terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Thursday, April 4, 2013

gaya pemakanan sihat by mohd nor izwan sulaiman Sk Kuala Atok


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4

Mata Pelajaran  : Pendidikan Kesihatan                                 Tarikh : 5 September 2008
Tunjang : Gaya Hidup Sihat                                                   Masa   : 8.00pg. – 8.30 pg.
Tajuk  :  Pemakanan                                                              Tahun : 4 Jujur
Sub tajuk: Piramid Makanan                                                  Bil. Murid : 32 orang
-       Karbohidrat                                                                   L: 16 orang
-       Vitamin                                                                         P: 16 orang
-       Protein
-       Lemak                                                             

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1.    Kognitif:
a.    Menyenaraikan empat jenis kelas makanan
b.    Menyenaraikan 3 contoh makanan yang berkhasiat mengikut jenis kelas makanan
c.    Mengetahui kuantiti kelas makanan yang perlu diambil sama ada paling banyak, banyak, sederhana atau sedikit.

2.    Afektif   :
a.    Menunjukkan sikap kesabaran dan menunggu giliran masing-masing semasa permainan ‘makanan berkhasiat’
b.    Memperlihatkan keyakinan diri dengan mengangkat tangan dan berdiri untuk memberi pendapat/jawapan ketika sesi perbincangan kelas

Pengalaman sedia ada : Murid mengambil makanan seharian mereka dan melihat poster-poster dan iklan berkenaan pengambilan makanan berkhasiat
Bahan bantu mengajar  : Permainan makanan berkhasiat   
                                         Gambar piramid makanan           
                                         Slaid powerpoint                           
Nilai : Mengambil makanan yang berkhasiat
Strategi utama : Pembelajaran secara konstruktivisme
Pengintegrasian KKE : Kesedaran kendiri (keyakinan diri)
                                      Pengurusan kendiri (kawalan emosi, berpandangan optimis)
                                      Pengurusan sosial (pengurusan konflik, kerja berpasukan )


Fasa (masa)
Strategi Pembelajaran/Aktiviti
Isi Pelajaran
Catatan
Set Induksi
(3 minit)
Teori Kecerdasan pelbagai (TKP)
-verbal linguistic
-visual spatial
Bersoal jawab
Melihat gambar
Perbincangan tentang makanan kegemaran pelajar
Soalan dan mempamerkan piramid makanan
- Bagaimanakah bentuk piramid?
- Apakah makanan kegemaran   kamu?
- Guru menunjukkan gambar piramid makanan makanan kepada murid dan murid meneka.
KKE:
Pengurusan diri
Optimis
Langkah 1
(10 minit)
KBKK
-menerangkan sebab
-menjana idea
Perbincangan secara kelas dan bersoal jawab
Guru menunjukkan slaid powerpoint mengenai piramid makanan kepada murid.
Kelas Makanan
-    Karbohidrat
-    Vitamin
-    Protein
-    Lemak
Contoh makanan mengikut kelas
-    Karbohidrat * nasi,roti,bijirin
-    Vitamin * sayur, buah-buahan
-    Protein * ikan,ayam,daging
-    Lemak * kek,keju,minyak
Kuantiti makanan yang perlu diambil
-    Karbohidrat = lebih banyak
-    Vitamin = banyak
-    Protein = sederhana
-    Lemak = sedikit
Guru  bertanyakan semula kepada murid makanan kegemaran mereka termasuk dalam kelas makanan yang mana.
Guru meminta murid memadankan kad imbasan ke kelas makanan yang sesuai

KKE
Kesedaran kendiri
Keyakinan diri
Langkah 2
(7 minit)
Pembelajaran secara konstruktivisme
Melaksanakan permainan ‘makanan berkhasiat’
Permainan memerlukan 4 orang murid sebagai pemain
Apabila buah catur murid berhenti di petak berkenaan, murid perlu;
- Karbohidrat (maju 5 langkah)
- Vitamin (maju 4 langkah)
- Protein (maju 2 langkah)
- Lemak (undur 2 langkah)

Murid itu boleh maju:
-  Kerana pengambilan makanan pada kotak tersebut baik dari segi kesihatan
Murid itu perlu undur:
-  Kerana pengambilan makanan pada petak tersebut adalah perlu dikurangkan.
Nilai:
Kejujuran
Kesabaran

KKE
Pengurusan diri
kawalan emosi
optimis

Langkah 3
(8 minit)
TKP
-verbal
-intrapesonal
Melengkapkan lembaran kerja
Perbincangan secara berpasangan
Menjawab Soalan dalam lembaran kerja

Nilai:
Bekerjasama
KKE
Pengurusan konflik
Kolaborasi dengan rakan
Penutup
(2 minit)
KBKK (kreatif)
Meramalkan
Perbincangan kelas
Kesan Pengambilan Makanan Berkhasiat
-      Badan sihat
-      Otak cerdas
Menyoal murid tajuk pembelajaran hari ini secara rawak.
Nilai:
Amalkan gaya hidup sihat
KKE
Kesedaran kendiri
Keyakinan diri














No comments: