terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Wednesday, July 13, 2011

kawalan emosi

BAHAGIAN A
Soalan Struktur
40 Markah

Soalan 1

Encik Ali merupakan guru bimbingan dan kaunseling yang baru sahaja dilantik di SK Merpati. Beliau ingin melaksanakan perkhidmatan Kaunseling kelompok dengan berkesan di sekolah tersebut.

a) Nyatakan lima peranan pemimpin kaunseling kelompok yang perlu dikuasai oleh Encik Ali.

Jawapan:

(i) Merangsang emosi supaya ahli berani meluahkan perasaan, sikap dan nilai diri.
(ii) Mengambil berat apa yang berlaku dalam kelompok.
(iii) Menyediakan ahli kumpulan untuk menerima dan memahami apa yang berlaku dalam kumpulan.
(iv) Menentukan tempat pertemuan yang sesuai/terapiutik.
(v) Menentukan peraturan yang harus dipatuhi oleh ahli kelompok. menentukan matlamat, masa dan etika kaunseling/penstrukturan.
(vi) Sebagai pakar dalam interaksi yang berlaku dalam kelompok.
(vii) Mengembangkan interaksi di antara ahli dalam kelompok.
(viii) Katalis bagi membantu berlakunya proses dalam kelompok.
(ix) Menghalang/campur tangan untuk melindungi setiap ahli dari ciri negatif yang merosakkan proses kaunseling kelompok.
(x) Menyelesaikan perselisihan faham
(xi) Pemudahcara


1 fakta = 1 markah
5 fakta = 5 x 1 markah = 5 markah

















b) Senaraikan lima ciri pemimpin kaunseling kelompok yang berkesan

Jawapan:

(i) Fasilitatif
(ii) Mesra
(iii) Menghormati ahli kelompok
(iv) Empati
(v) Ikhlas
(vi) Terbuka
(vii) Tidak menghukum
(viii) Tidak membuat generalisasi
(ix) Tiada tanggapan/penilaian awal
(x) Kecindan

1 fakta = 1 markah
5 fakta = 5 x 1 markah = 5 markah


Soalan 2
Senaraikan lima kriteria penyediaan sesi kelompok sebelum sesi tersebut dujalankan.

(a) Lima kriteria penyediaan sesi kaunseling kelompok:

(i) Pencarian ahli / penyebaran maklumat/ pengedaran borang temujanji
(ii) Jumlah ahli / saiz kelompok
(iii) Umur ahli
(iv) Jantina ahli
(v) Penetapan Jenis Kelompok
(vi) Penetapan Tujuan Kelompok
(vii) Masa
(viii) Tempat/Lokasi
(ix) Pemimpin kelompok


1 fakta = 1 markah
5 fakta x 1 = 5 markah
Jumlah = 5 markah













Soalan 2

(b) Cikgu Rahimah sedang menjalankan sesi kaunseling kelompok bersama lapan orang ahli. Topik perbincangan berfokus kepada isu penderaan kanak-kanak. Ketika pertengahan sesi, tiba-tiba seorang ahli kelompok tidak dapat mengawal emosi lalu menjerit dan menangis.

Cadangkan dua tindakan spontan terhadap sesi kelompok tersebut. Dua tindakan spontan yang perlu dilakukan oleh pemimpin kelompok:

(i) Menangguhkan sesi kelompok kerana ada isu lebih besar perlu diselesaikan.
(ii) Mendapat persetujuan ahli terbabit untuk menjalani sesi kaunseling individu.
(iii) Boleh meminta ahli terbabit keluar kumpulan untuk meredakan emosi sekiranya pemimpin berhasrat untuk meneruskan sesi.
(iv) Pemimpin kelompok melakukan teknik relaksasi.

1 fakta + huraian = 2,5 markah
2 fakta x 2 huraian = 5 markah
Jumlah = 5 markah


Soalan 3

(a) Sebagai guru bimbingan yang baru bertugas, Cikgu Ali menghadapi masalah untuk menstrukturkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahnya. Hal ini disebabkan Cikgu Ali kurang berpengalaman. Menerusi bimbingan daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Ali telah diminta untuk membahagikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada empat jenis pendekatan.

Jelaskan empat pendekatan tersebut (tidak perlu huraian)

Jawapan

(i) Pendekatan Krisis
(ii) Pendekatan Pemulihan
(iii) Pendekatan Pencegahan
(iv) Pendekatan Perkembangan


1 fakta = 1 markah
4 fakta x 1 markah = 4 markah







b) Nyatakan enam kemahiran belajar untuk membantu murid meningkatkan prestasi akademik mereka.

Jawapan:

(i) Kemahiran mengingat
(ii) Kemahiran mengurus masa/jadual waktu
(iii) Kemahiran mencatat nota
(iv) Kemahiran membaca pantas
(v) Kemahiran pengurusan grafik
(vi) Belajar secara kumpulan
(vii) Kemahiran mendengar
(viii) Kemahiran menghadapi peperiksaan
(ix) Pendedahan teknik menjawab soalan peperiksaan


1 fakta = 1 markah
6 fakta x 1 markah = 6 markah


Soalan 4

(a) Nyatakan lima bidang tugas perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.

(i) Ketua bimbingan dan kaunseling (Setiausaha dalam J/Kuasa Bimbingan dan Kaunseling sekolah).
(ii) Bertanggungjawab terhadap inventori individu dan rekod
(iii) Bimbingan Kelompok dan Akademik
(iv) Kaunseling individu dan kaunseling kelompok
(v) Kaunseling kerjaya
(vi) Konsultasi dan rujukan
(vii) Konferens dengan ibu bapa
(viii) Pendidikan dan pencegahan dadah
(ix) Rekod dan dokumentasi
(x) Pakar rujuk
(xi) Pengurusan dan Pentadbiran
(xii) Psikososial – Kesihatan Mental

1 fakta = 1 markah
5 fakta x 1 markah = 5 markah
Jumlah = 5 markah









(b) Huraikan dua cara pendekatan krisis dalam membantu pelajar meningkatkan kesejahteraan diri dan pencapaian akademik.

Dua cara pendekatan krisis yang dapat membantu:

(i) Mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak. Ia memerlukan tindakan yang segera daripada guru bimbingan dan kaunseling dan pentadbir sekolah.
(ii) Usaha dijalankan bagi menghalang sesuatu masalah daripada meruncing
(iii) Fokus kepada masalah atau kekurangan yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa.
(iv) Langkah-langkah mengatasi maslah boleh dijalankan secara kelompok atau individu.
(v) Menjalankan penyelidikan dengan sewajarnya bagi mengenal pasti punca masalah dan keperluan murid di sekolah.
(vi) Melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan akhlak yang mulia.

1 fakta + huraian = 2.5 markah
2 fakta x 2 huraian = 5 markah
Jumlah = 5 markah































BAHAGIAN B
Soalan Esei
60 Markah

Soalan 1

Teori Tingkah Laku merupakan pendekatan induktif yang menekankan kaedah eksperimen di dalam proses kaunseling. Teori ini dikatakan teori yang mempunyai banyak teknik tetapi sedikit konsep.

(a) Huraikan lima pandangan teori ini terhadap sifat-sifat manusia.

Jawapan:

(i) Tingkah laku manusia terbentuk hasil dari proses pembelajaran dan kematangan.
(ii) Keperibadian manusia dipengaruhi oleh persekitaran.
(iii) Manusia memiliki kecenderungan ke arah positif dan negatif.
(iv) Manusia lahir secara fitrahnya baik.
(v) Manusia mempunyai potensi untuk berkembang dan segala tingkah laku perkembangan harus diselesaikan dengan belajar.
(vi) Tingkah laku manusia juga boleh berubah berdasarkan kepada keperluan asas.


1 fakta = 1 markah
1 fakta dan huraian = 2 markah
5 fakta dan huraian = 10 markah
(b) Bincangkan lima teknik teori Tingkah Laku

(i) shaping iaitu pembentukan tingkahlaku positif yang diinginkan dengan memberikan peneguhan positif.
(ii) Membuat kontrak tingkahlaku
(iii) Latihan asertif
(iv) Modeling
(v) Membuat latihan tingkahlaku yang diinginkan (Behavior rehearsal)
(vi) Penstrukturan Kognitif
(vii) Extinction iaitu mengurangi frekuensi terjadinya dengan menghilangkan peneguhan.
(viii) Latihan Relaksasi
(ix) Satiation iaitu proses memberi reinforcement yang berlebihan sehingga kehilangannya nilainya sebagai penguat.
(x) Modifikasi tingkah laku
(xi) Disentisization
(xii) Floating
(xiii) Token ekonomi
(xiv) Loading (pembebanan)
(xv) ‘Time – Out’

1 fakta = 1 markah
1 fakta dan huraian = 2 markah
5 fakta dan huraian = 10 markah



























Soalan 2

Sesi kaunseling individu berlaku berdasarkan kepada fasa-fasa perkembangan dan penggunaan beberapa kemahiran asas komunikasi dalam usaha Kaunselor membantu klien.

(a) Huraikan berserta contoh yang sesuai bagi lima fasa proses kaunseling individu.

Jawapan:

(i) Membina hubungan
(ii) Penerokaan
(iii) Mengenalpasti masalah dan menentukan matlamat
(iv) Strategi penyelesaian dan alternatif
(v) Penamatan/penilaian/tindakan susulan

1 fakta = 1 markah
1 fakta dan huraian = 2 markah
5 fakta dan huraian = 10 markah


(b) Terangkan lima kemahiran asas komunikasi yang boleh membantu keberkesanan proses kaunseling individu.

Jawapan:

(i) Membina hubungan
(ii) Memberi perhatian
(iii) Mendengar secara aktif
(iv) Dorongan minimum
(v) Pendedahan Kendiri
(vi) Menyoal
(vii) Menyemak persepsi
(viii) Parafrasa
(ix) Refleksi
(x) Kesenyapan
(xi) Konfrontasi
(xii) Meminta penjelasan
(xiii) Membuat interpretasi
(xiv) Merumus

1 fakta = 1 markah
1 fakta dan huraian = 2 markah
5 fakta dan huraian = 10 markah






3. Punca kegagalan sesuatu sesi kaunseling kelompok ialah kurangnya kejelekitan kelompok dalam kalangan ahli meskipun beberapa siri telah dijalankan.

(a) Huraikan lima punca wujudnya kegagalan tersebut.

Jawapan:

(i) Halangan Psikologikal seperti terlalu pendiam dan takut.
(ii) Halangan fizikal seperti kecacatan anggota badan (pendengaran tidak jelas dan penyakit kulit).
(iii) Halangan Sosial seperti malu bercakap dan tidak berani mengeluarkan masalahnya.
(iv) Halangan persekitaran seperti bau-bauan dan bunyi bising.
(v) Perbezaan umur yang ketara.
(vi) Perbezaan jantina.
(vii) Perbezaan tahap pendidikan/kematangan
(viii) Perbezaan status ekonomi dan sosial (SES)
(ix) Pengkritik
(x) Monopoli
(xi) Lempar salah
(xii) Tidak komited
(xiii) ’Kambing Hitam’
(xiv) Panas baran

1 fakta = 1 markah
1 fakta dan huraian = 2 markah
5 fakta dan huraian = 10 markah


(b) Huraikan lima keperluan untuk menjadi seorang pemimpin kaunseling kelompok yang berkesan.
(10 markah)

Jawapan:

(i) Kepercayaan kaunselor terhadap proses kaunseling kelompok
(ii) Kesediaan kaunselor menjadi model kepada ahli-ahli kelompok a
(iii) Kemahiran melayan
(iv) Kemahiran penerimaan
(v) Sikap kaunselor yang dapat berterus terang
(vi) Sabar dalam menjalankan sesi kaunseling kelompok
(vii) Kaunselor mempunyai daya tahan yang tinggi
(viii) Kaunselor mempunyai unsur kecindan
(ix) Kaunselor mempunyai karisma
(x) Kefahaman teori oleh kaunselor
(xi) Pengalaman kaunselor dalam bidang berkaitan


1 fakta = 1 markah
1 fakta dan huraian = 2 markah
5 fakta dan huraian = 10 markah
4. Cikgu Siti telah diamanahkan oleh Guru Besar sekolahnya untuk merangka satu program motivasi kepimpinan untuk pengawas sekolah. Tempoh pelaksanaan aktiviti ialah selama tiga hari dua malam. Guru besar mengizinkan aktiviti diadakan di luar kawasan sekolah.

(a) Berdasarkan senario di atas, jelaskan langkah-langkah utama yang perlu dilakukan oleh Cikgu Siti bagi menjayakan program motivasi tersebut?

Jawapan:

(i) Pengenalan
(ii) Objektif
(iii) Matlamat
(iv) Jawatankuasa Induk
(v) Jawatankuasa Pelaksana
(vi) Kumpulan Sasaran
(vii) Tempoh, masa/tarikh pelaksanaan
(viii) Tempat
(ix) Aktiviti
(x) Strategi pelaksanaan (ceramah, bengkel, LDK)
(xi) Personalia yang terlibat
(xii) Anggaran Perbelanjaan
(xiii) Penilaian program




1 fakta = 1 markah
1 fakta dan huraian = 2 markah
5 fakta dan huraian = 10 markah

No comments: