terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, July 26, 2011

INTERNSHIP
INT 3101
(2 Kredit)

KOMSEP

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah

Objektif

Merancang dan melaksanakan aktiviti P&P dalam situasi sebenar di sekolah.
Merancang, melaksana projek/aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah.
Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.
Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan.


Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai situasi.

Menguruskan masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah seorang guru.


Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.
Membuat refleksi dan menilai amalan P&P, projek/ aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan.
Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.


Projek/aktiviti yang melibatkan bilik darjah atau kumpulan kecil murid-murid hendaklah dilaksanakan secara individu. Projek/aktiviti yang melibatkan semua murid atau warga sekolah boleh dilaksanakan secara kumpulan.
Menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan tentang objektif, strategi dan pelan tindakan projek/aktiviti yang ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak sekolah.


Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship ke Unit Praktikum IPG pusat latihan (LAM PT 12-11).
Menyerahkan portfolio Internship yang telah dilengkapkan kepada mentor pada minggu akhir selepas tamat Internship untuk dinilai.
Menghadiri sesi refleksi Internship yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPG.



Pelajar dikehendaki melaksanakan tiga projek/aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum atau kokurikulum yang dijalankan di sekolah (melibatkan warga & pengurusan sekolah)


Contoh:
Mengurus perhimpunan mingguan/khas
Merancang dan mengelola pertandingan peringkat sekolah
Merancang dan mengurus program motivasi peringkat sekolah
Merancang dan mengelola projek/aktiviti keceriaan dan kebajikan komuniti sekolah
Merancang dan mengurus pertandingan sukan
Merancang dan mengurus aktiviti unit beruniform
Merancang dan mengurus pelaksanaan kursus dalaman untuk warga sekolah


Wajib hadir 100%
Tidak Hadir melebihi 30% dengan kebenaran Pengarah IPG seperti,
- sakit@cedera & disahkan oleh Pegawai perubatan
- menjadi saksi di makhamah
- keluarga terdekat meninggal dunia & disertakan sijil kematian
- peristiwa luar jangkaan/kecemasan
Kehadiran tanpa sebab@tanpa kebenaran akan dirujuk kepada JK Tatatertib IPG untuk diambil tindakan.

PENANGGUHAN INTERSHIP

Permohonan penangguhan dibuat kepada Rektor IPG,KPM melalui Pengarah IPG
Internship tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus ijazah
Tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan Internship kecuali dengan kelulusan Pengarah IPG

PENILAIAN

Penilaian secara berterusan selama 4 minggu oleh pengurus sekolah (GB/PK) dan mentor
Aspek penilaian adalah perancangan, pelaksanaan & penilaian projek/aktiviti yang dijalankan, kemahiran interpersonal, sikap & sahsiah


Kehadiran 100%
Berjaya menyempurnakan projek/aktiviti dalam masa yang ditetapkan
Melengkapkan laporan akhir pelaksanaan projek/aktiviti
Menunjukkan sikap positif terhadap profesion keguruan


Pelajar gagal perlu disahkan oleh JK Induk Praktikum IPG dan diberi peluang mengulang sekali sahaja

Tidak memenuhi syarat kelulusan
Menunjukkan sikap negatif & tidak mematuhi teguran & bimbingan
Melanggar peraturan di bawah Akta 174

No comments: