terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Saturday, April 17, 2010

kajian tentang gigi







KAJIAN PERSOALAN YANG TIMBUL DARI GIGI
Pernah semasa saya praktikum disekolah terdapat murid bertanya kepada saya. Mengapa gigi haiwan sentiasa putih dan tak mengalami sakit gigi pun? Soalan ini telah membuatkan saya berfikir sejenak bagaimana murik di Sekolah Kebangsaan Parang Puting ini mampu memikirkan tentang ini.
Namun bagaimanapun tugas seorang guru membuatkan saya bertanya kembali kepada murid tersebut apa kamu makan hari-hari. Apa ibu kamu masak? Murid mengemukakan berbagai jawapan kepada saya ada juga yang menjawab dengan makanan segera, makanan Barat, makanan Asian, dan ada juga yang hanya menjawab makan telur goreng sahaja. Kemudian saya kemukakan soalan lagi apakah ibu buaya masak untuk anaknya?
Namun persoalan itu menjadikan murid saya berfikir dengan muka yang pelik dan seperti tidak dapat mengemukakan jawapan kepada persolan tersebut. Namun seorang murid yang duduk di sudut kanan belakang sekali menjawab buaya mana pandai memasak cikgu. Kemudian terdapat murid menjawab buaya duduk dalam air cikgu. Dalam air mana boleh bawak dapur cikgu. Api tidak boleh dinyalakan dalam air cikgu.
www.flickr.com/
photos/
karirocksout/
406039986/
Rajah 5.0 menunjukkan serigala mempunyai gigi yang putih lagi tajam kerana tidak pernah memakan makanan yang dimasak.

Rajah 5.1 Ahmad terpaksa menggosok gigi kucingnya kerana kucingnya sentiasa memakan nasi dan lauk pauk lebihan keluarganya. Gigi kucing Ahmad menjadi semakin kuning dari hari ke hari.

Persoalan yang tedapat kepada kucing juga membuatkan saya terfikir bagaimana seekor kucing mendapat kekuningan di giginya. Maka jawapan yang dapat saya simpulkan kepada pelajar saya ialah gigi kita menjadi kuning juga adalah dipengaruhi daripada makanan kita kita.
Ini yang selalu ditekankan oleh klinik pergigian dimana kerap floskan gigi selepas makan dan gosok gigi lepas makan bagi mengelakkan daripada gigi menjadi rosak. Gigi adalh sesuatu yang sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi setiap hari. Jadual menggosok gigi perlu di bina bagi menghalang gigi daripada menjadi rosak. Gigi yang sihat dan kuat mampu meningkatkan kemajuan seseorang itu.

No comments: