terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, July 26, 2011

PENULISAN REFLEKSI

PENULISAN REFLEKSI

Definisi Refleksi:

• Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)

• Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual dan soal selidik.

• Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.



format refleksi seperti di Lampiran 2A.
Tujuan Refleksi:

• Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.

• Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.

• Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.

• Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesiional keguruan

Ciri-ciri Refleksi:

• Bermula dengan mengingat kembali
• Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu
• Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)
• Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam Internship

Ia merupakan proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh pelajar sendiri melalui refleksi untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah:

1. Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti membincangkan:

• Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai ?

• Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?

• Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti tersebut ?

• Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?
2. Melaksanakan proses refleksi berpandukan

No comments: