terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, August 1, 2011

bulan Ramdhan

Pada bulan Ramahdan, telah diturunkan al Quran..sebagai keterangan & petunjuk buat umat manusia ini antara perkara yang hak & yang bathil. Seorang Muslim yang sejati ialah orang yang menunggu-nunggu kedatangan bulan Ramadhan dengan penuh persediaan, rindu untuk mengerjakan ibadah puasa dan bercita-cita untuk memenuhi setiap detik Ramadhan dengan pengisian yang bukan sahaja perkara wajib malah berbagai-bagai perkara sunat yang lain.

Puasa sepatutnya menjadi pemadam dosa apabila segala ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah S.W.T di mana orang-orang yang seperti inilah yang diharamkan jasadnya daripada api neraka.Sesungguhnya Allah swt telah menjadikan sekian bayak amal & ibadat untuk umat ini..Namun Allah swt menjadikan ibadah puasa khusus untuk Diri Nya..

Allah swt berfirman kepada nabi s.a.w
"Puasa itu untuk Ku dan Aku langsung membalasnya. Orang yang berpuasa mendapat 2 kesenangan, iaitu ketika berbka & kesenangan ketika berjumpa Tuhannya, Sesunngguhnya..bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi"(Muttafaq 'Alaih)

Puasa itu terbahgai kepada 3 fasa..
10 hari terawal merupakan fasa Rahmat
10 hari berikutnya merupaka fasa keampuanan
10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka..

Dalam bulan Ramdhan juga Allah kurniakan 1 malam yg lebih baik dari 1000 bulan yakni malam lailatul Qadar..Malam di mana pintu-pintu langit dibuka, doa dikabulkan & segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan. Kerana kemuliaan yang Allah telah anugerahkan ini pada kita..teramat rugilah barangsiapa yg tidak mengambil kesempatan daripada sekian banyak fadhilatnya..Semoga Allah swt berikan kekuatan pada kita dalam beramal & beribadah, mengampuni, merahmati & mengabulkan doa-doa kita..

No comments: