terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Saturday, April 16, 2011

Iklim dan Budaya Sekolah

1.0 Iklim dan Budaya Sekolah

1.1 Pengenalan

Sekolah seringkali diungkap sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagi segolongan manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Organisasi seperti ini ditadbir secara formal. Oleh sebab sekolah merupakan sebuah organisasi, maka wujudlah suatu budaya yang tersendiri dan berkembang di sekolah. Menurut T.Marimuthu (1990:96) budaya sekolah terdiri daripada nilai-nilai, kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkah laku yang semuanya berbeza daripada institusi-institusi lain.

1.2 Definisi Iklim dan Budaya Sekolah


Deal dan Kennedy (1982) di dalam satu artikel komunikasi cemerlang yang terdapat di laman web http://www.scribd.com/doc/4859899/BUDAYA-KERJA-CEMERLANG melihat budaya sebagai proses komunikasi. Budaya sekolah dapat dijelaskan melalui pengumpulan cerita-cerita, perkongsian, kawalan dan tokok tambah melalui masa, membentuk pengajaran dan pembelajaran tentang dunia yang mana menerangkan perkara dan memandu membuat keputusan.

Smith (2002) di dalam satu artikel budaya sekolah yang terdapat di laman web http://www.environment.nsw.gov.au/resources/cee/raepearse menyamakan ethos sekolah dengan budaya sekolah. Beliau mendefiniskan budaya sekolah sebagai nilai-nilai implicit dan eksplisit yang memandu warga sekolah berinteraksi.

Ballatine (1997) di dalam laman web http://library.Usu.ac.id /download/ fh/ 0600519. Melihat iklim sekolah sebagai sesuatu yang tunggal tentang persekitaran di setiap sekolah. Mc Brien dan Brandt (1997) pula berpendapat bahawa iklim sekolah adalah sejumlah nilai, budaya, amalan keselamatan dan struktur organisasi yang terdapat dalam sesebuah sekolah.

Iklim persekolahan yang baik adalah iklim persekolahan yang terbuka dan menggalakkan interaksi pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan selesa, mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna


1.3 Iklim dan Budaya Persekolahan yang Baik

Iklim persekolahan yang dikatakan baik mengandungi beberapa ciri uatama seperti perhubungan yang saling hormat-menghormati di antara kakitangan akademik dan pelajar-pelajarnya.
Kewujudan suatu keadaan yang setiap pelajar melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.
Kesukarelaan pelajar menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Kewujudan alam belajar yang bersih, teratur dan tenteram.
Kewujudan disiplin yang baik dalam semua aktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah pengajaran dan pembelajaran, tiada konflik, tiada pelanggaran disiplin, tiada masalah kecerian dan sebagainya.

3.1. Motivasi Guru
Guru dituntut supaya berusaha mengekalkan perhatian murid. Guru tidak boleh kehilangan motivasi semasa menjalankan aktiviti di dalam kelas. Guru perlu bersemangat sepanjang tempoh pengajaran kepada murid-muridnya.

Guru kehilangan motivasi dalam diri sebagai seorang guru. Motivasi ke atas seorang guru ini perlu ditingkatkan dengan pelbagai cara agar seorang murid ini menjadi lebih berdedikasi dan pengajaran menjadi lebih efektif. Guru perlu menjadi seorang guru yang bermakna kepada pelajarnya. Guru yang sentiasa tidak bekerja keras dan bekerja tidak cukup masa.

Sepanjang pengalaman saya berada di Sekolah Rendah Mahmud, Raub, Pahang, guru-guru di sekolah tersebut sengaja melambatkan proses pembelajaran yang berlansung di kelas-kelas yang jauh sedikit jaraknya dengan Bilik Guru. Guru berjalan dengan kadar perlahan untuk sampai ke kelas masing-masing dan lebih banyak membebel di dalam kelas tersebut daripada melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Menurut pandangan Bryan Coombs (1986), menerangkan guru perlu sentiasa meningkatkan motivasi diri dari hari ke hari bagi meningkatkan motivasi dalam diri sendiri. Pihak pentadbir Sekolah perlu peka terhadap masalah guru mereka ini dan seharusnya segera mengambil tindakan yang sepatutnya bagi membendung masalah guru yang kurang bermotivasi ini.



3.2. Teknik Penyampaian Ilmu yang Lebih Berkesan.

Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching). Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan ‘Alat Bantu Mengajar’ yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).

Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.

Sepanjang pengalaman saya melihat guru mengajar di kelas hanyalah seperti melepaskan batuk di tangga semata-mata. Rancangan Pengajaran Harian hanya dibuat untuk tujuan rekod dan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung tidak langsung menjurus kepada apa yang digunakan oleh guru tersebut di dalam kelas mereka.

Menurut Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob (1992), telah menulis buku guru dan pengurusan. Perhubungan guru yang mesra antara pelajar amat diperlukan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.


3.3. Interaksi Antara Guru dan Murid

Wujud jurang atau batu penghalang antara guru dan murid, kesukaran bagi guru untuk menyelami masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. Guru yang penyayang,lucu dan tidak pilih kasih akan mendekatkan murid-murid kepada guru tersebut,murid-murid akan lebih mudah menumpukan perhatian,menerima arahan dan nasihat guru,lebih mudah berdamping dan berkongsi masalah dengan guru mereka.Melalui kaedah ini emosi murid-murid akan lebih terkawal dan matlamat sesuatu P&P itu akan lebih mudah tercapai. Masalah mengenai guru dewasa kini mempengaruhi ibu bapa membuat andaian sendiri tentang guru sehingga sanggup merendahkan martabat seorang guru kepoada anak-anaknya.

Selain mengajar,guru memainkan peranan sebagai seorang pengurus di dalam sesebuah bilik darjah.Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk P&P yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar. Guru melakukan sesuatu tindakan tanpa berfikir dengan efektif sebelum melakukan sebarang tindakan.



Mengikut pengalaman saya sepanjang berada di program Pengalaman Berasaskan Sekolah, murid-murid yang mempunyai guru seperti ini akan menjauhkan dirinya daripada guru. Murid-murid berasa bimbang dengan pergerakkan guru dan tindakan guru yang garang kerana tidak yakin akan keselamatan mereka. Mereka sentiasa menjauhkan diri dari guru seumpama ini, mahupun ketika berselisih dengan guru murid akan melarikan diri supaya tidak berselisih dengan guru ini.

Menurut Dana Mc Dermott (1945), ibu bapa membantu guru dengan meletakkan kepercayaan anak-anak mereka sepenuhnya kepada guru mereka. Murid-murid tidak boleh melawan guru mereka malah perlu menghormati gurunya. Jika berlaku sebarang masalah antara guru jalan penyelesaiannya perlulah bertemu dengan pihak pengurusan dan pentadbir sekolah bagi menyelesaikan masalah yang timbul.


3.4. Guru Pendidikan Khas tidak menjalankan tugas dengan baik.

Guru Pendidikan Khas malu untuk mengakui dirinya seorang guru pendidikan khas malah tidak mahu menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik. Guru tidak berminat menghadapi masalah dalam mengawal pelajar-pelajarnya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P & P).

Guru kekurangan penghayatan untuk benar-benarmenjadi guru Pendidikan Khas. Kebanyakkan guru yang menceburi bidang ini hanyalah guru bidan terjun yang mana memasuki arena pendidikan ini kerana telah tiada pekerjaan lain, sedangkan guru ini tidak mempunyai minat dalam bidang pendidikan. Segelintir guru pula tidak mendapat didikan yang secukupnya untuk menempuh alam pendidikan khas ini.

Semasa saya melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya membuat pemerhatian kepada kelas-kelas pendidikan khas untuk mengetahui sejauh sedikit tentang masalah dan apakah jalan penyelesaian yang harus wujud dalam diri seorang guru Pendidikan Khas. Semasa pemerhatian saya dibuat ada guru kelas Pendidikan Khas ini meninggalkan muridnya bermain di dalam kelas tanpa pengawasan sesiapa mahupun pengawasan Pembantu Pengurusan Murid.

Menurut K.A. Razhiyah (2005). Adalah lebih baik sekiranya seseorang guru pendidikan khas mempunyai ‘sikap gila-gila’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Seseorang guru perlu komited dengan tugas dan tanggungjawab mereka.


3.5. Bidang Tugas dan Tanggungjawab guru semasa melakukan lawatan.
Tugas dan tanggungjawab guru termasuklah waktu guru bertugas, menandatangani buku kehadiran, menulis buku persediaan mengajar harian,memberi kerja rumah kepada pelajar, menjadi guru ganti, pakaian dan kekemasan diri, kebersihan, keselamatan perabot, pelawat, papan kenyataan, membuat kenyataan akhbar, menganjurkan lawatan sambil belajar dan sebagainya. Segala tugas guru adalah tanggungjawab guru yang perlu dilakukan dengan sempurna. Sedikit masalah yang berlaku atau kecuaian yang berlaku boleh mengakibatkan masalah kebapa murid-murid.

Guru yang membawa anak murid ke lawatan sambil belajar di luar sekolah contohnya, perlu mengambil berat keselamatana anak murid mereka bagi mengelakkan dari berlaku sebarang kejadiaan yang tidak diingini berlaku. Contohnya kecuaian yang berlaku baru-baru ini yang mana tiga orang pelajar kehilangan nyawa akibat jambatan runtuh. Namun sebarang lawatan yang dirancang itu perlu terlebih dahulu dirujuk kepada pihak pentadbiran sekolah. Pihak sekolah pula perlu mendapat kkelulusan secara bertulis daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Semasa program Pengalaman Berasaskan Sekolah yang saya jalankan saya berpeluang melihat guru di sekolah tersebut amat berani membawa muridnya pergi lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur tanpa merujuk dengan cara yang betul kepada pihak sekolah dan seterusnya ke pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Bagi saya perkara seumpama ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri guru itu dan juga murid-murid beliau jika berlaku sebarang masalah yang tidak diingini berlaku.

Menurut Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar (2006), guru amatlah bertanggungjawab kepada murid-muridnya. Setiap masalah yang timbul akan dirujuk kepada guru tersebut dan seterusnya kepada pihak sekolah dan di lanjutkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Oleh itu guru perlu melakukan pelbagai kajian sebelum melakukan sebarang tindakan kepada anak murid mereka bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku kepada anak murid mereka. Guru juga perlu melakukan prosedur yang betul dengan mengikuti landas yang telah ditetapkan.

4.0. KESIMPULAN
Salah satu ciri penting yang boleh mempengaruhi prestasi murid ialah bahasa yang digunakan dalam penilaian prestasi seperti sains. Perkataan mempengaruhi cara murid bertindak balas terhadap tugasan. Jika sesorang tidak dapat memahami satu perkataan atau dia memahami perkataan tersebut pada perspektif lain kerana latar belakang budaya dan linguistik, prestasinya mungkin tidak membawa makna yang tepat mengenai pengetahuan dan kemahirannya. Kita akan berjaya jika kita menggunakan semua bahan dan tenaga untuk melakukan yang terbaik untuk anak kita yang berisiko jika kita tidak berlaku adil kepada mereka dengan tidak mengambil kira kepelbagaian budaya. Seperti mana Height (1996) menerangkan: "Tiada sesiapa yang boleh memulihkan kembali nilai kita dan menyelamatkan orang kita, melainkan diri sendiri.

No comments: