terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, April 9, 2013

rancangan pelajaran pada hari rabu woww

Pendidikan Jasmani

Tahun 6

7.45 – 8.45
Tajuk :                                            Kemahiran

Masa:                                             1 jam

Standard Pembelajaran:             3.1 kecergasan, disiplin dan keyakinan

Objektif:                     
·         Menguasai kemahiran bawah, atas dan sisi
·         Tahu dan memahami asas melakukan servis
·         Memupuk semangat berpasukan

Aktiviti
·         Bola tampar
·         Menyangga tanpa bola
·         Berpasangan dalam kumpulan
·         Servis bawah atas dan sisi
·         Tanpa bola dan tanpa ne
·         Lompat kuadron
·        

EMK:      Berhati-hati, semangat berpasukkan, menyayangi tubuh badan,
               kebebasan, toleransi dan berdisiplin untuk mengawal bola


BBB:            Kon, wisel, bola tampar

Penilaian:  Pemerhatian guru

Refleksi:

Matematik

Tahun 1

8.45 – 9.45
Mata Pelajaran dan Kelas    :     Matematik Tahun Satu
Tema / Tajuk                        :     Nombor Bulat Hingga 100
Masa                                    :     60 minit
Standard Pembelajaran       :     1.1 (i) (a), (i)(b), (i)(c)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Menyatakan kuantiti secara
a.   Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek.
b.   Membandingkan dua kumpulan secara padanan.
c.   Pola berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
•         Membezakan dua kumpulan objek banyak atau sedikit.
o   Di luar bilik darjah
o   Objek yang disediakan
o   Kad gambar.
• Membuat padanan objek yang berbeza dari segi bentuk, warna dan saiz.
•         Membina kumpulan objek dengan susunan objek yang pelbagai.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
•         Kreativiti (pelbagai pola) pemerhatian, membanding, membeza dan memadan.
•         Alam sekitar (pokok bunga).

Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (Sida, guli, kerusi), tumbuhan dan objek sekeliling sekolah. Lembaran kerja.

Penilaian pengajaran dan pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:











Mata Pelajaran dan Kelas    :     Matematik
Tema / Tajuk                        :     Tambah
Masa                                    :     60 minit
Standard Pembelajaran       :     2.1 (i), (ii) dan (iii)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
a.   Menyatakan pasangan nombor bagi kumpulan objek yang diberi.
b.   Menyebut nombor bagi jumlah objek pasangan kumpulan yang diberi
c.   Membina kombinasi dua nombor bagi jumlah objek yang diberi.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Murid Perdana
•         Perbincangan mengenai:
o   Dua kumpulan objek
o   Bilangan dua kumpulan objek yang disatukan
o   Kad gambar yang menunjukkan dua kumpulan objek.
•         Murid membina dua kumpulan objek dan menyebutkan jumlahnya.
•         Murid bina kombinasi dua nombor berdasarkan satu kumpulan objek.

Murid LINUS (Numerasi)
•    Soaljawab mengenai nilai lebih satu daripada suatu nombor
o   Seorang murid masukkan sebiji bola ke dalam bakul.
o   Soaljawab mengenai bilangan bola yang ada dalam bakul
o   Masukkan lagi sebiji bola ke dalam bakul.
(aktiviti berterusan untuk bilangan yang lain pula)
•         Bimbing murid menyebut lebih satu adalah nombor yang berikutnya.
•         Tunjuk dan sebut nombor lebih satu adalah nombor berikut berdasarkan garis nombor.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
•         Kreativiti (membina kumpulan objek, kombinasi dua nombor bagi satu kumpulan objek)
•         Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah.

Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (Cip plastik, pensel, blok asas), kad gambar. Kad garis nombor.

Penilaian pengajaran dan pembelajaran  :
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:
menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.

BBM:  bahan maujud, guli atau batu

EMK:     Menghasilkan nombor dari kad nombor

Refleksi :

Matematik

Tahun 2

10.35 – 11.35



Mata Pelajaran                                   :       Matematik Tahun Dua
Tajuk                                                   :       Darab
Masa                                                   :       60 minit
Standard Pembelajaran                    :       4.1 (i)a,b,c,
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
a.     Menulis ayat matematik bagi bilangan ahli-ahli dalam  kumpulan yang sama banyak berdasarkan objek yang diberi.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid Perdana
1.   Perbincangan mengenai:
o    Beberapa kumpulan objek
o    Jumlah ahli-ahli yang terdapat dalam kumpulan objek yang disatukan
o    Kad gambar yang menunjukkan ahli-ahli dalam kumpulan objek
2.   Murid membina beberapa kumpulan objek yang mempunyai bilangan ahli yang sama banyak dan menyebutkan jumlahnya.

Murid LINUS (Numerasi)
1.     Soaljawab mengenai jumlah bilangan bola yang dimasukkan  sebanyak 2 biji setiap kali.
o    Seorang murid masukkan  2 biji bola ke dalam bakul.
o    Soal jawab mengenai bilangan bola yang ada dalam bakul
o    Masukkan lagi 2 biji bola ke dalam bakul.
      (aktiviti berterusan untuk bilangan yang lain pula)
2.     Bimbing murid menambah gandaan 2 dan gandaan nombor yang berikutnya.
3.     Tunjuk dan sebut jumlah nombor-nombor tersebut berdasarkan garis   nombor.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·          Kreativiti (membina kumpulan objek, menggabungkan beberapa kumpulan objek)

Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (cip plastik, pensel, blok asas), kad gambar. Kad garis nombor.

Refleksi:




Matematik

Tahun 3

12.05-1.05
Tajuk :  NOMBOR DAN OPERASI

Masa : 1 jam

Standard Kandungan: 4.3

Objektif :

i)    Membina sifir tiga, enam, tujuh, lapan, sembilan, 100 dan 1000 dengan berpandukan:
      (a)  objek,
      (b)  gambar,
      (c)  garis nombor.

(ii) Melengkapkan ayat matematik darab yang melibatkan sifir tiga, enam, tujuh, lapan,  sembilan, 100 dan 1000 .

(i)  Menyatakan secara spontan sifir tiga, enam, tujuh, lapan, sembilan, 100 dan 1000     mengikut:
      (a)  tertib menaik,
      (b)  rawak,
      (c)  salah satu daripada dua nombor yang didarab untuk memberi hasil   
           darab tertentu.  (B3D1E3)
BBM:  gunakan alat maujud seperti batu atau bola atau guli, Lisan
NILAI MURNI : berani, tolong menolong, berdisiplin
EMK:   Kreativiti dan inovasi, keusahawanan,
Refleksi :



 by mohd nor izwan sulaiman


No comments: