terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Thursday, April 4, 2013

format minit mesyuarat


SEKOLAH KEBANGSAAN ULU DONG

MINIT MESYUARAT RMT KALI KE-2 (2012)


Tarikh          : 11 April  2012
Hari             : Rabu
Masa           :12.00 – 1.00 tengahari
Tempat       :Bilik Mesyuarat Sekolah
Kehadiran   :
                    Puan Shafiah bt Jali                                               
                    Puan Fatmawati bt Ghazali                                    
                    YM Ungku Ahmad Danial bin Ungku Ali                 
                    Puan Norita bt Abdul Samat                             
                    Zakiah bt Deraman                                    
                    Puan Saadah bt Abdul Rahim
                    Puan  Noraida Bt Kadir
                    En. Farid bin Majid









Bil

Agenda

1.0





2.0




3.0








4.0






















5.0












UCAPAN PENGERUSI MAJLIS (GPK HEM)
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru di atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan dengan menghadirkan diri ke mesyuarat pada kali ini.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Ustzah Zakiah telah Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu dan disokong oleh Puan Noraida.

PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang berkenaan kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik.

3.2 Mengharapkan kerjasama yang berterusan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab seterusnya.

AGENDA

4.1 GPK HEM menjelaskan mengenai pemberian susu 1 malaysia. Satu majlis penerangan tentang cara minum susu yang betul akan diadakan oleh pihak yang berkenaan kepada murid-murid SK Ulu Dong.

4.2 GPK HEM mencadangkan pemberian susu sekolah kepada murid-murid  dilakukan setiap hari Rabu dan Jumaat selepas jam 11 pagi.Semua guru kelas di minta mengagihkan susu mengikut kelas masing-masing. Guru mesti memastikan murid-murid  telah mengambil makanan sebelum meminum susu begi mengelakkan sakit perut.Murid-murid juga tidak dibenarkan membawa balik susu ke rumah. Setiap kali pemberian susu dibuat perlu direkod ke dalam buku rekod pemberian susu yang akan disediakan oleh Puan Zakiah. Semua guru terlibat bersetuju dengan cadangan yang diberi.

4.3 Pengerusi meminta kerjasama guru kelas untuk memastikan pelaksanaan yang dirancang di buat.


HAL-HAL LAIN.
5.1 Pengerusi juga menjelaskan bahawa murid yang tidak memohon peruntukan susu sekolah tidak tersenarai bagi menerima susu sekolah.

5.2  Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00




Disediakan oleh,                                                                                   Disahkan Oleh,
……………………………                                                                               ……………………………………
(ZAKIAH BT DERAMAN)                                                                       (PUAN SHAFIAH BT JALI)
Setiausaha RMT,                                                                                   GPK HEM,
SK Ulu Dong                                                                                           SK Ulu Dong.















No comments: