terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, July 29, 2011

ramadhan muslim pada bulan ramadhan

‎* HEBATNYA MUSLIM PADA BULAN RAMADAN.* Sama ada kita sedar ataupun tidak, Ramadan telah mengukir sejarah yang tersensiri dalam pembinaan kejayaan jiwa insan yang benar-benar menghayatinya. Sejarah Islam menyingkapkan kembali akan kejayaan yang terpahat dalam sejarah madrasah Ramadan, iaitu:- * PERANG BADAR:- berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah, dan umat Islam telah mencapai kejayaan. * PEMBUKAAN KOTA MAKKAH. ( Fathu Makkah ) berlaku pada bulan Ramadan pada ke-8 Hijrah. * BERHALA-BERHALA yang disembah sekian lama di sekitar Baitullah dan kota Makkah, dihancukan pada bulan Ramadan tahun ke-8 Hijrah. * KERAJAAN ISLAM menumbangkan kerajaan Parsi pada bulan Ramadan tahun 15 Hijrah. * SALAHUDDIN AL-AYYUBI, mengalahkan tentera salib pada bulan Ramadan tahun 584 H. * MESIR DAN SYRIA, menewaskan Israel di semenanjung Sinai pada bulan Ramadan 1393 H. Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Surah Al-A'raf 7: Ayat 96) *** SELAMAT BERPUASA & SEMOGA IBADAT PUASA TAHUN INI TERLEBIH BAIK DARIPADA TAHUN2 LEPAS.. *** إن شـاء اللَّـه .... إمـيـن يـا اللَّـه

No comments: