *Gejala : Ketidakseimbangan  air dan elektrolit iaitu Natrium dan Klorida dalam badan. Sering berlaku di gastrocnemius dan abdomen. Berlaku akibat kehilangan air dan elektrolit melalui perpeluhan.
*Tanda :
   -1. Otot menjadi keras
   -2. Pergerakan tidak normal

Langkah-langkah mengelakkan stres haba
  1. Menyesuaikan diri dengan keadaan, cuaca dan suhu yang panas sekurang-kurangnya seminggu sebelum hari pertandingan.
  2. Minum air sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi latihan atau pertandingan.
  3. Pakaian diperbuat daripada 100% kapas adalah yang paling sesuai dalam cuaca yang panas.Pemakaian topi digalakkan bagi mengelakkan kehilangan 40% haba dibahagian kepala.
  4. Elak daripada berlatih dalam cuaca panas.

Pengsan

Definisi Pengsan ( Syncope ) :
-          Kehilangan daya kesedaran yg disebabkan oleh penyusutan sementara pengaliran darah ke otak
Tanda2:
-          Mangsa rebah
-          Denyutan nadi perlahan
-          Warna kulit pucat
Punca2:
-          Kecederaan di kepala
-          Stroke / pitam / serangan sakit jantung/renjatan
-          Darah beroksigen yg rendah ( hipoksia )
-          Keracunan yang dibekalkan ke otak termasuk alkohol dan dadah
-          Sawan dan suhu badan tidak normal
RAWATAN PENGSAN
-          Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan sendengkan bahagian kepala
-          Periksa pernafasan dan denyutan nadi
-          Jika mangsa muntah, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan
-          Periksa mangsa dengan pantas dan sistematik untuk kenalpasti pendarahan luar atau keretakan tulang. ( sekiranya terdapat pendarahan luar / keretakan  tulang-hentikan pendarahan
-          Minta maklumat drp orang ramai yg menyaksikan kemalangan
-          Jika mangsa tidak memperolehi daya kesedaran dalam tempoh 3 minit, dial 999. Jika mangsa memperolehi daya kesedaran dlm tempoh 3 minit, nasihatkan mangsa berjumpa doktor
Mengangkat dan membawa pesakit


Pertimbangan sebelum mengangkat pesakit semasa kecemasan.

·         Kebakaran atau bahaya kebakaran
·         Bahan letupan atau bahan-bahan berbahaya
·         Ketidakupayaan untuk melindungi pesakit dari bahaya
·         Ketidakupayaanuntuk mengakses pesakit lain yang memerlukan penjag
·         Situasi lain yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kecederaan
·         Tidak menyediakan penjagaan menyelamatkan nyawa disebabkan oleh lokasipesakit atau kedudukan

Prinsip mengangkat pesakit

1. Pertimbangkan berat pesakit bersama-sama dengan berat usungan atau peralatan lain yang sedang dijalankan dan menentukan sama ada bantuan tambahan diperlukan.

2. Mengetahui keupayaan fizikal dan batasan anda. Tahu keupayaan gabungan anda dengan pasangan anda. Jika benar-benar perlu, anda boleh meminta penonton untuk membantu. Anda atau pasangan anda mesti yang bertanggungjawab dan memberi perintah, tidak pengamat.

3. Angkat tanpa memulas. Elakkan sebarang gerakan berayun apabila mengangkat

4. Kedudukan kaki lebar bahu anda selain dengan satu kaki sedikit di hadapan yang lain. 

5. Berkomunikasi dengan jelas dan kerap dengan pasangan anda.  beritahu pesakit apa yang anda akan lakukan terlebih dahulu. 
PEMINDAHAN PESAKIT
Pemindahan pesakit boleh dilakukan dengan berbagai cara. Antaranya ialah:
a)       seorang pembantu (single helper)
b)       dua orang pembantu (double helpers)
c)       menggunakan penggusung (stretcher)

a)       Seorang pembantu (Single Helper)
Kaedah seorang pembantu boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara.
Antaranya ialah:
·         Kaedah dukungan (Cradle Lift)
-kaedah ini sesuai digunakan untuk mengusung pesakit yang ringan terutama kanak-kanak dan bayi.
·         Bergandingan dengan pesakit (Human Crutch)
-Usungan ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang boleh berjalan atau mengalami kecederaan sebelah anggota bawah. Mangsa berjalan beriringan dengan pembantunya.
                  Mendukung di belakang atau encang (Pick a back)
-Mangsa memanjat sambil memeluk belakang pembantunya.Tangan pembantu mengampu kedua belah anggota bawah mangsa. Mangsa berada di dalam keadaan sedar.
·         Dukung di bahu atau usungan bomba ( Firearm Lift)
-Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan kepala mangsa condong ke bawah manakala badannya berada di atas bahu pembantunya.
·         Usungan merangkak
-Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau sedar di tempat yang sempit. Mangsa menyangkut kedua belah tangan di leher pembantunya. Pembantu akan merangkak sambil mengheret mangsa.
·         Usungan menarik
-Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa. Tumpangkan tangan mangsa di bahagian ketiak. Tarik mangsa secara berundur ke belakang.
·         Menarik menggunakan blanket
-Letakkan mangsa di atas blanket. Pegang kedua belah bucu di bahagian kepala mangsa. Tarik blanket secara berundur ke balakang.
a)        Kaedah dua pembantu
·         Duduk di atas dua tangan (two hand seat)
-Mangsa memegang bahu kiri dan kanan pembantunya sambil duduk di atas tangan pembantunya. Kedua-dua pembantu menggunakan sebelah lengan masing-masing sebagi tempat duduk mangsa. Manakala tangan yang lagi sebelah mengampu belakang mangsa.
·         Mengusung berekoran atau berbuntut.
-Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah ketiak      mangsa dari arah belakang mangsa. Manakala seorang lagi berdiri di celah kangkang dengan muka mengadap ke belakang mangsa sambil memeluk kedua-dua bahagian lutut mangsa.

·         Duduk di atas tiga tangan (three hand seat)
-Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat duduk mangsa. Sementara sebelah tangan lagi mengampu belakang mangsa.

·         Duduk di atas empat tangan (four hand seat)
-Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai tempat duduk mangsa. Mangsa akan memeluk bahu pembantu-pembantunya.

·         Mengangkat menggunakan kerusi
-Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala pembantu-pembantu mengangkat kaki kerusi. Cara ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara usungan beriringan atau secara berekoran.

b)       Usungan menggunakan penggusung ( Stretcher)
·         Pengusung gantian ( improvise stretcher)
                                                              I.      menggunakan kain blanket atau selimut tebal dan diangkat di keempat-empat bucunya.
                                                            II.      Menggunakan empat atau lima kain anduh yang diikat di dua batang kayu.
                                                         III.      Menggunakan dua buah guni yang ditebuk buntutnya. Kemudian dimasukkan dua batang kayu dalam guni itu.
                                                          IV.      Menggunakan dua kain sarung yang dimasukkan dua batang kayu di dalamnya.
                                                            V.      Menggunakan tiga atau empat kain baju kemeja. Masukkan dua batang kayu di dalam baju-baju tersebut dan kemudian dibutangkan kancingnya.
·         Jenis stetcher
o    Wheel stretcher
o    Portable
o    Scoop
o    Flexible
o    Basket
o    Flexible
o    Stair chair
o    Long backboard
o    Short board

Prinsip menguruskan kecederaan patah

Definisi:
Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagiantulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atausebagainya.

Punca-punca patah
Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsunga)

·         Secara Langsung
Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kenatembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan. 

·         Secara Tidak Langsung
Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan.Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yangsecara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.

Jenis-jenis patah

  1. Patah tebu/tertutup (simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah. b)
  1. Patah riok (Compound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit.

  1. Patah melarat (Complicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapatkecederaan.d)

  1. Patah Remok (Comminuted fracture)
Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.

  1. Patah Terenyok (Impacted fracture)
Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunyaterbenam ke dalam tulang yang patah itu.

  1. Patah Rebung (Green Stick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanyaterjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.

  1. Pecah Remok (Depressed fracture)
Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpitorgan lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenammenghimpit otak


Rawatan awal

  1. Beritahu mangsa supaya jangan bergerak.
  2. Jika terdapat luka, kawal pendarahan. Tekan luka dengan pembebat yang bersih.
  3. Bagi kaki yang patah, balut pada bahagian lutut dan buku lali.
  4. Bagi lengan, gunakan sling.
  5. Dail 999 untuk dapatkan perkhidmatan ambulan.
  6. Periksa peredaran darah pada tangan atau kaki setiap 10 minit.
Tanda-tanda patah
o    Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
o    Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.
o    Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
o    Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.
o    Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang,sendi atau otot.
o    Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.

Prinsip mengurus kecederaan patah

o    Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut :
o    Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.
o    Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan ditempat kejadian.
o    Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
o    Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih.
o    Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat.
o    Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.
Kecederaan tisu lembut


Definisi :
   Kecederaan yang dialami oleh tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf, otot, tendon, ligamen, kelenjar, dan lapisan yang melindungi organ2 tubuh.  Kecederaan ini berpunca drpd rentapan pd sendi yg menyebabkan tisu2 disekeliling terkoyak.

PUNCA2 KECEDERAAN

  1. Ketegangan otot      otot separuh koyak
  2. Koyakan otot       koyakan sepenuhnya pd otot
  3. Calar2 pd bahagian dalam otot
Klasifikasi kecederaan sukan

Kategori mengikut tempoh masa wujud
o    Acute(baru)-kecederaan berlaku secara tiba-tiba atau baru berlaku
o    Chronic(lama)-kecederaan yang lama(masih sakit lagi

Kategori mengikut struktur badan
-               Tisu lembut : otot, ligament,tendon,saraf,salur darah
-               Tisu keras : tulang


Kecederaan luaran

Kecederaan pada permukaan kulit & tisu di bawah kulit
-               Luka- kulit terkoyak oleh benda tajam dan berdarah
-               Melecet- tergeris, epidermis dan terluka
-               Melepuh- kulit menggelembung dan ada air

Kecederaan dalaman

Kecederaan yang mekibatkan tisu-tisu badan
-               ligamen
-               tendon
-               otot
-               tulang



Faktor HARM
Kecederaan jenis tisu lembut, elakkan dari factor berikut

-               Heat-tambah pendarahan
-               Alcohol-tambah bengkak
-               Running-terlalu awal kecederaan terlalu teruk
-               Massage-dalam 8-78 jam pertam menambahkan pendarahan atau bengkak

 (a)Kecederaan Tisu Lembut Tenat
Rawan terkoyak - Berlaku apabila tulang di sendi terpulas dan tertekan. - Biasanya berlaku di lutut. Tergeliat - Berlaku apabila otot atau tendon dipendekkan atau diregangkan dengan kuat.

(b) Kecederaan Tisu Lembut Kronik
Tergeliat kronik otot - Berlaku apabila otot dikerjakan berlebihan dan diregang berlebihan. - Wujud hasil dari beberapa minggu atau bulan. - Disebabkan oleh banyak punca keadaan.

·         Tendinitis - Berlaku apabila tendon diregangkan berlebihan atau digunakan berlebihan. - Kecederaan ini biasanya berlaku pada tendontendon patela ( lutut ), achilles ( tumit ) bila melakukan aktiviti berlari dan melompat yang berlebihan. - Kecederaan biceps dan ratator cuff ( bahu ) pula adalah individu membuat aktiviti bilangan bahu yang lemah dan tidak fleksibel.
·         Bursitis - Rongga sendi yang kecil, penuh cecair, terletak antara tulang, otot, tendon dan tisutisu lain. - Berlaku bila bahagian tertentu diasak. - Selalunya berlaku di siku dan lutut
·          Kontusi (contusion )
o    Disebabkan pukulan terus dan menyebabkan cederapada saluran darah atau saluran halus putus - lebam dan pendarahan dalaman.
o    Bengkak& pergerakan terbatas.
o    Otot Terkoyak (muscle strain) disebabkan olehpengecutan otot secara tiba -tiba atau  disebabkanketidakupayaan otot menanggung bebankerja berlebihan.
o    Ianya melibatkan kemungkinan otot atau tendon tercedera dan mengsa merasaikesakitan di bahagian tercedera.
·         Kekejangan otot ( muscle cramp)
o     Kontraksibuat sementara dan mengalami muscle spasm menjadikan otot rasa keras dan mangsa kesakitan.
o    berpunca dari atlit kurang cergas ( dari aspek daya tahan otot ),  kekurangan elektrolit (garam mineral) atau dihidrasi dalam badan (kehilangan air).
·         Dislokasi ( dislocation )
o    berlaku bila tulang sendi terkeluar dari asalnya  kejadian di mana pergerakan yang diluar dari julat asal.
o     Menyebabkan ligamen dan tisu teregang, terkoyak atauterkeluardari tempat asal.
Tanda-tanda : a)Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian. b)Bengkak dan lebam bahagian sendi.c)Tidak dapat mengerakkan anggota yang tercedera.d)Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera.e)Terdapat tanda-tanda am renjatan
·         Terseliuh
o    berlaku bila ligamen sendi terkoyak @ teregang secara tiba- tiba menyebabkan sendi tidak stabil.
o    Tanda : bentuk ganjil & cacat, bengkak dan lebam.

o    Tergeliat (Sprain)
Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligament pada bahagian persendian akibat dari pergerakan yang melampaui batas.
Tanda-tanda dan Gejala tergeliat
a)Sakit bahagian yang tercedera.
 b)Bengkak dan lebam pada bahagian persendian.c)Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masihdapat mengerakkan anggota tersebut.

Prinsip mengurus kecederaan tisu lembut

·         Rawatan R.I.C.E. - R ( Rest ) : Merehatkan bahagian yang cedera. Pelajar / atlit terlibat tidak dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.

·         R.I.C.E - I ( Ice ) : Menggunakan ais pada bahagian yang cedera. Ais boleh diaplikasikan secara langsung atau tidak langsung. Jika langsung, ketulan ais perlu digerakkan dalam pergerakan bulatan. Aplikasi ais selama 5-10 minit dan ulang setiap 3 jam atau 4 kali sehari, jika boleh berbuat demikian.
·         R.I.C.E - I ( Ice ) : Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam pertama untuk mengelakkan bengkak kerana pengumpulan cecair di tempat yang cedera. Penggunaan ais ini boleh diteruskan sehingga 48 jam atau lebih. Walau bagaimanapun, penggunaan ais ini akan menyebabkan bahagian terlibat berasa kebas.
·         R.I.C.E - C ( Compression ) : Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera dengan dua cara. Pertama, cara tidak langsung dengan pembalut bahagian cedera, menggunakan bandage atau pita pelekat kain. Kedua, cara langsung, iaitu dengan tekanan tangan. Perhatian perlu diberi supaya ikatan tidak terlalu ketat sehingga mengganggu pengaliran darah.
·         R.I.C.E - E ( Elevation ) : Menaikkan bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi dari paras jantung. Ini boleh dilakukan dengan mengangkatkan kaki yang cedera ke atas bangku sambil berbaring. Nota :

Dalam masa 72 jam pertama sebarang urut pada bahagian yang cedera tidak dibenarkan. - Selepas 72 jam, mula dengan pergerakan perlahan diikuti dengan berlari perlahan. Sekiranya tidak rasa sakit di bahagian yang cedera, murid dianggap telah pulih.

RAWATAN KECEDERAAN

DR. ABC Sekiranya si mangsa tidak sedar diri, maka periksa samada : ~ Saluran pernafasan tersekat atau tidak ( Airway ) ~ Kadar pernafasan normal ( Breathing ) ~ Pengaliran darah berjalan ( Circulation )

·         DR. ABC - D ( Danger) : Pastikan bahawa mangsa telah bebas daripada bahaya disekitarnya. Contohnya, jika mangsa itu tersepit, maka benda yang menyebabkannya tersepit telah disingkirkan
·         DR. ABC - R ( Response ) :Pembantu mula memerhatikan gerak balas mangsa untuk memastikan keadaan sebenar mangsa. Mangsa sepatutnya bergerak balas terhadap cahaya terang, suara panggilan, sebarang bunyi di sekitarnya, sentuhan, bau dan rasa. Jika tiada gerak balas berlaku, mangsa itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau dalam keadaan terkejut.
·         DR. ABC - A ( Airway) : Pastikan terdapat bukaan yang cukup untuk laluan udara. Pastikan saluran udara tidak tersumbat untuk membolehkan mangsa bernafas dengan baik.
·         DR. ABC - B ( Breathing) : Pastikan mangsa masih bernafas atau tidak. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan jari di hadapan hidungnya untuk mengesan hembusan udara atau melihat sama ada mulutnya dibuka untuk bernafas. Jika mangsa tidak bernafas, bantuan pemulihan pernafasan handaklah diberikan dengan segera.
·         DR. ABC - C ( Circulation ) :Pastikan peredaran darah mangsa masih baik. Ini dapat dilakukan dengan mengira nadi mangsa itu. Kehadiran nadi menunjukkan bahawa jantung mangsa itu masih berdenyut. Nadi yang rendah menunjukkan denyutan jantungnya lemah. Jika terdapat punca kehilangan darah, contohnya luka, pendaharan itu mesti dikurangkan dengan membalut luka tersebut.


Kecederaan bahagian tangan, badan, kaki, kepala dan mata

·         Kecederaan
·         Cara mengurus kecederaan

Kemudahan dan peralatan pertolongan cemas dan rawatan kecederaan

·       Fungsi bilik rawatan sukan
o    Tempat memberi rawatan
o     
o     
o     
o     
·       Saiz, lokasi, struktur dan pengelolaan dalaman bilik rawatan
·       Peralatan yang perlu ada di dalam bilik rawatan
·       Penyimpanan rekod

KOTAK PERTOLONGAN CEMAS ( FIRST AID KID )
Keperluan-keperluan sesebuah kotak pertolongan cemas adalah seperti berikut :
1.             Kotak yang bertutup untuk mengisi peralatan.
2.                   Kain anduh tiga segi
3.                   Kain kasa sucihama
4.                   Kapas
5.                   Kain pembalut gulung
6.                   Kain pembalut gulung elastik ( crepe bandage )
7.                   Plaster
8.                   Ubat gosok atau minyak gosok
9.                   Ubat luka ( lotion flavine, gentian violet atau burnol )
10.                Ubat cuci luka ( cetavlon atau dettol )
11.                Garam cium ( smelling salt )
12.                Penyepit ( forcep )
13.                Buku catitan
14.                Pin
15.                Pen/pensel

Kotak pertolongan cemas hendaklah selalu diperiksa supaya ianya bersih, alatannya mencukupi dan kotak itu di tutup dengan baik bagi mengelakkan dimasuki oleh serangga atau binatang. Selain itu, kotak pertolongan cemas perlu bertanda dengan tanda bulan sabit merah atau palang merah. Ia perlu diletak di tempat yang selamat dan mudah dilihat dan agak tinggi supaya tidak mudah diambil oleh kanak-kanak. Ubat berbentuk cecair perlu ditutup rapat supaya tidak mudah tumpah atau bocor dan ditanda dengan perkataan racun bagi bahan-bahan beracun.