terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, November 5, 2012

banjir kilat di kelang pulak apa mcm?

KLANG 30 Mac - Lebih 5,000 murid dan pelajar di lapan buah sekolah menengah serta rendah di sini terpaksa 'bercuti' apabila sekolah mereka diarah tutup hari ini ekoran banjir kilat selepas hujan lebat awal pagi ini. Lapan sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah (STAR), SMK La Salle, SMK Teknik Klang, Sekolah Kebangsaan (SK) 1 & 2 Simpang Lima, SK Sungai Udang dan SK Telok Gadong. Kejadian banjir kilat itu merupakan yang kedua melanda Klang dalam tempoh tiga hari selepas Selasa lalu. Ia disifatkan lebih buruk apabila kawasan yang dinaiki air sebelum ini semakin teruk terjejas antaranya Kampung Delek, Kampung Sungai Udang, Taman Sentosa, Taman Chi Liung, Pandamaran dan Padang Jawa. Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Mahmud Karim berkata, kesemua lapan sekolah terbabit diarah tutup dan murid serta pelajar diarah pulang ekoran kawasan sekolah mereka dinaiki air. Beliau berkata, pihaknya juga telah memaklumkan kepada ibu bapa murid dan pelajar sekolah yang terlibat untuk mengambil anak mereka serta memastikan pulang dengan selamat. "Berdasarkan maklumat yang diterima, kebanyakan sekolah tidak mengalami kerosakan barangan yang teruk kecuali STAR kerana bilik gurunya berada di tingkat bawah. "Kita sedang menunggu laporan penuh daripada pihak STAR untuk tindakan lanjut selain mengarahkan semua sekolah terlibat memindahkan dokumen atau peralatan berharga ke tingkat atas sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku banjir lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut beliau, semua sekolah terlibat dijangka beroperasi semula Isnin ini. Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di STAR mendapati seluruh kawasan sekolah dinaiki air setinggi 0.5 meter hingga lebih satu meter dan sehingga pukul 11.30 pagi masih ada kawasan banjir yang belum surut. Banyak peralatan sekolah yang rosak dan tidak sempat diselamatkan kerana air dipercayai naik semasa hujan lebat yang bermula pukul 3 pagi. Pengetua STAR, Rahmah Arsad ketika ditemui berkata, kejadian kali kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu itu menyebabkan kerosakan harta benda sekolah dalam nilai yang lebih tinggi kerana banjir melanda pada awal pagi. Beliau berkata, antara barangan yang rosak adalah 21 buah komputer, sebuah mesin fotostat dan buku-buku pelajar di bilik guru selain talian telefon tidak berfungsi. "Semasa hujan lebat, air naik dengan pantas dan hanya pengawal keselamatan yang berada dalam kawasan sekolah menyebabkan banyak barangan seperti komputer tidak dapat diselamatkan," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka%5FHadapan&pg=mh_02.htm#ixzz2BNRZVIfo © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: