terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Sunday, July 18, 2010

Kenapa hati ini sedih

  Kenapa aki rasa mcm meracau jer huhuhu.. Setiap masa selalu rasa tak tenteram jer. Owh Tuhan bantulah aki, derita rasanya kehidupan begini. Benarkah pada umur sebegini hormon masih tak setabil dan emosi selalu terganggu.
  Adakah aki mempunyai masalah sakit jiwa. Kepastian sakit jiwa macam ada juga dalam diri b. Siapakah mampu mengubati sakit aki neh. Adakah ubat yang mampu membantu aki supaya sembuh dan sihat tanpa penyakit. Adakah aki mempunyai harapan untuk pulih seperti sedia kala.
  Kenapa perlu aki menjadi begini, setiap masa aki perlu berasa hati yang perit. Kenapa tiada orang yang mampu mengubati diri aki apabila sakit atau penyakit ini hadir dalam diri aki. Yang penting bagaimana aki leh mempunyai penyakit ini. Bukankah sebelum ini aki insan paling cool.
  Kawal aki kawal diri anda. anda boleh anda boleh anda boleh tapi kenapa ini melanda aki. Adakah orang lain sama jer macam aki atau aki jer yang mempunyai penyakit ini. huhu

jangan mengalah aki. tapi kenapa aki terasa lemah je. mungkin kesihatan juga memainkan peranan penting. tapi aki rasa sihat jer. mungkin tekanan di tempat kerja buat aki jadi begitu. Namun persoalan ini mengungkap misteri dalam diri aki. Aki keciwa dengan diri sendiri, aki lemah semua menda tak mampu nak buat sendiri, asyik-asyik nak minta pertolongan orang lain jer. kenapa perlu sangat bantuan dari orang lain. Bukankah untuk berjaya dalam hidup adalah jika kita fikir kita boleh, kita boleh melakukannya. Bagaimana aki ingin mengubati penyakit ini.
  Pernah dulu aki fikirkan aki perlu rajin. Tapi selepasa itu jadi pemalas jugak. Jadi bagaimana sebenarnya aki mampu untuk memperbaiki diri aki sekarang ini. BAGAIMANA. BAGAIMANA. BAGAIMANA.
  Tanya pon tak guna.  Mana ada orang layan kalau orang gila macam aki tanya menda macam ini. aki tanya aki kenalah jawab sendiri. harap Allah  S.W.T. sentiasa memberi hidayah dan petunjuk kepada aki dalam meneruskan kehidupan aki memperbaiki diri aki dalam menempuh kehidupan seterusnya..........


wtf

1 comment:

Muhammad Burn said...

kita ada penyakit yang sama tapi tak serupa