terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, November 5, 2012

nurul izah dikecam

Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan aktivis Islam mengecam kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kelmarin bahawa kebebasan beragama di negara ini sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk orang Melayu. Antara yang bangkit bersuara ialah Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim, Jalur Tiga, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Lembaga Penasihat Pelajaran Islam, Institut Kajian Islam dan Strategi (ISSI), aktivis Pas dan bekas aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia. Mereka juga meminta pihak berkuasa agama Islam bertindak kerana kenyataan sedemikian telah menjadi isu dan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Kelmarin, Nurul Izzah antara lain menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121106/po_07/Nurul-Izzah-dikecam#ixzz2BNRPy88H © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: