terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, November 5, 2012

bukan sekadar nasi ayam yang hebat malah gah dengan namanya.

Sebut sahaja nama restoran ini, pasti ramai yang mengetahuinya kerana ia sudah terkenal sejak 30 tahun lalu. Bermula dari berniaga tepi jalan, kemudiannya ke gerai, kini ia terus mengorak langkah dengan membuka restoran di Seksyen 10 sejak tiga tahun lalu. Seperti namanya, nasi ayam hasil resipi Kamarul Hilal atau lebih dikenali sebagai Pak Mal terus mendapat sambutan. Nasi ayam yang ditawarkan di sini cukup berbeza di tempat lain kerana ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, mampu menarik ramai pelanggan sama ada sedia ada mahupun baru. Restoran Nasi Ayam Pak Mal di Seksyen 10 ini diuruskan oleh anaknya, Ameerul Izham, 27, yang komited dengan segala urusan berkaitan. Nasi ayam dihidangkan di dalam pinggan berasingan dengan lauknya bagi membolehkan anda menikmatinya dengan mengikut selera sendiri. Di dalam pinggang berasingan, potongan ayam diletakkan bersama sos istimewa. “Resipi Nasi Ayam Pak Mal menggabungkan kicap dan sambal untuk memberi kelainan rasa ketika anda menikmatinya,” katanya. Bagi memenuhi permintaan pelanggan, sos tambahan juga disediakan di setiap meja. “Pelanggan sangat menggemari sos ini dan kami sediakan sos tambahan kepada mereka yang inginkannya,” katanya. Menurutnya, sebanyak 50 ekor ayam atau 600 pinggan habis dijual setiap hari dan ia akan meningkat jika terdapat tempahan. “Rata-rata pelanggan yang datang memilih untuk menikmati nasi ayam,” katanya. Mesra pelanggan Waktu makan tengah hari merupakan masa kemuncak di sini. 42 meja yang disediakan di dalam dan luar dipenuhi pelanggan. “Kesemua 20 kakitangan restoran ini akan bertugas pada waktu makan tengah hari, termasuk saya kerana kami mahu memberikan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya. Walaupun sibuk, anda boleh menikmati makanan yang dipesan kurang daripada lima minit. “Kakitangan di sini dilatih untuk terus melayan pelanggan sebaik memasuki restoran ini,” katanya. Anda pasti kagum melihat pelayan restoran mampu membawa banyak pesanan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan mereka. Ini sekali gus mempercepatkan lagi hidangan sampai ke meja pelanggan. “Nasi ayam dijual pada harga RM4.50 sepinggan atau sebungkus,” katanya. Selain nasi ayam, Restoran Pak Mal Nasi Ayam turut menawarkan pilihan kegemaran lain seperti nasi kukus, nasi ayam goreng berempah, mi kari, soto dan banyak lagi. “Menu ini menjadi pilihan kepada pelanggan yang mahu mencuba selera lain,” katanya. Nasi kukus didatangkan bersama ayam goreng, semangkuk kecil gulai daging, sambal belacan serta sayuran seperti salad menjadikannya hidangan lengkap. “Selain nasi ayam, nasi kukus ini turut menjadi pilihan pelanggan,” katanya. Kerja-kerja memasak nasi ayam dimasak secara berperingkat untuk menjamin kualiti setiap hidangan. “Kami bukan sekadar menghidangkan hidangan, tapi juga kualiti,” katanya. Sebagai tambahan, pengunjung boleh menikmati hidangan Barat dan tempatan pada sebelah malam. “Banyak pilihan hidangan Barat seperti steak, chicken chop, fish and fries, nasi goreng dan juga selera Thai seperti tomyam,” katanya. Francais jenama Restoran Pak Mal Nasi Ayam Beliau berkata, selain makanan, terdapat beberapa minuman yang menjadi pilihan pelanggannya antaranya sirap bandung, air jagung, air batu campur (ABC). “Warna merah sirap dan susu diasingkan bagi memberi kelainan dalam food presentation. Bukan sahaja menarik, namun ia juga sedap. “Kelainan pada air jagung adalah dengan meletakkan bijian jagung bagi menambahkan lagi rasa asli,“ katanya. Beliau berkata, sewaktu memutuskan untuk membuka restoran ini, beliau dan keluarga bersama-sama membuat kajian mengenai konsep yang ingin diketengahkan. “Jadi, inilah hasilnya setelah dikaji. Konsep ini lebih santai dan dengan ruang terbuka. Pelanggan boleh menikmati hidangan dengan selesa,” katanya. Menyentuh mengenai perancangan masa depan Restoran Pak Mal Nasi Ayam, Ameerul Izham berkata, beliau berhasrat untuk menjadikan restoran ini sebagai francais di seluruh negara dengan konsep centre kitchen. “Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan bagi memudahkan urusan francais dilaksanakan. Jadi saya sasarkan lima tahun lagi, konsep ini akan diperkenalkan dan dilancarkan,” katanya.

No comments: