terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, July 12, 2010

hati bercelru, emosi tak stabil

  Wah sampai mendera. Adakah ini bermaksud aki juga adalah seorang pendera. harap-harap aki tidak menjdai sampai ke tahap itu. bahaya ooo main dera-dera neh. Kalau dera neh bukan saja sakit tubuh badan sahaja. Tetapi boleh melibatkan mental dan emosi seseorang itu menjadi terganggu, bahaya oo.
  Tapi kita bukan boleh tune-tune perasaan ini. Memang datang tetiba sahaja, itu yang boleh jadi merbahaya. Datang pulak bukan sikit-sikit selagi tak berpuas hati selagi itu tak berhenti.

  Bahaya kalau aki menjadi seorang bapa yang terlampau garang jugak. Kadang-kadang bahaya jugak kalau menjadi terlampau ganas, boleh mnyebabkan kecederaan, even kepada anak sendiri. huhuhu. Isteri pun perlu berwaspada daripada penderaan suami. Jika berlaku sesuatu cepat-cepatlah bawa berbincang dengan suami anda mengenai apa masalah yang dihadapi beliau untuk mengatasi masalah yang dihadapi suaminya.
  Bahayanya takut aki kejadian seumpama ini jika berlaku. Tetapi bila dah marah bukan kita boleh tahan-tahan.



Keganasan yang melampau pada masa kini menggunakan senjata..
Bahaya kalau pengunaan senjata itu berleluasa dewasa kini.


berita di petik dari metro 13.07.2010
AMPANG “Saya minta maaf,” kata dramatis terkenal Badrul Muhayat, 42, di Mahkamah Majistret di sini semalam selepas isterinya, Julia Daud, 29, bersetuju dengan bayaran kompaun RM1,000, kerana tuduhan mencederakan isterinya itu pada Mac lalu.
Dia berkata demikian di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Ab Ghani selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dan mencapai kata sepakat menyelesaikan kes terbabit mengikut Seksyen 202 Kanun Acara Jenayah.
“Memandangkan kedua-dua pihak bersetuju kesalahan ini diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah, mahkamah dengan ini bersetuju dan membenarkan kompaun RM1,000 dibayar kepada pengadu (Julia) dan mahkamah membebaskan orang kena saman (Badrul Muhayat) daripada tuduhan tersebut,” kata Wan Karimah. Terdahulu prosiding ditangguhkan selama setengah jam selepas mahkamah memberi peluang kepada pihak pembelaan yang diwakili peguam bela Abdul Rashid Tasin berbincang dengan isteri tertuduh yang turut hadir di mahkamah.

Pihak Pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurhusnita Mohd Radzi tiada bantahan dengan permohonan itu.

Ketika prosiding kembali berjalan, Wan Karimah bertanyakan kepada Julia sama ada dia bersetuju dengan kompaun dikenakan.

“Saya setuju dan saya mahu kompaun diserahkan di dalam mahkamah,” jawabnya.

Mahkamah kemudian memberi peluang kepada bekas model itu memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan terhadap isterinya.

Bagaimanapun, tertuduh atau nama penuhnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, yang hadir ke mahkamah dengan berkemeja biru memberi alasan, peguam yang mewakilinya telah berbuat demikian ketika awal prosiding berjalan.

Dia kemudian memohon maaf tanpa melihat Julia yang berdiri di sebelahnya selepas sekali lagi Wan Karimah bertanyakan sama ada dia mahu meminta maaf atas tindakannya itu.

Badrul kemudian menyerahkan wang kompaun berjumlah RM1,000 itu kepada isterinya di dalam mahkamah.

Dia yang popular dengan filem Harry Boy dan Azizah The Legend didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Julia Daud, 29, dengan menumbuknya di muka, menendang di perut dan memukulnya dengan menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki di rumah mereka di lot 313E, Jalan 49B, Bukit E, Kampung Cheras Baru, di sini, jam 7 pagi, 24 Mac lalu. Dia di dakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes kejadian berlaku selepas terjadi pertengkaran kecil antara pasangan suami isteri itu sehingga tertuduh bertindak mencederakannya. Pengadu kemudian membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Akhbar sebelum ini melaporkan Badrul Muhayat, yang diburu selepas dikatakan menghilangkan diri apabila isterinya membuat aduan polis mendakwa dibelasah dan dicederakan, ditahan di sebuah restoran di Taman Nirwana, dekat sini.



No comments: