terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, November 5, 2012

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa hairan dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggalakkan dan merestui orang Melayu menyertai DAP

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa hairan dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggalakkan dan merestui orang Melayu menyertai DAP. Beliau berkata hubungan politik antara Pas dan DAP merupakan hubungan yang aneh dan pelik kerana ideologi kedua-dua parti pembangkang itu bertentangan antara satu sama lain. “Oleh itu, adalah agak aneh untuk Abdul Hadi membuat kenyataan itu kerana kita semua tahu bahawa hubungan DAP-Pas bermasalah dan tidak kukuh," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL2012) di sini hari ini. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan Pas. Muhyiddin juga berkata: “Kalau semua orang masuk DAP, Pas tidak ada orang. Itu membingungkan saya kalau betul kenyataan dari Presiden PAS itu. Semua orang tahu khususnya orang Melayu bahawa DAP tidak pernah menjadi parti yang berjuang untuk semua kaum," katanya. Beliau berkata DAP merupakan parti yang mementingkan satu kaum sahaja dan tidak demokratik. Malah DAP tidak pernah bertanding di kawasan Melayu dan hanya memilih kawasan bukan Melayu, terutama kawasan-kawasan bandar, katanya Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121105/dn_22/Muhyiddin-hairan-Hadi-restu-Melayu-sertai-DAP#ixzz2BNR12qiT © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: