terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Sunday, June 26, 2011

sains sukan 2011

Peperiksaan bagi kertas Sains Sukan kertas 1 akan berlangsung pada 8 Dis 2010. Kepada semua pelajar Sains Sukan STPM, mungkin sedikit tips yang diberikan dibawah mungkin boleh membantu.

1. Topik Pengantar Sukan
- Definisi SS- Ciri perbezaan dan persamaan PJK & SS
- Konsep Sains Sukan generik (SS utk kecergasan, berprestasi tinggi & sukan masa)
- Halatuju SS (utk wanita, oku, kanak2, warga emas, berprestasi tinggi - ingatan sila cari contoh2 sukan yang tergolong dalam sukan berprestasi tinggi)

2. Topik Anatomi dan Fisiologi
- Sistem intergumentari - anatomi, fungsi dan pernan semasa latihan
- Sistem rangka (struktur tulang panjang, jenis2 tulang, fungsi tulang, jenis2 sendi dan jenis2 pergerakan)
- Sistem otot (jenis2 otot dan perbezaan setiap 1, anatomi otot rangka, fungsi otot rangka, nama2 otot)
- Sistem urinari - anatomi dan fungsi
- Deria - anatomi dan laluan penglihatan, anatomi telinga dan laluan pendengaran
- Sistem reproduktif - anatomi (sistem repro lelaki dan wanita)dan fungsi reproduktif

3. Topik Pengurusan Kecederaan Sukan (kemungkinan 2 soalan struktur dan 2 soalan esei)
- Definisi bantu mula / pertolongan cemas- kaedah menghadapi kecemasan dan prinsip ems
- DRABC, TOPATS, RICE, CPR
- Definisi, gejala dan tanda - luka terbuka, pitam dan pengsan, patah dan terkehel,renjatan)
- Faktor intrinsik & ekstrinsik berlakunya kecederaan,faedah pemanasan badan dan gerak kendur
- Definisi, prinsip, objektif, individu/personel yang terlibat serta peranan personel, jenis2 pemulihan dalam pemulihan / rehabilitasi
- kecederaan disebabkan cuaca panas - jenis2, gejala dan tanda serta cara merawat / menggelakkannya
- masalah kesihatan - demam panas, keracunan makanan, penyakit kulit - terangkan sebaiknya apa, bgmana, gejala, tanda dan rawatan)

4. Topik Biomekanik Sukan- Definisi biomekanik sukan dan prinsip mekanikal (kemungkinan soalan berulang)
- Teknik memperoleh kemahiran - kaedah tradisional & kontemporari)
- Jenis2 / model / kaedah analisis kualitatif - pemerhatian, komprehensif & berintergrasi (kemungkinan pecahan dalam esei)
- peranan deria lihat, auditori dan proprioseptik kinestatik dalam sukan
- Fasa analisis kualitatif berintergrasi
- sistem tuas
- Projektil dan trajektori- kestabilan

5. Kejurulatihan Sukan (berkemungkinan 2 dua esei dan struktur)
- peranan dan tugas jurulatih
- etika kejurulatihan - dari aspek profesion dan kendiri
- jenis-jenis kejurulatihan
- prinsip2 latihan
- Program latihan- Periodisasi : persediaan umum, khusus/spesifik,pra pertandingan, pertandingan, transisi (berpotensi besar utk disoal)


6. Rekreasi dan kesenggangan (berpotensi disoal dua kali dibahagian esei)
- Definisi rekreasi dan kesenggangan
- skop rekreasi (luar dan dalam), jenis2 kesenggangan ( masa terluang, masa senggang dan masa lapang)
- Jenis2 rekreasi
- fungsi, kesan, implikasi penglibatan dalam program rekreasi - dari aspek individu, famili, masyarakat, sosial, tahap kesihatan, sosiobudaya, ekonomi dan negara.
- rancangkan satu contoh kertas kerja untuk melaksana 1 contoh program rekreasi

No comments: