terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Saturday, March 30, 2013

KESIHATAN PERSEKITARAN


MODUL 3:  KESIHATAN PERSEKITARAN
(Pertolongan Cemas)

Standard kandungan:
 3.3  Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak 
        mengikut situasi                                         

Standard Pembelajaran  : 
3.3.3  Menyatakan tindakan segera yang perlu diambil jika berlaku kecemasan dan
          Kecederaan

EMK:  Kreativiti dan inovasi :  Penyelesaian masalah

                                          
(Lakonan)

Encik Ahmad dan isterinya telah pergi menunaikan haji.  Maka tinggallah 3 orang anak perempuan mereka di rumah. Pada suatu malam….
Acik    :  K. long, angah mana, x balik lagi ke?
K.long:  Tak lagi… hmm dah pukul 10 ni , Acik pergi masuk bilik tidur.  Esokkan 
             sekolah.

Acik    :  Baiklah K.long.  Acik masuk bilik dulula ye…..

Tok, tok, tok, ( bunyi pintu diketuk)

Angah:  K.long buka pintu ni…Angah ni….

K.Long : Kenapa lewat balik ni?

Angah   :Ada discussion tadi, tu yang lambat sikit….K.long, ni majalah yang k.long kirim 
              Tadi…Angah dah tengok…Banyak resepi, bolehlah kita buat biskut..Raya nak 
              dekat dah ni ….

K.long:  Mana Bukunya?  Jom kita cari resepi….esok boleh kita beli bahan-
              bahannya….

Mereka pun membelek majalah sambil berbual.
Di luar rumah ada seorang pencuri sedang memerhatikan rumah mereka. Pencuri tersebut sedang menunggu peluang untuk memecah masuk ke dalam rumah mereka..

Pencuri  :  Hmm….nampak gayanye,  line clear dah ni…. Bolehlah pecah masuk rumah
                  ni…

Pencuri tersebut mula mengumpil pintu belakang rumah Encik Ahmad.

Pencuri:  Yesss….Berjaya…

Angah  :  Hausla pulak…K.long nak air tak..Angah buatkan sekali….

K.Long :  Bolehlah…

Angah pun kedapur.  Tanpa disedarinya pencuri tersebut berada di dapur…

Pencuri  :  Jangan melawan atau nyawa awak akan melayang.

Pencuri membawa angah ke ruang tamu. K.long terkejut …..Acik yang berada didalam bilik terjaga kerana bising.  Dia mengintai di balik pintu..

Pencuri  :  Serahkan semua barang yang berharga.


Acik  :  Alamak ada pencuri…Apa nak buat ni?  Bertenang2…..Telefon polis….dail 
            999..Hello saya Aminah…Rumah saya dimasuki pencuri ni…Tolongla…..Kakak
            dah kena ikat..

B/Polis:  Bertenang dik.  Adik tinggal dimana?

Acik  :  No. 40 Taman Jaya.  Cepatlah saya takut ni…

B/ Polis  :  Bertenang adik ye…Sebentar lagi polis sampai ye…

Sedang pencuri sibuk menggeledah rumah, polis telah sampai  dan telah menangkap pencuri tersebut.  Acik keluar bilik dan memeluk kakak-kakaknya.

Polis  :  Siapa yang buat panggilan di balai tadi?

Acik   : Saya Encik…

Polis : Kamu? Bagus…. Walaupun kamu masih kecil tetapi kamu tahu apa yang perlu
           dilakukan pada waktu kecemasan.  Sikap kamu patut dicontohi….









No comments: