terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, September 28, 2010

piagam pelanggan pj ipg kkb

Piagam Pelanggan

KAMI PERCAYA BAHAWA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN HARUS DIPELAJARI BERTERUSAN DAN DIAMALKAN SETIAP MASA DI INSTITUT. OLEH YANG DEMIKIAN, KAMI PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB, GIGIH, ILTIZAM DAN DENGAN CEMERLANG BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

5.1 Menyempurnakan Kurikulum Kursus 2 minggu sebelum peperiksaan.
5.2 Menggunakan dua minggu untuk mengulangkaji dan menyediakan diri guru pelatih untuk menghadapi peperiksaan
5.3 Memulakan kuliah pada hari pertama kuliah setiap permulaan semester.
5.4 Membimbing guru pelatih untuk mencapai kecermelangan dan tanpa gagal dalam setiap peperiksaan semester.
5.5 Membentuk akhlak mulia, membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi FPK.
5.6 Menyediakan perancangan jabatan untuk semua pelanggan kami (PISMP, KPLI, j-QAF) dalam semua mata pelajaran yang diajar sebelum tarikh kemasukan ke IPKB;
5.7 Menguruskan guru pelatih dalam masa latihan, kursus dan aktiviti berpasukan dalam tempoh yang dilaksanakan selaras dengan arahan BPG dan kurikulum sukatan pelajaran PJ;
5.8 Mengurus dan mengendalikan kursus, ujian, kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan dalam takwim jabatan;
5.9 Menasihat, memberi kaunseling dan mengeluarkan surat amaran sekiranya pelanggan tidak akur kepada arahan yang diberi;
5.10 Memanggil, menasihat dan menunjukajar kepada pelanggan yang memerlukan bimbingan dan nasihat ke arah penambahbaikan setiap subjek yang dikehendaki;
5.11 Menyemak, memeriksa dan menyerahkan keputusan kepada Ketua Unit Peperiksaan mengikut tarikh yang ditetapkan
5.12 Menyediakan kemudahan mencukupi dan berkualiti dan memastikan penggunaan maksimum oleh guru pelatih

No comments: